Friday, December 21, 2012

episod 10

Syafienas tahu dia tidak sepatutnya suka lelaki seperti itu.Lelaki yang pada kali pertama dia lihat di dalam kuliah dulu cukup untuk membuatkan dia jatuh rahang.Lelaki itu saling tak tumpah sama sperti abangnya.Raut wajahnya dan cara pembawakannya sama seperti Abang Sham.

Seminggu selepas melihat atau dalam kata lain memerhati tingkah laku lelaki itu di dalam kelas,Syafienas tahu tiada apa lagi yang patut dia buat kecuali menelefon Abang Sham dan memberitahunya seperti ini,


"Muka dia sebiji macam kau!"
"Aku ni satu dalam sejuta.Mustahil nak ada orang yang sama macam aku.Mana kau jumpa dia?"
"Kan dah cakap,budak kuliah aku."
"Kau tu rabun."

Ya,aku tahu yang aku rabun.Kuasa kanta mataku juga sudah boleh dikatakan sudah sampai tahap nak buta juga.Tapi setiap kali aku lihat dia aku akan pakai speck.Aku tak silap,memang dia sama seperti Shamsul Anuar.Cuma namanya saja yang berbeza.Helmi Ashraf ke apa entah nama dia.


"So,apa motif kau cerita semua ni kat aku?Kau nak kata aku ni sangat menarik ke?"

Aku menjerit di corong Hazel.

"Tak ada maknanya."
"Betul apa,kalau dia tak menarik takkan kau nak cerita benda ni pada aku kan?Dan macam yang kau kata tadi,'sebiji macam kau,Abang Sham'.Kan?"
Aku diam di talian.
"Maknanya dia menarik macam aku.Kan?"
Abang Sham menekankan perkataan 'kan'.Aku membuat muka sendirian.
"Ye,ye.Aku mengaku dia menarik.Tapi dia tak cakap putar belit macam kaulah.Kan?"
Aku turut menekankan perkataan 'kan' itu.Abang Sham ketawa besar.
"Kau kat sana mesti selalu rindu aku.Sebab tu lelaki mana pun kau nampak kau rasa muka macam aku je."
"Aaa,line tak clear.Daa,daa."
Aku cepat-cepat meletakkan telefon.

Penat cakap dengan orang perasan.Sebab tu kalau akku nak telefon atau nak jawab panggilan dia aku kena bersedia mental dan fizikal dulu.

Itu kejadian 6 bulan lepas.Bahagianya saat pertama kali bertemu lelaki itu.Tapi ceritanya sekarang dia sukakan orang lain.Dan yang paling sadis sekali 'orang lain' adalah rakan baik sendiri,Nina.
Baik.Aku terima hakikat yang aku ni tidaklah menarik mana di mata lelaki.Walhal dalam universiti ini ada ramai perempuan dan sedikit lelaki.Malah dalam dunia ini pun lebih ramai perempuan berbanding lelaki.Dan,aku adalah kaum perempuan yang sering berasa tergugat dan terpaksa bersaing untuk mendapatkan seorang prince untuk aku.Mungkin kita boleh pakai terma 'survive' untuk itu.

Aku selalu je sukakan orang.Tapi orang tak pernah sukakan aku pun.Aku tak pernah dapat kiriman salam atau sekeping nota ringkas yang berbunyi 'i love you','awak sweet sangat tadi' dan sebagainya seperti itu apatah lagi jambangan bunga jauh sekalilah kan.Aku selalu memerhati orang sekeliling dan apabila ada sesuatu yang menarik di hadapankku.Aku mudah je sukakannya.

Waktu zaman sekolah menengah aku pernah sukakan ketua pengawas.Tapi tiada siapa tahu tentang itu kecuali Hanna,Rain dan seorang lagi sahabat kami(maaf,aku lupa namanya).Masuk ke universiti aku ulang lagi perangai sekolah menengah dulu(crush pada seseorang).Aku tahu aku pasti kecewa lagi.Dan ianya benar kerana bermula dengan A,aku sukakannya tapi dia sukakan orang lain.Aku mengenalinya kerana kami sekelas pada sem lepas.Semua orang yang aku suka semuanya sukakan orang lain.Ya,mungkin betul aku bukan setakat 'tidaklah menarik mana' seperti yang selalu Hanna omel padaku,malah aku sangat tidak menarik.

Aku cuma perempuan yang tiada apa-apa kelebihan,tak pandai bersukan dan tak aktif kokurikulum,tak cantik apatah lagi popular,tak bergaya,tak pernah yakin dengan diri sendiri dan tak ada apa-aa pencaaian sepanjang 22 tahun aku menumpang di muka bumi Allah ini.
Pendek kata semua yang 'tak' itu ada pada aku.


hhhhhhhaaaaaaaaaaaaa!!
Syafienas mengeluh lagi.Apa lagi yang boleh aku lakukan.Aku tiada semua itu.Aku perempuan yang hanya hidup dalam kesederhanaan,tidak suka menonjol.Mungkin aku boleh senaraikan kelebihan aku iaitu tidak gedik.Tapi itu kalau ada orang kisahlah,sebab lelaki sekarang suka je perempuan gedik.
Mungkin aku patut buat begini.Aku patut lupakan je sesiapa saja yang aku pernah suka disebabkan aku tak ada jodoh dengan perkataan 'cinta'.Apa yang aku perlu buat ialah berhenti bercerita tentang betapa selambanya lelaki mirip Abang Sham itu kepada kawan-kawan aku.Aku silap dulu.Tak sepatutnya kawan-kawan aku tahu tentang lelaki itu.

Aku harus ke kuliah dengan muka selamba dan hati kering dan dengan sedaya upayanya mengeraskan hati terhadap makhluk berlawanan jenis.Bila fikir balik,bodohnya aku untuk malu pada lelaki-lelaki di luar sana.(maksud aku malu untuk bersuara atau dalam erti kata lain menonjol).Mereka tak hebat pun kan?Mereka sendiri sama seerti aku yang banyak kekurangan.Aku patut tingkatkan keyakinan bila berhadapan dengan orang.Inas,kau kuat,okey!

Yang paling utama,kau harus layan dan anggap dan fikir setiap lelaki yang kau kenal adalah KAWAN BAIK,KAWAN BIASA atau KAWAN KENALAN.Itu je.Kau masih belajar.Jauh lagi perjalanan tu.
Kan mak dah cakap,kalau kita hendakkan ilmu dan cinta dalam masa yang sama,memang takkan dapatlah.Ilmu memang takkan dekat dengan kita kalau hati kita tak suci.Hati kita tak suci bila campurkan cinta dan ilmu sekali gus.Ilmu adalah sesuatu darjat yang tinggi.Bukan cinta yang kita patut sibukkan saat ini.Saat mak dan abah masih belum merasa duitmu,Inas!

Sunday, October 7, 2012

the road that i've taken

assalamualaikum...
aku dah balik.aku dah kembali menulis.
setelah lama aku tinggalkan pen dan kertas,dan jugak blog berhabuk ni...
sekarang aku kembali.
banyak benda yg jadi pada aku yg tak terakam di kamera mahupun atas kertas putih mahupun dalam blog ni.
aku dah habis matrik dengan jayanya dengan pointer yg tak seberapa tapi masih bley hidup,masih bley mimpikan universiti lg.
alhamdulillah untuk itu.
jauh aku pergi tinggalkan mak abah.
sekarang aku dah ada di skudai.
di UTM.
hari ini hari yg ke berapa entah tp yg pasti sudah sebulan lebih aku jadi orang johor.
hingga saat ini aku masih tidak percaya bumi yg aku pijak ini adalah bumi johor(yang selalu hujan)
.aku dah keluar kedah.dan aku masih tak percaya.
sampaikan aku berulang kali menulis "oh,Allah!i still cannot beleive.im at here.being a budak architecture.being here at UTM.Thanks to you mak.Thanks to you abah.for giving me a space,for blessing me untuk pilih jalan ni,jalan architorture...."
aku kat sini,sorang2.tahu yg aku kena kuatkan hati sebab tak ada siapa pun nak ambil berat pasal aku bila aku dah jauh macam ni.
ayat pebret aku ni..."Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
dan...
"When Allah said"Call upon me and i'll respond to you.beleive this.He never disappoint you."
ayat ni la yg aku pegang sejak di matrik.
sebab aku sekarang bukan lagi budak hingusan.
akulah aku,dah 19 tahun.dah jadi orang dewasa yg banyak masalah dan takkan selesai malah bertambah sampailah satu saat nanti aku mati.
ya.itu yg pasti.aku tahu aku taklah sekuat mana.hati aku lagi rapuh daripada biskut hup seng yg dah lemau tuh.
aku rindukan seseorang.yang dah lama aku tak jumpa.yang tak pernah aku lupa walau sesaat pun.yang kenangan dengannya aku akan bawak dan ceritakan walaupun aku kena ulang pada 10000 orang untuk 10000 kali sekalipun.aku tak kisah,aku sanggup ceritakan.sebab kenangan dengan dia adakah kenangan yg manis.
aku rindukan seseorang.kalaulah dia tahu.
dia mungkin tahu.tapi mungkin dia tidak kisah.
haha.hey,poyo!
aku tak pernah luah benda cenggini kat blog kan.
tapi hari ni eksklusif,aku luahkan jugak.
aku rindukan seseorang.
dalam masa empat lima tahun ni dia dah ambil tempat dalam hati aku,macam mana lagi aku nak lupa dia?
aku naif.aku khilaf.rindukan manusia sampai macam tu sekali kan.ya Allah...
dan sekarang aku tetap rindukan dia...
tapi sekarang aku lebih rindukan Dia...
setiap kali aku perlukan Dia,Dia ada je dengan aku...berbanding dia yg mungkin tak sedar siapa aku dengannya..
macam lagu taylor swift tuh..."if you can see that im the one who understand you.been here all alone so why can't you see....you belong with me..." ni lagu pedas aku unutk dia dolu2...
untuk dia,tolonglah tahu bahawa apa yg aku rasa sekarang adalah cenggini"sukarnya unutkku berpisah denganmu.kau kunci cintaku di dalam hatimu.sepinya...ku lemah,bila kau tiada di sisiku"
oh no no no no no....
tak nak merepek lagi....
what is gone is gone.we are done...
mungkin kalau kami berjumpa lagi ayat ni yg akan keluar dari mulut dia..."we....are never ever getting back together..."
kan??
oh,no!nicho,you so pathetic!
dah dah...
assalamualaikum.

p/s:maaf kalau silap eja,aku bukan pandai bi pown.muet band3 je.
     untuk siapa2 yg baca entry ney,thanks layan aku merepek.


Thursday, February 16, 2012

when you say nothing at all



It's amazing how you can speak right to my heart
Without saying a word you can light up the dark
try as i may i can never explain
what i hear when you don't say a thing

*the smile on your face let's me know that you need me
  there's a truth in your eyes saying you'll never leave me
  the touch of your hands says you'll catch me wherever i fall
  you sya it best when you say nothing at all

all day long i can hear people talking out loud
but when you hold me near(oh,you hold me near)
you drown out the crowd(drown out the crowd)
try as they may,they can never defy
what's been said between your heart and mine

**



hati yg selalu terluka,sampai bertampal-tampal dgn plaster...
pasti hati itulah yg plg matang.
(hak tuihh!!)


hati ini sgt bersih,cantik dan gemuk...
masih muda nampaknya dlm meniti hidup.
mungkin xjumpa lg dgn pencetus kanser hati




awan cinta,keindahan Allah...
ke awan nano,nano,nano,nano....


aurora cinta...
cantik...
tp hitam,dalam dan gelap
ni mesti hati busuk.
haha


ke hati yg ni?
last but not least...
satu-satunya organ yg bg kita kehidupan,
yg xpernah berhenti bekerja,
kalau berhenti tu maknanya kita dah masuk kubur la.
dan
satu-satunya organ yg plg pyh aku nak paham masa menghafal bio spm dulu