Monday, April 22, 2013

BFF or BFTJ





assalamualaikum wbt.
senin datang lagi.
and i'm like a bit freaking to see Dr. F to show my design,the refined one.
sebab aku xbuat apa2 refinement pown semalam.
that's it.
setelah membazirkan masa dengan aktiviti lagha sikit,
hari ini aku datang studio dengan kepala otak separa kosong.
tada development nak ditunjukkan kepada Dr.F.




bila kita berjaya 
kawan2 kenal siapa kita.

bila kita jatuh 
kita kenal siapa kawan kita.
sentap bila aku baca kata2 yg penuh hikmah ney.

ya,memang bila kita berjaya,ada rupa,ada duit ada pangkat,
ada semua benda2 dunia.
kawan2 ada dengan kita.
turut sama menumpang bahagia kita.
masa tu,inbox henpon,inbox fb pun penuh je dengan sms kawan2.
belog pun tetiba ramai je yg nak follow.
friend request kat fb meningkat.
semualah bertambah.
indahnya masa tu.

 but yet,
bia kita jatuh,kawan2 semua menyepi.
xpayah tunggu jatuh banyaklah
kita cuma kena tarik biasiswa je,kawan dah lari berterabur sebab tada sapa nak sponsor diorang dah.
xpayah tunggu kena buang kerja nanti.
kita cuma kematian ayah 
dan hilang tempat tinggal
dan tiada duit poket.
kawan2 kita terus lesap
tak nak dah ajak kita berjimba ke mana pun

tett...

to be continued.


Friday, March 22, 2013

‘izinkan saya berzina ngan anak pakcik’?





guys,just read this.
sentap habis...

dipetik daripada: 
http://www.terbaek.net/2013/01/15/tajuk-izinkan-saya-berzina-ngan-anak-pakcik/
sila kelik link di atas kalau nak find out more interesting entry or story.

TAJUK : ‘izinkan saya berzina ngan anak pakcik’?



2012-12-06_0838
January 15, 2013 




Gadis : Masuk lah dulu, jumpa dengan ayah saya

Teruna : Boleh ke?

Gadis : Masuk je lah, saya nak siap

Menyusup masuk si teruna melalui pintu utama. Pintu yang siap terbuka mengaluka-alukan kedatangan si Teruna.

Teruna : Assalamualaikum.

Bapa G : Waalaikumusalam.

Melihat pada lantangnya suara bapa si gadis, terus si teruna kaku membatu. Lantas si gadis menarik tangan si teruna menyedarkan dari lamunan itu.

Gadis : Mari, duduk kat kerusi

Teruna : eh.

Setelah tangan dihulur dan salam bertaut, duduklah si teruna di kerusi hampir menghadap bapa si gadis. Hanya surat khabar yang menjadi tabir antara mereka.

Bapa G : nak jalan kemana hari ni?

Teruna : Bandar je cik, dia nak carik barang katanya. Barang apa tak tau lah saya

Bapa G : oh..
Teruna : ??

Hampir 5 minit senyap tanpa suara. Dan ibu si gadis keluar dari tabir ruang utama dan ruang belakang membawa air serta biskut kering. Si teruna senyum kelat.

Ibu G : minum la ni sikit. Kamu sudah sarapan?

Teruna : ehh. Sudah cik. Terima kasih.

Ibu G : kamu malu-malu pula dengan kami.

Teruna : segan cik. Hehe

Bapa G : bila kamu nak hantar rombongan?

Ibu G : eh. Apa ayahnya ni?

Teruna : ehh. Duit takde lagi. Hehe

Bapa G : kamu bawa anak kami kehulu-kehilir. Apa orang kata nanti

Teruna : (eh. Malu ngan orang ke malu ngan Allah, lagi takut orang kata dari Allah yang menghukum) Kami naik kereta je cik, tak de la nampak berkepit sangat. Boleh saya tanya cik sikit

Bapa G : boleh takda masalah

Teruna : pakcik ngan makcik nak letak wang hantaran berapa ye?

Bapa G : kalau boleh 20 ribu

Ibu G : ehh. Tak kisah la, tapi kalau boleh acik nak lebih tinggi sikit dari orang sebelah ni

Teruna : Berapa tu cik?

Ibu G : dalam 25 ribu ke atas dan dulang 25 keatas pihak lelaki

Teruna : (amboi, ko melantak dulang ke ape? Wuhaa.. 25 ribu. Mana nak dapat, aduh) Tingginya acik, tak boleh rendah lagi ke?

Bapa G : itu nasib kamu la, kamu yang nak kat anak kami. Lagipun dialah satu-satunya anak perempuan kami, kene lah market sikit. Nak grand-grand camtu.

Si teruna hampir hilang akal apabila disebutkan harga si gadis itu. Dan si teruna cuba berbincang untuk merendahkan harga si gadis.

Teruna : nak Tanya lagi, kenapa anak acik tak pakai tudung?

Bapa G : itu kenalah Tanya maknya

Teruna : (ehh. Boleh pas-pas pulak dah)

Ibu G : ehh. Awak lah. Apa pulak saya. Awak yang sepatutnya didik anak

Bapa G : saya kan kerja. Mana ada masa

Teruna : (pulak dah, gaduh nanti) Ehh-ehh. Makcik pakcik. Kita lupakan dulu soalan tadi sebab kalau ikut makcik pun taktutup kepala jugak. Maksudnya lebih kurang jugaklah. Nak Tanya lagi, anak acik pandai masak?

Bapa G : hmm.. haram. Tau-tau bangun tido pukul 12 lebih, bukan bangun pagi dah tu. Bangun tengahari. Terus makan tengahari.

Ibu G : apa la ayahnya, orang ni nak buat anak kita bini, dia cerita buruk-buruk pulak.

Bapa G : maknya pun sama suka bangun lambat juga.

Ibu G : abahnya!

Teruna : (kah kah kah.. bengong. Camtu pun nak cerita) Ehh.. acik sekarang saya da tau. Okeh. Soalan lagi. Boleh tak dia baca quran?

Ibu G : boleh sikit-sikit kot

Teruna : kali terakhir bila?

Ibu G : err. Darjah 1 agaknya.
Teruna : hmm.

Ibu G : kenapa?

Teruna : takda apa makcik. Soalan cepumas. Dia solat tak?

Bapa G : apa motif kamu Tanya semua ni. Dia kan selalu ikut kamu. Kamu tau la.

Teruna : kalau kat luar saya ajak dia solat, dia cakap datang bulan. Hari-hari datang bulan. Dia tau solat atau tak?

Hampir terkedu si bapa dan si ibu. Dan pada raut wajah mereka berdua terdapat tanda-tanda kemerah-merahan menahan amarah.

Teruna : boleh saya sambung lagi. Dia tak reti masak, tak reti solat, tak reti mengaji, tak reti nak tutup aurat sebelum dia jadi bini saya lagi. Dosa-dosa dia terang-terang pegi kat makcik ngan pakcik. Lagipun tak berbaloi harga 25 ribu untuk dia. Lain lah dia ni hafizah, 30 juzuk dalam kepala, bertutup litup habis dari bawah sampai ke atas dan tau jaga batas, haa.. itu barulah berbaloi 100 ribu pun saya sanggup bayar. Tapi orang macam tu kalau kahwin mereka memilih untuk serendah-rendah mahar. Sebab sebaik-baik perkahwinan adalah serendah-rendah mahar. Mata bapa si gadis direnung tajam oleh mata ibu si gadis. Keduanya senyap tanpa suara. Ketiga mereka menundukkan kepala. Lumrah adat untuk menjadikan anak perempuan untuk dijadikan objek pemuas nafsu hati menunjukkan kekayaan serta bermegah-megah dengan apa yang ada. Terutamanya pada majlis perkahwinan. Adat mengatasi agama. Dibiarkan anak perempuan dihias dan dibuat pertunjukkan di khalayak ramai. Sedang pada waktu itu akad telah dilafaz si suami, dan segala dosa anak perempuan sudah mula ditanggung oleh si suami. Amatlah rugi. Mahar berpuluh ribu dibayar pada isteri dan sepatutnya hanya si suami seorang yang berhak melihat, tetapi pada hari pertama perkahwinan iaitu semasa persandingan sahaja berpuluh ribu mata yang melihat si isteri. Seolah-olah si suami membayar mahar untuk mereka sekali.

Bapa G : tapi kan. Pakcik nak anak pakcik rasa sekali. Benda seperti tu kan sekali seumur hidup.

Teruna : pakcik nak anak pakcik rasa ke pakcik yang rasa grand?

Ibu G : tentulah kami berdua pun turut gembira.

Teruna : yeke? Saya sambung lagi ya. Acik, saya bukan apa. Sekarang dosa anak pakcik, pakcik yang tanggung. esok lusa lepas akad nikah terus dosa dia saya yang tanggung. pastu pakcik nak buat bersanding pulak. Setiap mata yang memandang saya akan dapat dosa. Lagilah saya berdosa sangat-sangat. Ibu si gadis segera mengambil langkah mudah dengan menarik diri daripada perbualan itu. Si ibu tahu, si teruna bercakap menggunakan fakta islam. Dan tidak mungkin ibu si gadis dapat melawan kata si teruna itu.

Bapa G : kau memandai pulak nak cakap agama ngan kami.

Teruna : ehh. Sory pakcik. Bukan saya nak cakap pasal agama. Tapi itulah hakikat sebenar. Kita terlalu pandang pada adat sampai lupa agama.

Bapa G : camni lah. Kamu sediakan 25 ribu, ngan 31 dulang. Kalau takde, kamu tak boleh kahwin ngan anak aku!

Teruna : lama lagilah camtu. Dalam umur saya 30 lebih, baru dapat masuk meminang. Kalau camtu pakcik, ‘izinkan saya berzina ngan anak pakcik’?

Bapa G : hoi! Kau dah melampau, ko baik-baik sikit cakap tu. Jangan main sedap mulut je.

Teruna : dengar dulu penjelasan saya pakcik. Pakcik tau tak apa sebab orang berzina dan banyak anak luar nikah? Sebab benda nil ah pakcik. Selalu ibu bapa perempuan yang meletakkan berpuluh ribu ringgit sampai pihak lelaki terpaksa menangguh hasrat untuk berkahwin. Tetapi cinta dan nafsu kalau tidak diiringkan dengan betul, syaitan yang jadi pihak ketiga untuk menyesatkan manusia. Akhirnya mereka mengambil jalan pintas memuaskan nafsu serakah dengan berzina. Mula-mula memang ringan-ringan dahulu pakcik, pegang-pegang tangan, peluk-peluk, pegang pinggul, dan sebagainya. Tapi lama-lama jadi berat-berat. Yang berat-berat tu pakcik sendiri pun boleh bayangkan.

Bapa G : apa kaitan kamu nak berzina pula

Teruna : yalah. Dah pakcik tak bagi kami kahwin sekarang, biar ada duit dulu baru boleh kahwin. kami nak lepaskan nafsu camna pakcik? Tiap hari saya tengok dia, dia tengok saya. Susah pakcik. Nafsu. Sebab tu saya dengan rendah hati minta izin pada pakcik untuk berzina ngan anak pakcik. Apa yang penting pakcik tahu yang saya dan dia nak berzina. Sebab rata-rata orang yang berzina ni ibu bapa tak tau. Nampak je biasa-biasa sedangkan da berzina. Err.. berzina bukan sahaja yang ehem-ehem je. Ada yang zina-zina ringan. Tapi sebab ringan tu yang akan jadi berat.

Bapa G : hmm. Kamu ni peliklah. Nasib baik pakcik cool je. Kalau orang lain, da lama angkat parang. Tapi kalau takde duit, camna kamu nak bagi dia makan

Teruna : hehe. Pakcik. Pakcik lupakah dengan apa yang telah Allah bagitau.

“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.” (an Nur 32). Takkan la kita tak yakin dengan apa yang Allah janjikan. Lagipun pakcik, kalau makan dan minum tu insyaAllah, berdaya lagi untuk saya beri pada dia. Tempat tinggal tu kita boleh bincang lagi. Kalau benda ni boleh menghalang kami dari melakukan perkara dosa dan sia-sia. Baiklah disegerakan. Pakcik pun tak mau perkara-perkara tak elok kan. Senyap tanpa kata bapa si gadis, merenung kata-kata si teruna. Segera bapa si gadis memikirkan cara untuk mematahkan kata-kata si teruna. Dan bapa si gadis mendapat akal.

Bapa G : kamu tau la zaman sekarang ni. Kalau ikut cara kamu tu. Mungkin kamu tak suka dengan persandingan, pakcik boleh terima. Tapi kamu kena la ambil kira apa orang lain yang akan kata. Tau-tau orang akan mengata anak aku kena tangkap basah dan kena nikah paksa dengan kamu. Mana nak letak muka ni.

Teruna : bagus juga cadangan pakcik tu. Kena tangkap basah 2 ribu je denda. Kat Malaysia takde hudud, dan kalau untung. Boleh nikah masa tu jugak. Bagus-bagus.

Bapa G : serius lah sikit.

Teruna : betul dah tu pakcik. Hehe. Tapi pakcik, saya tak kata pun takde walimatul urus. Sedang walimatul urus itu perlu untuk hebahkan yang anak-anak dah kahwin. itu cara islam. Ok. Tapi yang tak oknya, bersanding tu ha. Kesian saya pakcik, saya seorang bayar mahar untuk anak pakcik, orang lain pun dapat tengok. Siap kalau berhias secara berlebihan dan orang lain yang lihat menaikkan nafsu syahwat mereka, saya yang berdosa pakcik. Saya yang tanggung dosa dia. insyaAllah pakcik. Kita bukan nak buat apa pakcik. Syariat memang camtu. Maha baiknya Allah sebab jaga kita selama ini, tapi benda remeh-temeh camni pun kita masih pandang ringan dan kita tak menjaga apa yang telah Allah janjikan. Susah lah camtu pakcik.,Sory lah pakcik kalau ada kata saya yang membuat pakcik kurang senang ngan saya. Segala-galanya kita serah pada Allah, kita merancang je. Azan zohor berkumandang, jaraknya tidak sampai 10 dari surau berdekatan rumah si gadis. Si teruna memohon untuk ke surau dan mengajak bapa si gadis untuk pergi bersama. Namun ajakan ditolak dengan lembut. Lantas memberi salam dan memohon untuk keluar. Di birai tingkap bapa si gadis melihat si teruna mengeluarkan kopiah dari poketnya dan segera di pakainya. Masuk ke dalam kereta dan hilang dari penglihatan bapa si gadis tadi. Sedang si gadis yang sedari tadi berdiri di balik tirai bersama ibunya menitiskan air mata mendengar luahan kata-kata si teruna terhadap ayahnya. Tudung pemberian si teruna sebagai hadiah pada hari jadinya yang lepas digenggam erat. Ibu si gadis juga menitiskan air mata melihat pada kelakuan anaknya. Segera ibu dan si gadis ke ruang tamu menghadap ayahnya.

Ibu G : apa yang budak tu kata betul. Kita ni tak beratkan pada agama selama ni. Kita sambil lewa abahnya.

Bapa G : hmm.. ntahlah, tak tahulah saya. Keras betul budak tu kata tadi. Satu-satu kena. Dia pesan tadi, suruh bersiap, lepas zohor dia amik kamu.

Gadis : takde mood nak pegi la ayah. Ntah,,

Si gadis terus mencapai telefon bimbitnya dan menaip mesej.

Si teruna yang selesai mengambil wuduk tersenyum apabila membaca mesej yang baru sahaja diterima daripada si gadis

“andai Allah telah memilih dirimu untukku,
aku redha dan akan terus bersama mu,
aku juga akan terus pada agama yang ada padamu.” “ : )”

“petang ni takde mood nak keluar, Sory.

Minggu depan ayah suruh hantar rombongan. ^_^


aha,macam mana?
nak buat apa lepas ney bila korang dah tangkap cintan pada seseorang perempuan?
masuk meminang?
ada berann?

daa
may Allah bless.

terengganu...in memories



assalamualaikum wbt.
hey.
it has been long time ago cerita aku pergi terengganu ney.
i'm sorry guys,
this is only time i have to update and bercerita sepenuh perasaan about my trip to terengganu.
actually ini cuma trip kelas,bebudak first year architecture universiti aku ke pantai timur.
kalau dalam tentatif coordinator tu tulis east coast visit.
ahaks.

mana je ak pergi hari tu?
haa,
kitorang stay kat awi yellow house dekat kuala terengganu.
terbaik ar homestay tu.
then,pergi melawat carving centre,tempat kawan lama workbase master gue,Dr Fawaz.
kenal tak Norhaiza Nordin?
aha,bukan perempuan tapi Ramli Sarip bai...
Norhaiza Nordin,adiguru@master dalam industri seni ukir.
alkisahnye lah.

lagi,
kitorang ke spa,
Awana Kijal di kemaman,bahagian bawah terengganu dekat2 dengan pahang dah.
tau tak awana porto malai kat langkawi tu?
yang azhar mansor ke azhar sulaiman entah yang berlayar solo tu?
yang singgah di awana porto malai tu?
haa,yang itu cawangan kepada si awana kijal ney.
nanti korang google comformkan balik eh.
hahaha.
bila aku tanya kawan aku siapa nama pelayar solo tu,tau dia jawab apa?

"mokhtar dahari kotttt."

bhahaha.
mau tak guling aku .
mokhtar dahari pemain bola sepak kebangsaan daa.

ukay,itulah dia alkisahnye kenapa kena pergi melawat spa?
untuk projek 4 which final projek semester ney,we need to design a spa.
konon nak p belajar la,apa je yang ada dekat spa tu.
bak kata omputih nak gone through the real situation la gitu.





ney hah,ala-ala one direction dekat private coast depan terrapuri heritage centre.
kiri: gue,ean,ayu,ally,mira seungi,izzah and jai.
8 of us.
tapi sorang lagi belum datang masa ney.
*hg lambat aida...


masa tengah berjalan nak pergi tengok tempat pembikinan kapal(xtaulah apa kena mengena dengan architecture) dan kami didera berjalan lagi jauh ke monsoon yatch club dekat2 dengan homestay kami,awi yellow house.
memang terbakaq la muka lepas balik dari dua tempat ney kan.
dan button unisza yang dipin pada beg aku tercabut entah kat mana entah.
memang taklah kalau nak ambik balik.


aku dan ayu dekat private beach.
perasan sendiri2
bhahaha



di taman tamadun islam,masjid kristal.
belakang tu adalah monumen bangunan femes2 yg bibina semula dalam skala yg lebih kecil.


the same.


again,one direction.
geng berlapan.
but again,seorang tada dalam gambar.
sebab ally tolong tangkapkan gambar.
kiri:aida,gue,izzah,ayu,ean,jai dan mira roomate aku duduk di depan.


ini di norhaiza carving centre,besut.
tengok tu.
orang lain sibuk p interbiu norhaiza tu,kami sibuk perasan sendiri.
hagahaga



monsoon yatch club.
cantik gila.
rasa nak tidoq atas rumput tu pun tada masalah.


 atas monumen bangunan apa entah.
again perasan sendiri.
aku kan selama ney cameraphobic kan.
but yet,mestilah aku kena berubah.
tapa,pelan2...



kincir air.


tempat sewa basikal.
tak payah.
kitorang jalan je pusing taman tamadun ney.
baru boleh menghayati monumen2 kat sini.
apa je yang ada r?

ala,taj mahal tu mestilah ada.
masjidil haram, 
masjid nabawi ada gak 
lagi,makcik dah tak ingat nak...
banyak...

p/s:kitorang pun ada beli basikal gak.
folding bike.tapi sorry guys tada gambar basikal tu yang enam kesemuanya.
tapi sama je sejibik macam kat atas ney hah basikalnya.
and mine is green one.



rumah2 warisan di terrapuri.



haziq yg nakal,
anak dr roshida coordinator fundamental studio(studio bebudak first year senang cerita)


dalam monumen.
hagahaga.
jadi kerja kan.
semua ceruk pun boleh nak bergambar.


"husna,tengok sini!"
                           -ayu

view from 9th floor awana kijal.gayat siak.
rasa nak terjun.
selain cameraphobic,cik ar nicho kita ney jugak fobia ruang.yang tinggi dan besar memang dia takut.
ehek.
harap maklong ukay...



jembatan bosi...
ini masa kitorang naik bot dari pasar payang ke taman tamadun islam.
naik bot tu.teringat ayahanda.
big tears.

p/s: harap pasar payang xjadi dirobohkan.
warisan tu.
mana nak dapat lagi dah kalau tak dikekalkan.

"we can always build future.but we can never get back the pass if we destroy it."
                                                                                         - FWZ

itu kata workbase master aku.
fuh,architecture ney full of philosophy la.
kan?
 maap,gambar xclear sangat.
dan aku xtahu gambar ney taken by whom.

along the the way we boating,we see the amazing masjid kristal.
yeah.


awana kijal.
the lobby.

ukay,enough of terengganu.banyak lagi nak upload tapi xlarat dah nak buka hikayat.
hope you guys can feel the breeze bila aku bercerita hikayat terengganu ney kat korang.

pesana penaja:pergilah terengganu.
                      makan kepok lekor.


teganu kita!
malaysia boleh.
bhahaha
daa.
may Allah bless.



Thursday, March 21, 2013

adobe, photoshope, di tengah male...

assalamualaikum wbt.
hey.
i'm stuck.
still photoshoping dekat bilik.
seteres duh.
first time guna menatang photoshop.
tambah2 bila tengok bebudak lain advance je buat kerja kan.
panas betul lah.
ehek2.
tak panas pown.peluh je sebab buat xboleh2.
ahaks,

ukay,
hmm,nak tengok hasil kerja aku malam ney membongkok depan lappy sampai nak patah pinggang?

ney dia,

hasil berphotoshop di tengah malam.
kelam la output jawabnya.
bhahaha.


yang ini hasil buat kerja dengan seketchuppp sampai xtidoq dua hari.
ahaks,nak bagitau jugak kan...
pun boleh.



another perspective captured and edited.



kalau nampak ada error tu,
syhhh
ples la diam2 je.
jgn heboh.
sebab yelah kan,
saya ney cik ar nicho 
budak baru belajar.
really.


yang gambar warna macam kartun sikit tu lebih dahulu dibuat sebab itu jadi assignment gue yang pertama untuk kelas architectural computing.

yang gambar photoshop ala-ala zaman dolu-dolu ney pulak baru buat malam ney lah.
yang sampai nak patah pinggang tu.
ahaks...

dalam pada dok buat benda alah ney,terjumpa pulak gambar kat terengganu.
(ukay,aku tak menyempat lagi nal upload beberapa gambar kat terengganu seh)

ples remind me of that nanti.

tudia,
L,
ayu,
 and cik ar nicho kita 
di restoran kuala terengganu.


ukay,dah2 lah show off.
but deep in my heart,seriously aku upload bukan untuk show off kerja.
ini jela cara nak release beban di bahu setelah berhempas pulas belajar guna menatang seketchuppp and photoshopee ney.
wifi pun tengah laju macam merestui aku malam ney.
so,here's how the gedik thing came out of my belog berabuk.
daaa,
gud nite

May Allah bless.
@_@

dah sedia kewwww?








assalamualaikum wbt.
mutiara kata utk pagi ney.
sekadar renungan buat Adam kat luar sana
juga si Hawa.
sebelum nak buat keputusan declare couple ke,
sebelum nak masuk meminang sesiapa ke,
ataupun sebelum terjadinya lintasan hati nak cari teman.
bhahaha.
xbley blah kenapa aku jiwang sangat pagi2 ney.
ukay,mungkin la sebab aku xdapat cari benda utk assignment dgn projek kot
jadi,aku ada belog berabuk ney nak meraban.
ukay.
daa.








Monday, March 18, 2013

kahwin muda,antara kehendak atau keperluan

assalamualaikum wbt.
salam seninn guys...

kahwin muda.
it's  kind of thing yang yang dekat dengan diri aku,kita dan semua yang di luar sana.
yang berada di ipta,ipts,poly,kolej komuniti,institut kemahiran mara and what so ever,
semua pernah bergosip tentang ney kan?
ahhha,jangan tak mengaku.
orang muda suka sangat la tajuk kahwin2 ney kan.
bhahaha.
in fact,budak lelaki kelas aku pun ada yang nak kahwin dah walaupun baru sem dua.
ha,gila tak gila?
tapi gila2 pun dia sendiri yang decide.dia sendiri tahu setakat mana tahap kemampuan dia nak bela anak orang dan bakal anak dia nanti.
kan?

seronoknya kahwin!
ada orang sayang,
ada orang teman studi malam,
ada orang beri perhatian,
ada orang teman tidur,teman ketawa,teman menangis,
ada orang teman makan all the time.
ada orang teman balik kampung,
ada orang SMS,telefon tanya khabar,
ada orang yang kita nak rindu,
ada seseorang yang HALAL untuk kita.
Allah2.
indah.
semua indah dari sudut itulah.
but after all,ada apa di sebalik perkahwinan tu?
Allah,sangat banyak.
lebih banyak dari bab2 dalam buku anatomi si budak medic tu.
orang kata kan...

"when there's a marriage,there are three ring.first,bertunang ring,second wedding ring,and the third is suffering."
atte,sanggup ke kome mikulnye?
ahaaa.
but yet,lepas baca entry bawah mungkin anda akan berubah tanggapan sikit terhadap kahwin muda.
i dunno.

bacalah...
dipetik daripada bernama.hagahaga.takde lah.
dipetik daripada mukabuku

Mak ayah, saya nak kahwin.. janganlah bersusah hati kalau dia ingin berkahwin, kerana pernikahan itu membuka seribu pintu rezeki. Perkahwinan atas nama Islam, sudah pasti akan diredhai Allah.

Mak ayah, saya nak kahwin. janganlah dihalang keinginannya, kerana Allah sudah berjanji, barangsiapa berkahwin keranaNya pasti akan dipermudah segala urusan.

Mak ayah saya nak kahwin.jangan sesekali risau pasal pelajaran, kerana ia takkan pernah berhenti. Hatta sampai ke mati sekalipun, ilmu takkan pernah habis dicari.

Mak ayah, saya nak kahwin. walaupun dia belum bekerja, bukan bermaksud dia tidak boleh menyara bakal isterinya. Sudah tercatat di dalam Quran, orang miskin sekalipun pasti akan dimampukan oleh Allah lepas berkahwin.

Mak ayah, saya nak kahwin.. jangan risau anakmu dapat bayi atau tidak. Nikah itu sendiri bukan jaminan untuk dapat bayi, kerana semua itu adalah kerja Allah. Lagipun anakmu itu sudah ada perancangannya yang tersendiri.

Mak ayah, saya nak kahwin. berkahwin itu menghalang maksiat. Daripada dia melihat perempuan di sana sini, lebih baik dia melihat isterinya saja. Dapat pahala lagi.

Mak ayah, saya nak kahwin.. dengan berkahwin, anakmu akan jadi lebih bersemangat, bila ada kekasih yang selalu setia memberi dorongan. Kerja juga menjadi lebih produktif.

Mak ayah, saya nak kahwin.. percayalah yang dia sudah bersedia untuk bertanggungjawab. Jika ditanya mana-mana suami isteri pun, sudah pasti tiada yang mengatakan mereka berkahwin sekadar suka-suka.

Mak ayah, saya nak kahwin. Jangan dilihat kematangan pada usia, tapi lihatlah pada peribadi dirinya. Jika dia sudah bersedia menjadi pemimpin, maka benarkanlah dia jadi pemimpin kepada isterinya pula.

Mak ayah, saya nak kahwin. Ilmu agamanya sedikit cuma, tapi tiada pernah berhenti mencari ilmu. Maka doakanlah supaya dia dapat menjadi seorang lelaki/wanita yang lebih soleh/solehah.

Mak ayah, saya nak kahwin.. Usia remajanya mengajar seribu erti kehidupan. Kini sudah sampai masanya untuk anakmu melangkah ke alam dewasa pula, bagi meraih lebih banyak pengalaman.

Mak ayah, saya nak kahwin. Semua ini hanyalah keinginan anakmu saja. Namun kiranya tiada dipersetujui, anakmu terima sepenuh hati. Kerana dia juga tahu, bagaimana untuk menghormati keputusan kedua orang tuanya.

Mak ayah, saya nak kahwin. Andai kiranya kalian bersetuju ingin mendapat anak menantu, maka izinkanlah anakmu ini mencari calonnya. InsyaAllah, bukan calon isteri yang dicari, tapi calon ibu kepada cucumu yang akan dicari.

Mak ayah, saya nak kahwin. Apa pun jua keputusan dipilih, semoga Allah sentiasa memberkati. Dan semoga pilihan itu adalah yang terbaik. Sama-samalah kita berharap kepadaNya.

Mak ayah, saya nak kahwin. tapi apakan daya dia hanya mampu menulis untuk meluah isi hati. Andai isi hati anakmu ini dapat dibaca dan difahami oleh mak dan ayah, alangkah bagusnya. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan anak mak dan ayah ini, amin.

Friday, February 22, 2013

cara mandi wajib yg betul.


assalamualaikum wbt.
semua orang pasti merasai dan perlu  mandi wajib,bukan?
aku sendiri pun begitu.
dah 20 tahun ney baru hari ini aku find out cara yg betul utk melakukannya.
selalunya bila aku sudah mandi wajib,aku akan terus solat.
tapi selalu jugak aku terpaksa mandi wajib sekali lagi kerana masih tidak bersih.
by that time,i was wondering...mandi aku ney xsah ke?
aku tak fikir teruk,aku anggap je yg ini salah satu cara Tuhan nak beritahu yg aku perlu mandi lain kerana mandi aku tidak sah.

mungkin.

dan bila aku terjumpa benda ney dekat timeline facebook kawan aku,aku sedar...

"oh,cara niat tu xbetul!"

ha,nampak x?
dalam apa pun hal,nawaitu tu benda yg paling penting.
bila niat pun dah fail,yg selebihnya mana nak sah dah.

macam mana nak niat dengan cara yg betul?

ha,kalau macam tu...jangan malas baca entry ney sampai habis.

perkongsian hari jumaat la katakan.

puiii...
sanggup aku spent time menulis entry ney.
padahal,,
perut ney dah mintak nasi ayam penyek arked meranti.

p/s:arked meranti is one of the bizies arked in utm 
hagahaga

dipersilakan baca.

credit to:Ana Nur Hidayah-FB


MANDI WAJIB | Ramai Yang Tidak Sah Mandi Wajibnya?
Jangan Pandang Remeh Bab ni.....

Assalamualaikum, Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.


Mandi wajib yg betul….. Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.


Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.



“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .



Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah. Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”



Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan. Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.



Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.



Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.



Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.



Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.



Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.



Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.



Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.



Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.



Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .



Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.



Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.



Panduan Tambahan :
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.



2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.



3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).



4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.



5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.



6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.



Rahsia 13 Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……





1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.

7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.

9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.

10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.

13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.



Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!” Wassalam.


“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…

LIKE | SHARE