Aku dan Hanna duduk melepak di sebelah motosikalku.
Heh?Lepak pada jam seawal tiga pagi seperti ini....
"Kau serius tak ada duit nak beli makanan ni,Na?"Aku menoleh memandang Hanna di sebelah.Dia tersenyum tawar dan mengangguk.
"Kau lapar eh?"tanya Hanna.
"Lapar jugak."
"Hmmm...."
Aku dan Hanna serentak mengeluh.
"Jomlah.Dah boleh gerak ni."
Hanna menyatakan persetujuan dengan isyarat kepala.
Aku menghidupkan enjin,sempat menoleh pada Kancil Merah di sebelah yang masih pegun di situ.Dari tadi tak gerak-gerak,ada masalah ke?
"Kau apasal tak gerak lagi ni?"
"Aah,jomlah!"
Kami keluar dari kawasan rehat tersebut.
"Hanna,kau jangan tidur.Aku takut kau jatuh nanti."
"Apa?"Hanna menjerit di belakang.
"Kau jangan tidur,jatuh nanti."
"Apa?"
Ah,susahnya bercakap apabila suaraku ditenggelami deruman enjin bercampur angin malam...bukan,dah pagi.
"Jangan tidur lagi."Aku menjerit sekuat hati supaya sampai pada pendengaran Hanna.
"Okeyyy!"balas Hanna dalam nada yang sama.
Kami ketawa lagi.
Sebenarnya ini bukanlah kali pertama aku dan Hanna pulang ke kampung dengan cara yang sebegini.Atau lebih tepat lagi dengan cara yang ekstrim seperti ini.Malahan ini adalah kali kelima kalau tak silap aku.
Ehem,rajin je balik kampung.
Anak mak....
Mungkin ini satu kerja gila,tapi percayalah...kami pulang kali ini hanya berbekalkan RM5o seorang dalam poket.Cukup untuk isi minyak dengan isi tekak dengan air jela.Itu pun nasib baik tol dikecualikan.Lega apabila kami sudah pun keluar dari lebuh raya dan menjumpai tol yang terakhir.Wajah Sultan Abdul Halim dan Sultanah Hamimah terpampang besar di dada papan iklan.
Yey,Alor Star!
Aku dah balik.
Kami berhenti di stesen minyak.Tak dapat tahan lagi,aku meluru menuju ke bilik air.Sayup-sayup aku dengar Hanna menjerit.
"Woi,macam lipas!"
Aku kembali mendapatkan Hanna yang sedang bercekak pinggang menantiku.Aku sengih padanya.
"Gila laju kau lari.Masa sekolah dulu taklah sangat."
"Sebab dulu ada lagi yang lebih lembap dari aku apa..."
"Siapa?"
"Kau."
Hanna mengutil lenganku.
Di bahagian yang paling banyak lemak...Aku ketawa melihat Hanna marah.Toleh ke tepi,sekali lagi Kancil Merah hadir dalam anak mataku.
Kancil Merah lagi?
Otakku sudah penat agaknya sampaikan setiap kali aku pandang ke tepi sahaja,pasti Kancil Merah yang aku nampak.Ke sebab aku cuma pakai moto,jadi aku selalu membayangkan betapa nikmatnya ada kereta walaupun sekadar Kancil?
Tapi kenapa mesti merah?
"Gerak,"tutur Hanna.
"Kau bawak."
"Apa pulak aku.Kan tadi dah cakap..."
"Lesen kau mati.Tak apa,Subuh-Subuh ni tak ada polis."
Hanna mencebik.
"Selalu ke buat kerja macam ni?"perlinya.Aku terkekeh ketawa.Hanna mengalah dan mengambil alih posisiku.
"Thanks."Hanna mengucapkan itu apabila sampai di rumahnya.
Aku hanya tersenyum dan mengangguk.
"Apa plan kau lepas ni?"
"Membuta sampai malam."
Spontan aku menumbuk lembut bahu Hanna.
"Buta betul baru tahu."
Kami ketawa.
Hanna mengerdipkan matanya sekali dan mengatakan 'bye' padaku tanpa suara.Aku berlalu dari rumahnya yang hanya kurang seratus meter dari rumahku.
Sampai di hadapan rumahku,aku turun untuk membuka pintu pagar yang sememangnya kutahu hanya diselak tanpa dikunci.Awal-awal lagi aku sudah maklumkan pada mak yang aku akan sampai Subuh.Aku kembali mendapatkan moto dan....
Kancil Merah lagi?
KANCIL MERAH!
Siapalah yang nak psiko aku pagi-pagi ni?Apa yang dia buat sampai depan rumah aku pun dia ada?Ini bukan kebetulan lagi ni.Stalker aku ke?Heh?Serasa degupan jantung aku tergendala.Penyamunkah atau pencuri atau lebih teruk lagi perogol bersiri yang bakal aku hadapi ini?Aku membunyikan hon beberapa kali untuk menggesa 'dia' keluar.
'Dia' keluar dari kereta dan bersandar di badan keretanya.
Aku jatuh rahang.
Dia...
"Oh!"Hanya itu yang mampu aku luahkan.
Zard sengih sambil menyeluk saku sweaternya dan memandangku kosong.
"Beri sepuluh sebab kenapa kau ikut aku sampai ke sini,"ujarku tegas sambil berpeluk tubuh memandangnya.
"Kau balik naik moto.Berdua dengan Hanna pulak tu.Jadi..."Dia menelan liur sebelum menyambung."...aku ikut jela dari belakang untuk pastikan kau selamat."
Tenangnya dia jawab.Lelaki ini tak pernah tahu gelabah.Tolonglah gelabah...sekali je aku nak tengok.
Duh..
"Siapa beritahu kau aku balik dengan moto?"
"Sya,yang penting kau selamat..."
"Siapa?"Aku memandangnya tunak.
"Nina."
Aku terkedu.
"Oh,dia tak beritahu kau jugak ke yang aku dah biasa buat semua ni?Dan aku tak perlukan pengawal peribadi pun."
Zard diam.Hanya jemarinya sahaja yang ligat mengetuk badan Kancilnya.
"Dan sekarang kau nak buat apa ni?Patah balik ke KL?...sebab aku dah selamat kat sini."
Ish,tak puas hati betullah...
"Aku...."
"Inas,siapa tu?"Belum sempat Zard menghabiskan bicara,suara abah terlebih dahulu mencelah.Mak dan abah sudah tercegat di muka pintu sambil memandang aku dan Zard silih berganti.
Aku menelan air liur.Duh,Zard memang sengaja nak bagi aku masalah!
Allahu akhbar Allahu akhbar....
"Masuklah dulu.Dah azan ni."Abah bersuara lagi apabila melihatkan aku membatu di situ.
No comments:
Post a Comment