Wednesday, July 17, 2013

BAB 8

Aku menapak keluar dari pagar asrama. Surau asrama yang baru siap beberapa bulan yang lalu kelihatan sibuk dengan junior-junior keluar masuk. Biasalah waktu asar begini, solat asar berjemaah sudah menjadi rutin untuk pelajar Tingkatan Satu, Dua dan Tiga.

Pelajar Tingkatan Empat?Super senior Tingkatan Lima?

Ahaa,untuk super senior tidak diwajibkan ke surau solat berjemaah. Mereka juga tidak perlu turut serta gotong-royong bersihkan laman kamar malah nama mereka tidak dimasukkan ke dalam senarai duti kamar.

Aku tidak tahulah dari mana asal usulnya tradisi asrama yang berat sebelah sebegini. Tradisi yang hanya menguntungkan sebelah pihak yakni super senior manakala ianya kelihatan seperti pemerintahan dictator buat junior.

Apa nak buat? Aku dulu ketika masih lagi bergelar junior pun melalui hal yang sama juga.

Tingkap pondok pengawal di sebelah pintu pagar asrama terbuka luas. Dari jauh pun aku boleh dengar suara gemersik mak cik jaga membaca Al-Quran.

Aku mengerling sekilas.

High pitch…
Aku mendekati pondok pengawal. Mak cik jaga masih lagi mengaji. Mak ai, panjangnya…dari tadi belum habis-habis.

Aku dah tak boleh bersabar lagi.

“Mak cik!” Aku menerjah mak cik jaga melalui tingkap pondok.

“Oi, tergolek! Golek! Golek!”

Aku ketawa mengekek.

Mak cik Romlah keluar dari pondok dan mencubit perutku dengan penuh perasaan. Memang wanita yang kukira sudah berusia lebih sedekat ini takkan bagi muka bila dah dapat tangkap budak-budak yang suka mengusik dia di pondok lebih-lebih lagi aku.

Tahun ini sudah dua tahun dia bekerja di asrama kami dan selama itu jugalah dia menjadi bahan usikan budak-budak asrama.

“Mak cik, sakit! Sudahlah tu.”

Aku merayu dengan muka tiga puluh sen. Tak laku di matanya. Dia mencari-cari pula telingaku yang dilitupi tudung untuk dijadikan mangsa.

“Nak kacau orang tak menyempat. Tak fikir ke orang tengah baca Quran ke, orang tengah buat kerja ke…main redah je budak bertuah ni. Ai,ai.”

Pekikan Mak cik Romlah menarik perhatian Aina dan Nini, anak buah kamar aku. Spontan aku menolak Mak cik Romlah dan dia tersasar ke tepi.

“Aduh! Hah, dia tolak orang tua pulak. Bertuah punya budak.”

Aku ketawa mengekek melihat mukanya yang cuak apabila tubuhnya tidak stabil akibat tolakanku tadi.

“Mak cik, pinjam moto.”

“Nak buat apa?”

“Nak naik.”

Blur.

“Nak pergi mana,anak?” Mak cik Romlah sedikit bengang.

“Oh!” Aku ketawa kecil. Baru mengerti pertanyaannya.

“Emm, saya nak keluar kejap. Nak pergi cari pisang goreng. Teringin.”

Aku sengih melihat mukanya berkedut-kedut menimbangkan permintaanku.

“Alaa, mak cik…kat tepi pagar ni je. Saya boleh carikan mak cik cendol sekali ke. Mak cik kan tengah duti lagi ni, mesti lapar kan? Saya belanja.”

Aku mengangkat sumpah.

“Hang ni banyak akallah, Syapinat oi…kalau dah kaki tu panjang sangat,suka berjalan sana-sini,suka mengidam macam-macam…awat tak duduk luar saja?”

Aku ketawa besar. Mak cik Romlah memang orang Kedah sejatilah. Lidah pekat.

“Mak cik,jangan panggil saya Syapinat lagi. Kalau tak, lepas ni hari-hari saya kacau mak cik.”

Aku ketawa lagi melihat mimik muka Mak cik Romlah yang pura-pura takut dengan ugutanku.
Dia menjeling.

“Habis,nak panggil apa? Dah itu nama hang.”

“Mak cik, pinjam motolah.”

“Tak boleh.” Mak cik Romlah bertegas.

“Bolehlah. Mak cik ni tak supporting betullah.”

“Tak boleh.”

“Mak cik…”

“Nuu…bapak hang dah mai. Hang pi masuk lekas.”

Aku kalih.

Sir Shakir sedang memakir kereta di hadapan surau. Macam mana aku boleh tidak perasan bunyi enjin Kancil lama milik ketua warden itu? Aku cepat-cepat menonong masuk ke dalam asrama.

Perasan malas untuk bertembung dengan lelaki itu samalah rasanya seperti kemalasan aku untuk menolong mak membuat kerja rumah.

Aku masuk ke dalam bilik studi yang separuh daripada penghuninya tidur! Aku membuang tudung dan menyangkutnya di kerusi.

Yang masih belum ‘syahid’ hanyalah Hanna dan Rain yang setia menantiku.

Heh, menanti aku ke?

“Macam mana,dapat?” Hanna merapatiku.

“Dapat apanya, bapak kau dah datang tu. Mak cik Romlah tu pun bukan main liat nak bagi muka kat aku sebab aku kacau dia mengaji tadi.”

“Kau ni tak pandai betullah.”

“Kau pergilah mintak sendiri. Biarlah aku kebulur tak dapat makan pisang goreng daripada aku kena maki berguni-guni dengan orang tua tu. Biarlah, daripada aku kena tangkap dengan bapak kau tu.”

Belum sempat Rain buka mulut, suara Sir Shakir terlebih dahulu mencecah sunyi dalam bilik studi tingkatan lima. Berterabur aku, Rain dan Hanna lari masuk bawah meja kerana kami tidak bertudung. Kawan-kawanku yang ‘syahid’ tadi turut berbuat perkara yang sama kerana terkejut punya pasal.

Satu yang aku bengang dengan orang tua ini ialah dia suka masuk ke dalam bilik studi pelajar dengan melulu. Selalu je kami tertangkap tidak bertudung dengan Sir Shakir. Ini sudah dikira menceroboh privasi pelajar secara halus.

Kan?

Aku dan Hanna mencapai tudung yang disangkut di kerusi dan dengan perlahan-lahan bangun setelah menyarung tudung.

Rain turut berbuat begitu.

Dam kami bertiga serentak menyapanya, “Hai,Sir!”

Aku sengih kelat.

“Syafienas,macam mana studi?”

“Okey je.”

Aku tak ada masa nak beramah mesra dengan orang yang aku tak suka tapi Rain masih lagi boleh bermulut manis.

“Sir dari mana baru datang? Biasanya lepas waktu sekolah Sir dah terpacak dekat depan pagar asrama. Hari ni Sir tak makan sekali dengan kami dekat dewan makan,kan?”

Mataku menjuling memandang siling melihat Sir Shakir ketawa mengekek.

“Saya ada mesyuarat dengan ketua-ketua panitia tadi. Tak sempat nak datang tengah hari, itu yang saya datang petang. Malam nanti saya akan datang lagi,nak pantau budak-budak Tingkatan Tiga dan Lima, betul ke diorang manfaatkan masa prep dengan sebetulnya.”

“Nak pantau masa studi kitorang ke nak kacau privasi kitorang, sir?”

Sir Shakir jatuh rahang mendengar bicara melampau yang keluar dari mulutku. Aku ketawa besar dalam hati. Serkap jarangku mengenalah tu…

“Ish, Syafienas…tak baik kamu cakap macam tu pada saya. Tak menyempat nak minta maaf bila nak ambil exam nanti.”

Aku ketawa kecil.

“Mana lagi tak baik,cakap depan ke cakap belakang,sir?”

“Eh, apa yang bising-bising dekat study room sebelah tu? Saya nak pergi tengok dululah,pukul 6 saya nak balik dah. Okeylah,teruskan ulang kaji ya.”

Aku dan Hanna saling berpandangan.

“Bapak kau…karisma sentiasa mantap.”


Aku senyum sinis.

Monday, July 15, 2013

Tuesday, July 9, 2013

BAB 7


TEACHER Noni melangkah masuk dengan gaya biasanya. Seperti biasa tudung satin kosong yang selalunya berwarna striking dipinkan satu di bawah tengkuk. Kedua-dua hujung tudung itu pula dibawakan ke tengkuk dan diikat di sebelah dalamnya.

            “Kenapa korang ada dalam kelas? Sekarang masa apa? Free ke?” Nisah memandangku dengan wajah takut.  

Aku sendiri bukanlah takut padanya.Cuma aku tak suka bila setiap kali ada kes mulutnya akan bising dan menarik perhatian orang lain dan satu sekolah akan kecoh dan aku membenci perkara seperti itu jadi pada diriku. 

            “Waktu Fizik.” Nisah akhirnya menjawab.

            “Err, Nisah sakit perut. Saya temankan.”

Seperti biasa juga, Teacher Noni akan menjelingku sebelum memberikan senyuman mautnya itu.
Seketika bebudak 5 Naquib menyerang kelas dengan suara lagak tebuan. Bila saja terpandangkan Teacher Noni di meja guru di depan kelas,hening terus jadinya. Masing-masing kecut dengan guru yang memang terkenal dengan sifat garangnya itu.

Semua diam balik ke tempat masing-masing sambil mengilik fail Fizik.

            “Jumaat ni lepas tuisyen pergi mana wey?”

            “McD!”

            “Apa kelas…wayang aa.”

Suara-suara sumbang kedengaran dari luar kelas sedangkan kami sudah menikus di tempat masing-masing.

            “Opocot mak hang hantu wayang!” Famihah melatah apabila terpandangkan Teacher Noni yang sudah pun tercongok di muka pintu menanti mereka masuk. Guru yang berusia awal 40-an itu tersenyum sinis memandang seorang demi seorang daripada geng kepoci itu.

            “Hantu wayang? Dah tahu lambat melengggangnya tuu…mengalahkan aku masa muda. Masuk cepat sikit!” Teacher Noni menjegilkan mata pada Diana. Seisi kelas ketawa apabila melihat Diana menikus ke tempatnya.

Haa,kan dah kena…

P&P diteruskan apabila semua orang sudah masuk dan sesudah Teacher Noni memberi tazkirah ringkas yakni kononnya kelewatan kami selama 15 minit itu telah mengganggu jadual pengajarannya dan banyak lagi. Aku tak memberi tumpuan sangat sebaliknya asyik melihat segerombolan budak Tingkatan 3 yang lalu di sebelah kelas kami untuk ke Makmal Sains mereka di tingkat bawah bangunan yang sama dengan bangunan makmal Tingkatan 5.

            “Syafienas!”

Teacher Noni menyergahku dari belakang. Aku memanggungkan kepala perlahan dan memandangnya sekilas.

            “Cepatnya sampai sini dah…” Aku mengomel perlahan.

Baru tadi aku rasa dia berdiri di tepi meja bahiyah yang duduk paling hadapan di dalam kelas. Tup-tup dah sampai ke mejaku yang paling belakang ini.

            “Syafienas.”

            “Ya…”

            “Macam mana kamu buat graf quadratic? Apa yang kembung sana sini ni?” Dia memekik di telingaku. Astaga…

            “Syafienas!” Dia kemudia ketawa. Aku tahu kawan-kawan kelasku tengah mencuri-curi pandang ke arahku.

            “Now, listen class! Tengok sini.” Teacher Noni menjulang buku grafku setinggi alam.
            “Ini…BUKAN graf quadratic. Ini…jangan kata betul, rupa pun tak ada langsung. Oh my god.Syafienas! Ini…graf hantu tetek punya tetek kalau macam ni.” Dia mengetap bibir, seolah-olah geram sangat dah denganku. Aku mengerutkan dahi menahan rasa di tempatku.

Teacher Noni menggeleng-gelengkan kepala berkali-kali sementara seisi kelas mentertawakanku.
Aku terkial-kial menyelak buku rujukan Syasya mencari entah apa aku sendiri tidak tahu. Hendak duduk saja, paling tidak kena maki lagi. Jadi aku berpura-pura mencari solution untuk soalan tadi. Bala betul bila buku rujukanku sendiri tertinggal di rumah.

            “Syafienas.”  Dia memandangku dan Syasya silih berganti.

            “Ini buku siapa? Kamu atau dia?” Dia bertanya pada Syasya. Syasya pula teragak-agak nak mengaku.

            “Buku kamu mana?”

            “Tak ada.”

Bodoh, jawablah tertinggal…

            “Syafienas, ayah kamu ni kerja apa?”

Aku nganga di situ.

            “Berdiri. Berdiri!”

Makin teruk pulak…

            “Saya tanya ayah kamu kerja apa?”

            “Teacher tak payahlah tahu.” Aku menjulingkan mata ke luar tingkap.

            “Pemabris pinjam, buku rujukan kongsi, kamu ni tak berduit sangat ke? Mak bapak kamu kerja apa?” Dia menengking di telingaku.

            “Penting sangat ke mak bapak kerja apa? Teacher tak perlu tahulah.” Aku menggumam perlahan.

Pang!!
            “Adus!” Satu suara halus di balik tingkap menampan telingaku . Aku memanggungkan kepala.
Rain! Bodoh, apasal kau mengendap?

            “Bertahan wey, bertahan.” Suara Rain perlahan namun masih aku dengari.

Aku ketawa sinis.

            “Kau blah dulu,” balasku.

            “Kenapa ketawa? Now tell me ayah dan mak mak kamu kerja apa?”

Saat ini kelas sunyi sepi. Sekali dengan kelas sebelah juga sunyi, pasinya mendengar suara Teacher Noni dan mereka juga tidak berani nak bergerak pun bila wanita itu sudah naik hantunya.

Huh? Teacher Noni tak sudah-sudah dengan kerja mak bapak. Balik-balik itu yang dia tanya. Bukannya nak tanya part mana yang dalam subjek ini yang aku tak faham atau apa.

            “Teacher, kerja mak bapak saya ada kena mengena ke dengan Addmath? Kalau bapak saya kuli kenapa? Saya tak boleh duduk belajar sini lagi? Kalau bapak saya menteri cabinet teacher nak layan saya macam mana pulak ya?”           

            “Kamu jangan kurang ajar.” Dia berura-ura mahu menampar aku sekali lagi namun aku sempat mencengkam tangannya.

            “Ya, saya kurang ajar dengan orang yang kurang ajar. Adil bukan? Saya tak pandai pilih kasih.”
Teacher Noni diam namun matanya memang nampak sangat macam nak telan aku hidup-hidup.

            “Sudahlah teacher.” Aku keluar dari kelas dan memaki diri sendiri kerana mulut langsung tak bertapis tadi sedangkan aku masih banyak masa lagi hendak mengadap mukanya.

Lapar pulak…haha.

Kakiku menapak ke kafeteria. Jam waktu itu menunjukkan pukul 12.15.


Ada aku kisah?

BAB 6

I always needed time on my own
            I never though I’d need you there when I cry
            And the day feels like years when I’m alone
            And the bed where you lie is made up on your side

Aku memeluk kocek baju kurungku mencari-cari MP3. Nisah datang sewaktu aku berura-ura mahu menukar lagu lain. Aku mengerlingnya sekilas.

Kelas kosong.

Sekarang ialah waktu Fizik dan bebudak 5 Naquib semuanya menghilang ke Makmal Fizik 3 di tingkat 3 bangunan sebelah. Tinggal aku dan Nisah yang masih membusuk di dalam kelas. Tadi selepas tamat waktu matematik dan Cikgu Aza beransur keluar dari kelas, aku terus berpura-pura tidur supaya kawan-kawanku tidak mengajakku ke makmal atau pun dalam kata sebenar sibuk bertanya kenapa aku masih tidak mengemas barang untuk ke makmal. 

Taktik ini sudah lama aku gunakan dan rasanya budak-budak kelasku memang sudah masak dengan perangaiku yang satu ini. Kecuali Nisah, kerana setiap kali waktu Fizik memang dia akan bertanya samada aku nak meghadiri kelas Sir Ong itu atau pun tidak. Wajib dan aku sendiri tahu kenapa. Nisah pun selalu ponteng kelas Sir Ong untuk menyiapkan kerja sekolah yang tertangguh tapi takut nak buat kerja terkutuk tersebut sorang-sorang jadi dia perlukan teman untuk rasa lebih selamat. Dan orang itu sudah tentulah aku. Pelik apabila Nisah rasa selamat begitu walhal aku tak buat apa-apa pun malah selalu je kantoi ponteng.

Dan aku pula ponteng kelas Fizik sebab marahkan Sir Ong yang dengan sengaja telah memalukanku di hadapan seisi kelas pagi kelmarin. Salahku sikit je(aku rasalah…). Hanya tak siapkan tugasan Fizik, tak hantar laporan eksperimen untuk tajuk Wave yang yang kulakukan bersama seorang rakan kelasku. Temanku itu suka curi tulang tak nak buat analisis, liat nak fikir kesimpulan eksperimen malah disuruh tulis prosedur pun malas. Akhirnya aku ambil keputusan tak nak buat laporan eksperimen seorang diri untuk kesekian kalinya. Aku rela kena marah bersamanya.

Lagi, ha…aku tidak dapat jawab soalan Sir Ong yang diutarakan padaku pagi kelmarin dan membuatkan aku malu sehingga saat ini. Iyalah, yang ditanya itu berkenaan tajuk yang baru diajarnya,mestilah masih blur.

Kan?

Cerita sebenarnya adalah aku tertidur tak sedar dunia dalam makmal itu. Dan aku duduk paling hujung sebelah kanan laluan tengah makmal. Sir Ong seperti biasalah main ketuk je meja suruh orang jawab soalan.

On the spot.

Dia tak tahu ke yang aku ini kaki nervous? Haish…

Dan hari ini aku ambil keputusan untuk ponteng walau sedalam mana cinta aku pada Fizik dan walau segarang mana pun orang tua itu pada pelajar-pelajarnya.

When you walk away I count the steps that you take
Do you see how much I need you right now
When you’re gone
The pieces of my heart are missing you…

Avril Lavigne terus menjerit di telingaku.

“Inas!” Nisah menegur.

“Pergi mana tadi?”15 minit Nisah hilang dari kelas tadi dan selama itulah aku melayan MP3 sorang-sorang.

“Kelas sebelah, aku pergi tanya Addmath dekat Shifa.”

“Oh, kelas diorang tak ada cikgu ke?”

Nisah geleng.

“Teacher Rahmah MC hari ini. Kau dah siap Addmath?”

“Dah. Lama dah.”

“Cekang gila, kau rujuk siapa?”

Aku sengih.

“Aku rujuk Aiza. Apa guna duduk sebelah kamar kalau tak merujuk dia. Kan?”

Kami ketawa. Ketawaku mati apabila melihat Nisah buat muka asam kecut. Aku menoleh ke arah pintu. Teacher Noni! Matilah…


BAB 5

Semalam adalah tuisyen terakhirku pada waktu cuti sekolah dan akan disambung pula dengan tuisyen hujung minggu sepanjang aku di tingkatan lima nanti.Seminggu terakhir di TM, aku berkelakuan baik. Begitu juga Shafik. Baik aku mahupun Shafik tidak ponteng mana-mana sesi kelas pun. Kehadiran penuh untuk pagi dan petang dan biasanya Shafik akan keluar awal sepuluh minit sebelum kelas berakhir dan aku pula hanya main-main untuk sepuluh minit terakhir itu,tapi tidak untuk minggu terakhir ini.

Jujur aku katakan bila sudah sebulan lebih bersama budak kelas baru ini, aku jadi sayang pula untuk tinggalkan mereka. Kelas ini walaupun realitinya ada je budak yang datang memang otak lurus untuk belajar semata,tak bercakap dah dengan orang keliling bila masuk gear belajar,tapi masih ada spesies bising seperti Ad, budak sekolah Sultanah Bahiyah. Dengan Wanie budak sekolah Convent pun memang boleh dibuat kawan sangat dah. 

Budak lelaki lagilah, bising je semedang. Taufik, Arif dan Naim yang paling kuat bersorak bila aku dan Shafik masuk ke kelas, kuat juga menyakat budak-budak perempuan dalam kelas ini. Sebahagian pelajar dari kelas ini turut memasuki kelas yang sama denganku seperti Kimia dan Fizik. Rata-rata pelajar hanya mengikut pakej yang ditawarkan dan sebenarnya itu menguntungkan pihak TM yang menggalakkan ibu bapa seperti abah untuk mendaftar lebih banyak subjek di pusat tuisyen mereka.

Biasalah otak pengetua cabuk memang hanya tahu nak sumbat anak ke kelas tuisyen banyak-banyak.

Mak?

Heh, mak hanya sokong je semua kata-kata abah. Mak lebih fikirkan hal dia hendak naik pangkat dan sibuk kursus sana-sini untuk tujuan itu. Mujurlah abah dah jadi pengetua, dah tak boleh naik pangkat lagi dah. Kalau ada pun,mungkin akan ditukarkan ke sekolah lain sebagai pengetua juga.

Tak pun, diserap masuk ke dalam PPD.

Tapi, aku yakin abah takkan tinggalkan sekolah kerana dia cintakan mengajar. Tengoklah, bila dah jadi pengetua pun, dia masih lagi mengajar subjek Bahasa Inggeris untuk pelajar Tingkatan Empat.

Sebetulnya abah hendakkan pelajar Tingkatan Lima di bawah pemerhatiannya, tapi setelah dinasihati beberapa kali dan akur dengan kesibukan sebagai pengetua, abah akhirnya diberi tanggungjawab memegang kelas Tingkatan Empat.

Aku akan rindu budak-budak kelas ini!

Tapi sekurang-kurangnya syukur juga aku bukan tuisyen dengan Shafik lagi.


MAK menghantarku petang Sabtu itu betul-betul di hadapan pintu pagar utama asrama. Aku turun memunggah bagasiku yang dua biji kesemuanya dan sebiji beg bimbit Outdoors. Puas sudah aku diusik oleh Abang Sham tadi. Katanya aku ingin berpindah terus dan tak mahu balik rumah lagi kerana tahu abah ingin kahwin lagi seorang.

Sengal punya abang.

Mak turut menolongku membawa masuk barang-barang hingga ke kamar. Kamar baruku kali ini di tingkat atas, masih lagi di blok yang paling hujung dalam pagar asrama ini.

“Dia memang nak suruh Adik exerciselah tu.” Mak selamba berkata bila aku merungut kecil.

Mak berura-ura meninggalkan aku setelah aku menyalaminya dan berpelukan ala kadar. Malulah, junior baru masuk tengok, secret admirer pun tengok.

“Mak, duit.” Aku menghulurkan tangan sambil sengih hingga ke telinga memandang mak penuh pengharapan.

Mak senyum menatapku dan mengeluarkan duit dari tas tangannya.

Aku menarik balik sengih panjang lebarku tadi.

“RM50 je?”

“Nanti setiap minggu mak bank-in, Adik pergi cash-out dekat Maybank atau CIMB okey. Macam tak biasa pulak.”

“Tapi belum tahu lagi boleh outing ke tak minggu ni. Kena uruskan junior yang baru masuk.”

“Oh, Adik pengawas asrama ke?”

Ai,mak ni perli pulak…

“Inas kena jadi ketua kamarlah tahun ni. Mak ni…” Mak ketawa kecil sebelum mengucup dahiku dan memelukku sekali lagi. Herot-berot jadinya tudung prep putih yang kupakai.

“Belajar rajin-rajin sayang. Mak balik dulu. Ada apa-apa telefon je nanti. Bawak handphone tak?”

“Shhhh, janganlah kuat-kuat.Nanti kalau Sir Shakir lalu dan dengar ni, matilah Inas. Inas bawak.”

Mak mencebik.

“Nak buat jahat, tapi takut-takut. Macam mana ni?”

“Okey, bye mak. Bye.Kirim salam abah dengan seorang lagi yang kat rumah tu.”

Mak ketawa sebelum menjawab salamku dan berlalu pergi.

Aku menghantar kereta mak yang sudah keluar lingkungan pagar asrama dengan pandangan malas.
Aku diberi tanggungjawab menjadi pengerusi kamar. Tiada apa yang menggembirakan sangat untuk tahun ini, malah usia je yang makin meningkat dan aku dingatkan berkali-kali oleh abah secara tidak langusung yang aku akan bersaing dengan anak lelaki kesayangan abah dalam peperiksaan SPM kali ini. Hanya yang betul-betul menggembirakan ialah aku sekamar dengan Rain.

Sekali lagi.

Dan kamar sebelah pula dihuni oleh Hanna dengan Nina. Walaupun Shark tidak duduk asrama, tak apa. Bagiku yang ada ini pun sudah cukup untuk membuat huru-hara di asrama tahun ini.Dah cukup kuota la kata kalau setakat nak membotakkan kepala ketua warden kami.Haha!

Seseorang mencubit lenganku(lebih tepat lagi mencubit lemakku) selama dua saat. Aku tahu itu kerana aku memang mengira saat dia mahu lepaskan lenganku.

Aku kalih.

Rain!

Tahu dah trade mark mengutil lengan dua minit seperti itu tidak lain tidak bukan hanya budak keras Rain inilah orangnya.

“Kau tengah fikir apa lama sangat kat sini?”

“Homesick duh.”

“Jadah. Tengah fikir plan jahat tahunan ke?”

“Bolehlah.”

Kami ketawa sebelum masuk ke asrama.

“Eh, sebelum tu…” Rain menarik nafas seketika sebelum menyambung, “Mak kau macam Aida Khalidalah.Macam Prof.Muhaya pun ada jugak.”


“Apekaah??”

BAB 4



HARI  ini adalah hari Sabtu. Hari di mana aku sepatutnya meringkuk di pusat tuisyen itu lagi, belajar Addmath lagi, dengan Cikgu Fauzi itu lagi. Ya, apa masalahnya? Masalahnya ialah aku bosan nak mengulangi benda yang sama,yakni;

i: Aku akan(terpaksa)bangun awal dan bersiap-siap untuk ke tempat tuisyen,

ii:Abah akan menghantar aku dan Shafik dengan kereta Saga lamanya dan sementara itu aku pasti akan ‘gaduh-gaduh manja’ dengan abah dan memalukan diri di hadapan Shafik lagi.

iii:Aku dan Shafik akan sama-sama masuk kelas dan menerima pandangan pelik dari seisi kelas kecuali Cikgu Fauzi, kerana cikgu Fauzi teman baik abah di universiti jadi dia tahu siapa Shafik dengan aku.

Mengeluh lagi.

Ya, sudah tiga minggu berlalu sejak aku melakukan rutin itu. Dan aku sekarang nak mengubah takdir aku.

Ecewah.

Dan bila aku suarakan pada Hanna,

"Aku tak nak pergi tuisyen."

Dia menbalas malas,

“Apa kau merepek ni syaitaann?”


“INAS!” Abah menjengukku di bilik air. Aku tersentak apabila suara abah memecah gegendang telinga.

“Dah siap belum ni?”

“Inas tengah bilas baju ni, bah. Abah pergilah ambil Chapek. Nanti Inas suruh Abang Sham hantarkan Inas.”

“Tak apalah kalau dah macam tu, tapi jangan sampai tak pergi terus sudahlah.”

Amboi,tajam menusuk kalbu lata-kata abah. Macam tahu-tahu je niat aku. Sungguhlah dengan abah satu perkara pun aku tak boleh nak sembunyi.

Pagi ini aku bangun awal dan tidak tidur balik selepas solat Subuh kerana hari ini giliran abah di rumah mak. Dan bila abah ada di rumah, ini bermakna rumah ini akan bertukar kepada pemerintahan kuku besi. 
Kena bangun solat Subuh berjemaah. Kena bangun buatkan sarapan. Kena bangun tolong mak buat kerja-kerja rumah. Pendek kata, penghuni dalam rumah ini tak boleh kalau nak tidur selepas Subuh.  Itu pantang larang Encik Sharul.

“Tidur selepas Subuh tu rezeki mahal,budak-budak,” kata abah.

MALAM itu, aku lepak dengan Abang Sham di Jalan Stadium bersama rakan-rakannya yang  ala-ala indie. Menikmati kuew teow kerang di gerai-gerai tepi jalan, pulak tu ada orang belanja.

Dan menonton Bukan Bidadari di layar besar dengan bantuan projector yang disediakan oleh gerai itu sendiri,itu sesuatu yang jarang dapat aku lakukan.

Di asrama, kami makan berjemaah di dewan besar. Setiap hari akan ada pengawas bertugas yang membacakan doa dan jawatankuasa tertinggi asrama akan duduk sebaris di meja yang diletakkan di atas pentas. Setelah selesai makan,pengawas yang bertugas sekali lagi tampil untuk mengumumkan hari jadi asramawanis.

Oh,lame…

Kerana aku disumbat di asrama, maka hanya pada hujung minggu saja aku berpeluang buat begini,makan di tepi jalan tanpa protokol gila yang perlu aku ikuti. Abang Sham walaupun kadang-kadang menjengkelkan, tapi dia je pun yang selalu pedulikan aku dengan cara yang aku suka. Hanya dia yang berada dengan aku dan faham perasaan jengkel aku setiap kali berada di rumah. Hanya dia yang sanggup larikan aku daripada rasa jengkel itu.


"Adik."

Aku kalih mengadap Abang Sham.

"Apa?"

"Baliklah."

"Aah,jom!"

Sampai di rumah Abang Sham masuk rumah dulu. Dia nampaknya penat sangat. Aku tak tahulah apa yang lelaki itu buat sampaikan baru pukul 10 malam dah lali.

"Baru pukul 10 dah lembik."

Abang Sham patak balik mendapatkanku. Aku buat muka selamba.

"Aku pergi memancinglah tadi. Aku drive pergi Ayer Hitam kau tahu."

"Amboi,sampai ke Ayer Hitam perginya. Apa, dekat Alor Setar ni dah kurang ikan ke? Tepi rumah pun ada."

"Diamlah."

"Kau saja-saja nak habiskan petrol kan? Kalau minyak kat Terengganu, kat Sarawak tu habis, kaulah penyumbangnya."

"Ada?"

"Ada apa?"

"Ada aku kisah?"

"Abang Sham!"

"Aku menjerit di telinganya.

"Aku ingat kau dah tak main macam tu lagi dah. Kau ni kan...memang tak membesar"

Abang Sham ketawa sambil menyanyi kecil masuk ke dalam rumah. Senang hatilah tu, dah berjaya kenakan aku. Urghh....


"SYAFIENAS..."

Abah di sofa. Di sebelahnya mak sedang khusyuk menonton televisyen seolah-olah tak sedar aku dah balik.

Aku berjalan perlahan-lahan menapak ke bilik.

"Syafienas, sini dulu."

Abah dah keluar arahan mandatori. Dan bila dia sudah memanggil nama penuh, bermakna abah tengah masuk mood seriuslah tu. Mak,tolong adik!

Abang Sham di depanku dua langkah sengih memandangku dan terus menapak ke tingkat atas.

"Shamsul Anuar sekali ya."

Aku mengetap bibir menahan tawa.

Aku dan Abang Sham duduk berdepan dengan abah. Mak hanya senyum memandang anak-anaknya yang bakal kena sembur dengan abah.

Well, mak is pretty cool bila dengan anak-anak. Mak sangat mak.

Biasalah guru kaunseling, belajar dulu pun psikologi.

Pandailah nak menangani situasi.

"Sham bawak adik pergi mana?"

Bermula dengan soalan itu, abah tidak berhenti menyoal siasat kami. Abah tahu port Abang Sham selalu lepak, abah tahu aku ponteng kelas tadi dan ikut Abang Sham melepak sampai malam, abah juga tahu siapa kawan-kawan Abang Sham.

Aku rasa seperti ditembak tanpa henti dengan M16 di ruang tamu itu. Ketika abah selesai dengan penyiasatannya dan menyuruh kami berdua masuk bilik, aku sudah pun lembik. Sumpah,aku rela tak keluar rumah daripada kena buat perang mulut dengan abah.

Tak menang punya.

Dan bila mak masuk sesi kaunseling, aku jadi sayu.

"Kawan-kawan Sham bukan jahat. Mereka ada values sebagai kawan sejati, mereka boleh jadi kawan baik Sham. Tapi fikirlah. Sampai kamu tua ke nak pergi melepak sampai tengah-tengah malam macam tu? Hari-hari buat perkara yang sama tanpa pengisian,bermakna tak hidup tu? Sham dah 21. Tak patut bawak adik pergi lepak dengan kawan-kawan macam tu."

"Sham naik dengan adik naik dulu."

Sampai di tangga teratas dan sebelum masing-masing masuk ke bilik,Abang Sham mencuit bahuku.

"Esok char kuey teow dekat Uptown nak?"Abang Sham bertanya.

Aku ketawa kecil.




Tuesday, July 2, 2013

bab 3


BAB 3

Hari ini hari yang indah. Aku mencelikkan sebelah mata merenung skrin lusuh N-gage. Dah pukul 8 pagi,tapi aku masih lagi dalam selimut tebal,menutup tubuhku hingga ke kepala.

“Nikmatnya tidur. Tak nak pergi sekolah dah…hmm.”

Aku merapatkan diri pada bantal peluk dan menggoyang-goyangkan kaki lagak anak raja Thailand tengah beradu. Sungguh la nikmat tidur di rumah. Kalau nak bandingkan dengan tidur di asrama yang kononnya lima bintang tu, bezanya macam langit dengan bumi. Patut pun bebudak asrama ni pergi kelas tidur je semedang.

Pintu bilik diketuk sejurus aku memusingkan badan mengadap dinding bilik.

“Siapa sajalah yang ketuk sampai nak runtuh pintu aku ni, woi.”

Aku mengerutkan dahi apabila ketukan itu tidak mahu berhenti. Serentak selimutku ditarik lembut dan wajah Shafik terjojol di depan mata. Aku merengus kecil.

“Kau dah kenapa,Chapek? Kau tak reti nak balik rumah sendiri lagi ke? Kacau aku pagi-pagi ni kenapa?”

“Mabuk kau ni. Minum Brandy ya semalam? Kau sekarang tidur kat rumah aku. Ya ampun, bangunlah anak dara!”

Bantal peluk aku pulak ditariknya dan setelah itu tanganku pula ditariknya tapi aku sempat menepis tangannya dengan kasar.

“Apa kau ni pegang-pegang aku.” Membuntang mataku bengang dengan perangainya.

Shafik terdiam di situ memandangku tanpa berkedip.

Aku berdecit.

“Yelah, yelah. Aku tahu kau abang. Tak payah buat muka kesian sangat, kau blah jela.”

Ya, terkadang aku lupa Shafik itu abang,abang kandung aku. Terkadang boleh pulak aku membayangkan yang pelik-pelik dengan budak Shafik ini. Terkadang aku mengenakan tudung di dalam rumah sendiri bila mana Shafik ada bersama sampaikan abah banyak kali menegurku.

Gila tak gila.

Aku juga lupa Shafik juga halal untuk pegang aku.Shafik bukan Along Suhail, bukan Abang Awan dan bukan juga abang Sham. Kami sebaya, jadi dengan Shafik,aku tidak rasa sangat ‘aura abang’ itu. Haila ,susahnya hidup aku.

“Kau pergi siap. Kelas kita pukul 9.”

“Kelas apa?”

“Kelas Addmath, macam biasa dengan Cikgu Fauzi kat TM. Kau jangan lambat, abah yang hantar kita nanti.”

“Apekaah? Eh, aku bengang betullah bercakap dengan budak ni. Pengetua cabuk tu pun satu, tak ada benda lain ke yang dia fikir selain nak men ‘tuisyen’ kan anak-anak?”

“Ada apa Inas? Dah siap dah?”

Suara abah jelas kedengaran di balik pintu. Shafik berlalu ke bawah dan abah sedang berpeluk tubuh merenungku yang masih lagi memakai pajama dan berselimut separuh badan.

“Nak pergi dengan abah ke nak jalan kaki?”

Sarkastik abah menanyakanku. Hah,sudah! Tak lama lagi keluarlah aura membunuh tu. 
Aku kenal abahku.

Lintang pukang aku berlari tak cukup tanah mencari tuala, berus gigi dan angkatan-angkatan yang sewaktu dengannya dan bergegas pula menuju ke bilik air di tingkat bawah.



DI dalam kereta, aku duduk di hadapan, sebelah tempat pemandu. Kerana aku datang dulu. Aku ketawa besar melihat muka abah mencerut memandangku.

Apa? Orang perempuan tak boleh duduk depan ke bila ada orang lain juga yang naik kereta itu iaitu seorang lelaki? Shafik lepak je duduk di belakang bila nampak kelibatku sudah ada di sebelah abah.

“Abah, ini kira dah paksa rela dah ni.Inas tak nak, bah.”

“Tak lama, sampai buka sekolah tahun depan je sayang.”

Jatuh rahang. Sarkastikus betul abah menjawab. Aku berpeluk tubuh sambil menggigit bibir bawah selepas menguatkan radio. Kerana anginku tidak begitu baik pagi ini,suara Misha Omar yang berkumandang melalui saluran Sinar fm pun sudah kurasakan seperti suara Snoop Dog tengah rap.Kereta abah ni dahlah stok Sinar fm dengan Muzik fm je. Abah dan Shafik memang selalu je nak rosakkan mood aku kan..

“Disgusting. Irritating. Annoying.”

Abah mengerlingku sekilas dan kubalas dengan jelingan.

“Abah,patak balik,” rayuku. Tangan abah yang tengah berehat di atas batang gear aku ketuk perlahan.

“Love you so much baby.” Tiba-tiba…

Tanpa melayan permintaanku, abah sekali lagi buat aku jengkel.

“Abah,I’m 16,” ujarku serius.

“Okay then, love you so much honey.”

“Abah,please.Geli.Tau tak Inas dah tak layak dipanggil baby sejak abah produce empat orang anak lagi selepas Inas.”

Abah ketawa kecil sambil memandangku.

“Well,you’re still my baby till the end.”

“Abah!” Aku mengerling Shafik yang leka bermain telefon di sebalik cermin pandang belakang. Serius aku malu dengan lelaki itu.

“Hai, whatever lah abah. Loser.”

“Menyesal pulak abah bagi tengok filem orang putih masa kecik-kecik dulu, kan.”

Aku diam membisu. Malas layan. Abah ada je benda nak kenakan aku. Tapi anak kesayangan dia kat belakang tu tak pulak kena usik. Selamat je main telefon. Entah-entah tengah berbalas SMS dengan minah kilang ke, tak pulak abah kisah.

“Okey, kita dah sampai.Boleh turun sekarang. RM5 seorang ya cik.”

Shafik sengih semata dengan lawak tak komersial abah.

“Hahaha. Okey, daa abah.” Aku membuka pintu kereta.

“Aip, tak reti nak salam dulu ke. Ingat kita tu anak orang putih ke?”

Abah sengih dari dalam kereta.

“Tahulah.Anak keturunan Jawa Marangperapu sepunderrr.”

Aku menyuakan tangan menyalami abah sesudah Shafik.

“Bah, duit belanja. Pitih-pitih.”

“Eh, budak zaman sekarang pergi belajar pun nak upah.”

“Nak melenconglah tu, bah.” Shafik di sebelah bersuara.

“Ah, diamlah kau. Batu api.”

“Nah, kongsi berdua.”

Abah memberikan sehelai not lima puluh sebelum berlalu. Aku sengih je semedang sepanjang menaiki tangga ke tingkat dua pusat tuisyen Tengku Mahmud yang merupakan rumah kedai itu.