Sunday, June 30, 2013

syafienas sufi,the beginning


please,bacalah...
komenlah...
hentamlah aku.
sebelum aku kena hentam,kena reject dengan editor nanti.
:p



the cover is still under repair.
tunggu update la nanti kay.
credit: Siti Hanee Najwa


BAB 1


AKU merenung beg-beg pakaianku yang tiga biji kesemuanya dengan muka kelam.
Mengeluh.Dan merenung pula beg-beg Rain di tepi katil yang satu…dua…tiga…emm,tak pasti berapa buah kesemuanya tapi yang pasti lebih banyak daripada aku.

Rain merenungku dari celah beg-begnya.Aku sengih sebentar dan kembali membuat muka kelam.
Rain memandang aku lagi.

Aku lantas mencapai N-Gage di atas katil,mencari-cari nama abah dalam senarai panggilan telefon bimbitku.Aku tak ambil masa yang lama untuk mencari nama abah kerana aku telah setkan ‘Abah’ dalam  senarai tersebut dan ia adalah nama pertama dalam senarai panggilanku.

Agak lama aku tunggu abah menjawab panggilanku.Aku merenung jam di dinding kamar yang digantung betul-betul atas cermin besar kamar,lima meter dari katilku.Pukul 1.30.Pada sangkaanku mungkin abah di surau sekolahnya sedang menunaikan solat Zohor.Panggilanku terbiar sepi.

Mengeluh lagi.Dan memandang Rain sekali  lagi.Rain membalas pandanganku dengan riak bosan.

            “Helo!”Suara di hujung talian bergema dan aku terus menyahut,

            “Helo,abah!Datang ambil Inas esok.”

            Diam .

            “Dekat asramalah,bah.”Aku menggigit bibir bawah mendengar ujaran abah yang bertanya , “Ambil kat mana?” tadi.Sesungguhnya aku bukan seseorang yang memiliki kesabaran yang tinggi.Aku sangat cepat merasa bengang dengan sesuatu yang tak kena dengan hati aku.

            Diam lagi.

            “Shafik tu kenapa?Alah,ambil Inas dulu.Tempat Inas lagi dekat dengan rumah,”protesku pada jawapan yang abah berikan.

Abah masih pot-pet pot-pet di talian memberikan alasannya tidak mahu menjemputku di asrama.Aku beristifar banyak-banyak dalam hati.

            “Okey,okey,okey!”Aku mendengus dan mematikan talian.Aku membaling telefon bimbit sekuat hati dan ia jatuh melantun-lantun di atas katil.Aku mengambilnya semula.Merenung kosong skrin lusuh berbentuk segi empat tepat.Ya,segi empat tepat.Jarang aku mengaku pada sesiapa bahawa sehingga usiaku 12 tahun pun aku masih tidak pandai membezakan segi empat tepat dengan segi empat sama.Disebabkan itu aku selalu ada masalah bila hendak menjawab soalan matematik sekolah rendah dulu .Dan apabila sudah menginjak ke alam sekolah menengah,abah membelikan aku N-Gage yang pada masa itu amat digilai remaja.

            “Ingat,yang ni bentuk segi empat tepat,”ujar Abang Sham merujuk kepada skrin telefon itu dalam nada mengejek dan aku sangat menyampah dengan peristiwa itu hingga sekarang.

            Oh,satu lagi penyakit hati dalam diriku yang baru ku sedari.Aku suka dan cepat menyampah dengan orang lain walaupun dia tak buat apa-apa padaku,walaupun aku tidak kenal dengan orang itu.Aku selalu berasa jengkel tanpa sebab namun tak pula aku luahkan rasa itu pada sesiapa.

Rain bangun dari katil milik seorang junior tingkatan tiga yang didudukinya dan datang kepadaku dengan menggawang-gawangkan bantal peluk spongebobnya di depan mataku.

            “Apa cerita kau kali ini?”

Aku mengeluh lagi.


            “Abah aku tak jadi datang ambil aku,”jawabku pendek.

            “Habis,siapa yang datang angkut barang-barang kau esok?”

            “Abang Sham.Tapi dia bukan datang angkut.Dia datang tunggu dalam kereta je nanti,”tukasku.Rain ketawa.Faham dan arif benar dengan perangai Abang Sham.Tahun lepas sewaktu abah dan mak tidak dapat datang ke asrama untuk mengambilku yang akan bercuti panjang ,Abang Sham juga yang menjadi mangsa untuk datang mengangkut barang-barangku.Boleh dia tertidur sambil menunggu aku mengangkut beg-beg yang kebanyakannya berisi buku-buku dari tingakat tiga bangunan asrama yang paling hujung dan paling jauh dengan pintu masuk asrama.Dan bila aku marah,dia selamba berkata.

            “Yang kau nak bawa balik buku-buku kau tu kenapa?Macamlah kau rajin sangat nak mengulang kaji kat rumah tu.SPM tahun depan-depan kot.Relaks-relaks dahlah.Macam aku…”

            “Macam kau …failed nak buat happa,bai!”balasku memekak di telinganya.Sakitnya hati aku saat itu hanya Rain dan Allah yang tahu.

            “Bodoh punyaShafik!”

Rain kalih apabila aku tiba-tiba bersuara.

            “Hoi,kau ni tak baik betullah.”Rain menegurku.

            “Memang betul pun kan.”Aku menjelingnya.

Rain adalah sahabat karibku sejak tingkatan satu lagi merangkap partner katilku untuk tahun ini.Dua lagi sahabat karibku,Hanna di kamar sebelah dan Shark yang tidak tinggal di asrama tapi sekelas denganku.
Abang Sham pula adalah abangku yang tak berguna.Heh,tak adalah…

Abang Sham baru berusia 21 tahun dan merupakan abang kedua yang terdekat usianya denganku.
Abang yang suka habiskan petrol dan kreditnya untuk berjumpa dan bergayut di telefon dengan teman wanitanya setiap malam.

Ya.Percaya atau tidak, setiap malam.Tidak mak atau abah tahu tentang ini.Ianya menjadi rahsia aku dan Abang Sham.Oleh itu,secara tak rasminya dia berhutang budi denganku.

Abang yang akan datang menjemputku di asrama esok lepas Zohor(menurut kata abah).
Well,kita tengoklah esok.Mahu berjanggut jugalah aku menunggu lelaki itu esok.Itu yang pasti kerana aku kenal abangku.Aku sangat kenal layanannya padaku.

DanShafik?

Shafik,Shafik Afifi.Manusia yang aku tak suka kewujudannya di dunia ini dan duniaku.
Aku rasa macam nak nangis.Hee…

Pulp!Pulp!Pulp!Bunyi air mata yang menitis di atas skrin telefon nyata cukup kuat untuk menarik perhatian dan membuatkan Rain sekali lagi kalih memandangku.

            “Hey,Inas!Apasal leleh pulak ni?Ya Allah…”

            Rain mendekatiku dan meraihku dalam pelukannya.
         
  
BAB 2



 “HEY,Amir!”Abah menegur adik bongsuku tapi berlainan ibu yang cuba untuk menghidupkan enjin motosikal di garaj.Membuntang mata si kecil membalas pandangan abah dan aku silih berganti.

            “Don’t.”Abah melarang adikku yang usianya baru mencecah 4 tahun itu dari percubaannya untuk menghidupkan motosikal.

Okey.Berbalik kepada terma yang aku gunakan tadi,berlainan ibu.

Sukar aku nak terima hakikat itu.

Tapi abahku yang aku sayangi ini,hebat.Mempunyai dua orang isteri dan sepuluh orang anak.Lima orang daripada isteri tua dan selebihnya daripada isteri muda.Lima lelaki dan lima perempuan.Perancangan yang amat hebat kukira.

Dan aku adalah keluaran terakhir daripada isteri tua.

Manakala Shafik  adalah anak pertama daripada isteri muda.

Kami sebaya cuma bezanya Fifi lahir awal sepuluh bulan daripada aku dalam tahun yang sama.Maka dia ditakdirkan untuk menjadi abangku walaupun hubungan adik-beradik ini sering disalah anggap oleh orang luar yang tak tahu hubungan kami.

Seringkali ketika abah datang menjemput kami di pusat tuisyen,ada yang berbisik…

            “Jiran dia agaknya.”

            Atau…

            “Kembar tak seiras tuu…”

            Dan yang ini tanggapan klise yang paling aku tak boleh terima.

            “Bapak dia tak kisah kot diorang bercinta.Siap balik sama-sama lagi.”

Penderitaanku bukanlah berhenti setakat omong-omong kosong masyarakat sahaja.Ianya lebih dari itu…
Kadang-kadang apabila Shafik selalu lesap dari kelas tuisyen,semua mata di dalam kelas tersebut akan mencari wajahku seolah  jawapan kepada “Di mana Shafik?” itu ada di dahiku.


Dan aku pasti akan menjawab,”Apa?Lepak aa…mana aku tahu dia kat mana.”

Cikgu Fauzi,cikgu Addmath terkemuka di pusat tuisyen itu yang mengajar kelas Addmath kami pun turut menghantar pandangan tajam padaku dari celah cermin mata tanpa bingkainya itu apabila dia tidak dapat mencari batang hidung Fifi dalam kelasnya.

            Again,don’t stare at me!

Benci betul apabila situasi seperti itu membuatkan kami bagaikan kembar yang tidak dapat dipisahkan.Bertambah benci apabila abah lebihkan dia dalam segala benda di dunia ini berbanding aku.
Kerana dia,abah memilih untuk tidak menjemputku di asrama  selama aku bersekolah menengah tapi sanggup memandu ke Pulau Pinang untuk menjemput Shafik yang bersekolah asrama penuh di sana.
Kerana dia,abah selalu memutuskan untuk memasukkan kami ke pusat tuisyen yang sama,membelikan kami beg yang sama jenama,jam tangan,sneaker malah memilih model dan warna yang sama untuk komputer riba dan telefon bimbit kami.Aku merasakan ianya agak melampau namun aku selalu perhatikan Shafik seperti tidak bila diperlakukan seperti itu.Bila aku menceritakan hal ini pada kawan-kawanku,Rain pasti akan mengatakan aku berdrama dan ditambah dengan Hanna yang pastinya akan mengomel,

            “Seronok apa!Rasa macam ada kembar kot.Seronok 44 kali.”Dan menambah sakit hatiku dengan ketawa mengekek dari Shark.Memang haru betullah bercerita dengan mangkuk-mangkuk bertiga yang tak reti nak layan jiwang dengan aku walaupun sekejap.

Oh,berbalik kepada aku,abah dan Shafik.Kami berdua bagaikan kembar dan aku membenci cara abah melayan kami seolah-olah dia telah dikurniakan sepasang anak kembar dan dia dalam usaha untuk menghargai anugerah itu.

Benci.Kerana abah juga ada mengeluarkan arahan seperti ini,

            “Panggil Abang Shafik.Bukan Shafik je.Dan bukan Chapek.”Tapi aku redah je panggil si bongok tu Chapek.Aku tak boleh.Shafik tak sama seperti Abang Sham dan abang-abangku yang lain.

Dan…

            “Kalau nak keluar ajak Abang Shafik sekali.Dia boleh temankan.”Tapi aku harung juga keluar dengan Rain,Hanna dan Shark.Malah aku lebih rela keluar bertemankan Abang Sham walaupun dia suka korek hidung di depan khalayak ramai dengan sengaja atas tujuan untuk memalukan aku.Aku rela salkan tidak habiskan masa dengan Shafik.

Abah juga ada tabiat suka membandingkan pencapaian aku dan Shafik dalam setiap peperiksaan besar.UPSR,PMR dan tak lama lagi SPM pula.Aku bencikan hal itu walaupun selalu sahaja keputusan peperiksaanku lebih membanggakan daripada anak lelakinya itu.

Aku benci anak ibu tiriku yang satu itu.

Semalam setelah dijemput oleh Abang Sham tepat ketika azan maghrib berkumandang dari Masjid Derga di hadapan sekolahku,kami terus ke rumah ibu tiriku.Anignku agak tidak bagus ketika itu kerana Abang Sham telah lewat berjuta minit!

Abang Sham membuatkan aku menangis menunggunya di dalam hujan,Kotak air mineral empat biji kesemuanya yang aku kutip di koop untuk mengisi kesemua buku dan barang-barangku dan aku tinggalkan di bawah pokok  berdekatan pondok pengawal habis lencun dek hujan yang turun tanpa amaran.Aku yang tengah santai-santai di porch sambil meratah jeruk mempelam bersama Aida budak kelas 4S yang turut menunggu ibunya datang jemput terkejut dengan situasi tersebut dan bergegas mengangkut barang-barangku ke porch.

Saat itu aku memaki hamun Abang Sham di dalam hati kerana tak datang-datang walaupun janjinya lepas Zohor akan sampai.

Aida si budak outsider(yang tidak tinggal di asrama) dah lama pulang setelah 3 jam berlalu dan hujan pun sudah lama berhenti.Aku menunggu lagi dengan penuh sabar hingga hari mulai gelap dan aku mulai leleh.Gila,aku sorang-sorang kat sini mahu tak takut.Abang Sham sampai sewaktu aku membuka langkah hendak ke surau.Saat itu tangisanku lagi kuat kedengaran walaupun takutku sudah hilang bila melihat wajah Abang Sham.

Aku meleterinya sebaik sahaja pintu kereta kubuka.Seperti biasa dengan selamba dia menjawab,

            “Sekolah kau tak ada bumbung ke?Letak barang tengah hujan tu kenapa?”

            “Aku tunggu kaulah lama sangat tak jugak datang-datang .Aku letak barang situ sebab tak nak kau masuk dalam.Tengah hari tadi sesak kau tau tak.”Suaraku serak menahan tangis.

            “Tak pun.”

Terasa berasap otak kiriku.

Kenapa kiri?suka hati akulah…

            “Eh,kita nak ke mana?”Aku sedikit hairan apabila Abang Sham terus memecut ke kiri dan bukannya menaiki fly-over.

            “Rumah Umi.”Dia menjawab sepatah.

            “Hah?”

            “Mak kan tak ada kat rumah dan abah nak kita makan malam bersama malam ni.Malam ni tidur rumah Umi.”

            Jatuh rahang.

            “Mak mana?”

            “Seminar kat Langkawi.Esok baliklah.Mak tak beritahu kau ke?”

            Aku menggeleng.

            “Mak ni orang balik dia tak ada pulak.”Aku mencebik.

            “Mak pergi dah dua harilah.Esok dia baliklah.Kau ni fikir buruk pulak pasal mak,”tukas Abang Sham yang barangkali mendengar omelanku tadi.

Aku membetulkan duduk.Badanku sudah hampir terlorot ke bawah.Perkara biasa untukku setiap kali menaiki kereta.

            “Yelah,aku saja je.Ibu membelai penuh kasih sayang …kan,kan?”

            Abang Sham ketawa mendengar aku mengajuk lagu dalam iklan Scott Emulsion itu.

Kalau ada sesuatu tentang Abang Sham yang harus aku puji ialah dia sangat sayangkan mak dan keluarga besar ini.Selalu dia bersikap acuh tak acuh denganku,selalu juga dia membuliku membasuh seluar dalam dan kasut sekolahnya dahulu(tapi dah kurang sejak aku masuk asrama) dan acapkali dia menyakiti hatiku dengan kata-kata sadis dan sinisnya itu,namun aku akui dia yang paling rapat  denganku dan paling faham  dan kenal aku lebih daripada mak dan abah faham dan kenal aku.Dia juga yang mendengar aku bila terkadang aku merasakan keluarga besar kami ini menyesakkan kepala.

            Aku pun tak boleh nak marah dia lama-lama.Ada je perkara yang membuatkan aku tak nak dan tak boleh nak marah Abang Sham tonggek ini.Hee…

Dan apabila sampai di rumah ibu tiriku malam itu,kepalaku terasa sesak.



BAB 2
Kelmarin,detik-detik akhir sebelum menamatkan zaman bujang.

Heh?

Tak adalah.Zaman persekolahan tingkatan empat,aku…

…mengeliat semahunya.Di kiri dan kananku Nisah dan Syasya masih lagi tidur.Di belakangku Memey dan Nina masih lagi ‘sujud syukur’ dengan sebelah tangan mereka menggenggam hujung meja.Di sekolahku gaya seperti ini dikenali sebagai gaya ‘kuak lentang’.Ada juga yang memanggilnya gaya ‘ukur meja’ yang selalu diamalkan oleh budak-budak asrama.

Aku mengeliat lagi.Perlahan-lahan aku membuka mata,aku merasakan habis lumpuh seluruh tubuhku tidur beralaskan meja.Betul ke cikgu tak datang ni?Ke aku yang tidur tak ingat dunia?

Suasana sunyi di dalam kelas membuatkan aku rasa nak sambung tidur semula.Rasa sangat selamat apabila 90% manusia dalam kelas ini tidur!Memang tak berguna budak-budak 5 Naquib,ini je kerja kami bila cikgu tiada dalam kelas.

            “Hoi!”Aku disergah dari belakang.Rain muncul depan mata.

            “Lama betul sujud syukur,kau berhajat ke?”sambungnya lagi.

            “Kau ada minta supaya aku sentiasa cantik tak?”Hanna yang bersandar di pintu kelas menyampuk.Mejaku adalah meja kembar tiga di barisan yang paling belakang sekali berdekatan pintu belakang kelas.Dan tempat dudukku adalah di sebelah tingkap yang mana inilah tempat yang paling sedap untuk tidur tetapi paling tidak selamat kerana kalau cikgu datang serbu,aku yang akan kena dulu…

            “Sentiasa?Kau memang cantik ke?”Rain membidas.Hah,sudah budak berdua ni…

            Ketawa meletus.

            Aku membuat muka mengantuk yang tak tertahan-tahan.Shark juga begitu datang dari tempat duduknya di barisan tengah dengan wajah basi.

            “Kenapa korang datang?”Aku bertanya.

            Blur.

Sesungguhnya selepas bangun tidur aku perlukan lebih masa untuk ‘reboot’.

            “Dah 10.30 ni,kau tak nak rehat ke?Nak pergi makan tak?”Rain menjawab dengan pertanyaan juga.Aku memandangnya kosong.

            “Korang pergi dulu.Jaga tempat.Aku nak naik library kejap,”balas Shark.    

            “Takde,takde.Kau naik library sambung tidur je.Macam aku tak tahu.Dah,jom!”tukas Hanna.
            “Jommm!”Rain memekak di telingaku yang masih lagi mengelamun.

            “Woi,bisinglah!”marahku.Ketawa pecah.Dan kami beriringan ke kafetaria sebelum aku melencong masuk ke tandas tepi Dewan Besar dan mereka bertiga terus ke kafetaria.

Aku membuka paip dan menyapu air ke muka beberapa kali dan membetulkan tudung sebelum keluar dari tandas dan terus ke kafe.Masih lagi dengan muka toya dan blur…

Ini bagusnya tentang sekolah perempuan.Kami mempunyai beberapa kelebihan yakni satu;

            Tak perlu jaga keayuan,kesopanan dan kesusilaan sangat apabila berjalan-jalan di sekitar kawasan sekolah.Dan kalaulah tidak kerana tukang kebun,pekerja kantin dan cikgu-cikgu di sini ada dari kalangan lelaki,pastinya undang-undang untuk pelajar perempuan dibolehkan tidak bertudung diwujudkan.Haha,I wish…

Tapi dah tentu-tentulah tak boleh.

Yang kedua;

Tak perlu susah-susah betulkan tudung sebelum keluar kelas.Kami juga tak perlu malu untuk tidur di dalam kelas malah tak perlu juga risau baju sekolah terlalu jarang atau yang sengkatan dengannya.Kami bebas,ya!Cara kami…

Dan yang ketiga yakni yang paling penting
;
Tak perlu nak risau ada junior peermpuan akan rampas teman lelaki kita.Duduk di sekolah perempuan,teman lelaki kita orang tak kenal.Malah kalau kita ada teman lelaki atau skandal sekali pun orang tak tahu.Hee,nampak tak permainannya di situ…

Tapi,kelebihan itu mungkin sudah terancam zaman kini dengan kehadiran Facebook.Terima kasihlah kepada Mark Zucengberg(aku tak tahu bagaimana ejanya) yang telah mewujudkan Facebook,sebuah laman sosial yang paling laku abad ini.Buka Facebook tu semua benda boleh tahu.Boyfriend orang ke,adik beradik boyfriend,kawan-kawan boyfriend malah suku-sakat boyfriend kita pun orang boleh cari.Cari di Facebook je…duduk mengadap komputer dari pagi sampai ke petang melalut ke malam sampai punggung lebar pun tak sedar.

Apa aku merepek macam mak cik-mak cik ni…

Tak,aku cuma terlalu membenci Facebook dan segala macam cekadak yang ada di situ.Aku membenci statu-status seperti;

“Aku cuma nak dia tahu,aku takkan mampu cari lelaki lain sebaik dia.”Dan ada pula mangkuk-mangkuk yang suka-suki nak ‘Like’ status geli seperti itu.

Atau komen yang berbunyi seperti ini;

“Nice tudung u.Nampak lebih ayu.”

Astaga.Sabar jelah…dengan penggunaan bahasa rojaknya,dengan singkatan ejaannya…

Ironinya aku ada je akaun Facebook yang aku buat beberapa tahun lalu semasa aku gila online dan gila blog,justeru tersangkut sekali dengan Facebook.Tapi aku jarang  buka disebabkan aku tak suka untuk baca komen dan status geli yang dihantar oleh pemilik akaun Facebook yang lain yang hanya akan memenuhkan news feed dan notificationku dan juga tak suka untuk tengok gambar-gambar perasan sendiri yang diletakkan di dalam album mereka.

Tengok,kan dah kata…aku cepat menyampah dengan seseorang atau sesuatu.

Dan sampai di kafe,satu lagi keadaan menjengkelkan yang terpaksa aku hadapi setiap hari di sekolah.Tiada satu pun meja yang kosong untuk kami duduki.Semuanya dipenuhi dengan pelajar yang sedang makan dan berbual-bual sesame sendiri.Okey,sebenarnya lebih ramai yang berbual-bual di sini daripada makan tanpa menghiraukan manusia seperti Rain,Hanna dan Shark yang sedang menatang pinggan nasi masing-masing menunggu untuk duduk di meja tersebut.

Tolonglah blah…aku dengan mood bangun tidur lagi ini memang bagi jelingan maut jela pada gadis-gadis yang seenaknya bergosip tanpa henti.

Aku memandang Hanna.Nasi putih dengan ayam goreng bahagian sayap,sedikit sambal ikan bilis diletakkan di  sebelah sayap tersebut dan telur masin yang dibelah dua di dalam pinggannya nampak sedap gila.

Aku mengerling pinggan Shark yang penuh dengan nasi putih,ikan caru bakar dan sedikit kuah kari.Terliur lagi.

Aku tak nak tengok apa ada dalam pinggan Rain.Pastinya menu yang sama,nasi putih dengan kuah tomyam ayam yang pasti akan buat aku rasa nak terkam tomyam tersebut.Aku menyenget sedikit untuk melihat isi pinggannya.Heh?

See…

Betul tekaanku.

“Hoi,kau tengok apa?”Rain menegur.

Aku sengih sebentar.

“Pergilah ambil makanan,”ujar Shark sambil memandangku.

“Korang ambil lauk macam tak ingat dunia,tapi tempat tak ada lagi.”Sengaja aku kuatkan suara aku supaya orang yang sedang duduk di meja hadapan kami ini sedar.Atau mereka ini sengaja buat-buat tak sedar?

Lama kami tunggu tapi tak seorang pun dari gadis berempat itu bangun atau menunjukkan tanda-tanda mahu beredar.

Eh,panas hati betullah aku…

“Babe,aku tapau makanan balik kelas.Korang nak tunggu tunggulah,rasa macam takkan bangun je mahkluk-makhluk berempat ni.”Aku terus berlalu apabila salah seorang daripada mereka kalih dan merenungku tajam.

Satu benda tentang sekolah ini yang aku tak suka,budak-budaknya ego sesama sendiri.Yelah,perempuan dengan perempuan kan…silap sikit mestimain mak bapak je terus,silap sikit je mak bapak dapat surat laying,mesti kena denda.Denda duit pulak tu yang paling murah pernah dikenakan setakat inipun RM10!Gila tak gila…

Siap ‘menapau’ makanan,aku berlalu ke kelas.Sedar ada orang sedang mengekoriku dari belakang,aku kalih…

Jebon!Haila budak bertiga ni…ditatangnya pinggan nasi masing-masing ke kelas.

“Oit,korang kenapa tak tunggu lagi situ?”

“Sampai Subuh esok pun belum tentu dapat duduk lagi.Asyik bercerita tentang konsert Big Bang yang nak dibuat di Malaysia entah bila.Tu tengah bertengkar pasal tarikhlah tu…”jawab Hanna.

Ketawa pecah.

“Dah tu korang bawak ni nak hantar balik ke nanti?”tanyaku merujuk pada pinggan-pinggan tersebut.
Ketawa pecah.

“Kita buat pinggan kelas jelah,”sampuk Shark.

Ketawa pecah lagi dan kali ini lebih kuat hingga  mengundang pandangan beberapa orang junior ke arah kami berempat.

“Oi,mak cik!Jalan cepat sikit boleh tak?Lepas ni aku ada amali dengan Sir Ong kot.”Rain besuara tegang.

Budak Rain ni tengah tahan bengang dari tadi tak dapat tempat duduk gamaknya.Boleh tahan baran juga minachi seorang ni.

Empat dara jalan bawak pinggan pi kelas…hee…



















Sunday, June 23, 2013

luminite 2012



assalamualaikum wbt.

terkadang bila kita takut atau teragak-agak untuk lakukan sesuatu,lakukan je.
pasti menjadi.

no hesitation.
no doubt.
then  only you will succeed.

aku tak pernah percaya aku boleh expreskan diri aku dalam cara selain daripada bercakap,menulis dan benda2 biasa yg lain.

aku tak pernah rasa aku boleh menari.
tapi aku buat.
ya,mula2 sebab terpaksa dan kena relakan diri menari di depan orang ramai.

tapi aku tahu je,bila dah lepas semua benda yg kita takutkan sangat tu,manis rupanya.
it just sooo sweet sampai aku xboleh berhenti senyum masa tengok balik video ney.

point being?
haha.
don't hesitate to do something you never do.

pernah aku nampak kat cubic lecturer matric dulu;
how far is far?
then,how big is big?
u'll never know until you try it.
kan?

cubalah.
jangan malu.

ney cerita sebenarnya.
once upon a time,masa mula2 masuk dulu.
kita ada orientasi kan?
samalah,aku pun ada.
tak cukup dengan orientasi kolej,orientasi untuk course architecture pulak.
jadi,here we are.
kena buat persembahan lagi.
persembahan perlu ikut workbase masing2.
dan budak2 workbase aku memilih untuk buat tarian lagi.
dengan glue stick yg dah semput sebab pakai awal sangat sebelum persembahan.
haha.padan la dalam video tu tak berapa nampak sangat.
so,guys.
enjoy watch it ukay.
may Allah bless.
@_@



1001 night

assalamualaikum wbt.
1001 night...arabian night.
ahaa.
ini dia.
dinner pregraduation.
aip,jangan kompius.
bukan aku yg nak grad.
blom.
lambat lagi.
masih panjang perjalanan ini.
perghh,ayat.


inilah malam untuk bebudak architecture sambut senior diorang yg nak grad tahun ini.
kepada batch pyro dan sueno yg bakal grad hujung bulan 10 ney kalau tak salah,congrats weh!

btw,
pyro adalah bebudak tahun lima.
bebudak legend la kira.

dan sueno adalah bebudak tahun tiga yg akan grad mengejut,
disebabkan program baru utk kami.
jadi,happy la weh korang.
tahu2 dah grad.
duit jimat.
boleh kahwin.
haha.



tarian egypt.
sebab tu berbalut sakan macam mumia dah rasa ney.
dan aku salah seorang daripada penari kat atas ney.
paksa rela.
kena gak lah masuk.
hailaa bebudak ney.



tengah menunggu nak buat persembahan.







lepas majlis.



bebudak sectatio.
tema malam ney semuanya belah-belah timur tengah nuu.
memang la ada yg berjubah bagai.

sectatio-egypt

dan batch2 lain adalah arab,india dan sebagainya.
aku dah tak ingat.
itulah,orang update blog tiap-tiap hari,aku update blog pun sekali tak sekala.
mana nak ingat.





















Friday, May 24, 2013

projekssss semester satu





assalamualaikum wbt.

hey2.
presenting all my projects.
ahaa.
menatang apa pulak yg bawah ney kan?

this one my latest project during semester 1.
project 4(final)
a walk through space nama dia.

to let you all know,every final project untuk every semester,we have to present all our work to the external panel.
and yeah,seperti biasa aku dengan muka kering present lah...
and masa tu external panel untuk workbase aku adalah super senior sendiri.
legend bai.

projek ney requires kami untuk design a walk thru yg orang boleh santai between two shoplots.
masa mula2 dapat brief projek ney,ya Allah kelam muka tu tak tau nak kata la kan.

"we need to design 12 spaces in between the walk thru"
apekaaahh?
balik-balik space.

tak ada benda lain ke selain space.
Aku memang dah alergi dengan perkataan space sejak lecture yg cik jak bagi masa tengah run projek 1 dulu.
tp inilah kesudahannya design aku.

gambar2 ney diambil semasa tengah siapkan partition2 dalam walk thru itu atau aku malas nak gunakan perkataan yg selayaknya iaitu space,


yg ney,apekah nama spacenya pun aku dah lupa,
yg pasti part ney dah dekat2 penghujung walkthru itu sendiri.


yg ney meditation space.


yg ney connection untuk ke tingkat atas.walk thru ney dua tingkat je.
nak mampus buat bebanyak tingkat.
mau floor plannya pun banyak nak kena buat.
haa,nampak lah permainannya di situ.
klw Dr.F tau,naya aku.


and sorry guys,aku rasa aku dah hilang gambar penuh model ney.
yg berjaya aku kutip cuma partition2 dia je.
haha.


ukeh,we come to project 3
modelling a house.

projek ney senang sikit kot,which is require us to model a house yg workbase master dah bagi kepada small groups dalam workbase tu sendiri.
rumah ney designed by william morgan.

root house.










interior perspective dari tingkat dua untuk ke tingkat tiga.
nampak tak tangga yg tak berapa nak jadi tu?
haha.
tergantung pulak tu.
buat last min sebab masing2 negri nak buat tangga sebab tangga  PAAYAAAHH!
AHH!AHH!
yes,aku kena mengaku benda yg paling payah dalam pembikinan model adalah tangga dan bumbung.
tp rumah ney sebaikk la flat roof.
tada hal sangat la kalau nak buat.


back to my previous project,
project 2 
imagining space unfolding.

ha,tengok tu.
perkataan space tu memang tak lepas,asyik nak menghantui kami dari muda sampai ke tua.
heh,dari first project sampai ke last project la.
haha.


front elevation.

ada rupa macam keropok rita tak model ney?
haha.
lapar.
masa buat ney memang terbayang segala macam keropok dah depan mata.

pulak tu zaman2 ney la kami budak blok yg hampir semuanya bebudak archi jugak kebulur McD.

abang delivery tu mungkin dah kenal dah kami,sebab muka ney yg dok angkut makanan kat kedai dia bagi kaya pak cik McD.

tapi kenapa McD?
walhal as for me,aku prefer KFC sebab KFC sedap sangaaaatt!

ye aah,KFC tada delivery.memang la tak membantu.



side elevation.

yg ney ada rupa macam kapal mana2 tak?
haha.


axonometric perspective.



back to the very2 legend projek.
yg memang huru-hara dibuatnya hidup aku sampai demam(homesick sama masa tu).

project 1
perceiving the in between space.

haha,tajuk projek gah nak mampus.
projek ney la permulaan segala-galanya.
mula rapat dengan bebudak kat bilik depan dan sebelah dan bilik tingkat atas and hatsoever.
which budak kelas sendiri jugak.
mula pandai pesan McD.
mula kenal seorang2 daripada kami.
dan alhamdulillah berterusan la friendSHIP tu sampai sekarang.
subhanallah.
aku dulu ingatkan tak ada dah orang terima aku cakap kedah je semedang dengan depa.
haha.
sekali roomate aku dengan bebudak lain semua hentam cakap kedah gak dengan aku.
walaupun penggunaan 'noh' salah.
walaupun diorang hanya pandai cakap 'dak aih' .
walaupun diorang hanya paling pandai panggil aku 'hang'.
cukup.
aku dah rasa appreciated.
ngeh.
tacing2.


kenapa model ney senget?
besa la.
air tangan pertama la katakan.
bukan purpose pun nak buat senget ney.
haha,baru nak faham gam uhu la masa ney.

ukeh.
cukup perkongsian.
aku pasti rindu semseter1.






and bila aku selak balik memori lalu la kononnya,
terjumpa pulak gambar ney.
taken by Zariman bin Muhammad,masa final presentation.
haha,plum.


may Allah bless.

projekssss semester dua



assalamualaikum wbt.
 kesinambungan untuk previous post,maka terhasil la post kali ney.

yeahh.

project 4(final)
a spa.
hebat.
tau tak site kat mana?
tasik utm as for my workbase.
haha.
sah lepas ney kalau lalu je depan tasik,mesti memori aku tersuntik tercuit la kot.
husna,ayaat....


elevation from lake.
haha.bangga dengan model sendiri walaupun senget2 jugak.
memang tak berbakat sangat buat model gamaknya budak nurul husna ney.
haishh.



ehem2,berphotoshop sikit.
baru reti la kata.
hari pergi kursus dengan super senior gak nak tambah penegtahuan.
as i said before la,aku bukan techie savvy sangat.
but the course requires me to be so.


another photoshop punya kerja sampai jadi macam skectch drawing dah model aku ney.


bawah: is my project 3 punya model 

a studio pavilion.
yg ney kitorang dapat client which is for my workbase client dia is a crafter,Norhaiza Nordin.
 the so-called adiguru kot.
yg memang berbakat gila bab2 mengukir ney.
yg memang aku tengok sendiri kerja tangan dia yg halus tu masa trip ke terengganu long time before.



projek ney hampeh sikit sebab we need to color the drawings and seperti biasa kami2 ney tak menyempat sangat nak finish the drawing as well as orang lain.
and aku rasa terukkk saangatt.

project 2 
a folly
which means bodoh.
apekaah?
aku tak tahu kenapa projek ney namanya folly=bodoh
haha.jangan gelak.
derivation je bodoh.
tapi we take another meaning lah kot.
we take it as gila-gila.
pensyarah aku dulu kata kalau folly kamu tak gila2 tak jadi la folly maknanya tu,


lighting effect sikit.
dengan bantuan DSLR.
perghhh.
superb jugak.
dengan bantuan maggi kari lagi dua periuk,untuk menambah tenaga photographer Hanee Najwo,dan pembantu2 di sebalik tabir 
haha.





few shots sebelum aku pilih gambar yg nak dicetak.
cetak??
haha,we used to say print in everyday life and when it comes to 'cetak',we feel weird kan.
padahal bahasa sendiri duh.


this one agak cantik.



bawah ini adalah project 1 untuk permulaan semester 2.

a site sculpture.


axonometric perspective.


nampak yg terkeluar-terkeluar dari base tu?
konon2 nak apply salvador dali punya design la kat situ.
haha.
husna2.



dan aku pilih untuk susahkan diri dengan menggunakan dawai untuk sambung the 'hats' yg aku design tu.
bengkak tangan ney sama je macam bila nak potong board dengan pisau tu lah.
masa ney aku dah rasa macam jahit baju pun ada.
the way aku sulam dawai2 tu la.
haha.


inilah the 'hats' yg aku maksudkan.


plan view.
ukeh.
may Alla bless.

hidup selepas projek




assalamualaikum wbt.
rasa berabuk blog ney setelah sebulan lebih aku tinggalkan bahana projek 4.
final projek yg urghhh.
speechless.
haha.
untunglah dah lepas killer presentation.
hari senin yg lalu,setelah aku present aku punya design di hadapan bapak(Dr.F) dan dua lagi external panels,
dan aku jugak kena tembak habis-habisan di depan semua orang,
aku balik meringkuk mati syahid sekerat hari di bilik.
sedar2 memang dah xdapat nak recognise dah waktu tu siang ke malam.
punyalah nak balas dendam xtidur dua hari before submission and presentation.

ya,presentation aku xbagus mana pun.
design aku pun kena condemn bukan main ligat lagi dengan external panel,
tp lepas je semua tu,memang rasa macam yg sofaz kata tu.

"hidup ini terasa di syurga."

haha.
macam tu aku rasa.dan rasanya semua bebudak aku pun rasa macam tu gak.


ukeh,jadi sebelum submission aku memang tak menyempat dah nak bukak blog.
dan selepas submission pulak,aku dapat sindrom malas nak menaip sebab dah selalu sangat dah tangan ney memotong kayu,memotong board semua.
tangan pun gamaknya dah jadi keras nak menaip.
haha.


ha,tu dia.punya la sampai tahap tu hidup dalam circumstance architecture.
but then,ini bukan merungut tau.ini cuma bahan luahan perasaan.
thanks to anybody yg nak gak baca.
hehe.


jadi,aku tak tau nak hidangkan apa dah dalam blog ney untuk  anda semua.
it is not i take this blog only for granted.
i love it.really.

tapi fahamlah wahai viewer,aku just menghadapi sindrom kekangan masa.
but,i have something to share for this time.
harapnya korang ambil la yg positip dari post kali ini.
tinggalkan yg negatip.

ukeh,straight to the quotes that i have look for,dan rasa best sikit la nak kongsi kot.

nah,sila la baca.
pernah kena tinggal tak?


guys,dah betul sangat dah ney.
tolong jangan rate diri kita di tahap yg rendah.
ketahuilah,kita ni ney ada harganya.
kena tinggal bukan bermaksud kita tak bagus untuk dia.
banyak sebab kenapa we break off,putus,
atau whatever we call that end relationship la.

kadang2 mungkin cara bercinta kita tu yg salah,cinta tak sandar pada Allah pun,
macam mana Allah nak pelihara cinta tu?

atau,

berkawan untuk sekadar suka-suka macam mana kita boleh pulak harapkan orang tu untuk sungguh-sungguh suka kita?
kan pelik tu.

atau antara sebab lain dah kenapa pulak hubungan kita tergendala setengah jalan?
review la balik.
kita berkawan,bercinta sebagainya pada waktu tengah studi,tengah tak berapa nak ada duit ke.
contoh je.

tapi dah janji dengan yg sebelah pihak lagi cincin emas,gunung emas,gerbang kahwin dan sebagainya.
memanglah impossible je nak dapat.

in short,kalau putus,atau kalau kena tinggal...
ingat,ada benda yg kita kena review balik tu.
yg pasti bukan sebab kita xbagus untuk dia atau apa.
ukeh.


yg penting apa?
review diri sendiri dulu.
dan lepas tu kalau nak terkeluar ayat cenggini pun tapa lah.
haha.



dan tak ke betul jugak apa yg quote di bawah ney tulis?





kalau kita ingat Dia,mesti dah tak sedih dah.
plus,tang mana hebat boyfriend anda tu kalau dia sujud pada Allah pun sekali tak sekala?
kalau dia nak diajak menapak masuk masjid pun tahap payah tak boleh ampun?
yg ada cuma title gergasi BUAYAfriend yg dia pegang.
tu je.
kan?
ahaaa.



agak2 ada yg terasssa tak aku cakap cenggini?
i'm sorry bebanyak.
sekadar mengulas quotes di atas.
ukeh.
ampun.
it just a matter of opinion.

may Allah bless.
@_@


apa khabar iman hari ini?


assalamualaikum...
hai!
apa khabar iman?

haha.
ayat klise yg selalu kakak usrah tanyakan pada aku.
dengar macam lawak.
tp ada maksud mendalam yg org biasa takkan sentap dengan ayat macam tu.
hanya org yg telah diketuk hatinya baru akan terfikir apa khabar iman aku hari ini?
turunkah?
naikkah?
remain constantkah(physic.ngeh2)


guys,ada rasa macam nak dengki2 kat orang sekeliling tak hari ini?
kelmarin ke?bulan kepas ke?

ahaaa,ada rasa macam jealous kat sapa2 ke dua tiga hari ini?

atau ada tak rasa macam nak balas balik perbuatan orang pada kita yg menyakitkan hati tak boleh nak ampun ke?

tak pun ada tak rasa mengidam nak cabut bulu hidung sapa2 sebab dia dapat lebih dari kita?
sebab dia lagi cantik
sebab dia lagi pandai
sebab dia yakin dengan diri dia
ada?ada?

ehem,itu semua penyakit hati rasanya.jangan biar lama.takut gila pulak nanti.

"jadi nak buat macam mana?dah nak rasa macam tu,bukan saya mintak."

ahaa,betul jugak.jadi,salah dia jugak ke?

salah.perasaan kita,kitalah kekuatannya.kitalah master key nya.kitalah yg kawalnya.
jadi,kalau anda rasa semua2 yg di atas tu,cepat2 la backspace rasa2 dalam kepala otak tu.cepat brainwash hati,cepat2 la letak clorox biar luntur rasa tu.tau tak bila anda rasa macam tu,satu titik hitam dah melekat kat seketul daging bernama hati yg andalah penjaganya.takkan nak biar titik tu melarat jadi banyak sampai penuh kan?
oleh itu,mohonlah taubat pada yg selayaknya.

ada hadis yg dah bagi panduan pada kita bila kita dengan sengaja atau tidak sengaja mengotorkan hati kita ini.


Allah membentangkan tangan-Nya pada malam hari untuk menerima taubat hamba-Nya yg berdosa pada siang hari.Dan Allah membentangkan tangan-Nya di sebelah siang hari untuk menerima taubat hamba-Nya pada malam hari,sehinggalah matahari terbit dari Barat.

[ hadis riwayat muslim ]

maksudnya,kita manusia ni boleh lagi bertaubat selagi belum nak kiamat.dan jangan lupa mati itu adalah kiamat kecil bagi kita.dan mati itu kita tak tau bila,jadi jangan kita buat jahat untuk pegang niat lepas tu baru nak taubat.
tak betul jugak.
kalau nak taubat tapi dah terlambat macam mana?
ha,bahaya tu.

"alah,Allah tahu hati dan niat kita macam mana.kita memang nak taubat dah lepas tu."

ahhaa,tapi jangan lupa Allah juga tahu niat jahat kita sebelum tu,kan?

lagipun,sebelum kita nak ada PHD(perasaan hasad dengki) kat orang,jom kita muhasabah(review) balik diri kita.sebab Rasulullah pernah kata apa?

"cari dulu 144 sebab mengapa nak benci seseorang."

ahaa,kenapa 144?
alah,letak pi lah berapa ribu pun,the point being is just to remind us to think first(deeply) sebelum kita nak benci or judge orang

jadi apa khabar iman anda hari ini?

.may Allah bless.