“INAS!”
Ah, kantoi!
Shark dah nampak. Dalam tak sedar aku meraih tubuhnya
ke dalam pelukanku. Bukan niat aku untuk berdrama di tepi jalan macam ni…
“Ada apa ni, Inas? Beritahu mak.”
“Dah putus.” Aku ketawa kecil. Air hangat masih
menderu laju. Shark memandangku tunak.
“Dah tu kau okey tak ni?”
“Boleh gelak ni, okeylah kot.”
Aku ketawa tapi Shark tak.
Nak tipu siapa Inas?
“Syhh, berhenti menangis. Muka kau sekarang ni lebih
buruk daripada muka Rain dengan Hanna masa diorang tengah gaduh. See?”
Aku menumbuk bahunya.
“Ikut aku.”
“Ke mana?”
“Ikut jelah.”
“Eh, kita ada kelas dengan Cikgu Fauzilah pukul 4
nanti.” Aku menarik tangan Shark.
“Nak pergilah ni.”
SHARK membawa aku masuk panggung wayang setelah
puas bermain boling.
3 games…puas.
Shark bersesak-sesak di celah orang ramai untuk
mendapatkan tiket wayang sementara aku menunggu di tepi lif. Hari ini hari
apa? Ramai betul umat manusia di sini. Dan apabila melihat seorang lelaki berjalan
berpegangan tangan dengan teman wanitanya, sekali lagi hati aku terhiris.
Bodoh, berhentilah…jangan nangis.
Sepuluh minit berlalu, Shark menghampiriku dengan
menggawang-gawangkan dua keeping tiket di depan mataku. Aku berkerut-kerut
memandangnya.
“Rapunzel? Apa celop belanja aku tengok cerita
budak-budak?”
“Kau jangan pura-pura tak minat. Kau tu yang
meleleh tengok cerita Spongebob kena marah dengan nenek dia apa celop pulak? Kappa
Mikey, Cat Dog, Jimmy Neutron la…itu apa celop pulak? Tapi Jimmy kartun pandai
sikit okey lagilah.” Shark mengomel panjangnya dua muka surat buku karangan Bahasa Melayu.
Aku menjerit kecil.
“Mana tahu ni? Kau stalk aku eh? Kau ni sama je
macam Rain dengan Hanna kan? Semua benda korang tahu,”bidasku.
Betul. Ada ke benda tentang aku yang mereka tidak
tahu? Semuanya mereka tahu.Bahaya betul.
Shark senyum meleret sebelum mukanya bertukar
serius kembali lagak Inspector Shahab.
Bukan Shahab Perdana okey…
“Bazir jelah bayar sepuluh ringgit tengok cerita
ni. Dahlah boling tadi pun kau yang bayar,” ujarku sewaktu kami turun ke tingkat
bawah dengan escalator.
“Takkan aku nak bagi kau tengok Skyline pulak. Kau
mana layan cerita aksi Inggeris macam tu. Kau layan Gerak Khas je.”
See.Ini pun Shark tahu?
“Woi,itu sebab aku teman abah akulah!” Aku menjerit di
telinganya. Dan kami ketawa besar.Lupa seketika tentang Aedi waktu
itu. Well, thanks to Shark.
“Tak adalah, aku saja je ajak kau tengok cerita
ni. In case kalau balik asrama nanti, kalau diorang tanya kenapa mata kau terjojol
keluar macam zombie ni, kau boleh cakap kau sedih tengok Rapunzel kena seksa
sampai kau nangis macam ni. And yet, they’ll understand and think yang kau ni
sangatlah kebudak-budakan.”
“Tudia, sempat lagi mengutuk aku.”
Shark ketawa besar.
“Pandailah cakap. Kalau kau pandai cakap macam ni
masa dalam kelas Pak Lah tak adalah kau kena maki hamun dengan dia
selalu. Kan? Kan? Kan?” Aku menayang muka gedik di hadapannya.
“Ada rasa nak penampar tak?” marah Shark dan aku
ketawa galak.
Aku makin okey…
Better in time…
Okey, berbalik kepada cerita tadi. Pak Lah adalah
guru Matematik kelas kami.
Namanya bukan Abdullah, Nasrullah mahupun Hasbullah
malah tak ada kena mengena dengan perkataan ‘Lah’ pun.
Namanya Ridzuan bin Lah.
Yang Shark anti sangat tu adalah tenntang perangai
Pak Lah yang bagiku agak spastik sikit dan spastik banyak bagi Shark. Selalu je
aim Shark kerana gadis itu tak pernahnya nak siapkan kerja rumah Matematik
apatah lagi nak hantarkan padanya.
Shark pun satu.
Bila aku atau Rain atau Hanna bertanya, jawapannya
cuma satu.
“Aku tak minat Mathlah. Aku minat Addmath. Plus, aku
tak minat Pak Lah jugak.” Dan Shark akhirnya akan ketawa dengan jawapannya.
Saat itu aku merasakan yang Shark memang manusia
yang pelik. Aku bagaikan nak histeria setiap kali menyiapkan soalan
Addmath, Shark boleh je siapkannya sambil menikmati cikedis(aku tak pasti ejaan
yang betul,tapi faham jelah cikedis adalah sejenis keropok.) dengan tangan
kiri(Shark memang tidak senonoh) sewaktu Cikgu Hazliyanti tengah mengajar Sejarah
di depan.
Gila tak gila? Aku selalu nampak ‘kejadian’ seperti
itu beberapa kali ketika memusingkan kepala ke belakang tengah kelas untuk check-line.
No comments:
Post a Comment