Thursday, April 28, 2011

Auburn All About Him with Lyrics

episod 5

AKU memulas tombol pintu bilik di tingkat dua itu.Beg sandang aku hayunkan di atas katil dan tudung aku campakkan begitu sahaja.Aku renung Nina dan Hanna di atas katil masing-masing sedang sibuk menelaah.(Katil pinjam je tu.Ambil kesempatan di atas ketiadaan Kak Kobeh dan Kak Bebeh)

Dan seorang lagi,Fal yang terkangkang di atas katil itu.

Penat.
Penat sangat hari ini kerana aku terpaksa menghadiri kelas Teori dan Sejarah Seni Bina seawal lapan pagi hingga dua petang berturut-turut tanpa rehat.Terima kasih kepada Dr.Jalina yang tidak berhati perut,limpa,hempedu,pedal tu.Dan penat juga kerana menunggu Zard di library sampai kebas seluruh urat saraf aku dibuatnya.Menunggu orang yang tak muncul-muncul membuatkan aku menghayun langkah pulang ke bilik

Entah apa kenalah dengan budak Zard tu.Sudahlah tadi masuk kelas separuh jalan.

Aku sedar nina dan dan Hanna sedang memandangku dengan penuh minat.Aku mengerutkan dahi memblas pandangan mereka sambil berpeluk tubuh.

"Hai,Inas!"Nina dan Hanna serentak menegurku.
"Hai..."Aku menjawab malas serentak melemparkan badan di atas katil.Merehatkan tangan di dahi dan meneliti  wajah Nina yang datang menempek di sebelahku.

"Inas,ada sesiapa pernah beritahu kau sesuatu tak?"
"Apa?"Aku memandang Nina penuh inkuiri.
"Yang muka kau ada iras-iras  Marian Rivera?"
"Siapa tu?"
"Ala,yang jadi Marimar dalam telenovela kat TV3 tu."
"Oh,tak kenal."
"Kau ni..."
"Cantik ke Mariam Ginvera tu?"
"Marian Rivera."Hanna dan Nina serentak memperbetulkannya.Aku ketawa kecil.Betullah tu...
"Cantiklah,tapi muka kau sekarang ni membayangkan wajah dia masa umur 70 tahun tau tak,"celah Hanna.
"Haah,yang kau berkerut sakan ni kenapa?Ada masalah apa?"Nina bertanya lembut gaya pakar psikologi lulusan luar negara je.
.
Aku tersengih.

"Ai,nak tanya itu je muqaddimahnya sampai panjang berjela."

Kami ketawa.

"Aku okey."Nina dan Hanna mencebik.

"Okey,ini tentang Dr.Jalina.Dan Zard jugak."

Nina dan Hanna tekun mendengar.Buku-buku menelaah ditinggalkan dahulu.Hanna turut datang menempek di katilku.Dari sini baru aku nampak buku apa yang dibaca oleh mereka berdua sedari tadi.

Majalah Mangga di katil Kak Kobeh yang Hanna duduki.
Bagus...
Majalah Rapi di katil Kak Bebeh yang Nina duduki.
Pun bagus...

"Dr.Jalina buat kelas non-stop hari ini.Dan aku dengan paksa-relanya kena mengadap dia instead of membusuk atas katil macam budak Fal tu."Aku memuncungkan mulut ke arah seorang lagi rakan sebilikku.
Dia jurusan bahasa,relakslah.Tak adalah kelam kabut macam aku."Dan aku membeku kat library tunggu Zard yang tak muncul-muncul sampai sudah.Aku tunggu dia dua jam tau.Gila tak guna."

"Well,Inas...kita orang baru je nampak Zard kat Mee Awang.Tengah lepak dengan kawan-kawan dia sambil..."Nina membuat gaya menghisap rokok.Aku terkedu.

"Bila?"
"Sebelum Asar tadilah.Kita orang turun pergi beli makan tadi,"sampuk Hanna.

Aku mendengus kecil sebelum bangun menyarungkan kembali tudung di kepala.

Bagus

Wednesday, April 27, 2011

episod 4

AKU menolak pintu KFC.Mataku liar memerhati sekeliling mencari kelibat Zard.Tiada.Aku memanjat tangga ke tingkat atas.Seorang yang pekerja sedang mengelap meja melemparkan senyuman padaku.Aku mengangkat kening padanya sebagai respons.

Zard,Zard,Zard...aaa,ada!Zard sedang duduk di meja paling hujung sekali membelakangi cermin kaca.Aku tersenyum memandang wajahnya yang kelihatan tertekan itu.

"Hoi,Zard!"Aku menyergahnya.Terpelanting Pilot Shaker di tangannya dan aku ketawa besar.
"Gila kau!"Dia melatah.
Aku menarik balik tawaku apabila dia memandangku tajam.
"Kau kaki latah,Zard?"

Zard tidak menjawab dan terus mengutip pennya di atas lantai dan kembali serius menyiapkan lakarannya di atas kertas A4.

Zard tetap dengan sikap seriusnya sekalipun dengan aku.Tapi dia juga tetap akan respons dengan baik apabila aku cuba berlawak dengannya.Dia tetap akan layan gurauan aku seperti gelak sampai berair mata.

Aku tipu.Tak adalah sampai berair mata...

Suasana diam begini mengingatkan aku pada pertemuan pertama kami di dalam kelas Dr. Jalina dahulu.

"Hoi,Sya!Sini."Zard menggamitku ketika aku masih terkulat-kulat membaca nama pasanganku unutk projek kali ini di meja Dr.Jalina.

"Hai,aku Syafienas.Inas,"ujarku memperkenalkan diri walaupun tadi dia sudah memanggil namaku.Aku pasti dia tidak tahu nama penuhku kerana dia hanya memanggilku Sya.Mungkin dia tidak pasti sama ada namaku Syafikah ke...atau Syakila ke...Syafie...tak pun Scha Al-Yahya.

Heh?
Syafie?

"Tahulah...kita satu kelas masa sekolah dulu.Kau ni pelupa betul."

Aku jatuh rahang.Otakku ligat berfikir siapa pula makhluk di hadapanku ini.Mengaku pernah sekelas lagi...

"Kau...?"
"Zard,"balasnya dengan gaya bosan.
"Zard?"
"Zard.Z.A.R.D"
"Oh,Azardin kan?Zard budak nerd yang minat Hanna dulu tu."
Aku menuding jari telunjukku padanya beberapa kali.dia tersenyum sinis.

"Hanna yang minat aku."
Aku ketawa besar.Betullah tu,aku nak kata yang itulah pun tadi...

"Manusia.Keburukan orang jugak yang diingatinya."

Aku menekup mulut yang sedari tadi ternganga luas.
Aku berdehem sebelum mneruskan bicara.

"Tak,maksud aku..."
"Ya,ya...akulah Zard yang skema,nerd,pendiam..."

Aku mengeluh berat di hadapannya.Kalaulah dulu aku berdiri sejam pun di hadapannya,belum tentu aku akan kenal dirinya sekelas denganku...

"SYA,kau rasa sesuai letak berapa tiang dalam masjid ni?"Zard berdehem apabila soalannya terbiar sepi.Dan menyambung,

"Sya..."Zard menguis jemariku dengan kertas A4nya.

Aku tersedar dari lamunan.

"Aaa,tak letak tiang pun okey."Aku mengangguk-angguk sendiri dengan yakin.
"Hoi,Sya!Kau nak runtuhkan masjid kita ke apa?"Dia mengetuk kepalaku pula dengan pennya.

Oh,aku terperasankan sesuatu!Zard menggunakan jenis pen yang sama sepertiku.Aura siapa ni?Aura aku barangkali,kerana aku sudah menggunakannya sejak zaman sekolah lagi...kan?

Dan lagi Zard rupa-rupanya kidal.Hmm,Zard tak patut seunik ini di mataku.

Zard memandangku sambil menggelengkan kepalanya beberapa kali.

"Mungkin kita boleh buat ukiran ayat-ayat utama Al-Quran kat tiang tu.Macam al-Fatihah ke,Yaasiin,ayat Kursi...."
Aku menjongketkan kening memandangnya.

"Letak di tiang mungkin orang susah nak perasan,Sya.Ayat-ayat utama tu sesuai letak di dinding je."

Dan perbincangan itu berlanjutan sampai petang.Aku rasa itulah perbincangan pertama kami yang berjaya.Selalunya...

Sunday, April 24, 2011

episod 3

"AWALNYA  sampai.Belum pun lima minit lagi ni."Hanna buat muka apabila  aku sengih padanya.

"Eh,kenapa tak pesan makanan lagi?"Aku memandangnya.Aku  paling suka  tengok matanya.Bulat macam guli,macam bulan penuh,macam tayar moto aku.Macam semua benda yang bulatlah.

"Tunggu  kaulah,budak bertuah!"Hanna mengetuk tanganku dengan pen.Aku ketawa kecil.
"Jom,jom!"

Aku berjalan beriringan dengan  Hanna ke kaunter.Lengang je kaunter hari ini.Semua orang  puasa  apa...

"Tak payah  muncung sangat.Dah macam  rupa anak todak dah..."
"Inas!"
Aku mengangkat tangan  menepis pukulan Hanna.Mungkin  gadis ini berketurunan  pemain alat muzik agaknya.Suka sangat pukul  orang. 
"Janganlah marah.Okey,aku belanja..."
"Betul?"
"Err,aku belanja,kaulah bayar."
"Tak guna!Patutnya  akudah masak  dengan semua lawak bodoh kau."
Hanna mendengus kecil dan  aku terus-terusan ketawakannya.

Kami sampai di kaunter dan disambut oleh seorang pelayan lelaki berserta senyumannya.

"Ya,nak order apa?"Dia bertanya  dengan lembut.
"Nasi goreng  paprik,sos lebih."Aku mendahului Hanna yang masih lagi terkebil-kebil berfikir.Fikir  lama-lama,sudahnya nasi goreng ikan masin juga yang dipesannya.Itu je yang  dia hadap sejak dari tahun pertama sampailah sekarang.
"Nasi goreng ikan  masin,tak nak telur."

See?Kan  betul  aku  cakap...

Aku melihat pemuda itu yang kukira  lebih kurang sebaya kami tidak pula  mencatit pesanan tadi.Tajam ingatan  agaknya budak  ni.Dia berlalu ke dapur  setapak  dan kembali  mendapatkan kami semula.

"Tak nak sos..."Dia memandangku.Aku  membalas pandangannya  dengan kerutan di dahi."...telur  mata  kan tadi?"Dia memandang Hanna  pula.

Oh,perasan hebat rupanya budak ni!Dah tahu tak ingat masih tak nak catit  lagi...

Aku dan Hanna serentak menggeleng.

"Nasi goreng paprik,sos lebih."Aku mengulanginya.
"Nasi goreng  ikan  masin,tak nak telur."Hanna melakukan perkara yang  sama.
"Sila catit ya,"tambahku.dia tersengih mendengar ujaranku  seraya berlalu.

Aku dan Hanna sedang menikmati makanan masing-masing.

"Sedap,"ujar Hanna sambil menyuapkan nasi  ke dalam mulutnya.
"Itulah,berbaloi kita tunggu lama  tadi."
"Kau perasan tak budak  tu  tadi,Inas?Lembut..."
"Dan  blur."Aku membalas malas.
Hanna ketawa.
"Tapi dia suka senyum.Manis je."
"Bukan  senyumlah macam  tu,tapi  sengih."
Hanna berhenti  mengunyah dan  terus-terusan memandang aku.Aku membalas pandangannya  sekilas sambil terus mengunyah hirisan ayam paprik.Maaf,tak boleh berhenti.Sedap sangat ni...

"Inas,aku rasa  kan..."
"Kau  rasa...?"
"Aku rasa..."
"Kau  rasa kau suka dia?"tuduhku.
"Betul."Hanna senyum mengangguk.

Agak  dah...
Aku kenal kawan-kawanaku.
Aku  SANGAT  kenal Hanna  si  mata  bulat  ini.Cepat sukakan orang dan yang bagusnya tentang Hanna ialah dia juga cepat lupakan orang  yang  disukainya.

Seperti  yang terjadi di sekolah menengah dulu.Siapa yang dia  tak pernah suka?Semuanyadisapu bersih  oleh budak  Hanna  ini.
Hanna  pernah beritahu padaku yang dia sukakan  ketua pengawas sekolah  kami.Yang  untungnya ketua  pengawas itu tak pula tolak dia.Tapi Hanna tetap  malang kerana lelaki itu ternyata player terhebat abad ini.Kemudian Hanna mencuba lagi dan kali ini dengan Abang Burger yang menyewa di kantin sekolah kami.Aku  tak tahulah di  mana logiknya pemikiran Hanna ketika itu.Mungkin kerana Abang Burger itu selalu kasi  benjo percuma padanya.
Haha.
Who knows...

Dan nama terakhir yang Hanna sebut padaku sebelum kami tamat alam  persekolahan  ialah Zard.Zard yang nerd itu pun  tolak cintanya.Tak faham betul aku walhal Hanna boleh  dapatkan yang  lebih baik daripada Zard.

Aku  kembali pada alam realiti.

"Tak boleh.Aku takkan bagi  lampu hijau untuk itu."
Kenapa?Tinggi dah cukup,dada  pun bidang je,lemak  kurang,otot  yang lebih.Dah lama aku cari yang ala-ala Enrique Iglesias tu."Hanna sedang merujuk pada pelayan yang suka  tersengih tadi.Hanna  tak tipu.Memang  betul pelayan  tadi  itu seperti yang Hanna  katakan.
"Aip,Enrique aku punya."
Kami  ketawa.
"Hanna,seriously kau  akan ada masalah kalau kau fikir untuk get along with  him.Dia  blur."
"Tapi comel."
"Dan jugak pelupa."
"Tapi dia tak rabun."
"Kau nak cakap Zard eh?"

Hanna  tak jadi menruskan kata-kata apabila  Hazelku berbunyi.


Made a wrong turn
once or twice
dug my way out
blood and  flesh
bad decision
that's alright
welcome to my silly life

Hanna menanti aku menjawab panggilantersebut.

mistreated,misplaced,misunderstood
miss no way it's all  good
it didn't  slow me down
mistaken always second  guessing
underestimating
look i'm still around

"Apasal tak angkat?"
"Zard.Malaslah nak cakap  dengan  dia.Balik-balik nak ajak jumpa."
Hanna sengih sinis.
"Dia buat kau macam  awek dia je kan?Suka hati betul."
"Sebab  projekwork kami  je.Nothing  more."
"Aku  hairan betul,sampai tiga sem berturut-turut dia jadi  partner  kau kan?Padahal Dr.Jalina tu selalu je  rearrange student dia."
"Ini ayat  cemburu ni,"usikku.
Hanna buat muka.

Made a wrong  turn...

Suara Pink sekali lagi bergema.Aku  dan Hanna saling berpandangan.
"Angkat je,"putus Hanna.
Aku terus menyeluk saku seluar.
"Helo."
"Dah habis  makan dengan si Banana tu?"
Aku tergelak kecil.Wajah Hanna kupandang  sekilas.Kalaulah Hanna dengar...
"Dah."
"Nice.Sya,datang jumpa aku sekarang.Ada idea  baru untuk design masjid kita."
"Okey,kat mana?"
"Mana-mana  pun  boleh  asal jangan library sudah."
Aku terdiam lama.
"Sya,kenapa  diam?"
"Aah,tak ada.Aku tengah  fikir  tempat yang sesuai.Tak ada idealah.You decide,"putusku.
"Taman bunga?"
"Hoi,tak  tak.Aku pangkah awal-awal lagi,"tegasku.Zard ketawa.
"KFC?"
"Set."

Aku mematikan talian dan kembali fokus pada Hanna.Dia menjelingku.
"Dah kenapa pulak ni,makcik?"
"Kau ni kan,kalau dengan Zard je  semua okey,baik,bagus.Bilalah kau berhenti  ikut cakap dia."Hanna meleteriku.
"Aku  nak satu je,yakni projek design masjid tu siap cepat.Kalau tak dapat siap cepat pun,at least  on time.Dengan Zard aku  kena buat macam tu lah.Kau kenal kan macam mana hampeh  budak  Zard tu buat kerja."

Hanna tersenyum mengangguk.


Saturday, April 23, 2011

episod 2

PAGI-pagi lagi Hanna mengheret aku ke perpustakaan.

Hampir dua jam membeku di sini.Tiada sesuatu pun yang menarik melainkan rimbunan buku-buku tebal yang melewati mataku.Terima kasih untuk Hanna yang membawa aku ke sini untuk menemaninya menelaah pelajaran.

Konon...

Sebaik sahaja memanggungkan kepala buat kesekian kalinya,aku terpandangkan kelibat Zard di celah-celah rak buku.Aku ingin sekali memanggilnya namun Zard terlalu jauh dengan tempat dudukku.Aku mengeluh panjang.

Aku mengetuk-ngetuk meja dengan Pilot Shakerku.

Hanna di hadapanku sedang tekun membaca Reader's Digest.Entah apa yang dibacanya sampai berkerut dahi.Kalau setakat nak datang sini habiskan masa pada majalah orang putih tu,lebih baik pinjam sahaja majalah tu dan baca di dalam bilik.Dan aku boleh je teruskan tidur berlapikkan bantal.

Bukannya berlapikkan lengan seperti sekarang ini.

Aku mengetuk-ngetuk meja lagi dengan jari jemariku pula.Makin bertambah kerutan di dahi Hanna.Aku tersenyum sendiri.

Apa nak buat...
Orang gelisah memang suka kepada bunyi-bunyian.
Sama ada mereka akan mendesah,berdehem,bersiul,menggesel-gesel gigi...
Atau pun mengetuk meja seperti aku ini...

Aku ingin mengetuk lagi namun tak jadi meneruskan niat suci itu apabila Hanna berdecit kuat.Dia memanggungkan kepala dan memandangku denngan gaya dramatik.Aku mengangkat kening sambil tersenyum padanya.

"Apasal testpad kau kosong je?Pen kau kehabisan dakwat eh?"

Baru aku perasan...
Hanna rupa-rupanya suka putar belitkan kata-kata tiap kali nak meleteriku.
Tak pernah straight to the point bak kata mak aku...

"Bukan pen,aku yang tersekat di skala enam..."

"Siapa yang tersekat?Ada benda yang aku boleh tolong?"

Aku dan Hanna serentak menoleh.
Zard tercegat di sebelahku.Memandang aku dan Hanna silih berganti.

"Sini."Hanna meminta kertas tugasanku dan berpura-pura sibuk mahu menolong.
Aci pandai sangatlah budak Bussiness nak tolong buatkan tugasan budak Seni Bina.

Aku tersengih faham.Hanna malas nak layan Zardlah tu.

Aku,Hanna dan Zard dahulu merupakan rakan sekelas sewaktu di tingkatan lima.Tapi aku lebih lama dengan Zard,sejak dari tingkatan satu lagi.Hanna pernah mengaku sukakan Zard yang dahulunya bukanlah serupa ini.

Pendiam.Kera sumbang.
Ada bonus lagi...
Zard ni boleh dikatakan nerd jugalah.
Haha.Teruk betul apabila mendapat tahu bahawa sahabat karib aku menyukai orang seperti itu.

Kata Hanna pendiam itu seksi.Zard pendiam.
Zard seksi.

Uh...aku rasa nak pengsan mendengarkan ayat karat Hanna yang diucapkannya tiga tahun dulu padaku dan beberapa orang lagi rakan kami.Hanna sekarang sudah tidak pedulikan Zard sejak cinta monyetnya ditolak mentah-mentah dulu.
Dan kalau Hanna berani keluarkan kenyataan bahawa pendiam itu seksi padaku sekali lagi,akan aku cabut bulu hidungnya tanpa belas.
Geli betul.

Hanna terus-terusan membaca soalan tugasanku.Berapa kali lagilah dia nak khatam soalan itu agaknya ya...

Aku tahu Zard tidak selesa kerana masing-masing diam tidak melayani dirinya.Dia bersandar di rak buku di hadapan meja kami sambil berpeluk tubuh.Sesekali terdengar keluhan dari bibir yang agak gelap itu.
Gelap?
Adakah Zard....

"Bosan.Tempat yang bosan.Orang yang membosankan."Dia bernyanyi kecil.Aku memandangnya dari ekor mata.

Hanna bingkas bangun.

"Jumpa kau kat kafe dalam masa lima minit!"Hanna berlalu dari situ.Amboi,mengarah pula!Memang tak berapa kali Jumaat dah budak Hanna ni...

Zard merenungku.Menarik kerusi dan terus menghenyakkan punggung di hadapanku.

"Hai."Aku memberikan lambaian pendek padanya.
"Apa hal dengan kawan kau tu?"
"Aah?"
"Ada masalah ke dengan aku?Ke ada masalah bila aku kawan dengan kau?"
"Aah...bukan!Dua-dua pun bukan."
"Ke dia masih marah dengan soal budak-budak dulu?"

Aku ketawa dibuat-buat.Dan Zard pula memandang aku dengan gaya serius.Malas betullah aku dengan budak Zard ni.Masalah orang lain,kenapa aku pula yang kena jawab...Hanna,balik sini dan jawab soalan dia!

"...mungkin."Itu saja yang mampu aku jawab.
"Dia masih sukakan aku?"
"Mungkin."
"Kenapa dia suka aku,Sya?"
Aku mengeluh.Percaya atau tidak,menjawab soalan Zard ini lebih memenatkan daripada melakukan acara maraton...
"Kenapa kau tak suka dia suka kau?"
Zard ketawa kecil dengan Bahasa Melayu aku yang A+.
"Kau betul-betul tak suka dia ya,Zard?"

Kali ini aku benar-benar serius memaksudkan apa yang aku tanyakan itu.Zard menanggalkan cermin matanya dan menongkat dagu memerhati ke segenap wajahku.Janganlah tenung dekat sangat...
Nampak segala liang-liang roma nanti,tak tidur malam pulak...

"Aku lebih sukakan kau."
Gulp!Aku menelan liur dan tersedak beberapa kali mendengarkan ujaran tak bernadanya tadi.
"Hoi,kau kenapa,Sya?"
"Aku tertelan air liur."
Zard lantas ketawa besar sekali gus mengundang pandangan kurang senang pelajar-pelajar lain yang sibuk menelaah.
Aku buat muka pada Zard.
"Bodoh.Apa pulak tertelan air liur."
Zard menghabiskan sisa tawanya manakala aku mendengus kecil.Menyimpan senyuman dalam hati.

"Apasal kau gelabah sangat?Ada masalah ke kalau aku sukakan kau?"
"Ada."
"Apa dia?"
'Kau jangan gatal boleh tak,specky nerdy?Aku surrender jadi partner kau baru tahu."Aku berbisik di telinganya seraya berlalu.

"Specky?Nerdy?Hey,Sya..."Aku melambaikan tangan tanpa menoleh padanya.Apatah lagi aku sedar ada beberapa orang sedang mengeluarkan bunyi menyuruh Zard diam.Haha.

Zard sudah banyak berevolusi sebenarnya,Zard yang dulu pendiam.Sekarang pun masih lagi pendiam kecuali ketika dengan aku.Ada sahaja idea untuk kenakan aku.Dan aku terpaksa berbaik dengannya kerana dia merupakan rakan kongsi projekku sampai habis semester ini.

Dia serius dengan orang lain.Apa sahaja yang dirasakan bertentangan dengan pemikiran otak berkaratnya itu akan ditentang habis-habisan.Walhal Zard yang dulu hendak buka mulut memberitahu namanya sendiri pun payah.

Zard yang dahulu sangat kemas dan segak.Uh,malas nak mengaku yang dia sebenarnya ada rupa...

Zard yang sekarang nampak lebih messy,tiada lagi bayangan nerd sperti dulu.Nampak lebih gangster daripada gangster pun ada.Banyak yang berubah tentang Zard.
Kecuali sepasang cermin matanya yang masih mengekalkan bingkai hitam sederhana tebal itu.Sesuatu yang aku paling suka tentangnya adalah bingkai itu.Kalau aku rabun,akan aku pilih hitam sebagai warna bingkai cermin mataku...
Rabun?
Hu,tak mau...

Friday, April 22, 2011

idea otak tersumbat yang baru nak keluar

ada 3 jenis cinta dalam dunia ini
iaitu apabila anda mencintainya
atau...
apabila anda amat mencintainya
atau...
apabila dia menjadi cinta teragung anda

apabila anda mencintainya,
anda mungkin mencintainya sehingga 2 bulan lagi
apabila anda amat mencintainya,
anda mungkin mencintainya sehingga dua tahun lagi
apabila dia menjadi cinta teragung anda,
anda akan mati tanpanya...
Heh?
Apa yang aku tulis ni...
Duh...

Inilah dia akibatnya terlalu banyak menonton drama orang putih.Apabila aku menontonnya seorang diri,pulak tu di tengah malam yang syahdu begini,cepat je otak aku menangkap bait-bait falsafah yang Tad Hamilton gunakan untuk mengurat Rosalee dalam drama itu.
Win a date with Tad Hamilton...
Hmm,selamat sudah aku menonton drama itu sampai habis.
Sorang-sorang.
Bertemankan Radix secawan.Nina dan Hanna dah lama balik ke bilik masing-masing dengan alasan nak siapkan tugasan.Tapi aku rasa membusuk je atas katil tu sampai esok pagi.Paling liat nak buat tugasan.Sudahnya,salin tugasan aku jugak.

Aku mencebik mendengar suara Tad Hamilton dari celah pembesar suara televisyen.

"Awak ada enam senyuman..."

Iaitu apabila sesuatu itu melucukan.
Dan apabila awak hanya ingin menjaga hati.
...bila awak tengah berfikir dan merancangkan sesuatu.
Bila awak mendengar sesuau untuk diiakan...
...bila awak bercerita tentang kawan-kawan awak.
Dan...
Bila awak tak pasti dengan apa yang awak lakukan atau katakan...
Awak akan cuma...
TERSENYUM.

Hazel milikku bergetar.Aku bergegas ke meja studi untuk mencapainya
.
 Pretty pretty please
don't you ever ever feel 
like you're less than...

Aku menekan punat OK.

"Helo.Nak apa?" Aku memulakan perbualan dengan suara yang paling malas apabila mengetahui gerangan si pemanggil melalui nama yang tertera di skrin Hazel.

Zard.
Aku ketawa kecil apabila dimarahinya kerana gayaku pada ketika itu seolah aku sangat-sangatlah tak kuasa nak layan dia.

"Mimpi apa telefon ni?"Aku bertanya.
"Kena tunggu mimpi dulu baru boleh telefon kau ke?"

Aku ketawa kecil.


"Bukanlah.Kau kalau nak telefon aku pun masa hari lahir kau je.Itupun lepas dapat kredit bonus dari Hotlink.Nak hantar SMS pun fikir 10 kali.Inikan nak telefon."


Dia pula ketawa.
Zard ni kalau dengan aku murah sangat dengan ketawa.Dengan orang lain,muka dia mengalahkan singa yang aku sendiri pun tak sanggup nak tengok.Tapi aku tak salahkan dia kerana ada tabiat yang menjengkelkan seperti itu.Kerana orang lain,iaitu penuntut-penutut di universiti ini sendiri yang tak sukakan Zard dan memandangnya dengan gaya pelik.


"Nampaknya kau agak kenal aku kan,Sya?"
"Bukan agak.Tapi SANGAT kenal kau tu."
"Weh,malam ni Liverpool vs Manchester United."
"Jadi?"
"Pukul dua kejap lagi."
"Jadi?"
"Jomlah tengok."


Oh,aku tak sepatutnya bertanya lanjut.Aku sepatutnya letak terus telefon.


"Kau ajak aku ke...?"Aku berdecit.Tak sempat mengelak...
"Maksud aku kau tengok kat bilik kau,aku tengoklah kat bilik aku.Lepaklah dulu,Sya."


Aku menggaru-garu kepala lutut yang tidak gatal.Selalunya orang akan menggaru pangkal leher apabila tengah fikirkan alasan kan...
Tapi aku nak berevolusi sikit,iaitu menggaru kepala lutut.
Heh?


"Duh!Aku ada kuliah pagi esok.Tak nak.Terima kasih."


"Dengan Dr.Jalina?Kuliah tu batal kan?"tanyanya blur.Aku ketawa dibuat-buat.Lupa pulak yang budak Zard ni satu kuliah dengan aku.


"Hah,nak mengelaklah tu.Perempuan,suka tidur awal."
"Hoi,kau jangan nak stereotaip,okey!Perempuan lain mungkin tidur awal.Aku tak,"balasku.


Melebih pulak budak Zard ni...


"Aaa,sorry...aku terstereotaip pulak."Dia ketawa kecil mendengarkan aku mendengus di hujung talian.
"Jangan lupa.Pukul dua,okey.Ciao."
"Tak nak.Titik."
"Oh,okey!"


Aku mengerutkan dahi.


"Okey?"Tadi dia yang beria-ia sangat ajak..
"Hmm,tak nak tengok sudahlah.Biar aku tengok bola sorang-sorang...dan biar kau buat projectwork tu sorang-sorang,"balasnya sarkastik.


Lalalalalala....
Zard yang sarkastikus.Partner aku sarkastikus...


"Hoi,Zard!Suka hati mak tiri kau je.Hilang akal ke apa nak suruh aku buat projectwork tu sorang-sorang."
"Well,Sya.Aku suka hidup dalam keadilan."


Aku diam.Lama.


"Sya,aku tak jaminlah nak bangun pukul berapa pagi esok.Dan aku tak jamin yang aku akan jumpa kau kat library esok."
"Okey,okey!"bentakku."Aku tengok.Siapa lawan?Mancis vs Swimming Pool eh?Tak apa.esok aku beritahu kau siapa lagi hebat.Puas?"
"Puas.Bye sayang.Tengok tau."
"Ye,ye.."



Kesudahannya aku hadap jugak televisyen tu demi Zard walaupun baru je lega loya aku dengan ayat-ayat bunga Tad Hamilton si miang tu tadi.

Demi Zard?
Heh,geli keitak pulak aku dengar.


Kalau ikutkan hati boleh je aku tak tonton perlawanan malam ni dan terus tidur.Kalau Zard tanya siapa menang ke,gol pada minit ke berapa ke,siapa dapat kad merah,kuning,biru,hijau pun...boleh je aku beli Metro esok.Dan baca bahagian sukan.Dan ceritakan balik padanya.Mudah bukan?Zard pun takkan tahu melainkan dia ada pasang CCTV di bilik aku.


Tapi...


Hazel di meja studiku bergetar lagi.Kali ini isyarat SMS masuk pula berbunyi.Aku bingkas bangun mencapainya.


"Agak dah..."luahku perlahan.SMS dari Zard.Kerana itulah aku tak boleh tidur.Zard pasti menghantar SMS pada aku semata-mata mahu memastikan yang aku turut menonton bola.


Dan kami akan berbual dengan cara itu pula sehinggalah perlawanan tamat.
Aku sudah masak dengan perangainya.Kami bukan sahaja berkawan sejak dari tahun pertama di sini,malah sejak di asasi lagi.Zard pasti akan berkata...


Sya,gila hebat Si Kyut ni!
First min pun dah masukkan gol.

Atau...

Sya,kau nampak x muka xpuas hati Gerrad tadi?
buruk betul..

Atau...

Oi,Van de Sar!Mata letak mana?
bola kat depan tu...
duh!

Aku membaca SMSnya dengan malas sekali.Fitrah wanita memang tak sukakan bola.Mungkin ada perempuan yang sukakan bola.Tapi mereka tu pastinya yang badan keras macam tiang gol tu jugak.Tomboy.Aku bukan keras,bukan jugak lembik.Aku perempuan normal yang tak sukakan bola.

Tapi malam ini mataku melakukan sebaliknya pula.Aku khusyuk menonton bola dan kalau boleh tak nak terlepas babak mana-mana pemain yang tengah korek hidung pun.Rasa macam aku adalah pelajar yang akan menduduki peperiksaan pada keesokannya dan harus mengkaji perlawanan ini betul-betul.

Supaya aku lulus cemerlang dalam ujian itu.
dan Zard sebagai pengetua...

Aku tersentak apabila telefon yang aku pegang bergetar lagi.Aku membaca SMS  mengugut dari Zard apabila tidak satu pun SMS darinya aku balas.Aku tersengih sendiri.

Hoi,sya!
Kau tidur eh?
Nanti kau!

Ligat jari jemariku menekan punat Hazel.

Ye.ye...
Ada kat sini...
Belum pengsan lagilah...
tgh tengok Nani tu korek punggung.



 




More Than Words-Extreme(Lyrics)

Friday, April 1, 2011

awak

awak ada 6 jenis senyuman
iaitu bila sesuatu itu betul2 melucukan
dan bila awak cuma nak menjaga hati
umm...
bila awak tgh berfikir dan merancangkan sesuatu
...bila awak bercerita ttg kawan awak
bila awak berbual dgn owg
dan...
bila awak xpasti dgn apa yg awak lakukan atau katakan,
jadi awak hanya mampu tersenyum
awak sgt indah...
dgn cara awak sendiri

aku xpasti aku ada berapa jenis senyuman...
senyum kambing....
...senyum malas
senyum sepastik...
banyaklah...

lulululu

ada 3 jenis cinta dalam dunia ney
iaitu apabila anda mencintainya
atau...
apabila anda amat mencintainya
atau...
apabila dia menjadi cinta teragung anda

apabila anda mencintainya,
anda mungkin mnecintainya sehingga 2 bulan lagi
apabila anda amat mencintainya,
anda mungkin mencintainya sehingga dua tahun lagi
apabila dia menjadi cinta teragung anda,
anda akan mati tanpanya...

ha,tuh dia betapa hebatnya aku berkata2
cilok je ney...
dari drama owg putih la...
win a date with tad hamilton
baru aku paham kenapa tut suka sgt cerita owg putih
rupa2 nya dia dpt byk idea utk mengayat perempuan dgn tengok cerita owg putih
syabbasy mera bete...