Wednesday, July 17, 2013

BAB 11


“DIA girlfriend aku.”

Jatuh rahang. Aku terkaku di situ. Terasa macam jadi pelakon dalam drama Sembilu saat Fendi memberitahu Zetty tentang hubungan Fendi dengan Diana. Ada jugak rasa macam menjadi Rihanna yang tengah menyanyikan lagu Unfaithful di khalayak peminatnya.

Aku tak tahu. Rasa macam kena bom. Kenapa Aedi cakap macam itu?

Okey, mungkin aku sudah 17 tahun dan patut hadapi semua ini. Ecewah.

Aku tak tahan berdiam diri macam ini.

“Dia gf kau. Aku?”


Aku tak pasti ini pertanyaan ataupun pernyataan yang aku tujukan padanya.

“Nicho…”

“Sekejap. Ini Wakenabeb ke Bang-Bang Boom? Mana kamera?” Aku ketawa. Okey, mungkin aku patut relaks sikit. Aedi memang penuh dengan idea luar alam.

“Nicho, boleh tak kau lupakan saja aku? Lupakan aku.”

Aku terpempam mendengar suara Aedi yang agak keras dan tegas tika ini. Melihat aku membisu, Aedi terus menceritakan itu ini perihal perempuan itu. Dan juga alasan dia untuk clash dengan aku….
Semuanya tidak menarik untuk didengari. Bodoh, hentikan!

Diam lagi. Dan aku membenci suasana begini.

“Kau ingat tak semua yang pernah kita cakap dulu?” Aku berlagak tenang. Aku mengeluh panjang.

            Dapat kubayangkan
            Engkau mula berubah
            Bila di puncak menara gading
Sedangkan aku
Hanya mampu bermimpi
Untuk ke puncak sepertimu

“Nicho…”

Aku teruskan bernyanyi lagu ini yang suatu ketika dahulu aku tujukan padanya sebelum dia ke Johor.

            Disebabkan itu
            Kau mencipta jurang
            Perhubungan kita mula menjadi renggang
            Dan keangkuhanmu kini mula ketara
            Memandang aku cuma sebelah mata…

Aku menggoyang-goyangkan kaki sejak tadi. Tak tahulah ini tandanya aku tengah gementar dengan kemungkinan seterusnya atau aku tengah menahan amarah atau apa…

Apa dah jadi dengan aku ini? Dah tak dapat kenal pasti apa perasaan aku saat ini. Segala deria sudah tak berfungsi lagi sejak Aedi memberitahuku perkara yang aku paling tak ingin dengar.

“Nicho, sudahlah. Aku minta maaf.Aku…”

“Betul kan apa yang UK’s cakap ni?”  Sinis je bunyinya. Memang tepatlah aku tembak dia dengan lagu ini. Well, thanks to UK’s."

“Nicho…” Berkali-kali dia menyebut namaku namun aku tak hiraukan.

“Kenapa kau masuk U? Kenapa kau kena pergi Johor? Kenapa kau jumpa orang lain dan jadikan orang lain itu…”

Aedi diam.

“Kenapa kau…?” Aku ingin nak pandang matanya tapi aku tahu aku tak kuat mana. Dan aku buang pandangan ke tempat lain. “…Atas alasan apa kau drop aku tengah jalan macam ni? Macam mana aku nak patah balik lagi dah. Aku dah pun sesat wey…”

Aku menggeleng-geleng sendiri. Bingkas bangun untuk pulang kerana aku tak mahu berlama-lama di sini. Aku tahu aku tak sekuat mana dan sudahnya nanti aku akan mengalah. Aku tak mahu dia lihat aku menangis.

Aedi pantas menyambar tanganku.

Oh,no! Again…

Muka lembut dan mata yang redup itu kupandang tajam. Aku merentap kasar tanganku yang berda di dalam genggamannya.

Aku mengatur langkah keluar dari tapak Taman Jubli Emas. Aku masih dengar Aedi memanggil namaku namun aku dah tak kuat untuk berpaling.

“Nicho, aku mintak maaf banyak-banyak.aku tak layak untuk kau. Aku dah jumpa orang lain. Aku dan dia sesuai bersama. Kau masih budak, perjalanan kau panjang lagi. Aku harap kau pun akan jumpa orang lain,” jerit Aedi.

Budak? What a harsh…

“Cari orang lain, okey,” jeritnya lagi. Kali ini aku mematikan langkah dan memusingkan badan menghadapnya semula.aku merenungnya tajam.

Siapa dia nak arahkan aku untuk cari orang lain? Nak putus, putus jelah. Tak payah nasihatkan cari orang lain. Kalau dia ingat dia boleh tengok aku menangis hari ini di depannya, dia silap besar. Aedi yang mengejarku di belakang terhenti melihat renunganku. Muka cuak je…

Aku ketawa besar melihat mukanya seolah-olah kalau dia bercakap walau sepatah perkataan lagi,aku akan patahkan tengkuknya.

Dan kepalanya akan kupulas-pulas seperti mebilas baju.

Aku tak sekejam itulah…

“Bodoh, kenapa aku kena sedih sebab kau? Kau tu tak bawa kesan pun dalam hidup aku.”

Aku terus melangkah dan tidak berpaling lagi.

Betul ke Inas,Aedi tu tak bagi kesan pun dalam hidup kau?

Aku menyeka air mata yang tidak berhenti mengalir selepas itu.

“Bodoh,kenapa terkeluar pulak ni? Berhentilah keluar.” Aku membebel sendirian.

Aku berjalan perlahan di gigi jalan seperti anak kecil yang kehilangan punca.Aku takkan telefon Shark untuk tengok keadaan aku macam ini.



Serentak bahuku diusap lembut.Lambat-lambat aku menoleh.

No comments:

Post a Comment