Saturday, April 23, 2011

episod 2

PAGI-pagi lagi Hanna mengheret aku ke perpustakaan.

Hampir dua jam membeku di sini.Tiada sesuatu pun yang menarik melainkan rimbunan buku-buku tebal yang melewati mataku.Terima kasih untuk Hanna yang membawa aku ke sini untuk menemaninya menelaah pelajaran.

Konon...

Sebaik sahaja memanggungkan kepala buat kesekian kalinya,aku terpandangkan kelibat Zard di celah-celah rak buku.Aku ingin sekali memanggilnya namun Zard terlalu jauh dengan tempat dudukku.Aku mengeluh panjang.

Aku mengetuk-ngetuk meja dengan Pilot Shakerku.

Hanna di hadapanku sedang tekun membaca Reader's Digest.Entah apa yang dibacanya sampai berkerut dahi.Kalau setakat nak datang sini habiskan masa pada majalah orang putih tu,lebih baik pinjam sahaja majalah tu dan baca di dalam bilik.Dan aku boleh je teruskan tidur berlapikkan bantal.

Bukannya berlapikkan lengan seperti sekarang ini.

Aku mengetuk-ngetuk meja lagi dengan jari jemariku pula.Makin bertambah kerutan di dahi Hanna.Aku tersenyum sendiri.

Apa nak buat...
Orang gelisah memang suka kepada bunyi-bunyian.
Sama ada mereka akan mendesah,berdehem,bersiul,menggesel-gesel gigi...
Atau pun mengetuk meja seperti aku ini...

Aku ingin mengetuk lagi namun tak jadi meneruskan niat suci itu apabila Hanna berdecit kuat.Dia memanggungkan kepala dan memandangku denngan gaya dramatik.Aku mengangkat kening sambil tersenyum padanya.

"Apasal testpad kau kosong je?Pen kau kehabisan dakwat eh?"

Baru aku perasan...
Hanna rupa-rupanya suka putar belitkan kata-kata tiap kali nak meleteriku.
Tak pernah straight to the point bak kata mak aku...

"Bukan pen,aku yang tersekat di skala enam..."

"Siapa yang tersekat?Ada benda yang aku boleh tolong?"

Aku dan Hanna serentak menoleh.
Zard tercegat di sebelahku.Memandang aku dan Hanna silih berganti.

"Sini."Hanna meminta kertas tugasanku dan berpura-pura sibuk mahu menolong.
Aci pandai sangatlah budak Bussiness nak tolong buatkan tugasan budak Seni Bina.

Aku tersengih faham.Hanna malas nak layan Zardlah tu.

Aku,Hanna dan Zard dahulu merupakan rakan sekelas sewaktu di tingkatan lima.Tapi aku lebih lama dengan Zard,sejak dari tingkatan satu lagi.Hanna pernah mengaku sukakan Zard yang dahulunya bukanlah serupa ini.

Pendiam.Kera sumbang.
Ada bonus lagi...
Zard ni boleh dikatakan nerd jugalah.
Haha.Teruk betul apabila mendapat tahu bahawa sahabat karib aku menyukai orang seperti itu.

Kata Hanna pendiam itu seksi.Zard pendiam.
Zard seksi.

Uh...aku rasa nak pengsan mendengarkan ayat karat Hanna yang diucapkannya tiga tahun dulu padaku dan beberapa orang lagi rakan kami.Hanna sekarang sudah tidak pedulikan Zard sejak cinta monyetnya ditolak mentah-mentah dulu.
Dan kalau Hanna berani keluarkan kenyataan bahawa pendiam itu seksi padaku sekali lagi,akan aku cabut bulu hidungnya tanpa belas.
Geli betul.

Hanna terus-terusan membaca soalan tugasanku.Berapa kali lagilah dia nak khatam soalan itu agaknya ya...

Aku tahu Zard tidak selesa kerana masing-masing diam tidak melayani dirinya.Dia bersandar di rak buku di hadapan meja kami sambil berpeluk tubuh.Sesekali terdengar keluhan dari bibir yang agak gelap itu.
Gelap?
Adakah Zard....

"Bosan.Tempat yang bosan.Orang yang membosankan."Dia bernyanyi kecil.Aku memandangnya dari ekor mata.

Hanna bingkas bangun.

"Jumpa kau kat kafe dalam masa lima minit!"Hanna berlalu dari situ.Amboi,mengarah pula!Memang tak berapa kali Jumaat dah budak Hanna ni...

Zard merenungku.Menarik kerusi dan terus menghenyakkan punggung di hadapanku.

"Hai."Aku memberikan lambaian pendek padanya.
"Apa hal dengan kawan kau tu?"
"Aah?"
"Ada masalah ke dengan aku?Ke ada masalah bila aku kawan dengan kau?"
"Aah...bukan!Dua-dua pun bukan."
"Ke dia masih marah dengan soal budak-budak dulu?"

Aku ketawa dibuat-buat.Dan Zard pula memandang aku dengan gaya serius.Malas betullah aku dengan budak Zard ni.Masalah orang lain,kenapa aku pula yang kena jawab...Hanna,balik sini dan jawab soalan dia!

"...mungkin."Itu saja yang mampu aku jawab.
"Dia masih sukakan aku?"
"Mungkin."
"Kenapa dia suka aku,Sya?"
Aku mengeluh.Percaya atau tidak,menjawab soalan Zard ini lebih memenatkan daripada melakukan acara maraton...
"Kenapa kau tak suka dia suka kau?"
Zard ketawa kecil dengan Bahasa Melayu aku yang A+.
"Kau betul-betul tak suka dia ya,Zard?"

Kali ini aku benar-benar serius memaksudkan apa yang aku tanyakan itu.Zard menanggalkan cermin matanya dan menongkat dagu memerhati ke segenap wajahku.Janganlah tenung dekat sangat...
Nampak segala liang-liang roma nanti,tak tidur malam pulak...

"Aku lebih sukakan kau."
Gulp!Aku menelan liur dan tersedak beberapa kali mendengarkan ujaran tak bernadanya tadi.
"Hoi,kau kenapa,Sya?"
"Aku tertelan air liur."
Zard lantas ketawa besar sekali gus mengundang pandangan kurang senang pelajar-pelajar lain yang sibuk menelaah.
Aku buat muka pada Zard.
"Bodoh.Apa pulak tertelan air liur."
Zard menghabiskan sisa tawanya manakala aku mendengus kecil.Menyimpan senyuman dalam hati.

"Apasal kau gelabah sangat?Ada masalah ke kalau aku sukakan kau?"
"Ada."
"Apa dia?"
'Kau jangan gatal boleh tak,specky nerdy?Aku surrender jadi partner kau baru tahu."Aku berbisik di telinganya seraya berlalu.

"Specky?Nerdy?Hey,Sya..."Aku melambaikan tangan tanpa menoleh padanya.Apatah lagi aku sedar ada beberapa orang sedang mengeluarkan bunyi menyuruh Zard diam.Haha.

Zard sudah banyak berevolusi sebenarnya,Zard yang dulu pendiam.Sekarang pun masih lagi pendiam kecuali ketika dengan aku.Ada sahaja idea untuk kenakan aku.Dan aku terpaksa berbaik dengannya kerana dia merupakan rakan kongsi projekku sampai habis semester ini.

Dia serius dengan orang lain.Apa sahaja yang dirasakan bertentangan dengan pemikiran otak berkaratnya itu akan ditentang habis-habisan.Walhal Zard yang dulu hendak buka mulut memberitahu namanya sendiri pun payah.

Zard yang dahulu sangat kemas dan segak.Uh,malas nak mengaku yang dia sebenarnya ada rupa...

Zard yang sekarang nampak lebih messy,tiada lagi bayangan nerd sperti dulu.Nampak lebih gangster daripada gangster pun ada.Banyak yang berubah tentang Zard.
Kecuali sepasang cermin matanya yang masih mengekalkan bingkai hitam sederhana tebal itu.Sesuatu yang aku paling suka tentangnya adalah bingkai itu.Kalau aku rabun,akan aku pilih hitam sebagai warna bingkai cermin mataku...
Rabun?
Hu,tak mau...

No comments:

Post a Comment