Friday, August 5, 2011

episod 9

Aku dan Hanna duduk melepak di sebelah motosikalku.
Heh?Lepak pada jam seawal tiga pagi seperti ini....

"Kau serius tak ada duit nak beli makanan ni,Na?"Aku menoleh memandang Hanna di sebelah.Dia tersenyum tawar dan mengangguk.
"Kau lapar eh?"tanya Hanna.
"Lapar jugak."
"Hmmm...."
Aku dan Hanna serentak mengeluh.
"Jomlah.Dah boleh gerak ni."
Hanna menyatakan persetujuan dengan isyarat kepala.

Aku menghidupkan enjin,sempat menoleh pada Kancil Merah di sebelah yang masih pegun di situ.Dari tadi tak gerak-gerak,ada masalah ke?

"Kau apasal tak gerak lagi ni?"
"Aah,jomlah!"
Kami keluar dari kawasan rehat tersebut.
"Hanna,kau jangan tidur.Aku takut kau jatuh nanti."
"Apa?"Hanna menjerit di belakang.
"Kau jangan tidur,jatuh nanti."
"Apa?"
Ah,susahnya bercakap apabila suaraku ditenggelami deruman enjin bercampur angin malam...bukan,dah pagi.
"Jangan tidur lagi."Aku menjerit sekuat hati supaya sampai pada pendengaran Hanna.
"Okeyyy!"balas Hanna dalam nada yang sama.
Kami ketawa lagi.

Sebenarnya ini bukanlah kali pertama aku dan Hanna pulang ke kampung dengan cara yang sebegini.Atau lebih tepat lagi dengan cara yang ekstrim seperti ini.Malahan ini adalah kali kelima kalau tak silap aku.

Ehem,rajin je balik kampung.
Anak mak....

Mungkin ini satu kerja gila,tapi percayalah...kami pulang kali ini hanya berbekalkan RM5o seorang dalam poket.Cukup untuk isi minyak dengan isi tekak dengan air jela.Itu pun nasib baik tol dikecualikan.Lega apabila kami sudah pun keluar dari lebuh raya dan menjumpai tol yang terakhir.Wajah Sultan Abdul Halim dan Sultanah Hamimah terpampang besar di dada papan iklan.

Yey,Alor Star!
Aku dah balik.

Kami berhenti di stesen minyak.Tak dapat tahan lagi,aku meluru menuju ke bilik air.Sayup-sayup aku dengar Hanna menjerit.

"Woi,macam lipas!"

Aku kembali mendapatkan Hanna yang sedang bercekak pinggang menantiku.Aku sengih padanya.

"Gila laju kau lari.Masa sekolah dulu taklah sangat."
"Sebab dulu ada lagi yang lebih lembap dari aku apa..."
"Siapa?"
"Kau."
Hanna mengutil lenganku.
Di bahagian yang paling banyak lemak...Aku ketawa melihat Hanna marah.Toleh ke tepi,sekali lagi Kancil Merah hadir dalam anak mataku.
Kancil Merah lagi?
Otakku sudah penat agaknya sampaikan setiap kali aku pandang ke tepi sahaja,pasti Kancil Merah yang aku nampak.Ke sebab aku cuma pakai moto,jadi aku selalu membayangkan betapa nikmatnya ada kereta walaupun sekadar Kancil?
Tapi kenapa mesti merah?

"Gerak,"tutur Hanna.
"Kau bawak."
"Apa pulak aku.Kan tadi dah cakap..."
"Lesen kau mati.Tak apa,Subuh-Subuh ni tak ada polis."
Hanna mencebik.
"Selalu ke buat kerja macam ni?"perlinya.Aku terkekeh ketawa.Hanna mengalah dan mengambil alih posisiku.



"Thanks."Hanna mengucapkan itu apabila sampai di rumahnya.
Aku hanya tersenyum dan mengangguk.
"Apa plan kau lepas ni?"
"Membuta sampai malam."
Spontan aku menumbuk lembut bahu Hanna.
"Buta betul baru tahu."
Kami ketawa.

Hanna mengerdipkan matanya sekali dan mengatakan 'bye' padaku tanpa suara.Aku berlalu dari rumahnya yang hanya kurang seratus meter dari rumahku.

Sampai di hadapan rumahku,aku turun untuk membuka pintu pagar yang sememangnya kutahu hanya diselak tanpa dikunci.Awal-awal lagi aku sudah maklumkan pada mak yang aku akan sampai Subuh.Aku kembali mendapatkan moto dan....

Kancil Merah lagi?
KANCIL MERAH!

Siapalah yang nak psiko aku pagi-pagi ni?Apa yang dia buat sampai depan rumah aku pun dia ada?Ini bukan kebetulan lagi ni.Stalker aku ke?Heh?Serasa degupan jantung aku tergendala.Penyamunkah atau pencuri atau lebih teruk lagi perogol bersiri yang bakal aku hadapi ini?Aku membunyikan hon beberapa kali untuk menggesa 'dia' keluar.

'Dia' keluar dari kereta dan bersandar di badan keretanya.
Aku jatuh rahang.
Dia...

"Oh!"Hanya itu yang mampu aku luahkan.
Zard sengih sambil menyeluk saku sweaternya dan memandangku kosong.
"Beri sepuluh sebab kenapa kau ikut aku sampai ke sini,"ujarku tegas sambil berpeluk tubuh memandangnya.
"Kau balik naik moto.Berdua dengan Hanna pulak tu.Jadi..."Dia menelan liur sebelum menyambung."...aku ikut jela dari belakang untuk pastikan kau selamat."

Tenangnya dia jawab.Lelaki ini tak pernah tahu gelabah.Tolonglah gelabah...sekali je aku nak tengok.
Duh..

"Siapa beritahu kau aku balik dengan moto?"
"Sya,yang penting kau selamat..."
"Siapa?"Aku memandangnya tunak.
"Nina."
Aku terkedu.
"Oh,dia tak beritahu kau jugak ke yang aku dah biasa buat semua ni?Dan aku tak perlukan pengawal peribadi pun."
Zard diam.Hanya jemarinya sahaja yang ligat mengetuk badan Kancilnya.
"Dan sekarang kau nak buat apa ni?Patah balik ke KL?...sebab aku dah selamat kat sini."

Ish,tak puas hati betullah...

"Aku...."
"Inas,siapa tu?"Belum sempat Zard menghabiskan bicara,suara abah terlebih dahulu mencelah.Mak dan abah sudah tercegat di muka pintu sambil memandang aku dan Zard silih berganti.

Aku menelan air liur.Duh,Zard memang sengaja nak bagi aku masalah!

Allahu akhbar Allahu akhbar....

"Masuklah dulu.Dah azan ni."Abah bersuara lagi apabila melihatkan aku membatu di situ.

episod 8

Aku memberhentikan motosikal di kawasan rehat dan rawat(R&R) Tapah.Lega sangat apabila aku dan Hanna sudah pun memasuki Perak.Perjalanan kami masih lagi tinggal separuh.Aku tidak terus turun dari moto sebaliknya menggerak-gerakkan bahuku supaya Hanna terjaga.Sedap je dia tidur di belakang tu walhal kebas kedua-dua tangan aku memegang handle moto.

Aku menoleh ke belakang.
Ek ena,tak sedar-sedar jugak budak ni....

"Hoi,Hanna!"Hanna terjaga dengan sekali sergahanku.
"Aah?"
"Bangun.Kita berhenti rehat dulu."Aku membuang pandangan pada Kancil Merah di sebelah kami.
"Kat mana ni?"Hanna turun dari moto sambil menggenyeh mata lagak anak kecil.
"Tapah."
"Tapah?Apasal berhenti sini?"
Aku memandang Hanna pelik.Mamai mode lagi ni.Sabar jela...
"Kau ni...aku tengah lapar ni,boleh pulak kau berhenti kat tempat cekik darah macam ni.Aku pokai sekarang ni.Tak pandai bajet betullah.Memang patut pun kau asyik failed subjek Ekonomi masa tingkatan lima dulu."Hanna mendahuluiku berjalan menuju ke tandas.
Aku terkedu.
"Hoi,jalan terhuyung-hayang  kalah orang mabuk pun sempat lagi mengutuk aku?"
Aku mendengus kecil.
"Dah tu kau nak suruh aku berhenti kat mana?
"Gurun ke...."
"Hohoi,patah pinggang aku kalau macam tu.Gurun tu jauh lagi duh."
Hanna terus berjalan seperti tadi dan aku sempat menyambar tanganya apabila dia hampir sahaja tersentuh bahu seorang pemuda yang berjalan dalam kumpulan bertentangan dengan arah kami.Aku melepaskan tangan Hanna apabila dia ssudah dapat mengimbangi diri sendiri.Laju tanganku mengurut pangkal leher.Tiga jam perjalanan sudah cukup membuatkan leherku terasa bagai hendak patah.Serasakan lebih baik aku cabut sahaja leher ni daripada menanggung rasa sakit yang amat sangat.


Aku menbasahkan tekak dengan secawan radix.Suka je dengan radix ni sebab benda inilah yang aku telan sepanjang di asrama dulu,tak kisah pun berjaga malam sorang-sorang,janji ada radix secawan kat sebelah.
Aku merenung Hanna yang sudah beberapa kali tersengguk.Sekejap dia menyembamkan kepalanya di meja kayu kedai mamak ni,sekejap dia menongkat dagu dan kembali tersengguk seperti sekarang ini.

Kurang daya tahan mengantuk betullah perempuan ni....

"Bang!"Aku memanggil seorang pelayan yang kebetulan lalu di sebelah meja kami.
"Kopi Larat satu."Aku memesan minuman untuk Hanna.
"Siap!"

Ceh,belum apa-apa lagi dah siap.
Ayat piawai yang biasa aku dengar di kedai-kedai kopi...

Aku kembali memandang Hanna di hadapanku.
"Parah kau ni.Larat lagi tak nak teruskan?Ke nak tidur je dulu kat sini,esok pagi baru kita bertolak?"
Hanna membuka mata memandangku.
"Ikut kaulah.Kau yang nak bawak,"balasnya malas.
"Eh,tak ada-tak ada.Giliran kau pulak bawak moto lepas ni."
"Hee...lesen aku mati daa."
Aku mencebik.
"Hampeh."

Pelayan tadi datang dengan menatang dulang yang berisi secawan kopi larat.

episod 7

Hari terakhir ujian pertengahan semester,maka esok bermulalah cuti semester bagi umat-umat universiti ini dan aku akan balik kampung.Tak tahulah Hanna akan ikut aku balik atau tidak.Budak Hanna ni bukan boleh diharap sangat.Kadang-kadang senyap-senyap je dia ikut Nina balik JB. Agak hampeh jugak ya apabila dapat kawan sekampung yang macam ni.

Aku ke bilik Dr.Jalina dengan ditemani Hanna untuk menyerahkan prototaip yang aku dan Zard usahakan dua minggu lepas.Kerja saat-saat akhir,biasalah.Tapi terima kasih jugak pada Zard yang telah menghasilkan sebuah prototaip masjid yang sangat cantik.Agak memuaskanlah...Aku dan Zard masing-masing diberi pointer 3++.Memang aku tak nak menjangkakan yang lebih-lebih pun kerana dah tahu dah Dr.Jalina ni kedekut markah.Dia nak simpan markah untuk apalah...gamaknya nak bayar zakat kot.

Semester lepas pernah jugak aku bodek dia dengan Almond London.Tak jalan jugak...

"Agak memuaskanlah...."Hanna mengajuk ayatku apabila aku keluar dari bilik pensyarah dengan muka kecewa memberitahunya markahku.Aku ketawa kecil.

"Kau kira bersyukur tau dapat pointer 3++.Aku ni lagi kesian.Dr.Syed tu bagi aku pointer 2++ ja setiap kali aku hantar tugasan."Hanna mengomel padaku sepanjang perjalanan ke kafeteria.Menyesal pulak aku memberitahu markahku padanya tadi.


"....aku rasa nak bagi kertas A4 kosong je kat orang tua tu lepas ni."Hanna menamatkan omelannya tentang Dr.Syed,pensyarah muda yang mengajarnya subjek Pengajian Perniagaan.Aku meneruskan suapan terakhir mi goreng ke dalam mulut.Dan Hanna dengan nasi goreng ikan masinnya yang masih belum luak.

"Kau ni tak berevolusi langsung,asyik nasi goreng ikan masin je."Rasa separuh loya mendengar nama Dr.Syed tadi,aku cuba menukar topik.Itupun kalau aku berjayalah sebab...

"Dr.Syed selalu suruh aku buat itu ini,tapi markah aku tak naik-naik jugak."Aku memandang Hanna kosong.

Dan...

"....Dr.Syed bla bla bla bla...."Aku dah mendengar omelannya lagi.Aku mengeluh malas.
Inas,kawan yang baik kan sepatutnya kena dengar dengan penuh minat cerita kawannya.Kan?Konon....

"Aku rasa kalau kau pergi dekat dia,gesel-gesel sikit,dapatlah markah lebih tu.Bukan aku dah ajarkan ke skill ni?Lupalah tu...."
"Oh,Inas memang terbaik!"Hanna menggelengkan kepala beberapa kali sambil menayangkan ibu jari tangannya sebelum pecah ketawa kami berdua di kafe itu.
"Hohoi,nasi goreng tu habiskanlah cepat.Geli tengkuklah tengok kau main-mainm macam tu,"ujarku mematikan tawa Hanna.
"Aku sendiri dah tak lalu."
"Itulah gelak banyak sangat.Aku mencebik sebelum menyambung,"Bak sini udang tu."
Aku mengambil sudu di tangannya lalu mencedok udang di dalam pinggannya.Nikmatnya...manis udang ni...
"Bak sini kau punya batang sawi.Gigi lembiklah tu tak nak makan sayur.Rugi je."Selamba Hanna mengutukku.

Dah tak kisah dah.Aku akan mengutuknya dan dia akan membalas balik dengan kata-kata yang luar alam juga,seperti tadi.Dan kemudian kami akan ketawakan kelemahan masing-masing.aku sangat hargai saat seperti itu,tapi tak nak beritahu Hanna sebab dia jenis yang suka perasan.Kalau aku beritahu yang aku sayang dia dan bla bla bla,pasti dia akan keluarkan ayat-ayat yang berbunga-bunga...urghhh,tak tahan...

episod 6

Aku melewati MyFC.Suasana lengang di dalam MyFC mungkin disebabkan hujan renyai-renyai sedari tadi sudah mulai melebat.

Sampai di Mee Awang,sebuah gerai kecil sebelah MyFC,aku memanjangkan leher mencari kelibat Zard.Sah,Zard memang di situ dengan rokok di sebelah tangan kirinya bersama beberapa orang pemuda di belakang gerai itu yang rancak bersembang.Aku tak tahu nama mereka tapi yang seorang itu aku ingat kerana dia selalu buatkan aku teh o ais limau untukku.Haha,itu yang aku ingat tu...

Zard terpandangkan aku ketika aku teragak-agak untuk masuk.Zard sengih dan berjalan ke arahku dengan selamba.Aku menggetap bibir,tak tahu nak buat reaksi macam mana lagi apabila banyak mata yang memandang(pelanggan-pelanggan di Mee Awang).Aku hanya senyum pada Zard apabila dia makin mendekat.

"Hai."Dia mengankat tangan rendah padaku.
Aku masih belum menarik balik senyumanku sejak tadi.
"Hai."Zard mencuba lagi.
Senyum.
Zard berdehem.

"Senyum tu bagus,cik kak.Tapi kalau senyum lama-lama tu maknanya ada orang nak kena marahlah tu."Dia memandangku.

Aku cuma mengikut saranan Malik dan Najwa dalam lagu terbaru mereka,Senyum.

"Sya."Zard berdehem lagi sebelum menyambung,"Marah aku ke?"
Memang.

"Awal kau sampai library tadi kan,Zard."
Zard tersentak.
Aku memandangnya yang sedang membetulkan beg peknya.Hmm,orang bersalah memang suka menyembunyikan kesalahannya dengan memegang sesuatu.

"Kenapa lepak sini dan tak jumpa aku kat library?"Aku memandangnya tajam.
"Perlu?"Dia membisik di telingaku.

Ya Allah,sakitnya hati...

"Perlu,sebab kau yang buat janji tu.Perlu sebab aku dah penat fotokopi untuk kau semua nota-nota kuliah pagi tadi."Aku bercakap dengan senyuman segaris di bibir walaupun aku tahu hati aku sebal sangat waktu ini.Aku sedar bukan setakat pelanggan Mee Awang sahaja,bahkan abang tukang bancuh air tu pun tengah khusyuk memerhati kami yang sedang berdiri di tengah-tengah deretan kerusi dan meja.

"Aku suruh kau buat semua tu?"Dia memandangku bosan.

Aku rasa nak baling tulang ayam saiz yang paling besar ke mukanya saat ini...

"Ingat bagus ke duduk sini melepak,buat aku membeku dua jam tunggu kau kat llibrary tu?Ini...bagus sangatlah eh??"bentakku sambil merentap puntung rokok yang sudah tinggal separuh di celah telinga Zard dan membuangnya ke tanah.

Zard terkesima.

"Sya,jangan melebih..."Dia bersuara keras namun perlahan.Kerana kami masih lagi berada di khlayak ramai.

Agaknya kalau hanya aku dan dia sahaja di sini,mungkin lebam biji mata aku dibuatnya.Ataupun paling tidak disepaknya betis keringku tanpa ragu.

"Apa yang lebih?Siapa yang melebih?Kau!"

Aku sudah tak tahan!Pantas sahaja aku berlari meninggalkan tempat itu.Dari jauh telingaku dapat menangkap bunyi seretan kerusi.Mungkin orang-orang di situ cuba bangun untuk melihat apa yang terjadi padaku.Pedulikan.Yang aku tahu aku cuma tak nak menangis di situ.

Aku berjalan pantas ke tempat parkir mendapatkan Yamaha Lagendaku.Aku cuba mengimbangi badan apabila duduk di moto yang masih bertungkat sambil mencucuk kunci pada lubangnya.Lama aku duduk dalam keadaan seperti itu.Serasakan tak ada tenaga pulak nak menghidupkan enjin.

Aku tunduk memandang speedy meter lama.Sehinggalah....

"Nak ke mana tu?"
Aku memanggungkan kepala dan pandanganku tertumpah pada Zard yang sedang berpeluk tubuh di hadapanku.
"Balik,"jawabku sepatah.
"Apa lagi yang tak beres dengan design masjid tu?"
Aku diam memandang tar jalan.Zard mengeluh perlahan.Selalu sahaja aku mendengar keluhan seperti itu terluah dari bibirnya,lebih-lebih lagi apabila berada dalam dewan kuliah waktu mengadap Dr.Jalina.
"Perlu ke kita bincang benda tu hari-hari kat library?Biarlah kalau kita jadi orang terakhir yang hantar assignment tu pun.Tak adanya nak jejas apa-apa."
"Kau memang...buat kerja semuanya nak hantar last minute."
"Tak ada salahnya dengan last minute kan."
Dia memandangku bosan.Sedih betullah,aku ni tak menarik sangat ke....
Ngee...tak apa,dah biasa dah.Kalau bukan pandangan bosan,Zard pasti akan memandangku dengan pandangan menyampah.Tak ada beza pun kedua-duanya.
Kan?

"Lagipun kau suka ke hadap muka aku hari-hari?"Perlahan-lahan ayat itu dilontarkan padaku.Aku terkedu seketika.Lah,budak ni...emos de contos la pulak...
"Kau suka?"
Aku tunduk.
"Baliklah,Sya."Aku kembali memandangnya.Dia berdecit melihatkan responku sebelum menyambung,"Tak apa,malam nanti aku emel draf terakhir bentuk masjid yang kita dah decide tu pada kau.Kau interpretkan dalam 3D dan buatlah pembetulan sikit mana-mana yang senget tu.Kau sediakan ukuran untuk prototaip kita.Then emel balik semua data pada aku.Aku nak buat folio.Bab presentation,kau present,"ujarnya panjang lebar.
"Aku present?"Aku membuntangkan mata.Dia ketawa kecil.
"Iyalah,kau present.Kau kan pandai cakap.Kalau aku yang present,nanti budak-budak tu semua tidur.Asyik 'err'...'emm'...'aah' je."
Aku ketawa kecil melihat gayanya.Dia senyum nipis.Boleh pun senyum rupanya.Ingatkan tahu buat muka ketat je.
"Dah,balik,"ujar Zard.
Aku menjelingnya sekilas sebelum menghidupkan enjin.
Aku menjeling lagi sebelum menekan gear.
Jeling lagi sewaktu memulas pedal minyak.

"Hoi,Sya!"
Aku brek mengejut apabila Zard menjerit memanggil namaku.Aku kalih padanya.
"Emel kau."
"Oh!"
Ingatkan dia nak marah aku sebab banyak sangat jelingan yang aku hadiahkan padanya tadi.
"ss@yahoo.com,"jeritku.
Zard mencoretkan sesuatu pada C3 Pinknya.Zard pakai C3 Pink?Tak boleh blah....kecelaruan identiti betul mamat ni.

"ss?Stands for...?"Dia memandangku menantikan jawapan.
"Syok sendiri...sakit sendi...,"jeritku lagi.Syafienas Sufi la...
"Main-main!"marahnya.Aku ketawa kecil.
"Senyum sokmo,Zard."Aku menjerit padanya sebelum kembali memulas minyak sesuka hati.

Iyalah.sesuka hati.
Kan moto ni aku yang punya.

Zard memujukku dengan cara tersendiri.
Hmmm....
Syafienas Sufi,jangan cepat cair...

Thursday, August 4, 2011

makna ramadhan utk aku....

sungguh aku cinta
sungguh aku sayang
sungguh aku rindu
sungguh aku mahu
ha ha ha
ku tidak ragu2

sayang oh sayang 
ku sayang kepadamu
aku cintakan dirimu
rindu oh rindu
ku rindu kepadamu
mama tolonglah papa tolonglah 
aku sedang mabuk cinta
dengan si dia si jantung hatiku
yang kucinta selalu

hati-hati yang merindu
inginkan belaiannya
hari-hari yang berlalu 
indahnya kurasakan
jiwa-jiwa yang meronta 
bila jauh di sisinya
berjanjilah kasih berjanjilah sayang 
hanyalah aku di hatimu

kebanyakan daripada kita selalu mengungkapkan bait2 mcm lirik di atas.maklumlah manusia kan diciptakan berpasangan,jadi si teruna selalu ja nyanyi lagu seperti ini pada gewe/awek/gf/buah hati diorang.
maka si dara pun mesti la nak balas balik dengan bluetooth lagu2 yang seangkatan pada pakwe/bf/balak diorang,kan?masing-masing saling memuja dan memuji.memuja dan memuji apa aku sendiri pun tak pasti.ada sesuatu yg istimewa sangat ke pada bf/gf kita tu yg layak dipuji?kenapa kita orang biasa nak memuja orang biasa jugak?tapi xpernah pulak kita memuja dan memuji kebesaran Yang Maha Esa.kan?

mcm mana kalau kita tukarkan lagu di atas kepada:

sungguh aku cinta 
sungguh aku sayang 
sungguh aku rindu
sungguh aku mahu
ha ha ha
ku tidak ragu2


Allah ya Tuhanku
kusayang kepadaMu
aku cintakan diriMu
rindu oh rindu 
kurindu kepadaMu
Ya Rabbi bantulah
aku sedang mabuk dunia
aku ingin kembali
kepada Dia 
yang kucinta selalu

hati-hati yang merindu 
inginkan petunjuknya
hari-hari yang berlalu
takkan terulang lagi
jiwa-jiwa yang meronta 
bila jauh di sisiNya
berjanjilah saudara berjanjilah kasih
hanyalah Allah di hatimu....

tentu lebih manis kalau bait2 mcm ney yang meniti di bibir kita...
sedar tak hari ini dah pun masuk 4 ramadhan?
masa takkan boleh diulang,wahai saudara...
kehidupan adalah tentang kematian.
itu yg hakikat yg sebenarnya.
lahir sahaja anak adam di dunia ney,sebenarnya dia sudah menuju kematian
yg memebezakan kita di dunia ney hanyalah umur yg panjang atau pendek shj.tidak dapat tidak kita semua akan kembali padanya,tiada tangguh walau seminit pun.
jadi kepada siapa yg kita nak puji-puji sangat?kepada siapa yg kita nak puja-puja sangat tu?

apa kata kalau ramadhan kali kita berubah demi kebaikan?xperlu la nak ubah sepenuhnya dalam sehari dua.even dalam sebulan dua pun belum pasti kita mampu.ubah perlahan-lahan.semua benda pun perlukan kesederhanaan kan?
kita yakin ke ramadhan akan datang kita masih ada lagi?
kita yakin ke minggu depan kita boleh sambut raya dengan family lagi?
kita yakin ke bangun pagi esok kita masih boleh bernafas lagi?
atau kita yakin ke bila kita melangkah setapak lepas ney kita masih hidup lagi?
tak,saudara...tak...
siapalah yg boleh yakinkan kita itu semua...
kalau barang mungkin SIRIM boleh bagi guarantee.
tapi manusia,tak...
kita hanya boleh bersandar pada Dia,bukan?

assalamualaikum
@_@

p/s:aku selalu mengharapkan yg aku dapat jumpa turning point aku sebelum ajal menjemput...
amin...