Monday, March 18, 2013

kahwin muda,antara kehendak atau keperluan

assalamualaikum wbt.
salam seninn guys...

kahwin muda.
it's  kind of thing yang yang dekat dengan diri aku,kita dan semua yang di luar sana.
yang berada di ipta,ipts,poly,kolej komuniti,institut kemahiran mara and what so ever,
semua pernah bergosip tentang ney kan?
ahhha,jangan tak mengaku.
orang muda suka sangat la tajuk kahwin2 ney kan.
bhahaha.
in fact,budak lelaki kelas aku pun ada yang nak kahwin dah walaupun baru sem dua.
ha,gila tak gila?
tapi gila2 pun dia sendiri yang decide.dia sendiri tahu setakat mana tahap kemampuan dia nak bela anak orang dan bakal anak dia nanti.
kan?

seronoknya kahwin!
ada orang sayang,
ada orang teman studi malam,
ada orang beri perhatian,
ada orang teman tidur,teman ketawa,teman menangis,
ada orang teman makan all the time.
ada orang teman balik kampung,
ada orang SMS,telefon tanya khabar,
ada orang yang kita nak rindu,
ada seseorang yang HALAL untuk kita.
Allah2.
indah.
semua indah dari sudut itulah.
but after all,ada apa di sebalik perkahwinan tu?
Allah,sangat banyak.
lebih banyak dari bab2 dalam buku anatomi si budak medic tu.
orang kata kan...

"when there's a marriage,there are three ring.first,bertunang ring,second wedding ring,and the third is suffering."
atte,sanggup ke kome mikulnye?
ahaaa.
but yet,lepas baca entry bawah mungkin anda akan berubah tanggapan sikit terhadap kahwin muda.
i dunno.

bacalah...
dipetik daripada bernama.hagahaga.takde lah.
dipetik daripada mukabuku

Mak ayah, saya nak kahwin.. janganlah bersusah hati kalau dia ingin berkahwin, kerana pernikahan itu membuka seribu pintu rezeki. Perkahwinan atas nama Islam, sudah pasti akan diredhai Allah.

Mak ayah, saya nak kahwin. janganlah dihalang keinginannya, kerana Allah sudah berjanji, barangsiapa berkahwin keranaNya pasti akan dipermudah segala urusan.

Mak ayah saya nak kahwin.jangan sesekali risau pasal pelajaran, kerana ia takkan pernah berhenti. Hatta sampai ke mati sekalipun, ilmu takkan pernah habis dicari.

Mak ayah, saya nak kahwin. walaupun dia belum bekerja, bukan bermaksud dia tidak boleh menyara bakal isterinya. Sudah tercatat di dalam Quran, orang miskin sekalipun pasti akan dimampukan oleh Allah lepas berkahwin.

Mak ayah, saya nak kahwin.. jangan risau anakmu dapat bayi atau tidak. Nikah itu sendiri bukan jaminan untuk dapat bayi, kerana semua itu adalah kerja Allah. Lagipun anakmu itu sudah ada perancangannya yang tersendiri.

Mak ayah, saya nak kahwin. berkahwin itu menghalang maksiat. Daripada dia melihat perempuan di sana sini, lebih baik dia melihat isterinya saja. Dapat pahala lagi.

Mak ayah, saya nak kahwin.. dengan berkahwin, anakmu akan jadi lebih bersemangat, bila ada kekasih yang selalu setia memberi dorongan. Kerja juga menjadi lebih produktif.

Mak ayah, saya nak kahwin.. percayalah yang dia sudah bersedia untuk bertanggungjawab. Jika ditanya mana-mana suami isteri pun, sudah pasti tiada yang mengatakan mereka berkahwin sekadar suka-suka.

Mak ayah, saya nak kahwin. Jangan dilihat kematangan pada usia, tapi lihatlah pada peribadi dirinya. Jika dia sudah bersedia menjadi pemimpin, maka benarkanlah dia jadi pemimpin kepada isterinya pula.

Mak ayah, saya nak kahwin. Ilmu agamanya sedikit cuma, tapi tiada pernah berhenti mencari ilmu. Maka doakanlah supaya dia dapat menjadi seorang lelaki/wanita yang lebih soleh/solehah.

Mak ayah, saya nak kahwin.. Usia remajanya mengajar seribu erti kehidupan. Kini sudah sampai masanya untuk anakmu melangkah ke alam dewasa pula, bagi meraih lebih banyak pengalaman.

Mak ayah, saya nak kahwin. Semua ini hanyalah keinginan anakmu saja. Namun kiranya tiada dipersetujui, anakmu terima sepenuh hati. Kerana dia juga tahu, bagaimana untuk menghormati keputusan kedua orang tuanya.

Mak ayah, saya nak kahwin. Andai kiranya kalian bersetuju ingin mendapat anak menantu, maka izinkanlah anakmu ini mencari calonnya. InsyaAllah, bukan calon isteri yang dicari, tapi calon ibu kepada cucumu yang akan dicari.

Mak ayah, saya nak kahwin. Apa pun jua keputusan dipilih, semoga Allah sentiasa memberkati. Dan semoga pilihan itu adalah yang terbaik. Sama-samalah kita berharap kepadaNya.

Mak ayah, saya nak kahwin. tapi apakan daya dia hanya mampu menulis untuk meluah isi hati. Andai isi hati anakmu ini dapat dibaca dan difahami oleh mak dan ayah, alangkah bagusnya. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan anak mak dan ayah ini, amin.

2 comments:

  1. Nk kawen muda??baca buku semua pasal segala segi dlu..tu perlu..bukan mudah..tu satu prmulaan hdup yg lbih serius..perlu matang dr segi agama tanggungjwb kpd agama dlu bru boleh pkir pasal kawen..yuppp perlu tuh...

    ReplyDelete
  2. A lot of us who are under constant pressure tend to eat too much and do not take good care of their bodies.
    You have to find a way to take the tips you learn and make maximum
    use of them. Nothing is more motivating than seeing physical proof of results.


    Feel free to visit my web blog fantasers.com

    ReplyDelete