Sunday, October 27, 2013

Kebahagiaaaan

Hola again!

Ding dong.
Ding dong.

Ahaa, hari ini dalam sejarah aku telah memecahkan tembok Berlin dalam hati ini dengan mendekatkan diri kepada gelanggang bola jaring. Bukan saja dekat, malah masuk dan berlegar-legar di situ dan passing bola dan masuk posisi sebagai GS(bukan gila seks) dan bermain lagi.

Huh dalam satu nafas(kalaulah entri ini dalam versi bercakap).

What the heck that I have done petang dan pagi tadi? Ouh, hurt.

1.Aku dah kembalikan nostalgia yang lebih kepada luka lama dalam hati.
2.Aku dah langgar ikrar tak nak main bola jaring.

Let me flashback sikit. Okey, ada kesan pencahayaan di situ. Muzik latar bersedia.
J

Aku dulu seorang GS(Gold shooter). Itu kira pekerjaan tetaplah tu dalam syarikat Bola Jaring Sendirian Berhad. Dan aku punya pekerjaan sambilan dah tentunya pekerjaan kawan baik, GA(Gold Attacker) dan kadang-kadang syarikat import jugak aku untuk jadi GK(Gold Keeper) disebabkan saiz badan yang tegap, steady dan tinggi, senang cerita bestlah untuk rembat, tampar orang dan menyiku pihak lawan semasa perlawanan. Alkisahnya…sebab masa tu kan baru sekolah rendah. Budak-budak semua pendek-pendek belaka dan aku dan beberapa orang rakan je yang membesar tahap tak ingat masa tu. (ya, kitorang matang awal.ngeh.)

But,the rest aku je yang tahu. Aku yang tak nak dipilih sebagai posisi lain. WD, WA, GD banyak lari duh. Aku semput. Kalau C lagilah tak layak. Tapi sebenarnya kalau kau dah passion sangat towards netball ni kaan, kau boleh main apa pun. Tinggal nak atau tak je.

Ini cerita umur 10  tahun ni. Masa aku di darjah empat. Kalau dulu orang panggil budak Tahap Dua.

Ouh, really miss them. Big hug.

Ya, aku mula masuk perlawanan masa umur 10 tahun. And of course aku dah kenal bola jaring fews years before that.

Daaan, sejak bermain aku mula mendapat banyak perkataan baru dan ayat-ayat keramat dari bos, Cikgu Tuan Hasni yang sangaaatlah tegas. Memang satu habuk pun takleh lepas dari pemerhatian dia.

Aku yang selalu kena, walaupun aku attacker, tapi aku jugak yg selalu kena attack dengan Cikgu Tuan dengan ayat-ayat klasik lagi menghiris seperti ini,

                “Husna, mata tu tengok mana?Bola kat depan tu?”

Tak pun ini,

                “Hah, peluk tiang tu lama-lama. Bola tu masuk gol sendiri.”

Atau,

                “Cari bola. Cari bola! Jangan sorok diri.”

Ahaa. LOL.

Aku sedar yang aku selalu kena maki dengan dia. But then, aku tahu dia paling sayang aku disebabkan kelebihan aku dalam kelas jugak. Ahahaha, memanglah sekolah rendah tu zaman kegemilangan aku.

Ya, tak dapat dinafikan GS memang sangat disayangi duh. Sebab bila gol je, kalau orang luar dorang nampak GS/GA je. Orang tak nampak WA/WD/GD yang bagai nak gila ligan bola,tak nak bagi terlepas pada pihak lawan.

Dengan cikgu Tuan, aku belajar strategi-strategi nak kecutkan lawan. Dan pihak lawan memang kecut pun sebab aku bagi penampar sedas kat sorang budak, rasanya GD yang guard aku masa tu. Hahah.Tapi, lepas-lepas tu aku kena balik dengan coach dia. Coach lawan mintak tukar GD dorang dan aku dapat gorilla yang guard aku. Ya Allah, Husna!

Mulut.

It’s true. GD baru tu memang tak nak lepaskan aku, dia guard sampai aku tak dapat tengok muka kawan baik, GS pun.Dan dah tentu-tentunya aku buat hantaran paling minima waktu tu. Sekali dia gawang tangan, apa aku boleh buat lagi dah. Memang perang gerila punya game dengan team X waktu itu.

Dan aku insan yang lemah.


Syarikat aku banyak ambil job dalam dan luar negeri.

Ecewah.
Maksud gue peringkat sekolah, PKG, MSSD atau MSSM lah. Sekolah aku bukanlah terbaik netball, tapi bolehlah kalau dalam PKG tu. Dan aku pernah melalui semua ituuhuhu. Kadang-kadang ter ‘curang’ pergi main bola baling pulak.

Posisi: Gold Keeper.

Heh?

Yelah, masa tu badan babam angat(Ini yg paling gedik pernah aku tulis). Haha. Sebab aku besar, jadi orang pilih aku untuk jadi keeper. Wallawe. Aku sendiri bila dah besar tak caya aku dulu macam tu. Main handball posisi keeper.

Sebagai shooter. Posisi keramat yang aku takkan lupakan.

Back then, when I was at secondary school, of course la kaan aku nak sambung kerjaya shooter aku tu. Aku turun padang training semua dengan senior,super senior,dan super 10x senior masa tu.

Alkisahnya,budak homesick ney bila dah masuk asrama dia jadi tak betul dah. Tak fokus, emosi semua ada kat aku masa tu. Dan sikap-sikap macam tu memanglah takkan bertahan lama.
Aku berhenti kerja.

Bukan dibuang. Tapi berhenti.

Bermain dengan super senior, aku umpama insan yang kerdil di mata mereka. Ditambah dengan aku yang masih gelong waktu itu, emosi je kerja kaaan, jadi aku dilihat sebagai tak pandai bermain. Macam budak baru belajar berjinak nak main lah kira.

Masa tu, senior tak nak aku main, tak nak ada pelapis lembik macam aku untuk wakil sekolah. Bila sedar dan faham sendiri, aku surrender. Tak main terus walaupun ditawarkan sekadar untuk jadi reserve player. Sebab masa tu paradigma aku kata aku tak patutnya jadi reserves, tempat aku dalam gelanggang.

LOL.

Tapi semua peristiwa yang berlaku ini pun berbalik kepada ego sendiri. Aku tahu. Aku terlalu rasa aku boleh sebab aku aku main netball. Dan mungkin kat sekolah dulu tu ramai lagi yg ligat daripada aku. Jadi aku tenggelam.

Aku bukan tak cuba-cuba untuk main selepas itu, Form 3 aku masih cuba atasi perasaan lama dengan turun semula ke padang. But then, I myself said no to this and that. I don’t belong. I don’t belong.

Keep hitting that kind of words, paradigm is really pull me down.
Salah sendiri duh. Nak kata apa lagi kaan.

Form 4? What do I do masa Tingakatan 4? Aku lena jela.

Form 5, disebabkan senior semua dah keluar dan akulah senior sekarang. So, I was thinking tak ada siapa nak banned aku lepas ney. Aku boleh. Dan aku turun training lagi. Dan main.

And, baru sedar.

I was like, ouh no! This is tooooo late.Dorang dah build team pun, dorang dah ada family sendiri yang kuat ikatannya. Dan bila aku masuk, it was like krik krik.

What do I feel masa tu?Helpless.Merasakan yang aku tak akan ada jodoh lagi dengan netball, hati menangis. I’m freaking bad. Keyakinan dan keimanan selama ini terbang jatuh ke dalam gaung. Ecewah. Sobsob.

Lepas semua tu, I decided not to get involve dengan netball anymore. Aku merajuk? Ya.

Dan tadi aku mendekati netball lagi? Pulak.

Tapi aku rindu.
Kalau dulu bola dengan jaring yang jadi peneman pagi dan petang. Bila waktu rehat, orang lain pergi kantin dan aku di padang shoot 100X. Bila orang lain sudah masuk rumah mandi lepas kelas kafa, aku di padang shoot 100X.

Macam mana tak rindu?

Lawak. Aku tak nak main. Tapi biasalah bila kau dah jadi runner netball, duduk tepi padang dan bila player tak cukup dorang tarik kau jelah masuk main. Cuma satu game saja aku main tadi. Dan aku rasa nak main lagi. Walaupn dengan skill shoot yang dah berkarat. Aku nak main lagi.
Ruang dan peluang itu tak selalu ada bila sekali kau dah tolak.

Dan tecuit hati ini bila tadi dengar frasa-frasa klasik yang keluar dari mulut reff yang terjerit-jerit di tepi padang.

Macam ini,

“Stepping-stepping.”

“Biru overcourt.

Aip,kuning! Jaga context weh.”

Centrepass bola vitro.

Sebab kitorang dulu macam ney,

“Gerak kaki.”

“Sentuhan.”

“Hantaran bola tengah team X.”

LOL.

It has been long time ago since aku punya self confidence telah dicloroxkan oleh jangkaan dan pandangan orang terhadap aku. And I’m used to it.

Siapa kita sekarang telah dibentuk daripada sekolah lagi. Terkadang kita selalu fikir begini,

“Kalaulah aku boleh buat balik benda tu.”

Dan,

“Kalaulah aku diberi masa lebih.”

And worst come to worst, korang akan cakap cenggini,

“Kalaulah masa itu boleh diputarkan balik.”

Hahah. Tak guna.

You should live man. Live a life to the fullest.

“Don’t take into account of what people are saying about you.”

Ada ney…

Kita takleh lari daripada apa orang lain fikir tentang kita. Kita hidup dengan anggapan dan jangkaan orang terhadap kita. Itu halikat heh.

Cerita panjang lebar ini, aku cuma nak mengaku yang aku gumbira saaangat dapat pegang bola tadi. Sampai macam tu la kata…yang namanya rindu tadi itu.

Bau bola pun kau boleh rindu kalau benda tu dah sebati dengan hidup kau.

Having said that, I’m happy!
Ya, really. Kita nak live a life to the fullest kaan. Ecewah. Moto dah best tuh. Tinggal nak realisasikan je.

I need a stepping stone to regain my confidence. Dalaman tak elok, akan tercerna di luaran.
Bak kata Prof Muhaya, kalau kita ada masalah sukar hendak puji orang lain, jaga-jaga dengan hati kita itu. Semak balik bersih atau tidak. Uuuu…

Apa kaitan duh? Haha.

Takdelah, maknanya kalau macam kes Prof Muhaya tadi kita dah tahu apa masalahnya, payah nak puji orang sebab rasa diri lebih bagus dan sebagainya.

Tapi kalau kes aku yang keyakinan diri sudah lemas dalam lautan luas ini, macam mana nak solve? Nak korek mana keyakinan itu balik?

Jaga-jaga, semak balik hati kita.

Dan ingat,
Happinest is knowing the purpose of your life.

Tahu tujuan hidup bahagialah dunia akhirat.
Kalau kau pilih dunia, dunia akan pilih kau.
Dan kalau kau pilih akhirat, dunia akhirat akan pilih kau.



Wallahua’lam.

May Allah bless.

Saturday, August 17, 2013

Tutor Blog yg mulia.Amin.

Assalamualaikum wbt.

Hari ini jadi tutor blog la pulok.
hehe

Apa salahnya mengajaq orang yg baru nak buat blog kan.
boleh tambah follower aku gak.

Tapi best, it's a pleasure bila dah tolong orang.
Rasa puas bila orang dah happy dengan blog baru dia.

Aku brainwash sampai habis, baru ingat username dengan password.

Hahah, lepas ney kalau lupa password lagi xtau la,
aku pencen jadi tutor blog la camtu.

Sama la, mengata dulang paku serpih,
mengata orang aku gak yg lebih.
zaman perak blog dulu-dulu,
buat blog sampai beratus kali, tak gak ingat username dengan password.
Dah tu asyik sign up blog baru, memang la tak berkembang blog aku kan.
tp sejak dah besar ney, takkan nak buat perangai macam tu lagi dah.
untung la bebudak tu ada orang ajaq.
aku dulu,
semua korek sendiri, lepas tu terkambus sendiri la jawabnya.

ok,tak nak berleter panjang,
ney link untuk update terbaru kat http://ilham.karangkraf.com/ nu...
untuk novel gua, Syefienas Sufi tu..


http://ilham.karangkraf.com/karya-detail.aspx?idk=1571&idc=7609#.Ug_QTpLVDxo

rajin-rajin la untuk klik dan baca yeah.

pesana penaja: Mari meramaikan viewer Ar Nicho okey...

add gak aku kat fb: https://www.facebook.com/profile.php?id=100000651173064


may Allah bless
@_@

Wednesday, August 14, 2013

ding dong ding dong pesanan poyo lagi

assalamualaikum wbt.

short and simple update for you guys.

baca je kesinambungan novel gue dekat laman web karangkraf kay.
just follow these respective links

kalau nak santai-santai baca karya puluhan lagi karyawan,novelis dan sebagainya,klik:

http://ilham.karangkraf.com/

and specifically kalau nak baca novel buah tangan gue,klik:

http://ilham.karangkraf.com/my-karya/#.Ugwe15LVDxp


juga cerpen terbaru dari saya,walaupun tak adalah panas sangat kan,klik:

http://ilham.karangkraf.com/karya-detail.aspx?idk=1490&idc=7198#.UgwivZLVDxo


terima kasyeh banget deh kerana membaca.

ingat,tagline poyo yang kuhadiahkan pada kalian in yeh...

menulis juga satu dakwah.

membaca itu permulaan segalanya.

dan..
mata pena itu lebih tajam daripada mata pedang.


hehe.
sekian saja pesanan poyo dari gue.



may Allah bless.

Wednesday, July 17, 2013

BAB 12


“INAS!”

Ah, kantoi!

Shark dah nampak. Dalam tak sedar aku meraih tubuhnya ke dalam pelukanku. Bukan niat aku untuk berdrama di tepi jalan macam ni…

“Ada apa ni, Inas? Beritahu mak.”

“Dah putus.” Aku ketawa kecil. Air hangat masih menderu laju. Shark memandangku tunak.

“Dah tu kau okey tak ni?”

“Boleh gelak ni, okeylah kot.”

Aku ketawa tapi Shark tak. 

Nak tipu siapa Inas?

“Syhh, berhenti menangis. Muka kau sekarang ni lebih buruk daripada muka Rain dengan Hanna masa diorang tengah gaduh. See?”

Aku menumbuk bahunya.

“Ikut aku.”

“Ke mana?”

“Ikut jelah.”

“Eh, kita ada kelas dengan Cikgu Fauzilah pukul 4 nanti.” Aku menarik tangan Shark.

“Nak pergilah ni.”


SHARK membawa aku masuk panggung wayang setelah puas bermain boling.

3 games…puas. 

Shark bersesak-sesak di celah orang ramai untuk mendapatkan tiket wayang sementara aku menunggu di tepi lif. Hari ini hari apa? Ramai betul umat manusia di sini. Dan apabila melihat seorang lelaki berjalan berpegangan tangan dengan teman wanitanya, sekali lagi hati aku terhiris. 

Bodoh, berhentilah…jangan nangis.

Sepuluh minit berlalu, Shark menghampiriku dengan menggawang-gawangkan dua keeping tiket di depan mataku. Aku berkerut-kerut memandangnya.

“Rapunzel? Apa celop belanja aku tengok cerita budak-budak?”

“Kau jangan pura-pura tak minat. Kau tu yang meleleh tengok cerita Spongebob kena marah dengan nenek dia apa celop pulak? Kappa Mikey, Cat Dog, Jimmy Neutron la…itu apa celop pulak? Tapi Jimmy kartun pandai sikit okey lagilah.” Shark mengomel panjangnya dua muka surat buku karangan Bahasa Melayu.

Aku menjerit kecil.

“Mana tahu ni? Kau stalk aku eh? Kau ni sama je macam Rain dengan Hanna kan? Semua benda korang tahu,”bidasku.

Betul. Ada ke benda tentang aku yang mereka tidak tahu? Semuanya mereka tahu.Bahaya betul.

Shark senyum meleret sebelum mukanya bertukar serius kembali lagak Inspector Shahab.
Bukan Shahab Perdana okey…

“Bazir jelah bayar sepuluh ringgit tengok cerita ni. Dahlah boling tadi pun kau yang bayar,” ujarku sewaktu kami turun ke tingkat bawah dengan escalator.

“Takkan aku nak bagi kau tengok Skyline pulak. Kau mana layan cerita aksi Inggeris macam tu. Kau layan Gerak Khas je.”

See.Ini pun Shark tahu?

“Woi,itu sebab aku teman abah akulah!” Aku menjerit di telinganya. Dan kami ketawa besar.Lupa seketika tentang Aedi waktu itu. Well, thanks to Shark.

“Tak adalah, aku saja je ajak kau tengok cerita ni. In case kalau balik asrama nanti, kalau diorang tanya kenapa mata kau terjojol keluar macam zombie ni, kau boleh cakap kau sedih tengok Rapunzel kena seksa sampai kau nangis macam ni. And yet, they’ll understand and think yang kau ni sangatlah kebudak-budakan.”

“Tudia, sempat lagi mengutuk aku.”

Shark ketawa besar.

“Pandailah cakap. Kalau kau pandai cakap macam ni masa dalam kelas Pak Lah tak adalah kau kena maki hamun dengan dia selalu. Kan? Kan? Kan?” Aku menayang muka gedik di hadapannya.

“Ada rasa nak penampar tak?” marah Shark dan aku ketawa galak.

Aku makin okey…

Better in time…

Okey, berbalik kepada cerita tadi. Pak Lah adalah guru Matematik kelas kami.

Namanya bukan Abdullah, Nasrullah mahupun Hasbullah malah tak ada kena mengena dengan perkataan ‘Lah’ pun.

Namanya Ridzuan bin Lah.

Yang Shark anti sangat tu adalah tenntang perangai Pak Lah yang bagiku agak spastik sikit dan spastik banyak bagi Shark. Selalu je aim Shark kerana gadis itu tak pernahnya nak siapkan kerja rumah Matematik apatah lagi nak hantarkan padanya.

Shark pun satu.

Bila aku atau Rain atau Hanna bertanya, jawapannya cuma satu.

“Aku tak minat Mathlah. Aku minat Addmath. Plus, aku tak minat Pak Lah jugak.” Dan Shark akhirnya akan ketawa dengan jawapannya.

Saat itu aku merasakan yang Shark memang manusia yang pelik. Aku bagaikan nak histeria setiap kali menyiapkan soalan Addmath, Shark boleh je siapkannya sambil menikmati cikedis(aku tak pasti ejaan yang betul,tapi faham jelah cikedis adalah sejenis keropok.) dengan tangan kiri(Shark memang tidak senonoh) sewaktu Cikgu Hazliyanti tengah mengajar Sejarah di depan.


Gila tak gila? Aku selalu nampak ‘kejadian’ seperti itu beberapa kali ketika memusingkan kepala ke belakang tengah kelas untuk check-line.

BAB 11


“DIA girlfriend aku.”

Jatuh rahang. Aku terkaku di situ. Terasa macam jadi pelakon dalam drama Sembilu saat Fendi memberitahu Zetty tentang hubungan Fendi dengan Diana. Ada jugak rasa macam menjadi Rihanna yang tengah menyanyikan lagu Unfaithful di khalayak peminatnya.

Aku tak tahu. Rasa macam kena bom. Kenapa Aedi cakap macam itu?

Okey, mungkin aku sudah 17 tahun dan patut hadapi semua ini. Ecewah.

Aku tak tahan berdiam diri macam ini.

“Dia gf kau. Aku?”


Aku tak pasti ini pertanyaan ataupun pernyataan yang aku tujukan padanya.

“Nicho…”

“Sekejap. Ini Wakenabeb ke Bang-Bang Boom? Mana kamera?” Aku ketawa. Okey, mungkin aku patut relaks sikit. Aedi memang penuh dengan idea luar alam.

“Nicho, boleh tak kau lupakan saja aku? Lupakan aku.”

Aku terpempam mendengar suara Aedi yang agak keras dan tegas tika ini. Melihat aku membisu, Aedi terus menceritakan itu ini perihal perempuan itu. Dan juga alasan dia untuk clash dengan aku….
Semuanya tidak menarik untuk didengari. Bodoh, hentikan!

Diam lagi. Dan aku membenci suasana begini.

“Kau ingat tak semua yang pernah kita cakap dulu?” Aku berlagak tenang. Aku mengeluh panjang.

            Dapat kubayangkan
            Engkau mula berubah
            Bila di puncak menara gading
Sedangkan aku
Hanya mampu bermimpi
Untuk ke puncak sepertimu

“Nicho…”

Aku teruskan bernyanyi lagu ini yang suatu ketika dahulu aku tujukan padanya sebelum dia ke Johor.

            Disebabkan itu
            Kau mencipta jurang
            Perhubungan kita mula menjadi renggang
            Dan keangkuhanmu kini mula ketara
            Memandang aku cuma sebelah mata…

Aku menggoyang-goyangkan kaki sejak tadi. Tak tahulah ini tandanya aku tengah gementar dengan kemungkinan seterusnya atau aku tengah menahan amarah atau apa…

Apa dah jadi dengan aku ini? Dah tak dapat kenal pasti apa perasaan aku saat ini. Segala deria sudah tak berfungsi lagi sejak Aedi memberitahuku perkara yang aku paling tak ingin dengar.

“Nicho, sudahlah. Aku minta maaf.Aku…”

“Betul kan apa yang UK’s cakap ni?”  Sinis je bunyinya. Memang tepatlah aku tembak dia dengan lagu ini. Well, thanks to UK’s."

“Nicho…” Berkali-kali dia menyebut namaku namun aku tak hiraukan.

“Kenapa kau masuk U? Kenapa kau kena pergi Johor? Kenapa kau jumpa orang lain dan jadikan orang lain itu…”

Aedi diam.

“Kenapa kau…?” Aku ingin nak pandang matanya tapi aku tahu aku tak kuat mana. Dan aku buang pandangan ke tempat lain. “…Atas alasan apa kau drop aku tengah jalan macam ni? Macam mana aku nak patah balik lagi dah. Aku dah pun sesat wey…”

Aku menggeleng-geleng sendiri. Bingkas bangun untuk pulang kerana aku tak mahu berlama-lama di sini. Aku tahu aku tak sekuat mana dan sudahnya nanti aku akan mengalah. Aku tak mahu dia lihat aku menangis.

Aedi pantas menyambar tanganku.

Oh,no! Again…

Muka lembut dan mata yang redup itu kupandang tajam. Aku merentap kasar tanganku yang berda di dalam genggamannya.

Aku mengatur langkah keluar dari tapak Taman Jubli Emas. Aku masih dengar Aedi memanggil namaku namun aku dah tak kuat untuk berpaling.

“Nicho, aku mintak maaf banyak-banyak.aku tak layak untuk kau. Aku dah jumpa orang lain. Aku dan dia sesuai bersama. Kau masih budak, perjalanan kau panjang lagi. Aku harap kau pun akan jumpa orang lain,” jerit Aedi.

Budak? What a harsh…

“Cari orang lain, okey,” jeritnya lagi. Kali ini aku mematikan langkah dan memusingkan badan menghadapnya semula.aku merenungnya tajam.

Siapa dia nak arahkan aku untuk cari orang lain? Nak putus, putus jelah. Tak payah nasihatkan cari orang lain. Kalau dia ingat dia boleh tengok aku menangis hari ini di depannya, dia silap besar. Aedi yang mengejarku di belakang terhenti melihat renunganku. Muka cuak je…

Aku ketawa besar melihat mukanya seolah-olah kalau dia bercakap walau sepatah perkataan lagi,aku akan patahkan tengkuknya.

Dan kepalanya akan kupulas-pulas seperti mebilas baju.

Aku tak sekejam itulah…

“Bodoh, kenapa aku kena sedih sebab kau? Kau tu tak bawa kesan pun dalam hidup aku.”

Aku terus melangkah dan tidak berpaling lagi.

Betul ke Inas,Aedi tu tak bagi kesan pun dalam hidup kau?

Aku menyeka air mata yang tidak berhenti mengalir selepas itu.

“Bodoh,kenapa terkeluar pulak ni? Berhentilah keluar.” Aku membebel sendirian.

Aku berjalan perlahan di gigi jalan seperti anak kecil yang kehilangan punca.Aku takkan telefon Shark untuk tengok keadaan aku macam ini.



Serentak bahuku diusap lembut.Lambat-lambat aku menoleh.

BAB 10

“BUDAK tu dah sampai ke, Inas? Janji pukul berapa ni?” Shark mengajukan soalan yang sama kepadaku buat kesekian kalinya sejak kami sampai di sini. Aku hanya menjungkitkan bahu. Mataku melingas memandang sekeliling.

Shark menungkat skuter dan duduk di atasnya.

“Apasal pilih Taman Jubli Emas?” tanya Shark lagi. Aku kalih dan pandanganku jatuh pada wajah keanak-anakan milik Shark.

“Entah. Cadangan Rain. Bila aku tanya Mereng dia cakap okey je, dekat dengan rumah dia.”

“Lah, kalau macam tu dekat jugaklah dengan rumah aku. Belakang tu je, rumah cat kuning sebalik pokok kelapa tu. Nampak tak?” Shark teruja. Aku tersenyum sambil mataku tertumpu pada sebuah rumah di celah pokok kelapa.Shark adalah kawan karibku, namun ironiknya aku sampai sekarang tidak tahu rumah. Aku tahu alamatnya, tapi tak pernah pulak sampai ke rumahnya.

“Rumah tu bina atas tanah bendang?”

“Yup, abah aku yang reka sendiri.”

“Ayah kau arkitek?” Aku makin kagum. Sungguh la budak Shark ni banyak sangat berahsia dengan kami bertiga. Sebagai kawan karib perkara-perkara asas seperti pekerjaan bapa pastinya kami tahu tapi tidak untuk kes Shark.

“Taklah, abah aku cuma pelukis plan. Kerja dia lebih kurang arkitek jugak tapi gaji abah aku ciput jela berbanding arkitek.”

Aku ketawa lembut.

Teringat bapak Mereng juga seorang pelukis plan, bakal bapak mertua aku tu…

Ya Allah, bapak gedik aku ini…

“Orang kampong kau kot Mereng tu weh.” Aku tiba-tiba teringat Mereng.

“Haa, mungkin.”

Kami ketawa.

“Eh, aku balik rumah kejap. Nanti aku datang balik, call aku bila kau dah puas dating,” usiknya. Aku hanya mengangguk walaupun setelah Shark berlalu dari situ.

Aku memandang kosong padang di hadapanku ini.  Fikiranku kosong tatkala ini tapi itu tak lama kerana ada suara orang memberi salam menyapa telingaku.

“Waalaikumussalam.” Aku mendongak mendapatkan suara itu.

Aedi. Aku senyum segaris padanya.

“Duduklah.” Aku menginjak ke kiri sedikit memberinya ruang untuk duduk.

“Datang seorang?”

“Hmm.”

“Tu skuter?”

“Hmm.”

“Tak ada perkataan lain ke selain ‘hmm’? Sakit gigi ke?”

Dia ketawa kecil.

“Baru lepas solat Jumaat kan, mood insaf tu ada lagi. Bukan sakit gigi…”

Aku ketawa kecil.

“Pun boleh, bang.”

“Apa? Lagi sekali, tak dengar.”

Oh,my…he’s flirting!

“Eh,jom makan apa-apa. Aiskrim nak? Tak pun burger. Kat mak cik hujung tu pun sedap jugak. Aku dah pernah rasa. Jom!”

Melihat Aedi yang membatu, aku bingkas bangun.

“Nicho, duduk dulu.” Aedi pantas menyambar tanganku.

Aku kaget. Bergetar seluruh tubuh bagaikan terkena renjatan elektrik yang membelit badan.
Peh, ayat…tapi tak tipu, itu yang aku rasa sekarang. Aku bingkas duduk, tak berani nak pandang mukanya pun kerana sedari tadi dia asyik merenungku! Perasaan asing ini tak patut aku layankan. Astaga…

“Err, maaf. Tak sengaja.” Setelah sekian lama baru dia melepaskan tanganku. Peliknya, aku sendiri tak berusaha pun untuk meleraikan pegangannya.

Okey, aku dah disampuk hantu cinta.

Oh,my…ayat.

 “Tak apa. Kau dah makan ke sebelum datang sini? Ingatkan nak ajak makan-makan dan kita lepak sampai petang ke…”

“Nicho.”

“…oh,aku lupa. Kau suka makan tengah hari dulu sebelum pergi Jumaat.”

“Nicho.”

“Hmm, ya…kenapa buat muka ketat ni? Macam nak terberak …”A ku lantas ketawa besar dengan jenaka sendiri sedangkan Aedi tidak. Wajahnya tetap sama seperti tadi malah munkin lebih tegang lagi.

“Kenapa?” Aku mulai serius.

“Aku ada benda nak beritahu kau.”

“Tentang apa?”

“Penting.”

“Hai, tak payah nak suspens sangatlah pak cik. Apa bendanya?”

“Tentang ini…” Aedi menghulurkan Blackberry hitamnya padaku.

Baru hari itu mengaku padaku poketnya sudah kering. Blackberry ini baru lagi rasanya kerana selama ini Aedi menggunakan Sony Ericson Spiro.
Salah guna duit PTPTNlah ni….

Awal-awal lagi Aedi sudah membuka satu folder buatku. Terpampang gambar seorang perempuan di dada Blackberry itu. Aku mengamati imej itu dan wajah sugul Aedi silih berganti. Perempuan itu tidak bertudung,cantik. Ayu. Manis. Bak model. Bak pramugari.

Bak mak aku masa muda dulu. Heh?

Apa lagi yang aku boleh katakan?

Aku menekan punat sebelah kiri. Slaid setrusnya memaparkan gambar Aedi dan perempuan itu bersama rakan-rakan kelas mereka mungkin.

Lagi. Gambar perempuan itu berlatar belakangnkan papan putih, mungkin di dalam kelas.

Lagi. Gambar-gambar yang lebih kurang sama seperti gambar sebelumnya sehinggalah aku tertatap gambar mereka berdua bergandingan tangan. Okey, muka aku dah lain ketika ini.

Aku mengangkat muka dan memandang Aedi dengan muka minta penjelasan. Memang ianya sudah jelas, terang lagikan bersuluh tapi lebih baiklah Aedi yang sahkan sendiri. Aku tengah bersedia.


“Jadi?” Melihat Aedi masih enggan bersuara, aku memberanikan diri menentang pandangannya.

BAB 9

“INAS!” Aku yang sedang menulis esei Bio terlepas pen di tangan.

 Budak Rain ni…

Aku menolak sedikit meja Jepun yang kami jadikan meja belajar dalam kamar saban malam itu dan berjalan ke katilku. Mendapatkan Rain yang tergolek-golek di atas katilnya di sebelah katilku.

“Mereng call!” Dari jauh lagi dia sudah menjerit memberitahu. 

Seisi kamar menoleh memandang Rain dan aku silih berganti. Aku membesarkan bola mata padanya sebesar mungkin dan Rain terus menyusun sepuluh jari  membuat muka minta maaf. Aku menjeling sekilas sebelum N-Gage di tangannya kucapai.

Aku berlalu ke bilik seterika di sebelah kamar. Bagi Rain yang nak semua benda rasa gempak tu, bilik ini dipanggil wardrobe kerana ia menempatkan semua beg-beg bebudak kamar dan apabila ada baju yang sudah digosok untuk dipakai esoknya, akan disangkutkan dalam almari bilik ini. Malam ini ramai pulak umat di dalam kamar hinggakan aku rasa tak selesa dan tidak wajar untuk bergayut di dalam kamar.
Mereng. Gelaran untuk Aedi.

Dan ini ceritaku tentang si dia…

Aku dan Aedi sudah lebih dua tahun berkawan rapat.

Sesungguhnya aku agak malang kerana Rain tidak menyenangi Aedi bahkan mana-mana lelaki pun dalam dunia ini. Rain tidak merestui aku berkawan dengan Aedi, jadi Rain menggelar aku dan lelaki itu sebagai mereng, mabuk cinta dan banyak lagi yang aku tak sanggup nak ingat. Merasakan yang nama itu agak comel dan Aedi pun tak marah apabila mengetahuinyai, aku simpan nombor telefonnya dengan nama Mereng.

Dan setiap kali bila aktiviti ‘menconteng -ketika –guru-mengajar’ku menggila, nama itu je yang aku contengkan. Haila,biasalah tengah mabuk…

 “Helo.”Aku separa berbisik memulakan bicara. Sedaya  upaya aku mengawal nada agar keterujaan itu tidak keterlaluan di pendengarannya. Selalu juga kami di talian begini. Dua jam di talian itu perkara biasa bagi kami berdua. Selagi tak panas telinga atau pun pekak kedua-du belah telinga, salah seorang takkan minta untuk letak telefon pun.

Aedi yang tua dua tahun daripadaku baru memasuki sebuah universiti terkemuka di Johor. Awal pemergiannya ke Johor dahulu, aku macam orang mati laki dan banyak mendiamkan diri kerana Aedi masih tidak stabil di tempat baru, banyak yang perlu diuruskannya hingga tiada masa untuk menguruskan perasaanku.

Mak yang perasan hal ini turut menegur,

“Apa kena kau ni? Makan pun macam orang letak ubat je dalam nasi tu.”

Dan Abang Sham yang celupar pasti menyampuk,

“Boyfriend dia lari pergi Johor,mak.”

Gila! Aku menyumpah seranah Abang Sham dalam hati. Betul dia tahu aku ada teman lelaki? Main tembak je mangkuk tu, dahlah tepat pula tu.

“Eh, mulut tu jaga okey.Dasar lelaki tinggi. Nak tembus langit dah kau ni tau tak. Stop growing la, Abang Sham.”

“Helo,sayang! Dah lepas ke mana tu?” Suara di hujung talian menampar gegendang telingaku.Aku tersedar dan tersenyum sendiri.

“Ya, ya. Aku ada kat sini. Jangan panggil macam itulah. Aku geli ketiak.”

“Panggil apa?” Sengaja nak menyempitkan akallah tu…

“Panggil aku dengan panggilan macam itulah.”

“Macam mana tu sayang?”

“Sayang.” Aku melunakkan suara untuk memberitahunya.

“Ye…” Dia separa bernyanyi.

Memang tak sakit hati…

“Maaf,maaf.” Dia mengekek ketawa dulu sebelum meminta maaf. Dah rasa aura membunuh aku agaknya budak Aedi ni…

 “Nicho, jom jumpa. Esok kau ada masa tak?” Aku memperbetulkan duduk mendengar bicara seriusnya.

Nak jumpa? NAK JUMPA?

“Tadi cakap ada dekat Johor. Aci dekat sangatlah Johor dengan Kedah tu kan?” Aku memerlinya dan dia ketawa.

“12 jaaam.”

Aku meniru suara jurucakap iklan ubat batuk dan kahak jenama Mucinex yang selalu muncul di TV. Dan dia ketawa lagi. Bak kata Aedi dulu, aku pakar dalam mengingati iklan-iklan di TV.

“Mungkin 24 jam kalau naik kereta api?”

“Ya?”

“Entah, agak je. Tak pernah cuba lagi.”

“Lah, apasal tak cuba? Bosanlah naik bas je memanjang.”

“Tunggu kau datang study sinilah. Nanti kita balik sama-sama naik kereta api.”

Aku menelan liur. Indahnya angan-angan, aku belum pun SPM lagi.

“Nicho…”

“Yep?”

“Nak jumpa tak?”

Menyedari yang soalannya masih belum kujawab, aku berdehem seketika. Nicho, panggilan yang Aedi berikan untukku. Satu ketika dulu, di radio terkenal dengan drama radio yang wataknya seekor kura-kura dengan nama Niko. Merasakan nama itu sesuai denganku, Aedi memanggil aku Niko tapi dicantikkan ejaan menjadi Nicho.Katanya,

“Kau selalu lambat balas SMS aku,selalu lambat angkat call aku,selalu lambat datang jumpa aku. Selalu jugak lambat buat keputusan. Dah sesuai sangatlah kau dengan sifat kura-kura tuu.”

Ah,sudah! Kenakalan tak dapat dibendung betullah budak Aedi ni.

“Panggillah, kan muka aku ada iras-iras Nicholas Saputra versi perempuan.”

Tidak menunggu lama, Aedi mengetuk kepalaku dengan capnya suatu ketika dulu kami di perpustakaan.
“Rain yang cakaplah. Aduh!” Aku mengaduh kecil diperlakukan sedemikian.

Saat itu, aku terbayangkan figura tinggi lampai  Abang Sham dengan rambut kerintingnya. Abang Sham yang seperti Nicholas Saputra. Dan aku sebagai adiknya ini, adalah iras-iras kot.

Pada masa itu, kami hanya rapat. Tak terbit sedikit perasaan pun dalam hati kami. Dia selesa denganku kerana dia boleh je nak cerita tentang minat mendalamnya terhadap Chelsea walaupun aku tak tengok sangat bola. Dia selesa bila bila dia perlukan aku, aku ada je walaupun bila aku perlukan dia, terkadang dia sibuk tengok bola.

Hah, aku ini Inas budak tingkatan lima ke yang tengah cuba bercakap tentang pengorbanan cinta monyet? Haha.

“Aku kat Alor Setar sekarang. Tengah makan chicken chop kat Starwalk ni. Nak? Aku hantarkan.”
“Bengong. Kau ingat mandat kau besar sangat nak dapat masuk asrama perempuan sesuka hati?” marahku. Dia ketawa.

“Kau balik rumah ni cuti ke? Berapa lama? Ke kau lari tak tahan tinggal kat sana?” sindirku.
“Ek ena, betullah cuti. Kau nampak aku main-main ke?”

“Mana aku nampak kau main-main ke tak…”

“Jomlah jumpa. Esok, dekat mana-mana jelah,” ajaknya tanpa mempedulikan gurauanku tadi dan aku sudah separa setuju dengan pujukannya.

Apa nak buat . Aku insan yang lemah…

“Di…” Dia ketawa lagi, tahu yang aku tengah berbelah-bahagi.

“Kenapa gelak?” Aku bertanya kerana setiap yang keluar dari mulutku diketawakannya.

“You’re suck at telling jokes,” ujarnya menyanyikan lagu According to You milik Orianthi.

Dia ketawakan aku kerana tak pandai buat lawak? Mereng…

“Boleh tak ni?” tanyanya lagi,berbalik kepada perkara yang kami tinggalkan sebentar tadi. Aku diam seketika mencongak sendiri ajakannya. “Kita jumpa kejap je. Aku ada benda nak beritahu kau. Lusa aku dah balik .”

“Kau tak pergi solat Jumaat esok?” Aku menduganya.

“Itu hal aku. Esok lepas Jumaat, kat mana kaulah tentukan,” ujar Aedi tegas sampai kaget aku jadinya.
“Okey.” Itu je yang mampu kau tuturkan kerana kaget yang masih bersisa.

“Okey, apa-apa nanti text aku lain. Bye.”

Klik!

Ai, macam tu je? Hmm…

Esok Jumaat. Ya,apa masalah dengan hari Jumaat? Masalahnya ialah bebudak asrama outing pada hari Jumaat. Jadi, aku nak pergi mana yang orang tak boleh jumpa? Atau dalam kata lain, nak pergi mana yang SS tak boleh tangkap aku.

Oh,ya! SS ialah singkatan kepada Sir Shakir. SS untuk Syok Sendiri pun boleh jugak,sebab dia memang macam tu pun.

Tapi Alor Setar ni bukan Hutan Simpan Belum ataupun pedalaman Sarawak. Alor Setar ni ciput je. 
Lubang mana yang orang tua tu tak boleh nak korek budak-budak dia dating?

Pening.

Aku sebenarnya ingin sejuta kali setuju untuk berjumpa Aedi memandangkan kami jarang sekali berjumpa.

Pertama kali jumpa adalah ketika di tingkatan empat. Aedi datang menyaksikan pertandingan kawad kaki yang aku sertai di kompleks sukan negeri. Beriya aku melarang mak dan abah datang walaupun pertandingan ini di peringkat MSSD. Pasukan kami kalah awal namun tak dibenarkan balik kerana perlu menunggu untuk acara penutup pada sebelah petangnya pula menyebabkan aku ada banyak masa untuk lepak dengan Aedi di situ. Tak banyak yang kami bualkan. Hanya sedikit tentang pengalamanku dalam kawad kaki dan persiapannya untuk ke matrikulasi. Masing-masing pulang setelah berjanji untuk meneruskan hubungan ini. Bermulalah babak poyo dalam hidupku saat itu…

Tidak berapa lama selepas itu bertemu lagi di Village Mall, dia seorang dan aku pula bersama rombongan budak asrama TingkatanEmpat. Itu pertemuan kedua kami dan ada beberapa lagi pertemuan selepas itu tapi hanya kami berdua. Dah berani sikit dah lepak di perpustakaan habiskan masa mengulangkaji untuk peperiksaan pertengahanku yang beberapa bulan sahaja lagi masa itu dan dia pula menemaniku belajar sementara menghitung hai untuk memulakan hidup baru di matriks.

Dan selepas itu tiada lagi pertemuan antara kami memandangkan aku sudah menginjak ke Tingkatan Lima dan dia menjejak menara gading. Dan peluang untuk berjumpanya datang lagi.Patutkah aku lepaskan? Mestilah tak kan…

Tiba-tiba terdengar bunyi orang tersepak sesuatu. Aku yang merehatkan punggung di atas beg-beg roda yang bersusun di situ terus bangun dan keluar dari bilik seterika yang tak ubah macam sarang tikus. Aku bukannya berani sangat pun…

Rain dan Hanna!

Budak-budak ni la…

“Woi,mengintip aku ya?” sergahku yang membelakangi mereka yang berura-ura mahu lari setelah tertangkap mengendap gadis sepertiku.Heh?

Rain dan Hanna memusingkan badan mengadapku. Rain mengangkat muka dan tersengih manakala Hanna menekup mulut menahan diri daripada melatah.

“Tak payah nak sengih sangatlah…” Aku tayang muka serius.

“Ampun, Puteri Kawah Bulan,” ujar budak berdua itu serentak.

Tak guna…

Aku menjeling maut.

Sebenarnya tak adalah marah mana pun. Kerana semua benda pun mereka dah tahu, dah kenal dan faham dengan diri dan hidup aku lebih-lebih lagi Rain yang berjiran denganku. Hanna yang kuat megusik, Rain stalker terhandal dan Shark yang kalut dan cepat melatah. Haru aku dibuatnya dengan budak bertiga ini.Lagi haru kalau Shark turut menjadi penghuni asrama. Gabungan keempat-empat kami pastinya mencetuskan masalah besar di asrama hingga mungkin Sir Shakir berasa nak meletakkan jawatannya kerana tak tahan menguruskan kami.

Aku dengan Rain pernah je blackoutkan satu asrama kerana nak menyakat bebudak junior Tingkatan 1 yang baru masuk.Itu masa kitorang Tingkatan Dua…Bayangkan apa yang kami boleh lakukan bila dah jadi bapak segala senior sekarang ni…haha.

Aku kembali ke katil. Buku rujukan Biologi yang aku tinggalkan di penjuru katil sejak petang tadi kutenung bagai nak tembus. Tak daya nak selak apatah lagi baca dan hafal apa jua yang ada dalam buku setebal bantal tidurku itu.

“Apasal kau ni? Muka tu elok sikit je daripada rupa lempeng mak aku.” Hanna menegur.Dia dan Rain kini menempek di katilku.

“Yang dah basi ke yang belum basi?” Rain menokok. Aku memukul Rain dengan buku Biologi tadi. Bengong…

“Dia cakap apa dengan kau tadi?” tanya Rain yang masih lagi mengaduh tak sudah. Pukul sikit je,mengaduhnya sampai setahun.

“Kau ni sibuklah. Katil sendiri ada tak nak duduk,” marah Hanna pada Rain.

“Biarlah.”

Aku memandang kedua-dua sahabat baikku yang saling bertolakan. Kalau momentum ini dikekalkan selama sepuluh minit lagi, katilku yang tua ini pasti runtuh. Dan aku dah tentu-tentunya akan menghalau Hanna balik ke kamarnya semula. Manakala Rain akan kucampakkan di katil bahagian atas untuk tidur dengan junior Tingkatan Satu. Hukuman untuk sesiapa yang membuat onar di atas katilku…

“Aedi nak jumpa…” Aku bersuara perlahan.

Aksi tolak-menolak itu mati serta merta.

“Bila?”

“Kat mana?”

Rain dan Hanna serentak bertanya. Aku menggeleng kepala tanpa sebab.

Hah, sudah. Dua-dua pun sama kepochi.

Diam seketika.

“Apa yang serabut sangat? Jumpa jelah.” Rain memecah sunyi.

Aku mengeluh lalu bangun menuju ke lokerku di tepi katil. Aku mula memilih buku yang akan kubawa ke sekolah esok.

“Nak kemas buku nak ke mana tu? Esok cuti,”kata Hanna. Aku jadi malu sendiri apabila mengenangkan ada dua pasang mata sedang memerhatikan kelakuanku.

“Angau sampai hari pun dah lupa,” tokok Hanna lagi.

“Aku takut kena tangkap dengan Sir. Dia tu dahlah banyak mata kat pekan. Nanti tak pasal-pasal kena buang hostel, lagi teruk kalau kena buang sekolah ke…”

“Well, kena buang hostel is amazing, kena buang sekolah tu yang annoying.” Hanna memberikan pandangannya.

“Tengkorak kau amazing. Beritahu aku part mana yang menakjubkan tentang buang asrama?” tukas Rain tak setuju dengan Hanna.

“Iyalah, tak payah susah-susah bangun awal pagi berebut shower dengan junior. Lagi…emm, boleh makan makanan yang mak kau masak.” Hanna menjawab.

“Duduk luar lagi kena bangun awal tahu tak.Nak hambat traffic light kat luar tu. Jalan ke rumah kau dahlah jalan hantu traffic light. Duduk asrama ni rentas padang je dah jumpa kelas.Kan senang hidup.” Rain makin rancak mengeluarkan faktanya.

Dah keluar dah aura peguam tu…

Aku memandang bosan kedua-dua sahabatku yang sedang bertelagah ini . Aku mencapai dan meniliti jam di skrin telefon bimbitku itu.

10.45 malam. Patutlah junior-junior mula memenuhi ruang kamar dan mencetuskan susasana bising lagi. Asal balik prep je bising. Memang nak kena la korang ni budak-budak. Tungguah masa meeting nanti.

Esei Bio aku yang tinggal separuh itu memang dah payah dah nak sambung kalau bising macam ni. Aku tengok je dua tiga orang junior beberapa kali terlanggar meja Jepun milikku yang terletak di tengah-tengah kamar. Kalau jatuh barabg-barang aku memang siaplah budak-budak ni. Waktu itu jugak aku torture diorang. Haha, aku senior yang garang dan kejam…apa nak buat, sifat semula jadi kerana aku tak pernak jaga dan manjakan adik.In fact, aku tak nak ada adik pun.

“Apasal kau suka pangkah aku,hah?”

Hanna tiba-tiba je…

“Kau yang bagi idea tak bernas,macam mana aku nak terima?”

Suara-suara sumbang itu kedengaran lagi.Haila…

“Habis kau seorang jelah yang makan beras BERNAS?....”

Apa pulak kau merepek ni budak Hanna oiiii….

“…idea kau jelah yang bernas,semua orang kena terima idea kau jelah ye?”

“Taklah,kau ni…”marah Rain.

Junior-junior yang lalu lalang untuk ke katil mereka antara berani dengan tidak sesekali membuang pandang ke arah kami.

Aku yang malu mengambil keputusan untuk diamkan diri dan menyorok saja di balik baju sekolah yang kupakai siang tadi yang disangkut di palang katil.

Dua minit berbuat demikian,aku memanggungkan kepala. Tak tahan bau busuk bajuku sendiri. Menyedari yang pertengkaran ini takkan berakhir dengan mudah apabila BERNAS segala bagai dah keluar, aku mengambil keutusan untuk menghentikan mereka.

“Rain! Hanna! Stop it lah, stupid!” marahku.

Rain dan Hanna membuntangkan mata memandangku. Aku selamba membalas pandangan maut mereka.
“Dia kata apa, Hanna?” Mereka saling memandang untuk dua saat sebelum menerkamku dan berpura-pura seperti mahu mencekik dan menggeletekku.

“Hoi, apa ni?” Aku menjerit lagi,” Mak, tolong!”

“Mana ada mak kau kat sini.” Hanna memegang tanganku yang meronta-ronta atas katil.
“Mak tiri ada kat sini. Dua orang.”

Mendengarkan perkataan ‘mak tiri’,aku kuatkan kudrat untuk meloloskan diri. Aku berlari keuar dari kamar.

“Kaulah, sebut mak tiri tu kenapa?” marah Hanna.

“Habis, korang sebut mak.Aku terrr…” Rain tak mahu mengalah.

“Tengok tu, dah salah tak mahu mengaku lagi.”

Aku masih mendengar di balik pintu kamar…

AKU masuk semula ke kamar dua kemudian setelah aku lega,setelah suara junior tak lagi kedengaran. Rain dan Hanna di katilku, masih menunggu agaknya.

“Inas, kami mintak…”

“Aku maafkan.”

“Kami terkeluar…”

“Aku tahu.”

“Kami tak patut…”

“…cakap macam tu? Tak apa.”

“Kami…”

Oh,shut up…and think , macam mana aku nak jumpa dia esok. Atau tak payah pergi jumpa?” Aku senyum segaris, ikhlas untuk melegakan perasaan bersalah mereka.

“Inas, kau jumpa je dia.” Hanna kembali ceria.

“Yelah tapi macam mana? Kat mana?” tukasku.

“Mintak tolong Shark hantarkanlah. Kat mana? Taman Jubli Emas mungkin,” cadang Rain.

“Kekadang otak kau ni boleh pakai jugak kan. Thanks,sayang.” Aku mencium pipinya.

“Hoi,jangan ciumlah!”marah Rain.

Aku dan Hanna gelak besar.

Cepat je tanganku mencapai N-Gage, menghantar pesanan pada Shark. Dan cepat pula dia membalas,

-Aku tada hal. Kau jgn lambat sudaa…

“Yes.!”

“Macam mana? Shark kata apa?” Serentak Rain dan Hanna bertanya.

-Thanks Shark. Jerung-jerung kau pun baik hati jugak ye=D

-Hoi, jerung-jerung kau jgn main eh. Aku tak hantar baru tahu.

Aku tersenyum membaca mesej Shark.