Friday, March 14, 2014

周华健 - 朋友 Emil Chau - Peng You




ahaa.
come forwards guys.


lagu di atas ini adalah sebuah lagu mandarin sekali disertakan sekali dengan pin yin.
well, kalau ada sesiapa yang tak tahu, pin yin atau han yu pin yin tu ialah macam mana kita nak sebut dalam tulisan abc.

peng you.
ataupun friends.
ataupun kawan dalam bahasa ibunda kita yang tidak sekali-kali dilupakan,
walaupun akhir-akhir ini cinta aku pada mandarin makin medalam pulak.
ahaa.
tajuk lagu ney peng you. dan kadang boleh diterjemahkan sebagai teman lelaki atau teman wanita jugaklah.

semester ini adalah semester kedua aku mengambil kelas bahasa mandarin.
but not to worry, tak masuk dalam kredit untuk grad pun.
kerelaan sendiri untuk belajar.
so, level 2. it's getting compicated.
kalau dulu masa semester 1, belajar dalam level 1. belajar syllabus budak tadika.
wallawe. tapi kau jangan pandang enteng. mahu tergeliat lidah mula-mula nak sebut menatang yang dia bagi dalam table tu.

kalau tak percaya, ha cubalah satu dua tiga patah perkataan. macam ney:

bo po mo fo
de te ne le
ge ke he wu
ji ci xi yi

kalau tak keluar angin kat tempat yang sepatutnya, jangan harap ayat yang kau cakap nanti nak betul.
kalau tak betul yang ney, tak pass kau level 1 nanti.
haha.

sebab kaaann, bijak pandai kata;
orang yang bijak ialah orang boleh bercakap dalam pelbagai bahasa,
orang yang beruntung ialah orang yang boleh bercakap dalam pelbagai bahasa,
orang yang bahagia ialah orang boleh bercakap dalam pelbagai bahasa,
orang yang kuat ialah orang yang boleh bercakap dalam pelbagai bahasa.

tudiaaa,
bijak. beruntung. bahagia. kuat.
tak nak ke?
jadi, go and seek for language class. and enjoy yourself belajar bahasa orang lain.

sebab bijak pandai tak ada pun sebut orang yang bijak, beruntung, bahagia dan kuat itu ialah orang yang dapat 4 flat, yang dekan je semedang setiap semester.
bukan setakat bahasa mandarin saja.
semualah bahasa yang ada kat malaysia ney, kau belajar dulu sebelum kau nak terjah bahasa sepanyol ke jerman ke.

aku lepas ney nak belajar bahasa tamil pulak. haha. tak tau lah ada ke idak kelasnya kat UTM. belum pernah dengar. tapi kat luar sana ada kot dorang buat kelas tamil.

bahasa arab bahasa syurga tu kau boleh belajar sambil-sambil baca quran tu kaan.
bahasa jepun kau belajar bila tengok anime. tapi jangan la cari anime yang siap2 da translation. dah kot mana pulak nak datangnya belajar bahasa tu kaaan.
kau belajar bahasa,
segala stress kau seharian gi kelas gi kerja tu mengalir keluar terus dari badan otak semua bila kau belajar satu benda baru yang menghiburkan.mesti punya.Insya-Allah.

language is the best treatment ever. ini bukan kata-kata dari bijak pandai.
ini aku yang kata. tapi korang boleh pegang kata-kata. sebab betul.

live a live, bebeh.
live your live to the FULLEST.
kau hidup sekali je.

gi kelas weh.gi belajar mandarin.
cerah masa depan kau nanti.

dan bila kau dah start into the language,kau pergi cari lagu-lagu mandarin yang ada sekali pin yin.
leraning thru music is the best way ever.


May Allah bless.
^.^

another lagu mandarin yang aku dah discover long time ago will be published dalam next entry. sebab nak letak dalam entry ney tak leh.
okay,shouldn't tell you pun bout this.

No comments:

Post a Comment