"Eh,kenapa tak pesan makanan lagi?"Aku memandangnya.Aku paling suka tengok matanya.Bulat macam guli,macam bulan penuh,macam tayar moto aku.Macam semua benda yang bulatlah.
"Tunggu kaulah,budak bertuah!"Hanna mengetuk tanganku dengan pen.Aku ketawa kecil.
"Jom,jom!"
Aku berjalan beriringan dengan Hanna ke kaunter.Lengang je kaunter hari ini.Semua orang puasa apa...
"Tak payah muncung sangat.Dah macam rupa anak todak dah..."
"Inas!"
Aku mengangkat tangan menepis pukulan Hanna.Mungkin gadis ini berketurunan pemain alat muzik agaknya.Suka sangat pukul orang.
"Janganlah marah.Okey,aku belanja..."
"Betul?"
"Err,aku belanja,kaulah bayar."
"Tak guna!Patutnya akudah masak dengan semua lawak bodoh kau."
Hanna mendengus kecil dan aku terus-terusan ketawakannya.
Kami sampai di kaunter dan disambut oleh seorang pelayan lelaki berserta senyumannya.
"Ya,nak order apa?"Dia bertanya dengan lembut.
"Nasi goreng paprik,sos lebih."Aku mendahului Hanna yang masih lagi terkebil-kebil berfikir.Fikir lama-lama,sudahnya nasi goreng ikan masin juga yang dipesannya.Itu je yang dia hadap sejak dari tahun pertama sampailah sekarang.
"Nasi goreng ikan masin,tak nak telur."
See?Kan betul aku cakap...
Aku melihat pemuda itu yang kukira lebih kurang sebaya kami tidak pula mencatit pesanan tadi.Tajam ingatan agaknya budak ni.Dia berlalu ke dapur setapak dan kembali mendapatkan kami semula.
"Tak nak sos..."Dia memandangku.Aku membalas pandangannya dengan kerutan di dahi."...telur mata kan tadi?"Dia memandang Hanna pula.
Oh,perasan hebat rupanya budak ni!Dah tahu tak ingat masih tak nak catit lagi...
Aku dan Hanna serentak menggeleng.
"Nasi goreng paprik,sos lebih."Aku mengulanginya.
"Nasi goreng ikan masin,tak nak telur."Hanna melakukan perkara yang sama.
"Sila catit ya,"tambahku.dia tersengih mendengar ujaranku seraya berlalu.
Aku dan Hanna sedang menikmati makanan masing-masing.
"Sedap,"ujar Hanna sambil menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.
"Itulah,berbaloi kita tunggu lama tadi."
"Kau perasan tak budak tu tadi,Inas?Lembut..."
"Dan blur."Aku membalas malas.
Hanna ketawa.
"Tapi dia suka senyum.Manis je."
"Bukan senyumlah macam tu,tapi sengih."
Hanna berhenti mengunyah dan terus-terusan memandang aku.Aku membalas pandangannya sekilas sambil terus mengunyah hirisan ayam paprik.Maaf,tak boleh berhenti.Sedap sangat ni...
"Inas,aku rasa kan..."
"Kau rasa...?"
"Aku rasa..."
"Kau rasa kau suka dia?"tuduhku.
"Betul."Hanna senyum mengangguk.
Agak dah...
Aku kenal kawan-kawanaku.
Aku SANGAT kenal Hanna si mata bulat ini.Cepat sukakan orang dan yang bagusnya tentang Hanna ialah dia juga cepat lupakan orang yang disukainya.
Seperti yang terjadi di sekolah menengah dulu.Siapa yang dia tak pernah suka?Semuanyadisapu bersih oleh budak Hanna ini.
Hanna pernah beritahu padaku yang dia sukakan ketua pengawas sekolah kami.Yang untungnya ketua pengawas itu tak pula tolak dia.Tapi Hanna tetap malang kerana lelaki itu ternyata player terhebat abad ini.Kemudian Hanna mencuba lagi dan kali ini dengan Abang Burger yang menyewa di kantin sekolah kami.Aku tak tahulah di mana logiknya pemikiran Hanna ketika itu.Mungkin kerana Abang Burger itu selalu kasi benjo percuma padanya.
Haha.
Who knows...
Dan nama terakhir yang Hanna sebut padaku sebelum kami tamat alam persekolahan ialah Zard.Zard yang nerd itu pun tolak cintanya.Tak faham betul aku walhal Hanna boleh dapatkan yang lebih baik daripada Zard.
Aku kembali pada alam realiti.
"Tak boleh.Aku takkan bagi lampu hijau untuk itu."
Kenapa?Tinggi dah cukup,dada pun bidang je,lemak kurang,otot yang lebih.Dah lama aku cari yang ala-ala Enrique Iglesias tu."Hanna sedang merujuk pada pelayan yang suka tersengih tadi.Hanna tak tipu.Memang betul pelayan tadi itu seperti yang Hanna katakan.
"Aip,Enrique aku punya."
Kami ketawa.
"Hanna,seriously kau akan ada masalah kalau kau fikir untuk get along with him.Dia blur."
"Tapi comel."
"Dan jugak pelupa."
"Tapi dia tak rabun."
"Kau nak cakap Zard eh?"
Hanna tak jadi menruskan kata-kata apabila Hazelku berbunyi.
Made a wrong turn
once or twice
dug my way out
blood and flesh
bad decision
that's alright
welcome to my silly life
Hanna menanti aku menjawab panggilantersebut.
mistreated,misplaced,misunderstood
miss no way it's all good
it didn't slow me down
mistaken always second guessing
underestimating
look i'm still around
"Apasal tak angkat?"
"Zard.Malaslah nak cakap dengan dia.Balik-balik nak ajak jumpa."
Hanna sengih sinis.
"Dia buat kau macam awek dia je kan?Suka hati betul."
"Sebab projekwork kami je.Nothing more."
"Aku hairan betul,sampai tiga sem berturut-turut dia jadi partner kau kan?Padahal Dr.Jalina tu selalu je rearrange student dia."
"Ini ayat cemburu ni,"usikku.
Hanna buat muka.
Made a wrong turn...
Suara Pink sekali lagi bergema.Aku dan Hanna saling berpandangan.
"Angkat je,"putus Hanna.
Aku terus menyeluk saku seluar.
"Helo."
"Dah habis makan dengan si Banana tu?"
Aku tergelak kecil.Wajah Hanna kupandang sekilas.Kalaulah Hanna dengar...
"Dah."
"Nice.Sya,datang jumpa aku sekarang.Ada idea baru untuk design masjid kita."
"Okey,kat mana?"
"Mana-mana pun boleh asal jangan library sudah."
Aku terdiam lama.
"Sya,kenapa diam?"
"Aah,tak ada.Aku tengah fikir tempat yang sesuai.Tak ada idealah.You decide,"putusku.
"Taman bunga?"
"Hoi,tak tak.Aku pangkah awal-awal lagi,"tegasku.Zard ketawa.
"KFC?"
"Set."
Aku mematikan talian dan kembali fokus pada Hanna.Dia menjelingku.
"Dah kenapa pulak ni,makcik?"
"Kau ni kan,kalau dengan Zard je semua okey,baik,bagus.Bilalah kau berhenti ikut cakap dia."Hanna meleteriku.
"Aku nak satu je,yakni projek design masjid tu siap cepat.Kalau tak dapat siap cepat pun,at least on time.Dengan Zard aku kena buat macam tu lah.Kau kenal kan macam mana hampeh budak Zard tu buat kerja."
Hanna tersenyum mengangguk.
No comments:
Post a Comment