Assalamualaikum wbt.
Hari ini jadi tutor blog la pulok.
hehe
Apa salahnya mengajaq orang yg baru nak buat blog kan.
boleh tambah follower aku gak.
Tapi best, it's a pleasure bila dah tolong orang.
Rasa puas bila orang dah happy dengan blog baru dia.
Aku brainwash sampai habis, baru ingat username dengan password.
Hahah, lepas ney kalau lupa password lagi xtau la,
aku pencen jadi tutor blog la camtu.
Sama la, mengata dulang paku serpih,
mengata orang aku gak yg lebih.
zaman perak blog dulu-dulu,
buat blog sampai beratus kali, tak gak ingat username dengan password.
Dah tu asyik sign up blog baru, memang la tak berkembang blog aku kan.
tp sejak dah besar ney, takkan nak buat perangai macam tu lagi dah.
untung la bebudak tu ada orang ajaq.
aku dulu,
semua korek sendiri, lepas tu terkambus sendiri la jawabnya.
ok,tak nak berleter panjang,
ney link untuk update terbaru kat http://ilham.karangkraf.com/ nu...
untuk novel gua, Syefienas Sufi tu..
http://ilham.karangkraf.com/karya-detail.aspx?idk=1571&idc=7609#.Ug_QTpLVDxo
rajin-rajin la untuk klik dan baca yeah.
pesana penaja: Mari meramaikan viewer Ar Nicho okey...
add gak aku kat fb: https://www.facebook.com/profile.php?id=100000651173064
may Allah bless
@_@
first thing fisrt ,bebeh! do not discount ur work, do not discount ur solat time time, do not left behind ur family, for the less important thing. may Allah bless :p
Saturday, August 17, 2013
Wednesday, August 14, 2013
ding dong ding dong pesanan poyo lagi
assalamualaikum wbt.
short and simple update for you guys.
baca je kesinambungan novel gue dekat laman web karangkraf kay.
just follow these respective links
kalau nak santai-santai baca karya puluhan lagi karyawan,novelis dan sebagainya,klik:
http://ilham.karangkraf.com/
and specifically kalau nak baca novel buah tangan gue,klik:
http://ilham.karangkraf.com/my-karya/#.Ugwe15LVDxp
juga cerpen terbaru dari saya,walaupun tak adalah panas sangat kan,klik:
http://ilham.karangkraf.com/karya-detail.aspx?idk=1490&idc=7198#.UgwivZLVDxo
terima kasyeh banget deh kerana membaca.
ingat,tagline poyo yang kuhadiahkan pada kalian in yeh...
menulis juga satu dakwah.
membaca itu permulaan segalanya.
dan..
mata pena itu lebih tajam daripada mata pedang.
hehe.
sekian saja pesanan poyo dari gue.
may Allah bless.
short and simple update for you guys.
baca je kesinambungan novel gue dekat laman web karangkraf kay.
just follow these respective links
kalau nak santai-santai baca karya puluhan lagi karyawan,novelis dan sebagainya,klik:
http://ilham.karangkraf.com/
and specifically kalau nak baca novel buah tangan gue,klik:
http://ilham.karangkraf.com/my-karya/#.Ugwe15LVDxp
juga cerpen terbaru dari saya,walaupun tak adalah panas sangat kan,klik:
http://ilham.karangkraf.com/karya-detail.aspx?idk=1490&idc=7198#.UgwivZLVDxo
terima kasyeh banget deh kerana membaca.
ingat,tagline poyo yang kuhadiahkan pada kalian in yeh...
menulis juga satu dakwah.
membaca itu permulaan segalanya.
dan..
mata pena itu lebih tajam daripada mata pedang.
hehe.
sekian saja pesanan poyo dari gue.
may Allah bless.
Wednesday, July 17, 2013
BAB 12
“INAS!”
Ah, kantoi!
Shark dah nampak. Dalam tak sedar aku meraih tubuhnya
ke dalam pelukanku. Bukan niat aku untuk berdrama di tepi jalan macam ni…
“Ada apa ni, Inas? Beritahu mak.”
“Dah putus.” Aku ketawa kecil. Air hangat masih
menderu laju. Shark memandangku tunak.
“Dah tu kau okey tak ni?”
“Boleh gelak ni, okeylah kot.”
Aku ketawa tapi Shark tak.
Nak tipu siapa Inas?
“Syhh, berhenti menangis. Muka kau sekarang ni lebih
buruk daripada muka Rain dengan Hanna masa diorang tengah gaduh. See?”
Aku menumbuk bahunya.
“Ikut aku.”
“Ke mana?”
“Ikut jelah.”
“Eh, kita ada kelas dengan Cikgu Fauzilah pukul 4
nanti.” Aku menarik tangan Shark.
“Nak pergilah ni.”
SHARK membawa aku masuk panggung wayang setelah
puas bermain boling.
3 games…puas.
Shark bersesak-sesak di celah orang ramai untuk
mendapatkan tiket wayang sementara aku menunggu di tepi lif. Hari ini hari
apa? Ramai betul umat manusia di sini. Dan apabila melihat seorang lelaki berjalan
berpegangan tangan dengan teman wanitanya, sekali lagi hati aku terhiris.
Bodoh, berhentilah…jangan nangis.
Sepuluh minit berlalu, Shark menghampiriku dengan
menggawang-gawangkan dua keeping tiket di depan mataku. Aku berkerut-kerut
memandangnya.
“Rapunzel? Apa celop belanja aku tengok cerita
budak-budak?”
“Kau jangan pura-pura tak minat. Kau tu yang
meleleh tengok cerita Spongebob kena marah dengan nenek dia apa celop pulak? Kappa
Mikey, Cat Dog, Jimmy Neutron la…itu apa celop pulak? Tapi Jimmy kartun pandai
sikit okey lagilah.” Shark mengomel panjangnya dua muka surat buku karangan Bahasa Melayu.
Aku menjerit kecil.
“Mana tahu ni? Kau stalk aku eh? Kau ni sama je
macam Rain dengan Hanna kan? Semua benda korang tahu,”bidasku.
Betul. Ada ke benda tentang aku yang mereka tidak
tahu? Semuanya mereka tahu.Bahaya betul.
Shark senyum meleret sebelum mukanya bertukar
serius kembali lagak Inspector Shahab.
Bukan Shahab Perdana okey…
“Bazir jelah bayar sepuluh ringgit tengok cerita
ni. Dahlah boling tadi pun kau yang bayar,” ujarku sewaktu kami turun ke tingkat
bawah dengan escalator.
“Takkan aku nak bagi kau tengok Skyline pulak. Kau
mana layan cerita aksi Inggeris macam tu. Kau layan Gerak Khas je.”
See.Ini pun Shark tahu?
“Woi,itu sebab aku teman abah akulah!” Aku menjerit di
telinganya. Dan kami ketawa besar.Lupa seketika tentang Aedi waktu
itu. Well, thanks to Shark.
“Tak adalah, aku saja je ajak kau tengok cerita
ni. In case kalau balik asrama nanti, kalau diorang tanya kenapa mata kau terjojol
keluar macam zombie ni, kau boleh cakap kau sedih tengok Rapunzel kena seksa
sampai kau nangis macam ni. And yet, they’ll understand and think yang kau ni
sangatlah kebudak-budakan.”
“Tudia, sempat lagi mengutuk aku.”
Shark ketawa besar.
“Pandailah cakap. Kalau kau pandai cakap macam ni
masa dalam kelas Pak Lah tak adalah kau kena maki hamun dengan dia
selalu. Kan? Kan? Kan?” Aku menayang muka gedik di hadapannya.
“Ada rasa nak penampar tak?” marah Shark dan aku
ketawa galak.
Aku makin okey…
Better in time…
Okey, berbalik kepada cerita tadi. Pak Lah adalah
guru Matematik kelas kami.
Namanya bukan Abdullah, Nasrullah mahupun Hasbullah
malah tak ada kena mengena dengan perkataan ‘Lah’ pun.
Namanya Ridzuan bin Lah.
Yang Shark anti sangat tu adalah tenntang perangai
Pak Lah yang bagiku agak spastik sikit dan spastik banyak bagi Shark. Selalu je
aim Shark kerana gadis itu tak pernahnya nak siapkan kerja rumah Matematik
apatah lagi nak hantarkan padanya.
Shark pun satu.
Bila aku atau Rain atau Hanna bertanya, jawapannya
cuma satu.
“Aku tak minat Mathlah. Aku minat Addmath. Plus, aku
tak minat Pak Lah jugak.” Dan Shark akhirnya akan ketawa dengan jawapannya.
Saat itu aku merasakan yang Shark memang manusia
yang pelik. Aku bagaikan nak histeria setiap kali menyiapkan soalan
Addmath, Shark boleh je siapkannya sambil menikmati cikedis(aku tak pasti ejaan
yang betul,tapi faham jelah cikedis adalah sejenis keropok.) dengan tangan
kiri(Shark memang tidak senonoh) sewaktu Cikgu Hazliyanti tengah mengajar Sejarah
di depan.
Gila tak gila? Aku selalu nampak ‘kejadian’ seperti
itu beberapa kali ketika memusingkan kepala ke belakang tengah kelas untuk check-line.
BAB 11
“DIA girlfriend aku.”
Jatuh rahang. Aku terkaku di situ. Terasa macam
jadi pelakon dalam drama Sembilu saat Fendi memberitahu Zetty tentang hubungan
Fendi dengan Diana. Ada jugak rasa macam menjadi Rihanna yang tengah
menyanyikan lagu Unfaithful di khalayak peminatnya.
Aku tak tahu. Rasa macam kena bom. Kenapa Aedi
cakap macam itu?
Okey, mungkin aku sudah 17 tahun dan patut hadapi
semua ini. Ecewah.
Aku tak tahan berdiam diri macam ini.
“Dia gf kau. Aku?”
Aku tak pasti ini pertanyaan ataupun pernyataan
yang aku tujukan padanya.
“Nicho…”
“Sekejap. Ini Wakenabeb ke Bang-Bang Boom? Mana
kamera?” Aku ketawa. Okey, mungkin aku patut relaks sikit. Aedi memang penuh
dengan idea luar alam.
“Nicho, boleh tak kau lupakan saja aku? Lupakan
aku.”
Aku terpempam mendengar suara Aedi yang agak keras
dan tegas tika ini. Melihat aku membisu, Aedi terus menceritakan itu ini
perihal perempuan itu. Dan juga alasan dia untuk clash dengan aku….
Semuanya tidak menarik untuk didengari. Bodoh, hentikan!
Diam lagi. Dan aku membenci suasana begini.
“Kau ingat tak semua yang pernah kita cakap dulu?”
Aku berlagak tenang. Aku mengeluh panjang.
Dapat
kubayangkan
Engkau
mula berubah
Bila
di puncak menara gading
Sedangkan aku
Hanya mampu bermimpi
Untuk ke puncak
sepertimu
“Nicho…”
Aku teruskan bernyanyi lagu ini yang suatu ketika
dahulu aku tujukan padanya sebelum dia ke Johor.
Disebabkan
itu
Kau
mencipta jurang
Perhubungan
kita mula menjadi renggang
Dan
keangkuhanmu kini mula ketara
Memandang
aku cuma sebelah mata…
Aku menggoyang-goyangkan kaki sejak tadi. Tak
tahulah ini tandanya aku tengah gementar dengan kemungkinan seterusnya atau aku
tengah menahan amarah atau apa…
Apa dah jadi dengan aku ini? Dah tak dapat kenal
pasti apa perasaan aku saat ini. Segala deria sudah tak berfungsi lagi sejak
Aedi memberitahuku perkara yang aku paling tak ingin dengar.
“Nicho, sudahlah. Aku minta maaf.Aku…”
“Betul kan apa yang UK’s cakap ni?” Sinis je bunyinya. Memang tepatlah aku tembak
dia dengan lagu ini. Well, thanks to
UK’s."
“Nicho…” Berkali-kali dia menyebut namaku namun
aku tak hiraukan.
“Kenapa kau masuk U? Kenapa kau kena pergi Johor? Kenapa
kau jumpa orang lain dan jadikan orang lain itu…”
Aedi diam.
“Kenapa kau…?” Aku ingin nak pandang matanya tapi
aku tahu aku tak kuat mana. Dan aku buang pandangan ke tempat lain. “…Atas
alasan apa kau drop aku tengah jalan
macam ni? Macam mana aku nak patah balik lagi dah. Aku dah pun sesat wey…”
Aku menggeleng-geleng sendiri. Bingkas bangun
untuk pulang kerana aku tak mahu berlama-lama di sini. Aku tahu aku tak sekuat
mana dan sudahnya nanti aku akan mengalah. Aku tak mahu dia lihat aku menangis.
Aedi pantas menyambar tanganku.
Oh,no!
Again…
Muka lembut dan mata yang redup itu kupandang
tajam. Aku merentap kasar tanganku yang berda di dalam genggamannya.
Aku mengatur langkah keluar dari tapak Taman Jubli
Emas. Aku masih dengar Aedi memanggil namaku namun aku dah tak kuat untuk
berpaling.
“Nicho, aku mintak maaf banyak-banyak.aku tak
layak untuk kau. Aku dah jumpa orang lain. Aku dan dia sesuai bersama. Kau
masih budak, perjalanan kau panjang lagi. Aku harap kau pun akan jumpa orang
lain,” jerit Aedi.
Budak?
What a harsh…
“Cari orang lain, okey,” jeritnya lagi. Kali ini
aku mematikan langkah dan memusingkan badan menghadapnya semula.aku merenungnya
tajam.
Siapa dia nak arahkan aku untuk cari orang lain? Nak
putus, putus jelah. Tak payah nasihatkan cari orang lain. Kalau dia ingat dia
boleh tengok aku menangis hari ini di depannya, dia silap besar. Aedi yang
mengejarku di belakang terhenti melihat renunganku. Muka cuak je…
Aku ketawa besar melihat mukanya seolah-olah kalau
dia bercakap walau sepatah perkataan lagi,aku akan patahkan tengkuknya.
Dan kepalanya akan kupulas-pulas seperti mebilas
baju.
Aku tak sekejam itulah…
“Bodoh, kenapa aku kena sedih sebab kau? Kau tu
tak bawa kesan pun dalam hidup aku.”
Aku terus melangkah dan tidak berpaling lagi.
Betul ke Inas,Aedi tu tak bagi kesan pun dalam
hidup kau?
Aku menyeka air mata yang tidak berhenti mengalir
selepas itu.
“Bodoh,kenapa terkeluar pulak ni? Berhentilah
keluar.” Aku membebel sendirian.
Aku berjalan perlahan di gigi jalan seperti anak
kecil yang kehilangan punca.Aku takkan telefon Shark untuk tengok keadaan aku
macam ini.
Serentak bahuku diusap lembut.Lambat-lambat aku
menoleh.
BAB 10
“BUDAK tu dah sampai ke, Inas? Janji pukul berapa
ni?” Shark mengajukan soalan yang sama kepadaku buat kesekian kalinya sejak
kami sampai di sini. Aku hanya menjungkitkan bahu. Mataku melingas memandang
sekeliling.
Shark menungkat skuter dan duduk di atasnya.
“Apasal pilih Taman Jubli Emas?” tanya Shark lagi.
Aku kalih dan pandanganku jatuh pada wajah keanak-anakan milik Shark.
“Entah. Cadangan Rain. Bila aku tanya Mereng dia
cakap okey je, dekat dengan rumah dia.”
“Lah, kalau macam tu dekat jugaklah dengan rumah
aku. Belakang tu je, rumah cat kuning sebalik pokok kelapa tu. Nampak tak?” Shark
teruja. Aku tersenyum sambil mataku tertumpu pada sebuah rumah di celah pokok
kelapa.Shark adalah kawan karibku, namun ironiknya aku sampai sekarang tidak
tahu rumah. Aku tahu alamatnya, tapi tak pernah pulak sampai ke rumahnya.
“Rumah tu bina atas tanah bendang?”
“Yup, abah aku yang reka sendiri.”
“Ayah kau arkitek?” Aku makin kagum. Sungguh la
budak Shark ni banyak sangat berahsia dengan kami bertiga. Sebagai kawan karib
perkara-perkara asas seperti pekerjaan bapa pastinya kami tahu tapi tidak untuk
kes Shark.
“Taklah, abah aku cuma pelukis plan. Kerja dia
lebih kurang arkitek jugak tapi gaji abah aku ciput jela berbanding arkitek.”
Aku ketawa lembut.
Teringat bapak Mereng juga seorang pelukis plan, bakal
bapak mertua aku tu…
Ya Allah, bapak gedik aku ini…
“Orang kampong kau kot Mereng tu weh.” Aku
tiba-tiba teringat Mereng.
“Haa, mungkin.”
Kami ketawa.
“Eh, aku balik rumah kejap. Nanti aku datang
balik, call aku bila kau dah puas dating,”
usiknya. Aku hanya mengangguk walaupun setelah Shark berlalu dari situ.
Aku memandang kosong padang di hadapanku ini. Fikiranku kosong tatkala ini tapi itu tak
lama kerana ada suara orang memberi salam menyapa telingaku.
“Waalaikumussalam.” Aku mendongak mendapatkan
suara itu.
Aedi. Aku senyum segaris padanya.
“Duduklah.” Aku menginjak ke kiri sedikit
memberinya ruang untuk duduk.
“Datang seorang?”
“Hmm.”
“Tu skuter?”
“Hmm.”
“Tak ada perkataan lain ke selain ‘hmm’? Sakit
gigi ke?”
Dia ketawa kecil.
“Baru lepas solat Jumaat kan, mood insaf tu ada
lagi. Bukan sakit gigi…”
Aku ketawa kecil.
“Pun boleh, bang.”
“Apa? Lagi sekali, tak dengar.”
Oh,my…he’s
flirting!
“Eh,jom makan apa-apa. Aiskrim nak? Tak pun
burger. Kat mak cik hujung tu pun sedap jugak. Aku dah pernah rasa. Jom!”
Melihat Aedi yang membatu, aku bingkas bangun.
“Nicho, duduk dulu.” Aedi pantas menyambar
tanganku.
Aku kaget. Bergetar seluruh tubuh bagaikan terkena
renjatan elektrik yang membelit badan.
Peh, ayat…tapi tak tipu, itu yang aku rasa
sekarang. Aku bingkas duduk, tak berani nak pandang mukanya pun kerana sedari
tadi dia asyik merenungku! Perasaan asing ini tak patut aku layankan. Astaga…
“Err, maaf. Tak sengaja.” Setelah sekian lama baru
dia melepaskan tanganku. Peliknya, aku sendiri tak berusaha pun untuk
meleraikan pegangannya.
Okey, aku dah disampuk hantu cinta.
Oh,my…ayat.
“Tak
apa. Kau dah makan ke sebelum datang sini? Ingatkan nak ajak makan-makan dan
kita lepak sampai petang ke…”
“Nicho.”
“…oh,aku lupa. Kau suka makan tengah hari dulu
sebelum pergi Jumaat.”
“Nicho.”
“Hmm, ya…kenapa buat muka ketat ni? Macam nak
terberak …”A ku lantas ketawa besar dengan jenaka sendiri sedangkan Aedi tidak.
Wajahnya tetap sama seperti tadi malah munkin lebih tegang lagi.
“Kenapa?” Aku mulai serius.
“Aku ada benda nak beritahu kau.”
“Tentang apa?”
“Penting.”
“Hai, tak payah nak suspens sangatlah pak cik. Apa
bendanya?”
“Tentang ini…” Aedi menghulurkan Blackberry
hitamnya padaku.
Baru hari itu mengaku padaku poketnya sudah
kering. Blackberry ini baru lagi rasanya kerana selama ini Aedi menggunakan
Sony Ericson Spiro.
Salah guna duit PTPTNlah ni….
Awal-awal lagi Aedi sudah membuka satu folder
buatku. Terpampang gambar seorang perempuan di dada Blackberry itu. Aku
mengamati imej itu dan wajah sugul Aedi silih berganti. Perempuan itu tidak
bertudung,cantik. Ayu. Manis. Bak model. Bak pramugari.
Bak mak aku masa muda dulu. Heh?
Apa lagi yang aku boleh katakan?
Aku menekan punat sebelah kiri. Slaid setrusnya
memaparkan gambar Aedi dan perempuan itu bersama rakan-rakan kelas mereka
mungkin.
Lagi. Gambar perempuan itu berlatar belakangnkan
papan putih, mungkin di dalam kelas.
Lagi. Gambar-gambar yang lebih kurang sama seperti
gambar sebelumnya sehinggalah aku tertatap gambar mereka berdua bergandingan
tangan. Okey, muka aku dah lain ketika ini.
Aku mengangkat muka dan memandang Aedi dengan muka
minta penjelasan. Memang ianya sudah jelas, terang lagikan bersuluh tapi lebih
baiklah Aedi yang sahkan sendiri. Aku tengah bersedia.
“Jadi?” Melihat Aedi masih enggan bersuara, aku
memberanikan diri menentang pandangannya.
BAB 9
“INAS!” Aku yang sedang menulis esei Bio terlepas
pen di tangan.
Budak Rain
ni…
Aku menolak sedikit meja Jepun yang kami jadikan
meja belajar dalam kamar saban malam itu dan berjalan ke katilku. Mendapatkan
Rain yang tergolek-golek di atas katilnya di sebelah katilku.
“Mereng call!” Dari jauh lagi dia sudah menjerit
memberitahu.
Seisi kamar menoleh memandang Rain dan aku silih berganti. Aku
membesarkan bola mata padanya sebesar mungkin dan Rain terus menyusun sepuluh
jari membuat muka minta maaf. Aku
menjeling sekilas sebelum N-Gage di tangannya kucapai.
Aku berlalu ke bilik seterika di sebelah kamar. Bagi
Rain yang nak semua benda rasa gempak tu, bilik ini dipanggil wardrobe kerana
ia menempatkan semua beg-beg bebudak kamar dan apabila ada baju yang sudah
digosok untuk dipakai esoknya, akan disangkutkan dalam almari bilik ini. Malam
ini ramai pulak umat di dalam kamar hinggakan aku rasa tak selesa dan tidak
wajar untuk bergayut di dalam kamar.
Mereng. Gelaran untuk Aedi.
Dan ini ceritaku tentang si dia…
Aku dan Aedi sudah lebih dua tahun berkawan rapat.
Sesungguhnya aku agak malang kerana Rain tidak menyenangi
Aedi bahkan mana-mana lelaki pun dalam dunia ini. Rain tidak merestui aku
berkawan dengan Aedi, jadi Rain menggelar aku dan lelaki itu sebagai mereng, mabuk
cinta dan banyak lagi yang aku tak sanggup nak ingat. Merasakan yang nama itu
agak comel dan Aedi pun tak marah apabila mengetahuinyai, aku simpan nombor
telefonnya dengan nama Mereng.
Dan setiap kali bila aktiviti ‘menconteng -ketika
–guru-mengajar’ku menggila, nama itu je yang aku contengkan. Haila,biasalah
tengah mabuk…
“Helo.”Aku
separa berbisik memulakan bicara. Sedaya
upaya aku mengawal nada agar keterujaan itu tidak keterlaluan di
pendengarannya. Selalu juga kami di talian begini. Dua jam di talian itu
perkara biasa bagi kami berdua. Selagi tak panas telinga atau pun pekak
kedua-du belah telinga, salah seorang takkan minta untuk letak telefon pun.
Aedi yang tua dua tahun daripadaku baru memasuki
sebuah universiti terkemuka di Johor. Awal pemergiannya ke Johor dahulu, aku
macam orang mati laki dan banyak mendiamkan diri kerana Aedi masih tidak stabil
di tempat baru, banyak yang perlu diuruskannya hingga tiada masa untuk menguruskan
perasaanku.
Mak yang perasan hal ini turut menegur,
“Apa kena kau ni? Makan pun macam orang letak ubat
je dalam nasi tu.”
Dan Abang Sham yang celupar pasti menyampuk,
“Boyfriend dia lari pergi Johor,mak.”
Gila! Aku menyumpah seranah Abang Sham dalam hati.
Betul dia tahu aku ada teman lelaki? Main tembak je mangkuk tu, dahlah tepat
pula tu.
“Eh, mulut tu jaga okey.Dasar lelaki tinggi. Nak
tembus langit dah kau ni tau tak. Stop growing la, Abang Sham.”
“Helo,sayang! Dah lepas ke mana tu?” Suara di
hujung talian menampar gegendang telingaku.Aku tersedar dan tersenyum sendiri.
“Ya, ya. Aku ada kat sini. Jangan panggil macam
itulah. Aku geli ketiak.”
“Panggil apa?” Sengaja nak menyempitkan akallah
tu…
“Panggil aku dengan panggilan macam itulah.”
“Macam mana tu sayang?”
“Sayang.” Aku melunakkan suara untuk
memberitahunya.
“Ye…” Dia separa bernyanyi.
Memang tak sakit hati…
“Maaf,maaf.” Dia mengekek ketawa dulu sebelum
meminta maaf. Dah rasa aura membunuh aku agaknya budak Aedi ni…
“Nicho, jom
jumpa. Esok kau ada masa tak?” Aku memperbetulkan duduk mendengar bicara
seriusnya.
Nak jumpa? NAK JUMPA?
“Tadi cakap ada dekat Johor. Aci dekat sangatlah
Johor dengan Kedah tu kan?” Aku memerlinya dan dia ketawa.
“12 jaaam.”
Aku meniru suara jurucakap iklan ubat batuk dan
kahak jenama Mucinex yang selalu muncul di TV. Dan dia ketawa lagi. Bak kata
Aedi dulu, aku pakar dalam mengingati iklan-iklan di TV.
“Mungkin 24 jam kalau naik kereta api?”
“Ya?”
“Entah, agak je. Tak pernah cuba lagi.”
“Lah, apasal tak cuba? Bosanlah naik bas je
memanjang.”
“Tunggu kau datang study sinilah. Nanti kita balik
sama-sama naik kereta api.”
Aku menelan liur. Indahnya angan-angan, aku belum
pun SPM lagi.
“Nicho…”
“Yep?”
“Nak jumpa tak?”
Menyedari yang soalannya masih belum kujawab, aku
berdehem seketika. Nicho, panggilan yang Aedi berikan untukku. Satu ketika
dulu, di radio terkenal dengan drama radio yang wataknya seekor kura-kura
dengan nama Niko. Merasakan nama itu sesuai denganku, Aedi memanggil aku Niko
tapi dicantikkan ejaan menjadi Nicho.Katanya,
“Kau selalu lambat balas SMS aku,selalu lambat
angkat call aku,selalu lambat datang jumpa aku. Selalu jugak lambat buat
keputusan. Dah sesuai sangatlah kau dengan sifat kura-kura tuu.”
Ah,sudah! Kenakalan tak dapat dibendung betullah
budak Aedi ni.
“Panggillah, kan muka aku ada iras-iras Nicholas
Saputra versi perempuan.”
Tidak menunggu lama, Aedi mengetuk kepalaku dengan
capnya suatu ketika dulu kami di perpustakaan.
“Rain yang cakaplah. Aduh!” Aku mengaduh kecil
diperlakukan sedemikian.
Saat itu, aku terbayangkan figura tinggi
lampai Abang Sham dengan rambut
kerintingnya. Abang Sham yang seperti Nicholas Saputra. Dan aku sebagai adiknya
ini, adalah iras-iras kot.
Pada masa itu, kami hanya rapat. Tak terbit
sedikit perasaan pun dalam hati kami. Dia selesa denganku kerana dia boleh je
nak cerita tentang minat mendalamnya terhadap Chelsea walaupun aku tak tengok
sangat bola. Dia selesa bila bila dia perlukan aku, aku ada je walaupun bila
aku perlukan dia, terkadang dia sibuk tengok bola.
Hah, aku ini Inas budak tingkatan lima ke yang
tengah cuba bercakap tentang pengorbanan cinta monyet? Haha.
“Aku kat Alor Setar sekarang. Tengah makan chicken
chop kat Starwalk ni. Nak? Aku hantarkan.”
“Bengong. Kau ingat mandat kau besar sangat nak
dapat masuk asrama perempuan sesuka hati?” marahku. Dia ketawa.
“Kau balik rumah ni cuti ke? Berapa lama? Ke kau
lari tak tahan tinggal kat sana?” sindirku.
“Ek ena, betullah cuti. Kau nampak aku main-main
ke?”
“Mana aku nampak kau main-main ke tak…”
“Jomlah jumpa. Esok, dekat mana-mana jelah,” ajaknya
tanpa mempedulikan gurauanku tadi dan aku sudah separa setuju dengan
pujukannya.
Apa nak buat . Aku insan yang lemah…
“Di…” Dia ketawa lagi, tahu yang aku tengah
berbelah-bahagi.
“Kenapa gelak?” Aku bertanya kerana setiap yang
keluar dari mulutku diketawakannya.
“You’re suck at telling jokes,” ujarnya
menyanyikan lagu According to You milik Orianthi.
Dia ketawakan aku kerana tak pandai buat lawak? Mereng…
“Boleh tak ni?” tanyanya lagi,berbalik kepada
perkara yang kami tinggalkan sebentar tadi. Aku diam seketika mencongak sendiri
ajakannya. “Kita jumpa kejap je. Aku ada benda nak beritahu kau. Lusa aku dah
balik .”
“Kau tak pergi solat Jumaat esok?” Aku menduganya.
“Itu hal aku. Esok lepas Jumaat, kat mana kaulah
tentukan,” ujar Aedi tegas sampai kaget aku jadinya.
“Okey.” Itu je yang mampu kau tuturkan kerana
kaget yang masih bersisa.
“Okey, apa-apa nanti text aku lain. Bye.”
Klik!
Ai, macam tu je? Hmm…
Esok Jumaat. Ya,apa masalah dengan hari Jumaat? Masalahnya
ialah bebudak asrama outing pada hari Jumaat. Jadi, aku nak pergi mana yang
orang tak boleh jumpa? Atau dalam kata lain, nak pergi mana yang SS tak boleh
tangkap aku.
Oh,ya! SS ialah singkatan kepada Sir Shakir. SS
untuk Syok Sendiri pun boleh jugak,sebab dia memang macam tu pun.
Tapi Alor Setar ni bukan Hutan Simpan Belum
ataupun pedalaman Sarawak. Alor Setar ni ciput je.
Lubang mana yang orang tua
tu tak boleh nak korek budak-budak dia dating?
Pening.
Aku sebenarnya ingin sejuta kali setuju untuk
berjumpa Aedi memandangkan kami jarang sekali berjumpa.
Pertama kali jumpa adalah ketika di tingkatan
empat. Aedi datang menyaksikan pertandingan kawad kaki yang aku sertai di
kompleks sukan negeri. Beriya aku melarang mak dan abah datang walaupun
pertandingan ini di peringkat MSSD. Pasukan kami kalah awal namun tak
dibenarkan balik kerana perlu menunggu untuk acara penutup pada sebelah
petangnya pula menyebabkan aku ada banyak masa untuk lepak dengan Aedi di situ.
Tak banyak yang kami bualkan. Hanya sedikit tentang pengalamanku dalam kawad
kaki dan persiapannya untuk ke matrikulasi. Masing-masing pulang setelah
berjanji untuk meneruskan hubungan ini. Bermulalah babak poyo dalam hidupku
saat itu…
Tidak berapa lama selepas itu bertemu lagi di
Village Mall, dia seorang dan aku pula bersama rombongan budak asrama TingkatanEmpat.
Itu pertemuan kedua kami dan ada beberapa lagi pertemuan selepas itu tapi hanya
kami berdua. Dah berani sikit dah lepak di perpustakaan habiskan masa
mengulangkaji untuk peperiksaan pertengahanku yang beberapa bulan sahaja lagi
masa itu dan dia pula menemaniku belajar sementara menghitung hai untuk
memulakan hidup baru di matriks.
Dan selepas itu tiada lagi pertemuan antara kami
memandangkan aku sudah menginjak ke Tingkatan Lima dan dia menjejak menara
gading. Dan peluang untuk berjumpanya datang lagi.Patutkah aku lepaskan? Mestilah
tak kan…
Tiba-tiba terdengar bunyi orang tersepak sesuatu. Aku
yang merehatkan punggung di atas beg-beg roda yang bersusun di situ terus
bangun dan keluar dari bilik seterika yang tak ubah macam sarang tikus. Aku
bukannya berani sangat pun…
Rain dan Hanna!
Budak-budak ni la…
“Woi,mengintip aku ya?” sergahku yang membelakangi
mereka yang berura-ura mahu lari setelah tertangkap mengendap gadis
sepertiku.Heh?
Rain dan Hanna memusingkan badan mengadapku. Rain
mengangkat muka dan tersengih manakala Hanna menekup mulut menahan diri
daripada melatah.
“Tak payah nak sengih sangatlah…” Aku tayang muka
serius.
“Ampun, Puteri Kawah Bulan,” ujar budak berdua itu
serentak.
Tak guna…
Aku menjeling maut.
Sebenarnya tak adalah marah mana pun. Kerana semua
benda pun mereka dah tahu, dah kenal dan faham dengan diri dan hidup aku
lebih-lebih lagi Rain yang berjiran denganku. Hanna yang kuat megusik, Rain
stalker terhandal dan Shark yang kalut dan cepat melatah. Haru aku dibuatnya
dengan budak bertiga ini.Lagi haru kalau Shark turut menjadi penghuni asrama. Gabungan
keempat-empat kami pastinya mencetuskan masalah besar di asrama hingga mungkin
Sir Shakir berasa nak meletakkan jawatannya kerana tak tahan menguruskan kami.
Aku dengan Rain pernah je blackoutkan satu asrama kerana nak menyakat bebudak junior
Tingkatan 1 yang baru masuk.Itu masa kitorang Tingkatan Dua…Bayangkan apa yang
kami boleh lakukan bila dah jadi bapak segala senior sekarang ni…haha.
Aku kembali ke katil. Buku rujukan Biologi yang
aku tinggalkan di penjuru katil sejak petang tadi kutenung bagai nak tembus. Tak
daya nak selak apatah lagi baca dan hafal apa jua yang ada dalam buku setebal
bantal tidurku itu.
“Apasal kau ni? Muka tu elok sikit je daripada
rupa lempeng mak aku.” Hanna menegur.Dia dan Rain kini menempek di katilku.
“Yang dah basi ke yang belum basi?” Rain menokok. Aku
memukul Rain dengan buku Biologi tadi. Bengong…
“Dia cakap apa dengan kau tadi?” tanya Rain yang masih
lagi mengaduh tak sudah. Pukul sikit je,mengaduhnya sampai setahun.
“Kau ni sibuklah. Katil sendiri ada tak nak
duduk,” marah Hanna pada Rain.
“Biarlah.”
Aku memandang kedua-dua sahabat baikku yang saling
bertolakan. Kalau momentum ini dikekalkan selama sepuluh minit lagi, katilku
yang tua ini pasti runtuh. Dan aku dah tentu-tentunya akan menghalau Hanna
balik ke kamarnya semula. Manakala Rain akan kucampakkan di katil bahagian atas
untuk tidur dengan junior Tingkatan Satu. Hukuman untuk sesiapa yang membuat
onar di atas katilku…
“Aedi nak jumpa…” Aku bersuara perlahan.
Aksi tolak-menolak itu mati serta merta.
“Bila?”
“Kat mana?”
Rain dan Hanna serentak bertanya. Aku menggeleng
kepala tanpa sebab.
Hah, sudah. Dua-dua pun sama kepochi.
Diam seketika.
“Apa yang serabut sangat? Jumpa jelah.” Rain
memecah sunyi.
Aku mengeluh lalu bangun menuju ke lokerku di tepi
katil. Aku mula memilih buku yang akan kubawa ke sekolah esok.
“Nak kemas buku nak ke mana tu? Esok cuti,”kata
Hanna. Aku jadi malu sendiri apabila mengenangkan ada dua pasang mata sedang
memerhatikan kelakuanku.
“Angau sampai hari pun dah lupa,” tokok Hanna
lagi.
“Aku takut kena tangkap dengan Sir. Dia tu dahlah
banyak mata kat pekan. Nanti tak pasal-pasal kena buang hostel, lagi teruk
kalau kena buang sekolah ke…”
“Well, kena buang hostel is amazing, kena buang sekolah tu yang annoying.” Hanna memberikan pandangannya.
“Tengkorak kau amazing.
Beritahu aku part mana yang
menakjubkan tentang buang asrama?” tukas Rain tak setuju dengan Hanna.
“Iyalah, tak payah susah-susah bangun awal pagi
berebut shower dengan junior. Lagi…emm, boleh makan makanan yang mak kau
masak.” Hanna menjawab.
“Duduk luar lagi kena bangun awal tahu tak.Nak
hambat traffic light kat luar tu. Jalan
ke rumah kau dahlah jalan hantu traffic
light. Duduk asrama ni rentas padang je dah jumpa kelas.Kan senang hidup.” Rain
makin rancak mengeluarkan faktanya.
Dah keluar dah aura peguam tu…
Aku memandang bosan kedua-dua sahabatku yang
sedang bertelagah ini . Aku mencapai dan meniliti jam di skrin telefon bimbitku
itu.
10.45 malam. Patutlah junior-junior mula memenuhi
ruang kamar dan mencetuskan susasana bising lagi. Asal balik prep je bising. Memang
nak kena la korang ni budak-budak. Tungguah masa meeting nanti.
Esei Bio aku yang tinggal separuh itu memang dah
payah dah nak sambung kalau bising macam ni. Aku tengok je dua tiga orang
junior beberapa kali terlanggar meja Jepun milikku yang terletak di
tengah-tengah kamar. Kalau jatuh barabg-barang aku memang siaplah budak-budak
ni. Waktu itu jugak aku torture diorang. Haha, aku senior yang garang dan
kejam…apa nak buat, sifat semula jadi kerana aku tak pernak jaga dan manjakan
adik.In fact, aku tak nak ada adik
pun.
“Apasal kau suka pangkah aku,hah?”
Hanna tiba-tiba je…
“Kau yang bagi idea tak bernas,macam mana aku nak
terima?”
Suara-suara sumbang itu kedengaran lagi.Haila…
“Habis kau seorang jelah yang makan beras
BERNAS?....”
Apa pulak kau merepek ni budak Hanna oiiii….
“…idea kau jelah yang bernas,semua orang kena
terima idea kau jelah ye?”
“Taklah,kau ni…”marah Rain.
Junior-junior yang lalu lalang untuk ke katil
mereka antara berani dengan tidak sesekali membuang pandang ke arah kami.
Aku yang malu mengambil keputusan untuk diamkan
diri dan menyorok saja di balik baju sekolah yang kupakai siang tadi yang
disangkut di palang katil.
Dua minit berbuat demikian,aku memanggungkan
kepala. Tak tahan bau busuk bajuku sendiri. Menyedari yang pertengkaran ini
takkan berakhir dengan mudah apabila BERNAS segala bagai dah keluar, aku
mengambil keutusan untuk menghentikan mereka.
“Rain! Hanna! Stop it lah, stupid!” marahku.
Rain dan Hanna membuntangkan mata memandangku. Aku
selamba membalas pandangan maut mereka.
“Dia kata apa, Hanna?” Mereka saling memandang
untuk dua saat sebelum menerkamku dan berpura-pura seperti mahu mencekik dan
menggeletekku.
“Hoi, apa ni?” Aku menjerit lagi,” Mak, tolong!”
“Mana ada mak kau kat sini.” Hanna memegang
tanganku yang meronta-ronta atas katil.
“Mak tiri ada kat sini. Dua orang.”
Mendengarkan perkataan ‘mak tiri’,aku kuatkan
kudrat untuk meloloskan diri. Aku berlari keuar dari kamar.
“Kaulah, sebut mak tiri tu kenapa?” marah Hanna.
“Habis, korang sebut mak.Aku terrr…” Rain tak mahu
mengalah.
“Tengok tu, dah salah tak mahu mengaku lagi.”
Aku masih mendengar di balik pintu kamar…
AKU masuk semula ke kamar dua kemudian setelah aku
lega,setelah suara junior tak lagi kedengaran. Rain dan Hanna di katilku, masih
menunggu agaknya.
“Inas, kami mintak…”
“Aku maafkan.”
“Kami terkeluar…”
“Aku tahu.”
“Kami tak patut…”
“…cakap macam tu? Tak apa.”
“Kami…”
“Oh,shut
up…and think , macam mana aku nak jumpa dia esok. Atau tak payah pergi
jumpa?” Aku senyum segaris, ikhlas untuk melegakan perasaan bersalah mereka.
“Inas, kau jumpa je dia.” Hanna kembali ceria.
“Yelah tapi macam mana? Kat mana?” tukasku.
“Mintak tolong Shark hantarkanlah. Kat mana? Taman
Jubli Emas mungkin,” cadang Rain.
“Kekadang otak kau ni boleh pakai jugak kan. Thanks,sayang.”
Aku mencium pipinya.
“Hoi,jangan ciumlah!”marah Rain.
Aku dan Hanna gelak besar.
Cepat je tanganku mencapai N-Gage, menghantar
pesanan pada Shark. Dan cepat pula dia membalas,
-Aku tada hal. Kau jgn lambat sudaa…
“Yes.!”
“Macam mana? Shark kata apa?” Serentak Rain dan
Hanna bertanya.
-Thanks Shark. Jerung-jerung kau pun baik hati
jugak ye=D
-Hoi, jerung-jerung kau jgn main eh. Aku tak
hantar baru tahu.
Aku tersenyum membaca mesej Shark.
Subscribe to:
Posts (Atom)