Hari terakhir ujian pertengahan semester,maka esok bermulalah cuti semester bagi umat-umat universiti ini dan aku akan balik kampung.Tak tahulah Hanna akan ikut aku balik atau tidak.Budak Hanna ni bukan boleh diharap sangat.Kadang-kadang senyap-senyap je dia ikut Nina balik JB. Agak hampeh jugak ya apabila dapat kawan sekampung yang macam ni.
Aku ke bilik Dr.Jalina dengan ditemani Hanna untuk menyerahkan prototaip yang aku dan Zard usahakan dua minggu lepas.Kerja saat-saat akhir,biasalah.Tapi terima kasih jugak pada Zard yang telah menghasilkan sebuah prototaip masjid yang sangat cantik.Agak memuaskanlah...Aku dan Zard masing-masing diberi pointer 3++.Memang aku tak nak menjangkakan yang lebih-lebih pun kerana dah tahu dah Dr.Jalina ni kedekut markah.Dia nak simpan markah untuk apalah...gamaknya nak bayar zakat kot.
Semester lepas pernah jugak aku bodek dia dengan Almond London.Tak jalan jugak...
"Agak memuaskanlah...."Hanna mengajuk ayatku apabila aku keluar dari bilik pensyarah dengan muka kecewa memberitahunya markahku.Aku ketawa kecil.
"Kau kira bersyukur tau dapat pointer 3++.Aku ni lagi kesian.Dr.Syed tu bagi aku pointer 2++ ja setiap kali aku hantar tugasan."Hanna mengomel padaku sepanjang perjalanan ke kafeteria.Menyesal pulak aku memberitahu markahku padanya tadi.
"....aku rasa nak bagi kertas A4 kosong je kat orang tua tu lepas ni."Hanna menamatkan omelannya tentang Dr.Syed,pensyarah muda yang mengajarnya subjek Pengajian Perniagaan.Aku meneruskan suapan terakhir mi goreng ke dalam mulut.Dan Hanna dengan nasi goreng ikan masinnya yang masih belum luak.
"Kau ni tak berevolusi langsung,asyik nasi goreng ikan masin je."Rasa separuh loya mendengar nama Dr.Syed tadi,aku cuba menukar topik.Itupun kalau aku berjayalah sebab...
"Dr.Syed selalu suruh aku buat itu ini,tapi markah aku tak naik-naik jugak."Aku memandang Hanna kosong.
Dan...
"....Dr.Syed bla bla bla bla...."Aku dah mendengar omelannya lagi.Aku mengeluh malas.
Inas,kawan yang baik kan sepatutnya kena dengar dengan penuh minat cerita kawannya.Kan?Konon....
"Aku rasa kalau kau pergi dekat dia,gesel-gesel sikit,dapatlah markah lebih tu.Bukan aku dah ajarkan ke skill ni?Lupalah tu...."
"Oh,Inas memang terbaik!"Hanna menggelengkan kepala beberapa kali sambil menayangkan ibu jari tangannya sebelum pecah ketawa kami berdua di kafe itu.
"Hohoi,nasi goreng tu habiskanlah cepat.Geli tengkuklah tengok kau main-mainm macam tu,"ujarku mematikan tawa Hanna.
"Aku sendiri dah tak lalu."
"Itulah gelak banyak sangat.Aku mencebik sebelum menyambung,"Bak sini udang tu."
Aku mengambil sudu di tangannya lalu mencedok udang di dalam pinggannya.Nikmatnya...manis udang ni...
"Bak sini kau punya batang sawi.Gigi lembiklah tu tak nak makan sayur.Rugi je."Selamba Hanna mengutukku.
Dah tak kisah dah.Aku akan mengutuknya dan dia akan membalas balik dengan kata-kata yang luar alam juga,seperti tadi.Dan kemudian kami akan ketawakan kelemahan masing-masing.aku sangat hargai saat seperti itu,tapi tak nak beritahu Hanna sebab dia jenis yang suka perasan.Kalau aku beritahu yang aku sayang dia dan bla bla bla,pasti dia akan keluarkan ayat-ayat yang berbunga-bunga...urghhh,tak tahan...
No comments:
Post a Comment