Friday, May 24, 2013

apa khabar iman hari ini?


assalamualaikum...
hai!
apa khabar iman?

haha.
ayat klise yg selalu kakak usrah tanyakan pada aku.
dengar macam lawak.
tp ada maksud mendalam yg org biasa takkan sentap dengan ayat macam tu.
hanya org yg telah diketuk hatinya baru akan terfikir apa khabar iman aku hari ini?
turunkah?
naikkah?
remain constantkah(physic.ngeh2)


guys,ada rasa macam nak dengki2 kat orang sekeliling tak hari ini?
kelmarin ke?bulan kepas ke?

ahaaa,ada rasa macam jealous kat sapa2 ke dua tiga hari ini?

atau ada tak rasa macam nak balas balik perbuatan orang pada kita yg menyakitkan hati tak boleh nak ampun ke?

tak pun ada tak rasa mengidam nak cabut bulu hidung sapa2 sebab dia dapat lebih dari kita?
sebab dia lagi cantik
sebab dia lagi pandai
sebab dia yakin dengan diri dia
ada?ada?

ehem,itu semua penyakit hati rasanya.jangan biar lama.takut gila pulak nanti.

"jadi nak buat macam mana?dah nak rasa macam tu,bukan saya mintak."

ahaa,betul jugak.jadi,salah dia jugak ke?

salah.perasaan kita,kitalah kekuatannya.kitalah master key nya.kitalah yg kawalnya.
jadi,kalau anda rasa semua2 yg di atas tu,cepat2 la backspace rasa2 dalam kepala otak tu.cepat brainwash hati,cepat2 la letak clorox biar luntur rasa tu.tau tak bila anda rasa macam tu,satu titik hitam dah melekat kat seketul daging bernama hati yg andalah penjaganya.takkan nak biar titik tu melarat jadi banyak sampai penuh kan?
oleh itu,mohonlah taubat pada yg selayaknya.

ada hadis yg dah bagi panduan pada kita bila kita dengan sengaja atau tidak sengaja mengotorkan hati kita ini.


Allah membentangkan tangan-Nya pada malam hari untuk menerima taubat hamba-Nya yg berdosa pada siang hari.Dan Allah membentangkan tangan-Nya di sebelah siang hari untuk menerima taubat hamba-Nya pada malam hari,sehinggalah matahari terbit dari Barat.

[ hadis riwayat muslim ]

maksudnya,kita manusia ni boleh lagi bertaubat selagi belum nak kiamat.dan jangan lupa mati itu adalah kiamat kecil bagi kita.dan mati itu kita tak tau bila,jadi jangan kita buat jahat untuk pegang niat lepas tu baru nak taubat.
tak betul jugak.
kalau nak taubat tapi dah terlambat macam mana?
ha,bahaya tu.

"alah,Allah tahu hati dan niat kita macam mana.kita memang nak taubat dah lepas tu."

ahhaa,tapi jangan lupa Allah juga tahu niat jahat kita sebelum tu,kan?

lagipun,sebelum kita nak ada PHD(perasaan hasad dengki) kat orang,jom kita muhasabah(review) balik diri kita.sebab Rasulullah pernah kata apa?

"cari dulu 144 sebab mengapa nak benci seseorang."

ahaa,kenapa 144?
alah,letak pi lah berapa ribu pun,the point being is just to remind us to think first(deeply) sebelum kita nak benci or judge orang

jadi apa khabar iman anda hari ini?

.may Allah bless.

2 comments:

  1. apa khabar iman kita hari nih?
    jawab dgn amalan..:)

    xdak apa yg perlu kita dengki selain dengki kerana amalannya pada Allh yg banyak sekali..
    :)

    ReplyDelete