Friday, August 5, 2011

episod 6

Aku melewati MyFC.Suasana lengang di dalam MyFC mungkin disebabkan hujan renyai-renyai sedari tadi sudah mulai melebat.

Sampai di Mee Awang,sebuah gerai kecil sebelah MyFC,aku memanjangkan leher mencari kelibat Zard.Sah,Zard memang di situ dengan rokok di sebelah tangan kirinya bersama beberapa orang pemuda di belakang gerai itu yang rancak bersembang.Aku tak tahu nama mereka tapi yang seorang itu aku ingat kerana dia selalu buatkan aku teh o ais limau untukku.Haha,itu yang aku ingat tu...

Zard terpandangkan aku ketika aku teragak-agak untuk masuk.Zard sengih dan berjalan ke arahku dengan selamba.Aku menggetap bibir,tak tahu nak buat reaksi macam mana lagi apabila banyak mata yang memandang(pelanggan-pelanggan di Mee Awang).Aku hanya senyum pada Zard apabila dia makin mendekat.

"Hai."Dia mengankat tangan rendah padaku.
Aku masih belum menarik balik senyumanku sejak tadi.
"Hai."Zard mencuba lagi.
Senyum.
Zard berdehem.

"Senyum tu bagus,cik kak.Tapi kalau senyum lama-lama tu maknanya ada orang nak kena marahlah tu."Dia memandangku.

Aku cuma mengikut saranan Malik dan Najwa dalam lagu terbaru mereka,Senyum.

"Sya."Zard berdehem lagi sebelum menyambung,"Marah aku ke?"
Memang.

"Awal kau sampai library tadi kan,Zard."
Zard tersentak.
Aku memandangnya yang sedang membetulkan beg peknya.Hmm,orang bersalah memang suka menyembunyikan kesalahannya dengan memegang sesuatu.

"Kenapa lepak sini dan tak jumpa aku kat library?"Aku memandangnya tajam.
"Perlu?"Dia membisik di telingaku.

Ya Allah,sakitnya hati...

"Perlu,sebab kau yang buat janji tu.Perlu sebab aku dah penat fotokopi untuk kau semua nota-nota kuliah pagi tadi."Aku bercakap dengan senyuman segaris di bibir walaupun aku tahu hati aku sebal sangat waktu ini.Aku sedar bukan setakat pelanggan Mee Awang sahaja,bahkan abang tukang bancuh air tu pun tengah khusyuk memerhati kami yang sedang berdiri di tengah-tengah deretan kerusi dan meja.

"Aku suruh kau buat semua tu?"Dia memandangku bosan.

Aku rasa nak baling tulang ayam saiz yang paling besar ke mukanya saat ini...

"Ingat bagus ke duduk sini melepak,buat aku membeku dua jam tunggu kau kat llibrary tu?Ini...bagus sangatlah eh??"bentakku sambil merentap puntung rokok yang sudah tinggal separuh di celah telinga Zard dan membuangnya ke tanah.

Zard terkesima.

"Sya,jangan melebih..."Dia bersuara keras namun perlahan.Kerana kami masih lagi berada di khlayak ramai.

Agaknya kalau hanya aku dan dia sahaja di sini,mungkin lebam biji mata aku dibuatnya.Ataupun paling tidak disepaknya betis keringku tanpa ragu.

"Apa yang lebih?Siapa yang melebih?Kau!"

Aku sudah tak tahan!Pantas sahaja aku berlari meninggalkan tempat itu.Dari jauh telingaku dapat menangkap bunyi seretan kerusi.Mungkin orang-orang di situ cuba bangun untuk melihat apa yang terjadi padaku.Pedulikan.Yang aku tahu aku cuma tak nak menangis di situ.

Aku berjalan pantas ke tempat parkir mendapatkan Yamaha Lagendaku.Aku cuba mengimbangi badan apabila duduk di moto yang masih bertungkat sambil mencucuk kunci pada lubangnya.Lama aku duduk dalam keadaan seperti itu.Serasakan tak ada tenaga pulak nak menghidupkan enjin.

Aku tunduk memandang speedy meter lama.Sehinggalah....

"Nak ke mana tu?"
Aku memanggungkan kepala dan pandanganku tertumpah pada Zard yang sedang berpeluk tubuh di hadapanku.
"Balik,"jawabku sepatah.
"Apa lagi yang tak beres dengan design masjid tu?"
Aku diam memandang tar jalan.Zard mengeluh perlahan.Selalu sahaja aku mendengar keluhan seperti itu terluah dari bibirnya,lebih-lebih lagi apabila berada dalam dewan kuliah waktu mengadap Dr.Jalina.
"Perlu ke kita bincang benda tu hari-hari kat library?Biarlah kalau kita jadi orang terakhir yang hantar assignment tu pun.Tak adanya nak jejas apa-apa."
"Kau memang...buat kerja semuanya nak hantar last minute."
"Tak ada salahnya dengan last minute kan."
Dia memandangku bosan.Sedih betullah,aku ni tak menarik sangat ke....
Ngee...tak apa,dah biasa dah.Kalau bukan pandangan bosan,Zard pasti akan memandangku dengan pandangan menyampah.Tak ada beza pun kedua-duanya.
Kan?

"Lagipun kau suka ke hadap muka aku hari-hari?"Perlahan-lahan ayat itu dilontarkan padaku.Aku terkedu seketika.Lah,budak ni...emos de contos la pulak...
"Kau suka?"
Aku tunduk.
"Baliklah,Sya."Aku kembali memandangnya.Dia berdecit melihatkan responku sebelum menyambung,"Tak apa,malam nanti aku emel draf terakhir bentuk masjid yang kita dah decide tu pada kau.Kau interpretkan dalam 3D dan buatlah pembetulan sikit mana-mana yang senget tu.Kau sediakan ukuran untuk prototaip kita.Then emel balik semua data pada aku.Aku nak buat folio.Bab presentation,kau present,"ujarnya panjang lebar.
"Aku present?"Aku membuntangkan mata.Dia ketawa kecil.
"Iyalah,kau present.Kau kan pandai cakap.Kalau aku yang present,nanti budak-budak tu semua tidur.Asyik 'err'...'emm'...'aah' je."
Aku ketawa kecil melihat gayanya.Dia senyum nipis.Boleh pun senyum rupanya.Ingatkan tahu buat muka ketat je.
"Dah,balik,"ujar Zard.
Aku menjelingnya sekilas sebelum menghidupkan enjin.
Aku menjeling lagi sebelum menekan gear.
Jeling lagi sewaktu memulas pedal minyak.

"Hoi,Sya!"
Aku brek mengejut apabila Zard menjerit memanggil namaku.Aku kalih padanya.
"Emel kau."
"Oh!"
Ingatkan dia nak marah aku sebab banyak sangat jelingan yang aku hadiahkan padanya tadi.
"ss@yahoo.com,"jeritku.
Zard mencoretkan sesuatu pada C3 Pinknya.Zard pakai C3 Pink?Tak boleh blah....kecelaruan identiti betul mamat ni.

"ss?Stands for...?"Dia memandangku menantikan jawapan.
"Syok sendiri...sakit sendi...,"jeritku lagi.Syafienas Sufi la...
"Main-main!"marahnya.Aku ketawa kecil.
"Senyum sokmo,Zard."Aku menjerit padanya sebelum kembali memulas minyak sesuka hati.

Iyalah.sesuka hati.
Kan moto ni aku yang punya.

Zard memujukku dengan cara tersendiri.
Hmmm....
Syafienas Sufi,jangan cepat cair...

No comments:

Post a Comment