MASAM-MASAM MANIS_nh
“SIAPA nama?”
“Aedi.”
“Nama penuh?”tanyaku malas.Saja nak berbasa-basi sebab mak yang suruh tadi.
“Aedi Picasso,”jawabnya pendek.Berambut spike,kulit cerah,hidung....emm,macam senapang Jepun.
“Nama...siapa...you?”Aku mencebik mendengarnya.Macamlah baru sehari jejak bumi Malaysia.Cakap Melayu pun berterabur lagi.Aku berdehem sebelum menyambung bicara.
“Dalam rumah ni tak ada hukum I you I you.Panggil aku Shakila.”
“Shark-killer?”tanyanya,kabur.Aku mengangkat kening memandangnya.
“Sengal!”tuturku rendah.Aku berlalu ke bilik.Daun pintu kuhempas.Biarlah mak atau sesiapa pun nak dengar.Yang pasti amarah aku kini dah mencapai takat didih.
ITU baru sehari tinggal dengan orang putih karat ni.Mak beiya-iya meyakinkan aku tentang perkahwinan ini.Kononnya dua lelaki berketurunan Sepanyol-Filipina ini amat baik terhadap dirinya dan kami sekeluarga. En. Hans pula dikatakan ikhlas mahu memperisterikannya.Huh,satu sen pun aku tak percaya pada mereka!
“Nurul,Aedi,Kila.Makan meh!”Mak memanggil dari dapur.Aku dan Kak Nurul berkejaran ke dapur.Aedi hanya membuntuti kami di belakang dengan headphone yang masih tidak lekang dari kepalanya.Hantu muzik sungguh budak tu,mengalahkan aku.Kurang-kurang aku tahulah jugak berenggang dengan headphone tu apabila masuk dapur.
“Orang masuk dapur nak makan nasi,bukan headphone.”Sinis aku berkata sambil memandang Kak Nurul yan hanya tersengih sumbing.Tahulah dia siapa yang aku maksudkan.Aedi merenungku tajam sambil menanggalkan headphonenya.
“Hah,Kila!Jangan duduk lagi.Panggil Babah kat bilik kejap.”
“Hah?”
“Panggil Babah kat bilik kejap.Dia tengah solat masa mak keluar bilik tadi,”kata mak lembut.Aku jatuh rahang.Biar benar mak ni.Dah tahu yang aku memang ‘cinta’ gila kat suami baru dia tu,nak suruh aku lagi.
“Kak Nurul kan ada...,”ujarku selamba.
“Eh,banyak cerita pulak budak ni.Nurul,pergi panggil Babah,”arah mak.Kak Nurul lekas bangun menuju ke bilik utama di tingkat atas.Aik,marah pulak...Di meja makan hanya ada aku dan Aedi yang tengah melamun dari tadi.Ikan kerisi masak merah,masak pindang,ikan terubuk panggang,gulai ikan keli,acar timun...aduh!Aku memanjangkan tangan untuk menyenduk gulai ke dalam pinggan nasiku.Ouch!Macam ada genjatan elektrik dalam badan.Serta-merta aku menarik tanganku yang tersentuh tangan Aedi.Dia pun nak menyenduk gulai juga tadi.Mata kami tak lekang pada satu sama lain.Sekali lagi aku dan dia hendak mencapai benda yang sama.Aku mendengus kuat.Aku cuba mencapai sudu acar timun.Aedi juga.Ah,tak boleh jadi ni!Tak dapat nak menahan rasa,akhirnya ketawaku pecah juga.Dia masih memandangku tak berkelip.
“You might be so annoyed,righto?”kataku dalam tawa yang masih bersisa.
“Hmm,kinda...tapi kau mesti sukakan aku jugak nanti,”balasnya bersahaja.
“Ha.Ha.Ha.You are really suck at telling jokes,”tuturku rendah,bimbang mak akan menangkap perbualan kami dari dapur.
“Kids,jangan makan lagi.Tunggu Babah dulu,”ujar mak sambil membawa dua lagi mangkuk berisi kerabu perut dan cucur udang.Wah,mewah hidangan kami untuk malam tu.Tapi bila dengar perkataan ‘babah’,rasa macam nak baling je semua lauk-pauk yang ada tu ke muka ‘babah’.Huh,sengal!
“Dalam rumah ni tak ada babah-babah,okey!Nak muntah aku dengar,”luahku sambil memandang Aedi.Dia cuma merenungku sinis.
“Mama, duduklah dulu.Kila boleh tolong ambilkan lauk tu,”panggil Aedi sambil tersenyum manis pada mak.Peh,menggula mak aku pulak!
Aku berlari ke bilik air dan memuntahkan segalanya di sinki.Sungguh,ini bukan dibuat-buat.Aku benar-benar tak tahan dengan perangai dia yang mengalahkan jin afrid tu.Sengaja je bagi aku sakit hati tadi.
Sejak hari itu,jangan haraplah aku nak makan semeja dengan dua beranak tu.Tak kiralah sekalipun muka dia macam Enrique Iglesias yang aku tergilakan sangat tu.
“SENGAL tahap tak ingat!”
“Apa hal?”Kak Nurul yang sedang membetulkan tudungnya di cermin kereta mengalih memandangku.
“Scoot aku pancit!”aduku padanya.
“Sorry,aku dah lewat ni.Tak dapatlah nak tolong,”balas Kak Nurul lalu membolos masuk ke dalam perut Savvynya dan memecut laju membelah jalan raya. Sekali lagi aku jatuh rahang.Tak guna punya kakak!Tak prihatin langsung.
“I boleh tolong hantarkan you.Lagipun kita kan satu jalan je.Satu fakulti pulak tu.”Tiba-tiba satu suara mencelah dari belakang.Aku memusingkan badan mencari suara itu walaupun aku dah tahu siapa.Aku senyum kambing padanya.
“Berhenti panggil aku I you I you,boleh?Sengal!”Aku memberi amaran padanya.Dia hanya mendepakan tangan sambil merenungku.Tenung,tenung,tenung lagi!Tak ada kerja lain ke yang dia tahu buat selain kerja sengal ni!Aku mengalihkan anak mata daripada memandangnya lebih lama.Ah,Enrique...
“Mak,mak!”Aku memanggil mak dari luar.
“Mama dah lama keluar.Daddy I adalah....ups,babah!”Dia menekup mulut sambil mengecilkan anak matanya memandangku.Aku memandangnya tunak.Sambungnya lagi,”Emm,nak Babah tolong hantarkan ke?”Kali ni aku tak dapat menahan diri daripada tertawa.Tak guna punya budak,selalu je nak buat aku merah padam.Aku megalihkan anak mata ke arah garaj.Naza Ria mak masih tersadai di situ.Habis?Takkan mak keluar jalan kaki kot....aci kuat sangatlah mak aku tu.
“Mak aku keluar dengan apa?”
“Scooter daddy,”jawabnya ringkas.Aku diam di situ.Otak dah tak boleh nak pusing.Nak pergi kuliah dengan apa ni?Mak...
“By the way,bila kita nak gerak ke kuliah ni?”spontan je kata-kata tu keluar dari mulut aku.Hisy,pulak dah...Dia jatuh rahang memandangku.”Dah,jomlah ,gerak!Mana kereta kau?”
“To be honest,aku tak pakai kereta,”katanya.
“Lah....dah tu nak pergi kuliah jalan kaki ke?”aku bertanya kembali.
“Tu!”Jari telunjuknya mengarah ke arah Harley Davidson yang diparkir di sebelah kereta mak.Patutlah selama ni aku tak pernah perasan,terlindung di balik kereta mak.
“Kau gila?”Terpacul perkataan itu dari mulutku.Dia hanya sengih sambil mempamerkan barisan giginya yang tersusun cantik.Nasib baik gigi lawa,kalau dak dah lama patah renyuk aku kerjakan.
“Jomlah....,”balasku lambat-lambat.Dia mengangguk.Kena peluk ke?Heh,tak kot....
DALAM dewan,kuliah bersama Dr.Jalina sedang berjalan.Aedi duduk di sebelahku.Aku menyumpah seranah dia di dalam hati.Tambah-tambah pulak ada mulut-mulut celupar di belakangku ini dah mula bersoseh-soseh mengumpatku.
“Yang kau memandai duduk sebelah aku ni siapa suruh?”gumamku perlahan.Tiada respons.Aku menyambung,”Tak ada orang pelawa kau pun.”Tiada respons.Hisy....
Aku mengerlingnya sekilas.Tak guna!Tidur dalam kelas pulak.Dr.Jalina dah mula memandang tu.Tak lama budak ni,memang nak kena sound jugak ni.
Di perpustakaan pun satu hal.Aedi asyik membuntutiku dari pagi sampai sekarang.Dia duduk berhadapan denganku sambil menyelak akhbar Berita Harian.Aik,The stars kan ada.Baru nak bertatih belajar Bahasa Melayulah tu.Aku berura-ura untuk turun ke kafeteria membeli makanan.Ketika sedang beratur,aku memusingkan badan dan mendapati Aedi di belakangku sedang membelek-belek dompetnya.Hisyy....
“Boleh tolong?”Dia mengangkat kening tanda ingin aku meneruskan kata-kata.
“Jangan ikut aku dah!”Dia ketawa kecil.
“Apasal?Kau fikir aku ikut kau ke?Apa,aku tak perlu makan?”Dia membidas.Sakitnya hati..
Dia tersengih sambil menghulurkan kad kreditnya kepada pengusaha kantin tersebut.Bulat mataku memandangnya.Begitu juga dengan Kak Timah,pelayan di situ.
“Aedi Pikachu!”jeritku padanya.Amarahku sudah tak tertahan lagi.
“Apa?”
“Mana ada orang bayar sepinggan mi goreng dengan segelas laicikang ni guna kad kredit!Sini Malaysia,bukan Calif,intan payung...,”tuturku rendah mengawal kemarahan aku padanya.Malu aku dibuatnya,nanti orang kata aku bawak jakun datang ke kampus pulak.
MINGGU peperiksaan...
Aku ke dapur.Kotak Peel Fresh di dalam peti ais aku capai dan menuangkannya ke dalam gelas.Di ruang tamu kedengaran dua orang sedang rancak bergelak ketawa.Mak...dan suami barunya.Aku melangkah ke ruang tamu dengan gelas di tangan.
“Mak!”Kedua-duanya memandangku serentak.Aku tersenyum kelat.
“Ya,sayang...mari sini,”panggil mak.En.Hans hanya tersenyum padaku.
“Kila ada exam esok,”ujarku tanpa mempedulikan pelawaan mak tadi.
“Iya?Mak tak tahu pun.”
“Kila dah beritahu mak seminggu lebih awal,”bidasku,masih kekal dalam mood serius.
“Iya ke,Kila?Tak apalah,mak lupalah tu.Buat yang terbaik tau.Babah kat sini tukang doa je,”ujar En.Hans cuba nak beramah mesra denganku.Akuu membuat mimik muka.Dia hanya membalas dengan senyuman.Emm,lemak berkrim senyuman tu,macam susu teapot dalam peti ais tu...tak tahu ke betapa aku benci kau,orang tua tak sedar diri?Argghh!Aku menjerit dalam hati.
“Sengal!”Aku berlari ke bilik.Sampaikan Aedi yang baru hendak melangkah ke ruang tamu pun aku rempuh sama.Kalau duduk situ lama-lama mahunya aku nangis tengok kemesraan diorang.
“Hoi,apa ni?”tegur Aedi.Aku tak ada kuasa nak layan dia dah waktu-waktu macam ni.
Aku mencapai kunci scooter dan helmet X-Dot di atas meja studi.
“Shakila Sobri!”Panggilan mak aku tak endahkan.
“Hey,babes!It’s already late!”Jeritan Aedi dari dalam rumah pun aku tak hiraukan.
AKU memberhentikan motosikal di depan Tambak Johor.Desir angin mengetuk gegendang telingaku.Ah,sejuk...menyesal pulak aku keluar dari rumah tadi.Itulah,orang muda tak pernahnya nak dengar nasihat.Aku membelek skrin telefon bimbit.Kosong.Tak ada pun panggilan mahupun mesej dari mak.Tak tahukah mak aku betul-betul kecewa dengannya?Aku melepaskan keluhan untuk ke sekian kalinya.
“Baby,are you down,down,down?”Aku terdengar derap langkah di belakangku.Perlahan aku memusingkan badan untuk melihat siapakah gerangan yang datang padaku.Manalah tahu kalau orang jahat yang datang,boleh je aku backhand dia.Pandanganku tertala pada seseorang.Emm,kalau ini yang datang...bukannya nak menyelesaikan masalah,memberi nasi tambah lagi ada.
“Feeling down?”
“Kinda...”
“What for?”
“For no reason.”Dia menapak mendekatiku.
“Now,tell me...”kata-katanya terhenti di situ.Aku merenungnya menanti kata-kata seterusnya dari dia.Dia tetap diam.
“What?”Aku bertanya,tak sabar.Dia masih diam.”Sengal!”
“Hmm,tell me...apa yang sengal sangat tu?Apa yang buat kau rasa sedih sangat ni?”
“Ek?Boleh percaya ke ni?Karang kau pergi buka hikayat pada mak pulak.”Aku berkata sinis.
“No,trust me.”Dia menghulurkan tangan tanda persahabatan.
“Batal air sembahyang nanti,”gumamku rendah.Dia ketawa kecil.
“Ceritalah...”Aku mula meluahkan segalanya pada Aedi.Dia khusyuk mendengar.Sesekali dia terangguk-angguk namun matanya masih tak lekang memandangku.Dia melepaskan keluhan berat sebaik sahaja selesai mendengar ceritaku.
“Macam tu...rupanya kau tak boleh terima daddy aku.Kenapa sesusah itu?”
“Aku tak tahu...aku tak boleh terima biawak hidup tu dalam rumah.Makan tanggung,berak canggung.”Aku menekup mulut setelah mengucapkan ayat tersebut.Ya Allah,apa aku dah cakap kat dia?Yang aku kutuk tu bapak dia.Astaga...
“Sorry?”Dia seolah-olah meminta aku mengulang kembali apa yang aku katakan tadi.
“Err...”aku terketar-ketar hendak meneruskan kata-kata.Pertama kali semenjak aku kenal dia,aku gugup di hadapan dia.Aku meraup wajah.
“Daddy aku bukan biawak hidup.In fact,dia yang tolong bangunkan restoran mak kau tu.Memang mak kau yang buka restoran tu.Tapi yang menguruskannya tu adalah daddy aku dan dia yang sumbangkan modal pada restoran tu,okey.Kalau tidak kau fikir kita orang berdua ni nak makan apa kat tanah orang ni kalau tak kerja?Kami tak goyang kaki saja ,kami kerja.Cakap jangan sembarangan,cik adik,”ujarnya sinis dan berlalu pergi.Aku terkedu di situ.
“But frankly speaking...”Dia berpaling dan menatap wajahku.Aku dengan muka tak beriak menantikan jawapan darinya.
“You look cute in Pj’s.”Merah padam mukaku mendengarkan kata-katanya.Aku meraba-raba bajuku.Ya Allah,macam manalah aku boleh keluar dengan berpijama je tadi.Nasib baik aku tak turun dari scooter lagi dan masuk ke street mall.Kalau tak mati kutu aku kena gelak dengan orang dalam mall tu.Aku lantas memecut laju scooter ke rumah.Malam ni seboleh-bolehnya aku ingin padamkan dari memori hatiku.Sudah cukup aku malu dengan kata-kataku pada Aedi tadi.Memang aku sendiri merasakan ujaranku tadi sudah melebihi had.
MASUK dah bulan puasa...
Tapi tak pernah sekalipun sejak bulan puasa aku berbuka dengan keluarga.Aku berjauh hati sejak peristiwa malam tu.Berpuluh-puluh panggilan yang datang dari mak tidak satu pun aku angkat.Kak Nurul pun jenuh menghantar mesej padaku menyuruh aku berbuka di rumah.Sebenarnya bukan apa...aku terasa hati dengan mak,aku meluat dengan kehadiran En.Hans di rumah tu,dan yang paling penting aku malu nak bersua muka dengan Aedi.Aku malu dan menyesal atas kata-kataku padanya tempoh hari.
Skrin Sony Ericson aku bergetar.Mesej daripada Kak Nurul lagi.
-Adik,bila balik?Mak tgu...
-Aku buka puasa kt luar.xpyh tgu la.aku balik malam.
Aku melepaskan keluhan berat.Masuk hari ini dah dua minggu aku berbuka di luar.Aku tidak kisah asalkan mak bahagia dan sekurang-kurangnya aku takkan sakitkan hati mak dengan mulut laserku ini.
Skrin handphone bergetar lagi.Siapa pula kali ni?
-Kila,aku tunggu kt Street Mall.Buka puasa sama2 k...
Aku tersenyum membalas mesej Suhail.Seronok...sebab hari-hari buka puasa berteman.Tak adalah aku sorang-sorang je menjamah makanan tu.Kelmarin dengan Fifi,teman sekuliahku.Hari sebelumnya aku ke Restoran Ahmediah bersama Pit.Nak jugak rasa bahagia sementara masalah kat rumah aku biarkan tak bernoktah.Biarlah...biar dulu.
Aku memarkir scooter di tempat biasa.Suhail datang dari belakang dan tersenyum padaku.Manis.Tapi aku tak berkenan...Suhail tu buaya Malaya.Kami berjalan beriringan ke restoran.
“Dah azan...Suhail,baca doa,”arahku.Suhail tersengih padaku.Emm,sah dah...tak reti bacalah tu.Nama je Melayu,nama je Islam...Aku mencebik padanya.Alih-alih aku yang jadi tukang baca doa untuk majlis berbuka puasa kami berdua pada hari tu.Aku dan Suhail menikmati makanan masing-masing.
“Assalamualaikum!”Satu suara menyapa sambil menarik kerusi untuk duduk.Aku memanggungkan kepala dengan cuak.Suhail juga begitu.Ah,sudah!
“En.Ha...err,pak cik...”Aku tak tahu nak panggil apa pada orang tua ni.Dia mengulas senyum pada Suhail di sebelahku.
“Dah bukak puasa ke?”Aku bertanya,sekadar berbasa-basi.Tak mahulah kalau ketegangan antara kami ini dapat dihidu oleh Suhail yang tidak tahu apa-apa tentang keluarga kami.
“Tak apa,kejap lagi je.Babah nak ajak Kila teman Babah pergi beli barang kejap.”
“Hah?”Suhail yang hanya menjadi pendengar ternganga mendengar perkataan ‘babah’.Aku menelan liur.
“Kita naik KL ye,Kila?Babah ada nak beli barang tapi tak tahu mana nak cari yang sesuai dan murah.”En.Hans menerangkan padaku yang ternyata masih kabur.Alah,semua tu alasan buat Suhail je tu.Pandai jugak orang tua tu berlakon.Kalau tidak tak dapatlah kahwin dengan mak.Gumamku sendirian.Aku hanya mengangguk.Ah,mana dia dapat tahu aku kat sini?Kantoi masa berdua dengan lelaki pulak tu.
“Kila,balik sekarang ye...naik kereta Babah...”
“Tak payah,saya bawak scooter,”potongku seraya mengangkat punggung menuju ke tempat parkir.Sempat aku mengucap selamat tinggal pada Suhail yang terpinga-pinga melihat adegan kami.Dalam hati aku menyumpah seranah En.Hans yang tak habis-habis membawa masalah pada aku.Tak cukup kat rumah,dia nak je malukan aku di luar.Hisy...
SAMPAI di rumah,mak,Kak Nurul dan Mak Yam sudah menungguku di ruang tamu .Tak kot,tunggu ‘babah’ diorang barangkali.Aku masuk tanpa memandang sesiapa pun di ruang tamu tersebut.Ah,baru perasan Aedi tiada bersama mereka.Aku masuk terus ke bilik.Belum pun lima minit aku merebahkan diri di atas katil,daun pintu sudahpun diketuk dan aku tahu siapa.
“Masuklah,mak....,”laungku dari dalam.Daun pintu dikuak.Alih-alih wajah En.Hans pulak yang terjongol.Aku lekas bangun dari pembaringan.Aku mengukir senyum tawar padanya.
“Ada apa En.Hans?Duduklah,”pelawaku seraya bangun dari katil untuk memberi dia peluang duduk.Mimpi apa masuk bilik orang ni?Tak sedar ke dia tu cuma bapak tiri je?En.Hans diam agak lama sebelum memulakan bicara.
“Babah minta maaf kalau perkahwinan ni buat Kila tak bahagia.”Dia bertutur rendah.Aku diam bersandar di meja solek.Dia nak kata apa pulak lepas ni?
“Nak menjadi lelaki,nak menjadi pemimpin,nak menjadi ketua keluarga bukan mudah,Kila.Lebih-lebih lagi untuk Babah ni,pendatang asing kat bumi Malaysia ni,pulak tu baru je jadi saudara Islam.Babah tak pandai sangat Islam.Babah masih belajar dan pergi kelas agama setiap pagi.Sebab tu kot Kila nampak Babah goyang kaki je kat rumah ni,macam tu ke?”Aku tersentak.
“Pada Kila kenapa Babah boleh terfikir nak kahwin dengan mak Kila enam bulan lepas?”Aku diam lagi.Otakku ligat memikirkan soalannya walaupun aku tahu aku tak perlu jawab soalan itu.Dia memandangku sebelum meneruskan bicara.”Babah kenal mak Kila.Orangnya kuat,determined.Bila Babah dapat tahu yang dia seorang janda beranak dua,Babah cuak nak teruskan hubungan ni dengan dia.Tapi lepas kenal Kila dengan Kak Nurul itulah yang jadi penguat semangat Babah sampai sekarang.”
“Babah tak ada niat nak ganti tempat abah Kila.Babah datang dengan niat nak jaga keluarga ni.Babah tahu Kila rapat dengan arwah abah dulu kan?Babah nak hubungan kita pun seakrab tu jugak.Tak boleh ke,Kila?Tak ada ruang untuk Babah langsung?”
“Kenapa En. yang bersemuka dengan Kila sekarang?Kenapa bukan mak yang datang pujuk Kila?”Lama aku bumgkam sebelum aku berdaya untuk berkata-kata.
“Mak selalu kata anak bongsu dia ni anak abah,mana nak dengar cakap dia.Dari kecik lagi dah memang manja dengan abah je.Dia kata mungkin lambat-laun Kila boleh terima Babah.Memang lambat sangat sampai Babah sendiri yang kena bercakap dengan Kila.”Dia mencelah.Aku terkedu.
“Nak tahu rahsia?”Aku mengangkat wajah memandangnya.Dia menyambung, “Mak Kila tu dulu cinta pertama Babah sebelum emak Aedi.Kami bukan sekolej,bukan sefakulti...hanya berjumpa secara tak sengaja je.Tiga kali je sudah cukup untuk buat Babah sampai jejak mak Kila ke Malaysia.Tapi Babah lambat sikitlah,mak dah kahwin dengan Sobri waktu tu.”
Kali ni aku jatuh rahang.Sungguh,aku tak pernah menyangka...patutlah mak senang-senang terima dia.Apa jadi lepas tu?
“Babah kat sini bukan nak ganti tempat abah tau.Babah cuma nak jadi kawan baru Kila dan Nurul,nak jadi peneman mak dan nak hidup sekeluarga dengan korang,”katanya sebelum berlalu keluar dari bilikku.Dari celah daun pintu aku nampak mak tersenyum padanya.Aku mendengus perlahan.Dalam otak ni dah berselirat segala macam masalah.Aku menyembamkan muka ke bantal.Entah bila aku terlelap pun tak tahulah.Sedar-sedar je Kak Nurul dah terpacak depan mataku pagi itu.
“Hey,bangun!Boleh solat tak ni?”suara Kak Nurul berdesing di telinga.Ya Allah,gemersiknya!Sampai berlubang tahi telinga aku dibuatnya.Aku menjawab pertanyaannya dengan anggukan.Kak Nurul menarik comforter.Aku paling pantang kalau ada orang tarik selimut waktu aku tengah tidur.Rasa macam nak pulas je kepala dia.
“Bangun,bangun!Pergi ambil wuduk cepat.Kita jemaah,”katanya.Aku melangkah malas ke bilik air.Ya Allah,sejuknya!Terasa habis berlubang tulang-temulangku terkena air ni.Itulah nikmat namanya.Kan solat itu lebih baik daripada tidur.
“ASSALAMUALAIKUM warahmatullah.”En.Hans memberi salam mengakhiri solat Subuh kami pada hari itu.Aku terlalu khusyuk sehingga mengalirkan air mata.Lelaki yang aku benci ni ternyata tak seperti yang aku sangka.Bacaannya fasih,lunak...seolah-olah dia dilahirkan muslim,seolah-olah dia bukan seorang mualaf,seolah-olah arwah abah yang mengimami kami sebentar tadi.Tadi pun aku sudah dikejutkan dengan kehadiran Aedi di rumah ini setelah semalam aku tidak nampak kelibatnya langsung.Pulak tu tadi dia yang melaungkan iqamah tadi.Sayu sekali waktu ini
“Babah,Kila minta maaf!”Dan aku akhirnya meminta maaf daripada En.Hans.Dia hanya mengangguk. Katanya dia yang patut minta maaf pada semua orang kerana baru sekarang dia bersedia untuk menjadi imam.Aku mengerling Aedi sekilas.Pemuda itu tak cakap banyak malah dia cepat-cepat berlalu sewaktu aku baru hendak membuka mulut menegurnya.Marah lagikah dia?
Aku menjejakinya di dapur.Tiada.Aku melangkah pula ke garaj di luar rumah.Ada.Aku tersenyum lega.Aku menghampirinya perlahan-lahan.Dia tersedar dan berura-ura hendak bangun dari bangku yang didudukinya.
“Tunggu!”
“Ada apa?”Dia berpaling memandangku sekejap sebelum membuang pandang pada motosikalnya.
“Sorry.”Dia sedikit tersentak.
“What for?”
“For many reasons.”Sejurus kemudian kami ketawa kecil.Tentu dia masih ingat perbualan malam tu di depan Tambak Johor.
“Belum terlambat lagi rasanya...”dia berkata.
“Apa?Friend?”tanyaku dengan mata yang bersinar-sinar.
“More than friend...I wish,”katanya lagi.
“Hah?Mengarut!”balasku dengan dahi yang berkerut-kerut.Dia menghulurkan tangan padaku.
“Okey,friend!Salam angin sudahlah.Kan dah cakap,batal air sembahyang nanti,”kataku lagi.Dia ketawa. “Boleh aku panggil kau Enrique?”Aku bertanya,sengaja menduganya.Dia dengan kening yang lagi dasyat berkerut mendekatiku.
“Kenapa?Nama aku Aedi Picasso.Panggil aku Aedi.Muktamad,”katanya berpura-pura tegas.Aku ketawa.
“Aku tak suka,aku payah panggillah Aedi Pikachu tu.Sebab muka kau macam Enrique Iglesias,aku panggil enrique...boleh?”
“Panggillah kalau kau nak rasa ekzos moto aku tu,”katanya selamba.Aku mencerlung memandangnya.Ketawa pecah.Alhamdulillah,selesai jugak masalah aku dengan keluarga.Antara aku dan Aedi,the rest is history....@_@
31082010_22:55_nh
assalamualaikum....
ReplyDeletenpa tada komen ney?
sah tada owg baca pown cerpen aku ney
aku taw tuh...
ngahaha
tapa2...
aku akn sambung cerpen ney...
tunggu
abeh spm ja aku mst serbu comp dluw
kay...
sapa nk komen,ahlan wasahlan aku ucapkan...
sb aku ada gak pkir nak hantaq cerpen ney kt mana2 yg boley...
psst...psst...
ReplyDeleteantara aedi dan kila tuh,
mmg dowang ada apa2...