Thursday, April 28, 2011

episod 5

AKU memulas tombol pintu bilik di tingkat dua itu.Beg sandang aku hayunkan di atas katil dan tudung aku campakkan begitu sahaja.Aku renung Nina dan Hanna di atas katil masing-masing sedang sibuk menelaah.(Katil pinjam je tu.Ambil kesempatan di atas ketiadaan Kak Kobeh dan Kak Bebeh)

Dan seorang lagi,Fal yang terkangkang di atas katil itu.

Penat.
Penat sangat hari ini kerana aku terpaksa menghadiri kelas Teori dan Sejarah Seni Bina seawal lapan pagi hingga dua petang berturut-turut tanpa rehat.Terima kasih kepada Dr.Jalina yang tidak berhati perut,limpa,hempedu,pedal tu.Dan penat juga kerana menunggu Zard di library sampai kebas seluruh urat saraf aku dibuatnya.Menunggu orang yang tak muncul-muncul membuatkan aku menghayun langkah pulang ke bilik

Entah apa kenalah dengan budak Zard tu.Sudahlah tadi masuk kelas separuh jalan.

Aku sedar nina dan dan Hanna sedang memandangku dengan penuh minat.Aku mengerutkan dahi memblas pandangan mereka sambil berpeluk tubuh.

"Hai,Inas!"Nina dan Hanna serentak menegurku.
"Hai..."Aku menjawab malas serentak melemparkan badan di atas katil.Merehatkan tangan di dahi dan meneliti  wajah Nina yang datang menempek di sebelahku.

"Inas,ada sesiapa pernah beritahu kau sesuatu tak?"
"Apa?"Aku memandang Nina penuh inkuiri.
"Yang muka kau ada iras-iras  Marian Rivera?"
"Siapa tu?"
"Ala,yang jadi Marimar dalam telenovela kat TV3 tu."
"Oh,tak kenal."
"Kau ni..."
"Cantik ke Mariam Ginvera tu?"
"Marian Rivera."Hanna dan Nina serentak memperbetulkannya.Aku ketawa kecil.Betullah tu...
"Cantiklah,tapi muka kau sekarang ni membayangkan wajah dia masa umur 70 tahun tau tak,"celah Hanna.
"Haah,yang kau berkerut sakan ni kenapa?Ada masalah apa?"Nina bertanya lembut gaya pakar psikologi lulusan luar negara je.
.
Aku tersengih.

"Ai,nak tanya itu je muqaddimahnya sampai panjang berjela."

Kami ketawa.

"Aku okey."Nina dan Hanna mencebik.

"Okey,ini tentang Dr.Jalina.Dan Zard jugak."

Nina dan Hanna tekun mendengar.Buku-buku menelaah ditinggalkan dahulu.Hanna turut datang menempek di katilku.Dari sini baru aku nampak buku apa yang dibaca oleh mereka berdua sedari tadi.

Majalah Mangga di katil Kak Kobeh yang Hanna duduki.
Bagus...
Majalah Rapi di katil Kak Bebeh yang Nina duduki.
Pun bagus...

"Dr.Jalina buat kelas non-stop hari ini.Dan aku dengan paksa-relanya kena mengadap dia instead of membusuk atas katil macam budak Fal tu."Aku memuncungkan mulut ke arah seorang lagi rakan sebilikku.
Dia jurusan bahasa,relakslah.Tak adalah kelam kabut macam aku."Dan aku membeku kat library tunggu Zard yang tak muncul-muncul sampai sudah.Aku tunggu dia dua jam tau.Gila tak guna."

"Well,Inas...kita orang baru je nampak Zard kat Mee Awang.Tengah lepak dengan kawan-kawan dia sambil..."Nina membuat gaya menghisap rokok.Aku terkedu.

"Bila?"
"Sebelum Asar tadilah.Kita orang turun pergi beli makan tadi,"sampuk Hanna.

Aku mendengus kecil sebelum bangun menyarungkan kembali tudung di kepala.

Bagus

5 comments: