Saturday, March 15, 2014

rerun on mat luthfi's.wider your paradigm.

assalamualaikum wbt.
hey dey.
ha, macam ney la jadinya kaaan.bila tengah malam baru nak dapat tenet.
tenet=semangat
ada tenet=ada semangat nak buat kerja.
bertuah punya budak kaann.

dan dalam pada duk menanti internet atau nama manja dia tenet (seperti yang aku sebutkan tadi), terselak la video2 yang ada dalam komputer tu.
and i found this.
ouh. terharu sebab dapat mengisi masa lapang rerun koleksi video matluthfi.
of course it's not because he is kedahan so i like him very much.
and it's not because he studies architecture so that  i like him too.


i like him because of his brain.
he has some kinda paradigm yang jarang jumpa pada budak muda lain.
well, maybe other people think the same thing, just that they do not speak up or voice it out.
but mat is a different entity.
he thinks smart. and he voices it out in a very good way so that people can easily accept it.
plus people sentap-sentap jugak dengar dia punya pendapat tentang manusia dari pelbagai sudut.
but still people can laugh out loud in the mean time neuron-neuron dalam otak mula berfikir bout what he has saying.
and berubah.

contoh, nuna?
apa ney sembang ja. contoh tadak. mana orang nak paham.

baik.
contoh dia macam ney lah.
bila dengaq mat describe cantik, aku sendiri rasa tak apa tak ada hidung mancung.
takpe takde kulit putih.
coz mat kata;
"agak malang lah bila orang suka kita sebab kita cantik fizikal."

sebab mat kata lagi;
"ramai orang dalam dunia ney boleh cantik fizikal. tapi berapa ramai dalam dunia ney yang sememangnya cantik perangai?"

aha. nangis tak dengar?
kena tepat batang hidung tak?

p/s:hero hindustan dalam video ney hensem ohsem. pfffft.




dan.dan.dan.

"akmal!"
"ya pak?"
"bapak tak suka akmal kawan dengan anak jiran sebelah."
"bapak tengok mak pak dia perangai teruk."
"tapi tu parents dia, bukan dia."
"perangai mak pak selalunya turun pi kat anak."
"akmal tu pelajar cemerlang kat sekolah. selalu dapat nombor satu, jadi ketua kelas, ketua pengawas, pelajar pintar, pemenang nilam peringkat sekolah dan pemenang olahragawan kategori rabun."

eheh. heh. heh.
keh. keh. keh.


so,let's rerun.
1, 2, go.
tekan button play tu cepat.







okeh. dah. nanti sambung lagi.
sebab gua dah nak pengsan tunggu dia upload video dalam ney.
banyak koleksi video mat ney.
slow-slow kita tengok and hayati.and berubah mungkin.

May Allah bless.
^.^






MMV - Lao Shu Ai Da Mi (Mouse Loves Rice)

Tong Hua - Guang Liang (Pin yin: Lyrics) +Translation

Friday, March 14, 2014

周华健 - 朋友 Emil Chau - Peng You




ahaa.
come forwards guys.


lagu di atas ini adalah sebuah lagu mandarin sekali disertakan sekali dengan pin yin.
well, kalau ada sesiapa yang tak tahu, pin yin atau han yu pin yin tu ialah macam mana kita nak sebut dalam tulisan abc.

peng you.
ataupun friends.
ataupun kawan dalam bahasa ibunda kita yang tidak sekali-kali dilupakan,
walaupun akhir-akhir ini cinta aku pada mandarin makin medalam pulak.
ahaa.
tajuk lagu ney peng you. dan kadang boleh diterjemahkan sebagai teman lelaki atau teman wanita jugaklah.

semester ini adalah semester kedua aku mengambil kelas bahasa mandarin.
but not to worry, tak masuk dalam kredit untuk grad pun.
kerelaan sendiri untuk belajar.
so, level 2. it's getting compicated.
kalau dulu masa semester 1, belajar dalam level 1. belajar syllabus budak tadika.
wallawe. tapi kau jangan pandang enteng. mahu tergeliat lidah mula-mula nak sebut menatang yang dia bagi dalam table tu.

kalau tak percaya, ha cubalah satu dua tiga patah perkataan. macam ney:

bo po mo fo
de te ne le
ge ke he wu
ji ci xi yi

kalau tak keluar angin kat tempat yang sepatutnya, jangan harap ayat yang kau cakap nanti nak betul.
kalau tak betul yang ney, tak pass kau level 1 nanti.
haha.

sebab kaaann, bijak pandai kata;
orang yang bijak ialah orang boleh bercakap dalam pelbagai bahasa,
orang yang beruntung ialah orang yang boleh bercakap dalam pelbagai bahasa,
orang yang bahagia ialah orang boleh bercakap dalam pelbagai bahasa,
orang yang kuat ialah orang yang boleh bercakap dalam pelbagai bahasa.

tudiaaa,
bijak. beruntung. bahagia. kuat.
tak nak ke?
jadi, go and seek for language class. and enjoy yourself belajar bahasa orang lain.

sebab bijak pandai tak ada pun sebut orang yang bijak, beruntung, bahagia dan kuat itu ialah orang yang dapat 4 flat, yang dekan je semedang setiap semester.
bukan setakat bahasa mandarin saja.
semualah bahasa yang ada kat malaysia ney, kau belajar dulu sebelum kau nak terjah bahasa sepanyol ke jerman ke.

aku lepas ney nak belajar bahasa tamil pulak. haha. tak tau lah ada ke idak kelasnya kat UTM. belum pernah dengar. tapi kat luar sana ada kot dorang buat kelas tamil.

bahasa arab bahasa syurga tu kau boleh belajar sambil-sambil baca quran tu kaan.
bahasa jepun kau belajar bila tengok anime. tapi jangan la cari anime yang siap2 da translation. dah kot mana pulak nak datangnya belajar bahasa tu kaaan.
kau belajar bahasa,
segala stress kau seharian gi kelas gi kerja tu mengalir keluar terus dari badan otak semua bila kau belajar satu benda baru yang menghiburkan.mesti punya.Insya-Allah.

language is the best treatment ever. ini bukan kata-kata dari bijak pandai.
ini aku yang kata. tapi korang boleh pegang kata-kata. sebab betul.

live a live, bebeh.
live your live to the FULLEST.
kau hidup sekali je.

gi kelas weh.gi belajar mandarin.
cerah masa depan kau nanti.

dan bila kau dah start into the language,kau pergi cari lagu-lagu mandarin yang ada sekali pin yin.
leraning thru music is the best way ever.


May Allah bless.
^.^

another lagu mandarin yang aku dah discover long time ago will be published dalam next entry. sebab nak letak dalam entry ney tak leh.
okay,shouldn't tell you pun bout this.

Saturday, March 8, 2014

versus

assalamualaikum wbt.

saat aku membelek ketumbit di mataku,

me and rumate talked to each other.

"weh, makin teruk mata aku duh. bengkak dia makin besaq."
"ambik ubat mata(eye drop) aku atas meja tu taruk kat mata hang."

p/s:rumate is not kedahan, but hacked by ME(becos dia dah dua tahun lepak dengan aku). so now she speaks kedahan lebih dari aku cakap kedah.
"sakit gila. tadi aku sujud rasa macam graviti tarik ketumbit tu."

tudia, terkeluar graviti semua.

then comes the idea of this title in my misty mind. (yelah, nantok angat semalam xtidoq buat boarrrdhh)

versus.

becos educated people tells jokes like sucks, jadi i am sort of terpanggil untuk nulih benda alah ney.
graviti tarik ketumbit. mesti orang macam whattt?
semua benda nak pakai terms pelik, terms scientific, and term english like dewa.
kaaan.

am i kutuk myself? ouch. bertuah punya budak.kutuk diri sendiri.

versus.
it's about the difference.
people are different.
people make themselves different by status. which is not so good, dude.
let's see some example.

hah, xyah nak example sangat.
educated people vs not educated people.
sebenarnya that term goes to budak yang masuk universiti vs budak yang tak masuk universiti.
actually it's not the right thing pun la kan nak rate people yang tak masuk U tu sebagai tak berpelajaran. they have it also, maybe they learn by the hard way whatsoeva.

aku pernah je lepak dengan budak-budak yang kerja kedai kain.
rata-ratanya gadis melayu ney merasakan dorang malas nak sambung belajar lepas SPM.
jadi dorang pergi cari kerja. jadi penjual kuih. jual kain. kerja supermarket.
jadi 'akauntan junior' dekat jusco, pacific, aeon semua.
uuu, sangat entrepreneur.
aku ada?
hahah
korang pun ada?

so,apa yang dorang bualkan seharian? macam mana gaya bahasa yang dorang guna?
gaya bahasa? ambooi, KOMSAS pulak kau nyah.

boyfriend. girlfriend. makeup. makeup moto. renovate kereta.
hebat tak? walaupun dorang tak didedahkan atau tak hidup dengan suasana akademik, dorang sendiri mempunyai banyak sangat perkara menarik di luar untk dilakukan.
dorang cakap lepak je. tada lak terkeluar ayat saintifik ke apa ke like educated one did.

mungkinlah kalau nak banding dengan kau yang duduk dalam lingkaran ilmu(UTM ada satu jalan ney.haha), kau ney stok yang fikir E= mc2 ke, kau fikir nak cipta formula baru je. yang adik2 SPM nuh jenuh nak hak hafal kau punya formula kau tak fikir pulak kan. kau berlagak macam albert einstein eh?
haha.
kau selalu takut dengan tarikh hantar assigment yang dah nak dekat.
kau semput2 siapkan tugasan yang lecturer bagi dan kau cuma bermimpi nak dapat high score dalam exam.
sedangkan budak tak masuk universiti tu lepak siang malam pagi petang, enjoy chatting, eating, texting with no worries.
that's the different.

orang muda vs orang tua.
aha. ini satu lagi. orang muda rasa mereka akan muda sampai bila-bila ke?

pernah dengar mak cik dekat rumah kenduri tu sembang?
apa jela topik dorang?

"kau beli cawan ney dekat mana, jah? berapa set kau beli?
ataupun,
"anak aku dapat anugerah pelajar cemerlang sekolah dia tahun ney."
"anak aku pun. tiap-tiap tahun dapat terbaik dalam setiap mata pelajaran dia yang 21 subjek tu."

ahahahaha.
rasa nyampah ke rasa lawak bila dengar ney?
tapi kau tak yah nak nyampah sangat nyah. kau nanti pun macam tu.entah lagi teruk kot.
yang ney nama dia what goes araoun comes around.
ek?
boleh pakai ke idiom ney kat situasi ini?
aah, xkesah le...

next,
orang kaya vs orang miskin.
i mean in my range anak loaded dengan tak berapa nak loaded.
they will always annoy you by always talking bout branded one.
like LV lah, Gucci lah, prada lah.
what else?
dorang tahu  tempat2 makan mewah je.
and they put it in coversation with you.
and awwwwkward bila, you dont know nak balas apa.
coz you dont used to be in those place.
and kau akan slowly transformed into semut becoz you are not belong to that anak loaded group. never. unless kau betul anak datuk datin la.
kau akan rasa kecil. rendah diri. and that annoys you forever.
kau tak leh nak respon, becoz kalau kau buka mulut jugak, you talk either nonsense or rubbish.
so, you better put aside yourself and keep quiet and be a semut.


people rate people with status. and that's the proof of what i've told ya before.
come on, dude.
we see the difference and we kena cepat-cepat make up our mind and mix and mingle with the people.
biar dorang lain dari kita. biar dorang tak sebulu or what dengan kita.
we have to be nice to the people around us.
we have to understand what are the scope they concern about, what are the in-thing they talk about,
and try to tukar-tukar pandangan.
bukannya syok sendiri bercakap all the rubbish yang orang tak tahu,
and end up terkebil-kebil nak respon pada kita.
then nanti barulah terkeluar ayat cenggini kan, "most people dont listen with the intend to understand, instead they listen with the intend to reply."

see?
hmm, be the ONE yang orang rasa senang berdampingan dengan kita.dan orang rasa nak cari lagi kita. dan orang rasa nak bercakap lagi dengan kita sebab kita boleh listen and understand best.
put aside the DIFFERENCE. jangan jadi racis. no. no.

orang yang tak berpeluang masuk U mungkin takkan dapat dah peluang tu sebab dorang dah syok kerja,
atau sebab dorang tak mampu nak tanggung expense yang memang expensive kat U ney. tahu-tahu jelah memang kapak dan kopak duit kaaan.
anak kurang loaded tak mungkin akan dapat jadi anak loaded sebab dorang la yang kena ubah taraf hidup keluarga,
dan,
orang tua tak mungkin akan kembali ke masa muda dah sebab dorang akan keep on tua sampai tuttttt.
dan kita ney yang akan ikut jejak langkah dorang.

jadi, apa masalahnya, dikna?

jadi let us face the difference dan versus of our universe.

may Allah bless.
@_@



Monday, February 17, 2014

Chris Daughtry - What About now? Lyrics! + Song

Kelly Clarkson - Because of you (Live)

Behind These Hazel Eyes.


Assalamualaikum wbt.

I have to write this...



Seems like just yesterday
You were a part of me

I used to stand so tall
I used to be so strong

Your arms around me tight
Everything, it felt so right
Unbreakable, like nothin' could go wrong

betul.
dulu,aku rasa aku kuat
rasa yakin je pergi mana-mana pun.
sebab tahu dia ada.
sebab tahu dia akan ambil tahu tentang aku.


Now I can't breathe
No, I can't sleep

I'm barely hanging on
dan.
sekarang,
aku tak dapat nak tutup mata rapat pun.
orang kata,maafkanlah semua orang sebelum tidur,
barulah boleh tidur lena
tapi memaafkan dia,sudah.
melupakan dia,aku dah cuba.

dan.
aku masih tak dapat nak grab tidur aku lagi. 


Here I am, once again
I'm torn into pieces
Can't deny it, can't pretend
Just thought you were the one
Broken up, deep inside
But you won't get to see the tears I cry
Behind these hazel eyes

I told you everything
Opened up and let you in
You made me feel alright
For once in my life
Now all that's left of me
Is what I pretend to be
So together, but so broken up inside
'Cause I can't breathe
No, I can't sleep
I'm barely hangin' on

Here I am, once again
I'm torn into pieces
Can't deny it, can't pretend
Just thought you were the one
Broken up, deep inside
But you won't get to see the tears I cry
Behind these hazel eyes

Swallow me then spit me out
For hating you, I blame myself
Seeing you it kills me now
No, I don't cry on the outside
Anymore...
Anymore...

Here I am, once again
I'm torn into pieces
Can't deny it, can't pretend
Just thought you were the one
Broken up, deep inside
But you won't get to see the tears I cry
Behind these hazel eyes

Here I am, once again
I'm torn into pieces
Can't deny it, can't pretend
Just thought you were the one
Broken up, deep inside
But you won't get to see the tears I cry
Behind these hazel eyes
people,do you know my feelings now?
ouh.lega.sekarang i can go tidur.

May Alla bless.

:)



Kelly Clarkson Behind These Hazel Eyes Live

clarity _._zedd

ZEDD LYRICS


"Clarity"
(feat. Foxes)

High dive into frozen waves where the past comes back to life
Fight fear for the selfish pain, it was worth it every time
Hold still right before we crash 'cause we both know how this ends
A clock ticks 'til it breaks your glass and I drown in you again

'Cause you are the piece of me I wish I didn't need
Chasing relentlessly, still fight and I don't know why

If our love is tragedy, why are you my remedy?
If our love's insanity, why are you my clarity?

(Hey-ay, hey-ay-ay. Hey-ay, hey-ay-ay. Hey-ay, hey-ay-ay. Hey-ay, hey)

If our love is tragedy, why are you my remedy?
If our love's insanity, why are you my clarity?

Walk on through a red parade and refuse to make amends
It cuts deep through our ground and makes us forget all common sense
Don't speak as I try to leave 'cause we both know what we'll choose
If you pull then I'll push too deep and I'll fall right back to you

'Cause you are the piece of me I wish I didn't need
Chasing relentlessly, still fight and I don't know why

If our love is tragedy, why are you my remedy?
If our love's insanity, why are you my clarity?

(Hey-ay, hey-ay-ay. Hey-ay, hey-ay-ay. Hey-ay, hey-ay-ay. Hey-ay, hey)

Why are you my clarity?
Why are you my remedy?
Why are you my clarity?
Why are you my remedy?

If our love is tragedy, why are you my remedy?
If our love's insanity, why are you my clarity?

Reality Bites ....ummm

Assalamualaikum wbt.

lama udah nggak ngepos di sini.

makanya gue baru dapat satu idea.
baru datang mood kepingin mau nulis.


okeh.dengar ney eh...

when your ex-boy texted you,
you senyum sampai telinga.
and he asked "do you have whatsapp?"

and you replied.
"nope."

then he asked again, "do you have wechat?"
"nope."

"chat on?"
"nope."

"emm,line?"
"nope."

then he din't reply your text anymore.

then only you should shout or maybe shot his head and say, "i don't have smart phonelah idiot."


that's reality.
sometimes he wants you back as if he miss you.
but then you 're not the up-to-date girl whatsoeva.

so later on he din't interest to come to you.

so,gal.
reality bites.it's true.
not all that we can get.
not every single thing that happens in our life is sweet,quiet and nice.

sometimes you don't need love song to cheer you up.
all you need is to hear he say," i want you back",with his misty eyes and broad smile until you can see the love craved on his head.

but.
but.but.but.
go back to reality, sweety.
he can't love you as much as before. or as much as you did before.

what people call 'move on' is not really move on.
you actually stuck in the middle of highway since the day he left you.
still wait.hope for that 'male ghost'.

he has dated with many gals after the kejadian he left you.
but you still keep an eye on him. on his facebook specially.
that is not called move onnnnn,gal.

you love him.dreaming to be with each other till last breath whatsoeva.
dreaming to have kids with him?yes,you did.
but yet you know he din't love you anymore.
all he need when he look for you back is that he is boring at that PARTICULAR time ONLY.
reality bites.trust me and it's true.

have you heard this before?
if you love someone,set him free.
if he comes back,he's yours.

ummmm,
does he come back to you?
yepp.
but then does he sincerely come back to you?
nope.
then,he's not yours.
not your mr.right.
he's mr.wrong.

again,reality bites.
a bee bites.
sakit.

come on,gal.
make a move.
and find a better and sweetier one.

May Allah bless.
_._

Sunday, October 27, 2013

Kebahagiaaaan

Hola again!

Ding dong.
Ding dong.

Ahaa, hari ini dalam sejarah aku telah memecahkan tembok Berlin dalam hati ini dengan mendekatkan diri kepada gelanggang bola jaring. Bukan saja dekat, malah masuk dan berlegar-legar di situ dan passing bola dan masuk posisi sebagai GS(bukan gila seks) dan bermain lagi.

Huh dalam satu nafas(kalaulah entri ini dalam versi bercakap).

What the heck that I have done petang dan pagi tadi? Ouh, hurt.

1.Aku dah kembalikan nostalgia yang lebih kepada luka lama dalam hati.
2.Aku dah langgar ikrar tak nak main bola jaring.

Let me flashback sikit. Okey, ada kesan pencahayaan di situ. Muzik latar bersedia.
J

Aku dulu seorang GS(Gold shooter). Itu kira pekerjaan tetaplah tu dalam syarikat Bola Jaring Sendirian Berhad. Dan aku punya pekerjaan sambilan dah tentunya pekerjaan kawan baik, GA(Gold Attacker) dan kadang-kadang syarikat import jugak aku untuk jadi GK(Gold Keeper) disebabkan saiz badan yang tegap, steady dan tinggi, senang cerita bestlah untuk rembat, tampar orang dan menyiku pihak lawan semasa perlawanan. Alkisahnya…sebab masa tu kan baru sekolah rendah. Budak-budak semua pendek-pendek belaka dan aku dan beberapa orang rakan je yang membesar tahap tak ingat masa tu. (ya, kitorang matang awal.ngeh.)

But,the rest aku je yang tahu. Aku yang tak nak dipilih sebagai posisi lain. WD, WA, GD banyak lari duh. Aku semput. Kalau C lagilah tak layak. Tapi sebenarnya kalau kau dah passion sangat towards netball ni kaan, kau boleh main apa pun. Tinggal nak atau tak je.

Ini cerita umur 10  tahun ni. Masa aku di darjah empat. Kalau dulu orang panggil budak Tahap Dua.

Ouh, really miss them. Big hug.

Ya, aku mula masuk perlawanan masa umur 10 tahun. And of course aku dah kenal bola jaring fews years before that.

Daaan, sejak bermain aku mula mendapat banyak perkataan baru dan ayat-ayat keramat dari bos, Cikgu Tuan Hasni yang sangaaatlah tegas. Memang satu habuk pun takleh lepas dari pemerhatian dia.

Aku yang selalu kena, walaupun aku attacker, tapi aku jugak yg selalu kena attack dengan Cikgu Tuan dengan ayat-ayat klasik lagi menghiris seperti ini,

                “Husna, mata tu tengok mana?Bola kat depan tu?”

Tak pun ini,

                “Hah, peluk tiang tu lama-lama. Bola tu masuk gol sendiri.”

Atau,

                “Cari bola. Cari bola! Jangan sorok diri.”

Ahaa. LOL.

Aku sedar yang aku selalu kena maki dengan dia. But then, aku tahu dia paling sayang aku disebabkan kelebihan aku dalam kelas jugak. Ahahaha, memanglah sekolah rendah tu zaman kegemilangan aku.

Ya, tak dapat dinafikan GS memang sangat disayangi duh. Sebab bila gol je, kalau orang luar dorang nampak GS/GA je. Orang tak nampak WA/WD/GD yang bagai nak gila ligan bola,tak nak bagi terlepas pada pihak lawan.

Dengan cikgu Tuan, aku belajar strategi-strategi nak kecutkan lawan. Dan pihak lawan memang kecut pun sebab aku bagi penampar sedas kat sorang budak, rasanya GD yang guard aku masa tu. Hahah.Tapi, lepas-lepas tu aku kena balik dengan coach dia. Coach lawan mintak tukar GD dorang dan aku dapat gorilla yang guard aku. Ya Allah, Husna!

Mulut.

It’s true. GD baru tu memang tak nak lepaskan aku, dia guard sampai aku tak dapat tengok muka kawan baik, GS pun.Dan dah tentu-tentunya aku buat hantaran paling minima waktu tu. Sekali dia gawang tangan, apa aku boleh buat lagi dah. Memang perang gerila punya game dengan team X waktu itu.

Dan aku insan yang lemah.


Syarikat aku banyak ambil job dalam dan luar negeri.

Ecewah.
Maksud gue peringkat sekolah, PKG, MSSD atau MSSM lah. Sekolah aku bukanlah terbaik netball, tapi bolehlah kalau dalam PKG tu. Dan aku pernah melalui semua ituuhuhu. Kadang-kadang ter ‘curang’ pergi main bola baling pulak.

Posisi: Gold Keeper.

Heh?

Yelah, masa tu badan babam angat(Ini yg paling gedik pernah aku tulis). Haha. Sebab aku besar, jadi orang pilih aku untuk jadi keeper. Wallawe. Aku sendiri bila dah besar tak caya aku dulu macam tu. Main handball posisi keeper.

Sebagai shooter. Posisi keramat yang aku takkan lupakan.

Back then, when I was at secondary school, of course la kaan aku nak sambung kerjaya shooter aku tu. Aku turun padang training semua dengan senior,super senior,dan super 10x senior masa tu.

Alkisahnya,budak homesick ney bila dah masuk asrama dia jadi tak betul dah. Tak fokus, emosi semua ada kat aku masa tu. Dan sikap-sikap macam tu memanglah takkan bertahan lama.
Aku berhenti kerja.

Bukan dibuang. Tapi berhenti.

Bermain dengan super senior, aku umpama insan yang kerdil di mata mereka. Ditambah dengan aku yang masih gelong waktu itu, emosi je kerja kaaan, jadi aku dilihat sebagai tak pandai bermain. Macam budak baru belajar berjinak nak main lah kira.

Masa tu, senior tak nak aku main, tak nak ada pelapis lembik macam aku untuk wakil sekolah. Bila sedar dan faham sendiri, aku surrender. Tak main terus walaupun ditawarkan sekadar untuk jadi reserve player. Sebab masa tu paradigma aku kata aku tak patutnya jadi reserves, tempat aku dalam gelanggang.

LOL.

Tapi semua peristiwa yang berlaku ini pun berbalik kepada ego sendiri. Aku tahu. Aku terlalu rasa aku boleh sebab aku aku main netball. Dan mungkin kat sekolah dulu tu ramai lagi yg ligat daripada aku. Jadi aku tenggelam.

Aku bukan tak cuba-cuba untuk main selepas itu, Form 3 aku masih cuba atasi perasaan lama dengan turun semula ke padang. But then, I myself said no to this and that. I don’t belong. I don’t belong.

Keep hitting that kind of words, paradigm is really pull me down.
Salah sendiri duh. Nak kata apa lagi kaan.

Form 4? What do I do masa Tingakatan 4? Aku lena jela.

Form 5, disebabkan senior semua dah keluar dan akulah senior sekarang. So, I was thinking tak ada siapa nak banned aku lepas ney. Aku boleh. Dan aku turun training lagi. Dan main.

And, baru sedar.

I was like, ouh no! This is tooooo late.Dorang dah build team pun, dorang dah ada family sendiri yang kuat ikatannya. Dan bila aku masuk, it was like krik krik.

What do I feel masa tu?Helpless.Merasakan yang aku tak akan ada jodoh lagi dengan netball, hati menangis. I’m freaking bad. Keyakinan dan keimanan selama ini terbang jatuh ke dalam gaung. Ecewah. Sobsob.

Lepas semua tu, I decided not to get involve dengan netball anymore. Aku merajuk? Ya.

Dan tadi aku mendekati netball lagi? Pulak.

Tapi aku rindu.
Kalau dulu bola dengan jaring yang jadi peneman pagi dan petang. Bila waktu rehat, orang lain pergi kantin dan aku di padang shoot 100X. Bila orang lain sudah masuk rumah mandi lepas kelas kafa, aku di padang shoot 100X.

Macam mana tak rindu?

Lawak. Aku tak nak main. Tapi biasalah bila kau dah jadi runner netball, duduk tepi padang dan bila player tak cukup dorang tarik kau jelah masuk main. Cuma satu game saja aku main tadi. Dan aku rasa nak main lagi. Walaupn dengan skill shoot yang dah berkarat. Aku nak main lagi.
Ruang dan peluang itu tak selalu ada bila sekali kau dah tolak.

Dan tecuit hati ini bila tadi dengar frasa-frasa klasik yang keluar dari mulut reff yang terjerit-jerit di tepi padang.

Macam ini,

“Stepping-stepping.”

“Biru overcourt.

Aip,kuning! Jaga context weh.”

Centrepass bola vitro.

Sebab kitorang dulu macam ney,

“Gerak kaki.”

“Sentuhan.”

“Hantaran bola tengah team X.”

LOL.

It has been long time ago since aku punya self confidence telah dicloroxkan oleh jangkaan dan pandangan orang terhadap aku. And I’m used to it.

Siapa kita sekarang telah dibentuk daripada sekolah lagi. Terkadang kita selalu fikir begini,

“Kalaulah aku boleh buat balik benda tu.”

Dan,

“Kalaulah aku diberi masa lebih.”

And worst come to worst, korang akan cakap cenggini,

“Kalaulah masa itu boleh diputarkan balik.”

Hahah. Tak guna.

You should live man. Live a life to the fullest.

“Don’t take into account of what people are saying about you.”

Ada ney…

Kita takleh lari daripada apa orang lain fikir tentang kita. Kita hidup dengan anggapan dan jangkaan orang terhadap kita. Itu halikat heh.

Cerita panjang lebar ini, aku cuma nak mengaku yang aku gumbira saaangat dapat pegang bola tadi. Sampai macam tu la kata…yang namanya rindu tadi itu.

Bau bola pun kau boleh rindu kalau benda tu dah sebati dengan hidup kau.

Having said that, I’m happy!
Ya, really. Kita nak live a life to the fullest kaan. Ecewah. Moto dah best tuh. Tinggal nak realisasikan je.

I need a stepping stone to regain my confidence. Dalaman tak elok, akan tercerna di luaran.
Bak kata Prof Muhaya, kalau kita ada masalah sukar hendak puji orang lain, jaga-jaga dengan hati kita itu. Semak balik bersih atau tidak. Uuuu…

Apa kaitan duh? Haha.

Takdelah, maknanya kalau macam kes Prof Muhaya tadi kita dah tahu apa masalahnya, payah nak puji orang sebab rasa diri lebih bagus dan sebagainya.

Tapi kalau kes aku yang keyakinan diri sudah lemas dalam lautan luas ini, macam mana nak solve? Nak korek mana keyakinan itu balik?

Jaga-jaga, semak balik hati kita.

Dan ingat,
Happinest is knowing the purpose of your life.

Tahu tujuan hidup bahagialah dunia akhirat.
Kalau kau pilih dunia, dunia akan pilih kau.
Dan kalau kau pilih akhirat, dunia akhirat akan pilih kau.



Wallahua’lam.

May Allah bless.

Saturday, August 17, 2013

Tutor Blog yg mulia.Amin.

Assalamualaikum wbt.

Hari ini jadi tutor blog la pulok.
hehe

Apa salahnya mengajaq orang yg baru nak buat blog kan.
boleh tambah follower aku gak.

Tapi best, it's a pleasure bila dah tolong orang.
Rasa puas bila orang dah happy dengan blog baru dia.

Aku brainwash sampai habis, baru ingat username dengan password.

Hahah, lepas ney kalau lupa password lagi xtau la,
aku pencen jadi tutor blog la camtu.

Sama la, mengata dulang paku serpih,
mengata orang aku gak yg lebih.
zaman perak blog dulu-dulu,
buat blog sampai beratus kali, tak gak ingat username dengan password.
Dah tu asyik sign up blog baru, memang la tak berkembang blog aku kan.
tp sejak dah besar ney, takkan nak buat perangai macam tu lagi dah.
untung la bebudak tu ada orang ajaq.
aku dulu,
semua korek sendiri, lepas tu terkambus sendiri la jawabnya.

ok,tak nak berleter panjang,
ney link untuk update terbaru kat http://ilham.karangkraf.com/ nu...
untuk novel gua, Syefienas Sufi tu..


http://ilham.karangkraf.com/karya-detail.aspx?idk=1571&idc=7609#.Ug_QTpLVDxo

rajin-rajin la untuk klik dan baca yeah.

pesana penaja: Mari meramaikan viewer Ar Nicho okey...

add gak aku kat fb: https://www.facebook.com/profile.php?id=100000651173064


may Allah bless
@_@

Wednesday, August 14, 2013

ding dong ding dong pesanan poyo lagi

assalamualaikum wbt.

short and simple update for you guys.

baca je kesinambungan novel gue dekat laman web karangkraf kay.
just follow these respective links

kalau nak santai-santai baca karya puluhan lagi karyawan,novelis dan sebagainya,klik:

http://ilham.karangkraf.com/

and specifically kalau nak baca novel buah tangan gue,klik:

http://ilham.karangkraf.com/my-karya/#.Ugwe15LVDxp


juga cerpen terbaru dari saya,walaupun tak adalah panas sangat kan,klik:

http://ilham.karangkraf.com/karya-detail.aspx?idk=1490&idc=7198#.UgwivZLVDxo


terima kasyeh banget deh kerana membaca.

ingat,tagline poyo yang kuhadiahkan pada kalian in yeh...

menulis juga satu dakwah.

membaca itu permulaan segalanya.

dan..
mata pena itu lebih tajam daripada mata pedang.


hehe.
sekian saja pesanan poyo dari gue.



may Allah bless.

Wednesday, July 17, 2013

BAB 12


“INAS!”

Ah, kantoi!

Shark dah nampak. Dalam tak sedar aku meraih tubuhnya ke dalam pelukanku. Bukan niat aku untuk berdrama di tepi jalan macam ni…

“Ada apa ni, Inas? Beritahu mak.”

“Dah putus.” Aku ketawa kecil. Air hangat masih menderu laju. Shark memandangku tunak.

“Dah tu kau okey tak ni?”

“Boleh gelak ni, okeylah kot.”

Aku ketawa tapi Shark tak. 

Nak tipu siapa Inas?

“Syhh, berhenti menangis. Muka kau sekarang ni lebih buruk daripada muka Rain dengan Hanna masa diorang tengah gaduh. See?”

Aku menumbuk bahunya.

“Ikut aku.”

“Ke mana?”

“Ikut jelah.”

“Eh, kita ada kelas dengan Cikgu Fauzilah pukul 4 nanti.” Aku menarik tangan Shark.

“Nak pergilah ni.”


SHARK membawa aku masuk panggung wayang setelah puas bermain boling.

3 games…puas. 

Shark bersesak-sesak di celah orang ramai untuk mendapatkan tiket wayang sementara aku menunggu di tepi lif. Hari ini hari apa? Ramai betul umat manusia di sini. Dan apabila melihat seorang lelaki berjalan berpegangan tangan dengan teman wanitanya, sekali lagi hati aku terhiris. 

Bodoh, berhentilah…jangan nangis.

Sepuluh minit berlalu, Shark menghampiriku dengan menggawang-gawangkan dua keeping tiket di depan mataku. Aku berkerut-kerut memandangnya.

“Rapunzel? Apa celop belanja aku tengok cerita budak-budak?”

“Kau jangan pura-pura tak minat. Kau tu yang meleleh tengok cerita Spongebob kena marah dengan nenek dia apa celop pulak? Kappa Mikey, Cat Dog, Jimmy Neutron la…itu apa celop pulak? Tapi Jimmy kartun pandai sikit okey lagilah.” Shark mengomel panjangnya dua muka surat buku karangan Bahasa Melayu.

Aku menjerit kecil.

“Mana tahu ni? Kau stalk aku eh? Kau ni sama je macam Rain dengan Hanna kan? Semua benda korang tahu,”bidasku.

Betul. Ada ke benda tentang aku yang mereka tidak tahu? Semuanya mereka tahu.Bahaya betul.

Shark senyum meleret sebelum mukanya bertukar serius kembali lagak Inspector Shahab.
Bukan Shahab Perdana okey…

“Bazir jelah bayar sepuluh ringgit tengok cerita ni. Dahlah boling tadi pun kau yang bayar,” ujarku sewaktu kami turun ke tingkat bawah dengan escalator.

“Takkan aku nak bagi kau tengok Skyline pulak. Kau mana layan cerita aksi Inggeris macam tu. Kau layan Gerak Khas je.”

See.Ini pun Shark tahu?

“Woi,itu sebab aku teman abah akulah!” Aku menjerit di telinganya. Dan kami ketawa besar.Lupa seketika tentang Aedi waktu itu. Well, thanks to Shark.

“Tak adalah, aku saja je ajak kau tengok cerita ni. In case kalau balik asrama nanti, kalau diorang tanya kenapa mata kau terjojol keluar macam zombie ni, kau boleh cakap kau sedih tengok Rapunzel kena seksa sampai kau nangis macam ni. And yet, they’ll understand and think yang kau ni sangatlah kebudak-budakan.”

“Tudia, sempat lagi mengutuk aku.”

Shark ketawa besar.

“Pandailah cakap. Kalau kau pandai cakap macam ni masa dalam kelas Pak Lah tak adalah kau kena maki hamun dengan dia selalu. Kan? Kan? Kan?” Aku menayang muka gedik di hadapannya.

“Ada rasa nak penampar tak?” marah Shark dan aku ketawa galak.

Aku makin okey…

Better in time…

Okey, berbalik kepada cerita tadi. Pak Lah adalah guru Matematik kelas kami.

Namanya bukan Abdullah, Nasrullah mahupun Hasbullah malah tak ada kena mengena dengan perkataan ‘Lah’ pun.

Namanya Ridzuan bin Lah.

Yang Shark anti sangat tu adalah tenntang perangai Pak Lah yang bagiku agak spastik sikit dan spastik banyak bagi Shark. Selalu je aim Shark kerana gadis itu tak pernahnya nak siapkan kerja rumah Matematik apatah lagi nak hantarkan padanya.

Shark pun satu.

Bila aku atau Rain atau Hanna bertanya, jawapannya cuma satu.

“Aku tak minat Mathlah. Aku minat Addmath. Plus, aku tak minat Pak Lah jugak.” Dan Shark akhirnya akan ketawa dengan jawapannya.

Saat itu aku merasakan yang Shark memang manusia yang pelik. Aku bagaikan nak histeria setiap kali menyiapkan soalan Addmath, Shark boleh je siapkannya sambil menikmati cikedis(aku tak pasti ejaan yang betul,tapi faham jelah cikedis adalah sejenis keropok.) dengan tangan kiri(Shark memang tidak senonoh) sewaktu Cikgu Hazliyanti tengah mengajar Sejarah di depan.


Gila tak gila? Aku selalu nampak ‘kejadian’ seperti itu beberapa kali ketika memusingkan kepala ke belakang tengah kelas untuk check-line.

BAB 11


“DIA girlfriend aku.”

Jatuh rahang. Aku terkaku di situ. Terasa macam jadi pelakon dalam drama Sembilu saat Fendi memberitahu Zetty tentang hubungan Fendi dengan Diana. Ada jugak rasa macam menjadi Rihanna yang tengah menyanyikan lagu Unfaithful di khalayak peminatnya.

Aku tak tahu. Rasa macam kena bom. Kenapa Aedi cakap macam itu?

Okey, mungkin aku sudah 17 tahun dan patut hadapi semua ini. Ecewah.

Aku tak tahan berdiam diri macam ini.

“Dia gf kau. Aku?”


Aku tak pasti ini pertanyaan ataupun pernyataan yang aku tujukan padanya.

“Nicho…”

“Sekejap. Ini Wakenabeb ke Bang-Bang Boom? Mana kamera?” Aku ketawa. Okey, mungkin aku patut relaks sikit. Aedi memang penuh dengan idea luar alam.

“Nicho, boleh tak kau lupakan saja aku? Lupakan aku.”

Aku terpempam mendengar suara Aedi yang agak keras dan tegas tika ini. Melihat aku membisu, Aedi terus menceritakan itu ini perihal perempuan itu. Dan juga alasan dia untuk clash dengan aku….
Semuanya tidak menarik untuk didengari. Bodoh, hentikan!

Diam lagi. Dan aku membenci suasana begini.

“Kau ingat tak semua yang pernah kita cakap dulu?” Aku berlagak tenang. Aku mengeluh panjang.

            Dapat kubayangkan
            Engkau mula berubah
            Bila di puncak menara gading
Sedangkan aku
Hanya mampu bermimpi
Untuk ke puncak sepertimu

“Nicho…”

Aku teruskan bernyanyi lagu ini yang suatu ketika dahulu aku tujukan padanya sebelum dia ke Johor.

            Disebabkan itu
            Kau mencipta jurang
            Perhubungan kita mula menjadi renggang
            Dan keangkuhanmu kini mula ketara
            Memandang aku cuma sebelah mata…

Aku menggoyang-goyangkan kaki sejak tadi. Tak tahulah ini tandanya aku tengah gementar dengan kemungkinan seterusnya atau aku tengah menahan amarah atau apa…

Apa dah jadi dengan aku ini? Dah tak dapat kenal pasti apa perasaan aku saat ini. Segala deria sudah tak berfungsi lagi sejak Aedi memberitahuku perkara yang aku paling tak ingin dengar.

“Nicho, sudahlah. Aku minta maaf.Aku…”

“Betul kan apa yang UK’s cakap ni?”  Sinis je bunyinya. Memang tepatlah aku tembak dia dengan lagu ini. Well, thanks to UK’s."

“Nicho…” Berkali-kali dia menyebut namaku namun aku tak hiraukan.

“Kenapa kau masuk U? Kenapa kau kena pergi Johor? Kenapa kau jumpa orang lain dan jadikan orang lain itu…”

Aedi diam.

“Kenapa kau…?” Aku ingin nak pandang matanya tapi aku tahu aku tak kuat mana. Dan aku buang pandangan ke tempat lain. “…Atas alasan apa kau drop aku tengah jalan macam ni? Macam mana aku nak patah balik lagi dah. Aku dah pun sesat wey…”

Aku menggeleng-geleng sendiri. Bingkas bangun untuk pulang kerana aku tak mahu berlama-lama di sini. Aku tahu aku tak sekuat mana dan sudahnya nanti aku akan mengalah. Aku tak mahu dia lihat aku menangis.

Aedi pantas menyambar tanganku.

Oh,no! Again…

Muka lembut dan mata yang redup itu kupandang tajam. Aku merentap kasar tanganku yang berda di dalam genggamannya.

Aku mengatur langkah keluar dari tapak Taman Jubli Emas. Aku masih dengar Aedi memanggil namaku namun aku dah tak kuat untuk berpaling.

“Nicho, aku mintak maaf banyak-banyak.aku tak layak untuk kau. Aku dah jumpa orang lain. Aku dan dia sesuai bersama. Kau masih budak, perjalanan kau panjang lagi. Aku harap kau pun akan jumpa orang lain,” jerit Aedi.

Budak? What a harsh…

“Cari orang lain, okey,” jeritnya lagi. Kali ini aku mematikan langkah dan memusingkan badan menghadapnya semula.aku merenungnya tajam.

Siapa dia nak arahkan aku untuk cari orang lain? Nak putus, putus jelah. Tak payah nasihatkan cari orang lain. Kalau dia ingat dia boleh tengok aku menangis hari ini di depannya, dia silap besar. Aedi yang mengejarku di belakang terhenti melihat renunganku. Muka cuak je…

Aku ketawa besar melihat mukanya seolah-olah kalau dia bercakap walau sepatah perkataan lagi,aku akan patahkan tengkuknya.

Dan kepalanya akan kupulas-pulas seperti mebilas baju.

Aku tak sekejam itulah…

“Bodoh, kenapa aku kena sedih sebab kau? Kau tu tak bawa kesan pun dalam hidup aku.”

Aku terus melangkah dan tidak berpaling lagi.

Betul ke Inas,Aedi tu tak bagi kesan pun dalam hidup kau?

Aku menyeka air mata yang tidak berhenti mengalir selepas itu.

“Bodoh,kenapa terkeluar pulak ni? Berhentilah keluar.” Aku membebel sendirian.

Aku berjalan perlahan di gigi jalan seperti anak kecil yang kehilangan punca.Aku takkan telefon Shark untuk tengok keadaan aku macam ini.



Serentak bahuku diusap lembut.Lambat-lambat aku menoleh.

BAB 10

“BUDAK tu dah sampai ke, Inas? Janji pukul berapa ni?” Shark mengajukan soalan yang sama kepadaku buat kesekian kalinya sejak kami sampai di sini. Aku hanya menjungkitkan bahu. Mataku melingas memandang sekeliling.

Shark menungkat skuter dan duduk di atasnya.

“Apasal pilih Taman Jubli Emas?” tanya Shark lagi. Aku kalih dan pandanganku jatuh pada wajah keanak-anakan milik Shark.

“Entah. Cadangan Rain. Bila aku tanya Mereng dia cakap okey je, dekat dengan rumah dia.”

“Lah, kalau macam tu dekat jugaklah dengan rumah aku. Belakang tu je, rumah cat kuning sebalik pokok kelapa tu. Nampak tak?” Shark teruja. Aku tersenyum sambil mataku tertumpu pada sebuah rumah di celah pokok kelapa.Shark adalah kawan karibku, namun ironiknya aku sampai sekarang tidak tahu rumah. Aku tahu alamatnya, tapi tak pernah pulak sampai ke rumahnya.

“Rumah tu bina atas tanah bendang?”

“Yup, abah aku yang reka sendiri.”

“Ayah kau arkitek?” Aku makin kagum. Sungguh la budak Shark ni banyak sangat berahsia dengan kami bertiga. Sebagai kawan karib perkara-perkara asas seperti pekerjaan bapa pastinya kami tahu tapi tidak untuk kes Shark.

“Taklah, abah aku cuma pelukis plan. Kerja dia lebih kurang arkitek jugak tapi gaji abah aku ciput jela berbanding arkitek.”

Aku ketawa lembut.

Teringat bapak Mereng juga seorang pelukis plan, bakal bapak mertua aku tu…

Ya Allah, bapak gedik aku ini…

“Orang kampong kau kot Mereng tu weh.” Aku tiba-tiba teringat Mereng.

“Haa, mungkin.”

Kami ketawa.

“Eh, aku balik rumah kejap. Nanti aku datang balik, call aku bila kau dah puas dating,” usiknya. Aku hanya mengangguk walaupun setelah Shark berlalu dari situ.

Aku memandang kosong padang di hadapanku ini.  Fikiranku kosong tatkala ini tapi itu tak lama kerana ada suara orang memberi salam menyapa telingaku.

“Waalaikumussalam.” Aku mendongak mendapatkan suara itu.

Aedi. Aku senyum segaris padanya.

“Duduklah.” Aku menginjak ke kiri sedikit memberinya ruang untuk duduk.

“Datang seorang?”

“Hmm.”

“Tu skuter?”

“Hmm.”

“Tak ada perkataan lain ke selain ‘hmm’? Sakit gigi ke?”

Dia ketawa kecil.

“Baru lepas solat Jumaat kan, mood insaf tu ada lagi. Bukan sakit gigi…”

Aku ketawa kecil.

“Pun boleh, bang.”

“Apa? Lagi sekali, tak dengar.”

Oh,my…he’s flirting!

“Eh,jom makan apa-apa. Aiskrim nak? Tak pun burger. Kat mak cik hujung tu pun sedap jugak. Aku dah pernah rasa. Jom!”

Melihat Aedi yang membatu, aku bingkas bangun.

“Nicho, duduk dulu.” Aedi pantas menyambar tanganku.

Aku kaget. Bergetar seluruh tubuh bagaikan terkena renjatan elektrik yang membelit badan.
Peh, ayat…tapi tak tipu, itu yang aku rasa sekarang. Aku bingkas duduk, tak berani nak pandang mukanya pun kerana sedari tadi dia asyik merenungku! Perasaan asing ini tak patut aku layankan. Astaga…

“Err, maaf. Tak sengaja.” Setelah sekian lama baru dia melepaskan tanganku. Peliknya, aku sendiri tak berusaha pun untuk meleraikan pegangannya.

Okey, aku dah disampuk hantu cinta.

Oh,my…ayat.

 “Tak apa. Kau dah makan ke sebelum datang sini? Ingatkan nak ajak makan-makan dan kita lepak sampai petang ke…”

“Nicho.”

“…oh,aku lupa. Kau suka makan tengah hari dulu sebelum pergi Jumaat.”

“Nicho.”

“Hmm, ya…kenapa buat muka ketat ni? Macam nak terberak …”A ku lantas ketawa besar dengan jenaka sendiri sedangkan Aedi tidak. Wajahnya tetap sama seperti tadi malah munkin lebih tegang lagi.

“Kenapa?” Aku mulai serius.

“Aku ada benda nak beritahu kau.”

“Tentang apa?”

“Penting.”

“Hai, tak payah nak suspens sangatlah pak cik. Apa bendanya?”

“Tentang ini…” Aedi menghulurkan Blackberry hitamnya padaku.

Baru hari itu mengaku padaku poketnya sudah kering. Blackberry ini baru lagi rasanya kerana selama ini Aedi menggunakan Sony Ericson Spiro.
Salah guna duit PTPTNlah ni….

Awal-awal lagi Aedi sudah membuka satu folder buatku. Terpampang gambar seorang perempuan di dada Blackberry itu. Aku mengamati imej itu dan wajah sugul Aedi silih berganti. Perempuan itu tidak bertudung,cantik. Ayu. Manis. Bak model. Bak pramugari.

Bak mak aku masa muda dulu. Heh?

Apa lagi yang aku boleh katakan?

Aku menekan punat sebelah kiri. Slaid setrusnya memaparkan gambar Aedi dan perempuan itu bersama rakan-rakan kelas mereka mungkin.

Lagi. Gambar perempuan itu berlatar belakangnkan papan putih, mungkin di dalam kelas.

Lagi. Gambar-gambar yang lebih kurang sama seperti gambar sebelumnya sehinggalah aku tertatap gambar mereka berdua bergandingan tangan. Okey, muka aku dah lain ketika ini.

Aku mengangkat muka dan memandang Aedi dengan muka minta penjelasan. Memang ianya sudah jelas, terang lagikan bersuluh tapi lebih baiklah Aedi yang sahkan sendiri. Aku tengah bersedia.


“Jadi?” Melihat Aedi masih enggan bersuara, aku memberanikan diri menentang pandangannya.