Sunday, February 17, 2013

kerana dia seorang ayah

assalamualaikum wbt.
aku di PSZ...melalut merayau mencari benda untuk assignment en. azari dan dengan nak cari bahan untuk design projek 1 untuk semester baru ney.
aku sorang2 lagi.tadi dgn bebudak aku tiga empat orang.by time dah pukul tiga,semua pun blah dan aku masih kat sini lagi.
sebab apa?sebab ada wifi.
hehe.
kat bilik nu wifi macam habuk lagi,xlaju langsung.
macam biasa,asal saja ada wifi tangan aku gatallah nak scroll sampai bawah kan...tengok statu2 dalam fb.
tiba2 ditakdirkan aku terbaca satu cerita ney yang mungkin buatkan aku dan anda juga bakal menangis lepas baca ayat terakhirnya.


ceritanya bermula begini...

Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya, "Pakcik, laptop..." - dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, "Nak beli untuk anak ke?", "Ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar - laptop yang mana yang ok?". Aku mempromosi barang seperti biasa - aku biasanya mengsyorkan yang paling murah. "Kalau nak yang bagus mahal pakcik - tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung - seribu seratus lebih je...". Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut "Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..." - pergi dengan suatu perasaan yang lain.

Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan - aku duduk di kaunter menunggu pelanggan - dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya - perempuan. "Yang mana ya yang haritu, ada lagi tak?", "Yang nie Samsung haritu, tapi yang nie stok baru - harga sama je", aku menyambut soalan nya. Dia bertanya kepada anaknya, "Yang nie ok ke dik?" - "Ermmm, ok ke nie murah je - karang rosak karang susah..." jawabnya dengan muka yang kurang puas hati - anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal. "Yang acer nie x boleh ke ayah?", ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan negosiasi, "Yang acer nie berapa boleh murah lagi?" - "Yang tu tak dapat dah pakcik,... Dah harga kos dah tu..." aku dengan rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung lagi, "Dik, nak laptop untuk belajar kan... Rasanya kalau untuk belajar - yang nie lebih dari cukup - rosak tak payah pikir sangat - warenti setahun.". Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah bapanya.

"Oklah, yang ini." jawab anaknya. Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari meja 'display' - aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar - aku nampak dompetnya kosong - habis semua duit digunakan untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula - dia melihat tanganku yang mengira. Habis aku mengira - wang aku masukkan dalam cash drawer, "Cukup duit tadi dik?" - "Cukup, Terima Kasih ya...". Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira duit yang diberikan - RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya - penuh harapan.

Aku geram kepada anaknya - seperti dia tidak tahu ayahnya bagaimana - hanya tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal-awal pada aku, aku nampak airmukanya, aku perhati sekeping-sekeping duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu 'mengais' untuk hari esoknya.

Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin...

oleh: Hamba Allah


Allah2...aku rasa sangat terkesan kenapa seorang anak xpernah sedar,xpernah faham apa yang ada dalam benak ayahnya.
sedangkan darah yang sama mengalir dalam tubuh mereka.
aku xfaham macam mana seorang anak boleh abaikan ibu bapanya.
sungguh aku xsampai hati buat begitu.
tapi ada je orang sampai hati buat begitu dan sampai sekarang aku masih tak sangka.
jatuh rahang,jatuh air mata aku bila mengenangkannya...

moga dibukakan pintu hati dia...

cerita tadi diambil daripada Bercinta Selepas Nikah.




aku dan abah.




aku dan mak di stesen bas shahab perdana.
malam itu aku berangkat ke jb.
xmau sedih2 tangkap la gambar kejap dengan mak.
hehe
ada rupa macam mak aku tak?
tapi mak selalu xngaku muka aku mirip dia.


mak dan abah.
manis.
kawan aku yg tengok gambar ni ada yg kata muka diorang seiras la,jodoh kuat la...
apa-apa jela.
miss ue abah.
miss ue mak.
big time.


dan ini,
basikal tua abah.
basikal ini gunanya adalah bila bosan naik moto.
kata abah,boleh hilang lenguh sakit urat semua bila naik basikal.
orang kampung panggil benda alah kat atas ney 'gerek'
ahaa...


No comments:

Post a Comment