Wednesday, July 17, 2013

BAB 9

“INAS!” Aku yang sedang menulis esei Bio terlepas pen di tangan.

 Budak Rain ni…

Aku menolak sedikit meja Jepun yang kami jadikan meja belajar dalam kamar saban malam itu dan berjalan ke katilku. Mendapatkan Rain yang tergolek-golek di atas katilnya di sebelah katilku.

“Mereng call!” Dari jauh lagi dia sudah menjerit memberitahu. 

Seisi kamar menoleh memandang Rain dan aku silih berganti. Aku membesarkan bola mata padanya sebesar mungkin dan Rain terus menyusun sepuluh jari  membuat muka minta maaf. Aku menjeling sekilas sebelum N-Gage di tangannya kucapai.

Aku berlalu ke bilik seterika di sebelah kamar. Bagi Rain yang nak semua benda rasa gempak tu, bilik ini dipanggil wardrobe kerana ia menempatkan semua beg-beg bebudak kamar dan apabila ada baju yang sudah digosok untuk dipakai esoknya, akan disangkutkan dalam almari bilik ini. Malam ini ramai pulak umat di dalam kamar hinggakan aku rasa tak selesa dan tidak wajar untuk bergayut di dalam kamar.
Mereng. Gelaran untuk Aedi.

Dan ini ceritaku tentang si dia…

Aku dan Aedi sudah lebih dua tahun berkawan rapat.

Sesungguhnya aku agak malang kerana Rain tidak menyenangi Aedi bahkan mana-mana lelaki pun dalam dunia ini. Rain tidak merestui aku berkawan dengan Aedi, jadi Rain menggelar aku dan lelaki itu sebagai mereng, mabuk cinta dan banyak lagi yang aku tak sanggup nak ingat. Merasakan yang nama itu agak comel dan Aedi pun tak marah apabila mengetahuinyai, aku simpan nombor telefonnya dengan nama Mereng.

Dan setiap kali bila aktiviti ‘menconteng -ketika –guru-mengajar’ku menggila, nama itu je yang aku contengkan. Haila,biasalah tengah mabuk…

 “Helo.”Aku separa berbisik memulakan bicara. Sedaya  upaya aku mengawal nada agar keterujaan itu tidak keterlaluan di pendengarannya. Selalu juga kami di talian begini. Dua jam di talian itu perkara biasa bagi kami berdua. Selagi tak panas telinga atau pun pekak kedua-du belah telinga, salah seorang takkan minta untuk letak telefon pun.

Aedi yang tua dua tahun daripadaku baru memasuki sebuah universiti terkemuka di Johor. Awal pemergiannya ke Johor dahulu, aku macam orang mati laki dan banyak mendiamkan diri kerana Aedi masih tidak stabil di tempat baru, banyak yang perlu diuruskannya hingga tiada masa untuk menguruskan perasaanku.

Mak yang perasan hal ini turut menegur,

“Apa kena kau ni? Makan pun macam orang letak ubat je dalam nasi tu.”

Dan Abang Sham yang celupar pasti menyampuk,

“Boyfriend dia lari pergi Johor,mak.”

Gila! Aku menyumpah seranah Abang Sham dalam hati. Betul dia tahu aku ada teman lelaki? Main tembak je mangkuk tu, dahlah tepat pula tu.

“Eh, mulut tu jaga okey.Dasar lelaki tinggi. Nak tembus langit dah kau ni tau tak. Stop growing la, Abang Sham.”

“Helo,sayang! Dah lepas ke mana tu?” Suara di hujung talian menampar gegendang telingaku.Aku tersedar dan tersenyum sendiri.

“Ya, ya. Aku ada kat sini. Jangan panggil macam itulah. Aku geli ketiak.”

“Panggil apa?” Sengaja nak menyempitkan akallah tu…

“Panggil aku dengan panggilan macam itulah.”

“Macam mana tu sayang?”

“Sayang.” Aku melunakkan suara untuk memberitahunya.

“Ye…” Dia separa bernyanyi.

Memang tak sakit hati…

“Maaf,maaf.” Dia mengekek ketawa dulu sebelum meminta maaf. Dah rasa aura membunuh aku agaknya budak Aedi ni…

 “Nicho, jom jumpa. Esok kau ada masa tak?” Aku memperbetulkan duduk mendengar bicara seriusnya.

Nak jumpa? NAK JUMPA?

“Tadi cakap ada dekat Johor. Aci dekat sangatlah Johor dengan Kedah tu kan?” Aku memerlinya dan dia ketawa.

“12 jaaam.”

Aku meniru suara jurucakap iklan ubat batuk dan kahak jenama Mucinex yang selalu muncul di TV. Dan dia ketawa lagi. Bak kata Aedi dulu, aku pakar dalam mengingati iklan-iklan di TV.

“Mungkin 24 jam kalau naik kereta api?”

“Ya?”

“Entah, agak je. Tak pernah cuba lagi.”

“Lah, apasal tak cuba? Bosanlah naik bas je memanjang.”

“Tunggu kau datang study sinilah. Nanti kita balik sama-sama naik kereta api.”

Aku menelan liur. Indahnya angan-angan, aku belum pun SPM lagi.

“Nicho…”

“Yep?”

“Nak jumpa tak?”

Menyedari yang soalannya masih belum kujawab, aku berdehem seketika. Nicho, panggilan yang Aedi berikan untukku. Satu ketika dulu, di radio terkenal dengan drama radio yang wataknya seekor kura-kura dengan nama Niko. Merasakan nama itu sesuai denganku, Aedi memanggil aku Niko tapi dicantikkan ejaan menjadi Nicho.Katanya,

“Kau selalu lambat balas SMS aku,selalu lambat angkat call aku,selalu lambat datang jumpa aku. Selalu jugak lambat buat keputusan. Dah sesuai sangatlah kau dengan sifat kura-kura tuu.”

Ah,sudah! Kenakalan tak dapat dibendung betullah budak Aedi ni.

“Panggillah, kan muka aku ada iras-iras Nicholas Saputra versi perempuan.”

Tidak menunggu lama, Aedi mengetuk kepalaku dengan capnya suatu ketika dulu kami di perpustakaan.
“Rain yang cakaplah. Aduh!” Aku mengaduh kecil diperlakukan sedemikian.

Saat itu, aku terbayangkan figura tinggi lampai  Abang Sham dengan rambut kerintingnya. Abang Sham yang seperti Nicholas Saputra. Dan aku sebagai adiknya ini, adalah iras-iras kot.

Pada masa itu, kami hanya rapat. Tak terbit sedikit perasaan pun dalam hati kami. Dia selesa denganku kerana dia boleh je nak cerita tentang minat mendalamnya terhadap Chelsea walaupun aku tak tengok sangat bola. Dia selesa bila bila dia perlukan aku, aku ada je walaupun bila aku perlukan dia, terkadang dia sibuk tengok bola.

Hah, aku ini Inas budak tingkatan lima ke yang tengah cuba bercakap tentang pengorbanan cinta monyet? Haha.

“Aku kat Alor Setar sekarang. Tengah makan chicken chop kat Starwalk ni. Nak? Aku hantarkan.”
“Bengong. Kau ingat mandat kau besar sangat nak dapat masuk asrama perempuan sesuka hati?” marahku. Dia ketawa.

“Kau balik rumah ni cuti ke? Berapa lama? Ke kau lari tak tahan tinggal kat sana?” sindirku.
“Ek ena, betullah cuti. Kau nampak aku main-main ke?”

“Mana aku nampak kau main-main ke tak…”

“Jomlah jumpa. Esok, dekat mana-mana jelah,” ajaknya tanpa mempedulikan gurauanku tadi dan aku sudah separa setuju dengan pujukannya.

Apa nak buat . Aku insan yang lemah…

“Di…” Dia ketawa lagi, tahu yang aku tengah berbelah-bahagi.

“Kenapa gelak?” Aku bertanya kerana setiap yang keluar dari mulutku diketawakannya.

“You’re suck at telling jokes,” ujarnya menyanyikan lagu According to You milik Orianthi.

Dia ketawakan aku kerana tak pandai buat lawak? Mereng…

“Boleh tak ni?” tanyanya lagi,berbalik kepada perkara yang kami tinggalkan sebentar tadi. Aku diam seketika mencongak sendiri ajakannya. “Kita jumpa kejap je. Aku ada benda nak beritahu kau. Lusa aku dah balik .”

“Kau tak pergi solat Jumaat esok?” Aku menduganya.

“Itu hal aku. Esok lepas Jumaat, kat mana kaulah tentukan,” ujar Aedi tegas sampai kaget aku jadinya.
“Okey.” Itu je yang mampu kau tuturkan kerana kaget yang masih bersisa.

“Okey, apa-apa nanti text aku lain. Bye.”

Klik!

Ai, macam tu je? Hmm…

Esok Jumaat. Ya,apa masalah dengan hari Jumaat? Masalahnya ialah bebudak asrama outing pada hari Jumaat. Jadi, aku nak pergi mana yang orang tak boleh jumpa? Atau dalam kata lain, nak pergi mana yang SS tak boleh tangkap aku.

Oh,ya! SS ialah singkatan kepada Sir Shakir. SS untuk Syok Sendiri pun boleh jugak,sebab dia memang macam tu pun.

Tapi Alor Setar ni bukan Hutan Simpan Belum ataupun pedalaman Sarawak. Alor Setar ni ciput je. 
Lubang mana yang orang tua tu tak boleh nak korek budak-budak dia dating?

Pening.

Aku sebenarnya ingin sejuta kali setuju untuk berjumpa Aedi memandangkan kami jarang sekali berjumpa.

Pertama kali jumpa adalah ketika di tingkatan empat. Aedi datang menyaksikan pertandingan kawad kaki yang aku sertai di kompleks sukan negeri. Beriya aku melarang mak dan abah datang walaupun pertandingan ini di peringkat MSSD. Pasukan kami kalah awal namun tak dibenarkan balik kerana perlu menunggu untuk acara penutup pada sebelah petangnya pula menyebabkan aku ada banyak masa untuk lepak dengan Aedi di situ. Tak banyak yang kami bualkan. Hanya sedikit tentang pengalamanku dalam kawad kaki dan persiapannya untuk ke matrikulasi. Masing-masing pulang setelah berjanji untuk meneruskan hubungan ini. Bermulalah babak poyo dalam hidupku saat itu…

Tidak berapa lama selepas itu bertemu lagi di Village Mall, dia seorang dan aku pula bersama rombongan budak asrama TingkatanEmpat. Itu pertemuan kedua kami dan ada beberapa lagi pertemuan selepas itu tapi hanya kami berdua. Dah berani sikit dah lepak di perpustakaan habiskan masa mengulangkaji untuk peperiksaan pertengahanku yang beberapa bulan sahaja lagi masa itu dan dia pula menemaniku belajar sementara menghitung hai untuk memulakan hidup baru di matriks.

Dan selepas itu tiada lagi pertemuan antara kami memandangkan aku sudah menginjak ke Tingkatan Lima dan dia menjejak menara gading. Dan peluang untuk berjumpanya datang lagi.Patutkah aku lepaskan? Mestilah tak kan…

Tiba-tiba terdengar bunyi orang tersepak sesuatu. Aku yang merehatkan punggung di atas beg-beg roda yang bersusun di situ terus bangun dan keluar dari bilik seterika yang tak ubah macam sarang tikus. Aku bukannya berani sangat pun…

Rain dan Hanna!

Budak-budak ni la…

“Woi,mengintip aku ya?” sergahku yang membelakangi mereka yang berura-ura mahu lari setelah tertangkap mengendap gadis sepertiku.Heh?

Rain dan Hanna memusingkan badan mengadapku. Rain mengangkat muka dan tersengih manakala Hanna menekup mulut menahan diri daripada melatah.

“Tak payah nak sengih sangatlah…” Aku tayang muka serius.

“Ampun, Puteri Kawah Bulan,” ujar budak berdua itu serentak.

Tak guna…

Aku menjeling maut.

Sebenarnya tak adalah marah mana pun. Kerana semua benda pun mereka dah tahu, dah kenal dan faham dengan diri dan hidup aku lebih-lebih lagi Rain yang berjiran denganku. Hanna yang kuat megusik, Rain stalker terhandal dan Shark yang kalut dan cepat melatah. Haru aku dibuatnya dengan budak bertiga ini.Lagi haru kalau Shark turut menjadi penghuni asrama. Gabungan keempat-empat kami pastinya mencetuskan masalah besar di asrama hingga mungkin Sir Shakir berasa nak meletakkan jawatannya kerana tak tahan menguruskan kami.

Aku dengan Rain pernah je blackoutkan satu asrama kerana nak menyakat bebudak junior Tingkatan 1 yang baru masuk.Itu masa kitorang Tingkatan Dua…Bayangkan apa yang kami boleh lakukan bila dah jadi bapak segala senior sekarang ni…haha.

Aku kembali ke katil. Buku rujukan Biologi yang aku tinggalkan di penjuru katil sejak petang tadi kutenung bagai nak tembus. Tak daya nak selak apatah lagi baca dan hafal apa jua yang ada dalam buku setebal bantal tidurku itu.

“Apasal kau ni? Muka tu elok sikit je daripada rupa lempeng mak aku.” Hanna menegur.Dia dan Rain kini menempek di katilku.

“Yang dah basi ke yang belum basi?” Rain menokok. Aku memukul Rain dengan buku Biologi tadi. Bengong…

“Dia cakap apa dengan kau tadi?” tanya Rain yang masih lagi mengaduh tak sudah. Pukul sikit je,mengaduhnya sampai setahun.

“Kau ni sibuklah. Katil sendiri ada tak nak duduk,” marah Hanna pada Rain.

“Biarlah.”

Aku memandang kedua-dua sahabat baikku yang saling bertolakan. Kalau momentum ini dikekalkan selama sepuluh minit lagi, katilku yang tua ini pasti runtuh. Dan aku dah tentu-tentunya akan menghalau Hanna balik ke kamarnya semula. Manakala Rain akan kucampakkan di katil bahagian atas untuk tidur dengan junior Tingkatan Satu. Hukuman untuk sesiapa yang membuat onar di atas katilku…

“Aedi nak jumpa…” Aku bersuara perlahan.

Aksi tolak-menolak itu mati serta merta.

“Bila?”

“Kat mana?”

Rain dan Hanna serentak bertanya. Aku menggeleng kepala tanpa sebab.

Hah, sudah. Dua-dua pun sama kepochi.

Diam seketika.

“Apa yang serabut sangat? Jumpa jelah.” Rain memecah sunyi.

Aku mengeluh lalu bangun menuju ke lokerku di tepi katil. Aku mula memilih buku yang akan kubawa ke sekolah esok.

“Nak kemas buku nak ke mana tu? Esok cuti,”kata Hanna. Aku jadi malu sendiri apabila mengenangkan ada dua pasang mata sedang memerhatikan kelakuanku.

“Angau sampai hari pun dah lupa,” tokok Hanna lagi.

“Aku takut kena tangkap dengan Sir. Dia tu dahlah banyak mata kat pekan. Nanti tak pasal-pasal kena buang hostel, lagi teruk kalau kena buang sekolah ke…”

“Well, kena buang hostel is amazing, kena buang sekolah tu yang annoying.” Hanna memberikan pandangannya.

“Tengkorak kau amazing. Beritahu aku part mana yang menakjubkan tentang buang asrama?” tukas Rain tak setuju dengan Hanna.

“Iyalah, tak payah susah-susah bangun awal pagi berebut shower dengan junior. Lagi…emm, boleh makan makanan yang mak kau masak.” Hanna menjawab.

“Duduk luar lagi kena bangun awal tahu tak.Nak hambat traffic light kat luar tu. Jalan ke rumah kau dahlah jalan hantu traffic light. Duduk asrama ni rentas padang je dah jumpa kelas.Kan senang hidup.” Rain makin rancak mengeluarkan faktanya.

Dah keluar dah aura peguam tu…

Aku memandang bosan kedua-dua sahabatku yang sedang bertelagah ini . Aku mencapai dan meniliti jam di skrin telefon bimbitku itu.

10.45 malam. Patutlah junior-junior mula memenuhi ruang kamar dan mencetuskan susasana bising lagi. Asal balik prep je bising. Memang nak kena la korang ni budak-budak. Tungguah masa meeting nanti.

Esei Bio aku yang tinggal separuh itu memang dah payah dah nak sambung kalau bising macam ni. Aku tengok je dua tiga orang junior beberapa kali terlanggar meja Jepun milikku yang terletak di tengah-tengah kamar. Kalau jatuh barabg-barang aku memang siaplah budak-budak ni. Waktu itu jugak aku torture diorang. Haha, aku senior yang garang dan kejam…apa nak buat, sifat semula jadi kerana aku tak pernak jaga dan manjakan adik.In fact, aku tak nak ada adik pun.

“Apasal kau suka pangkah aku,hah?”

Hanna tiba-tiba je…

“Kau yang bagi idea tak bernas,macam mana aku nak terima?”

Suara-suara sumbang itu kedengaran lagi.Haila…

“Habis kau seorang jelah yang makan beras BERNAS?....”

Apa pulak kau merepek ni budak Hanna oiiii….

“…idea kau jelah yang bernas,semua orang kena terima idea kau jelah ye?”

“Taklah,kau ni…”marah Rain.

Junior-junior yang lalu lalang untuk ke katil mereka antara berani dengan tidak sesekali membuang pandang ke arah kami.

Aku yang malu mengambil keputusan untuk diamkan diri dan menyorok saja di balik baju sekolah yang kupakai siang tadi yang disangkut di palang katil.

Dua minit berbuat demikian,aku memanggungkan kepala. Tak tahan bau busuk bajuku sendiri. Menyedari yang pertengkaran ini takkan berakhir dengan mudah apabila BERNAS segala bagai dah keluar, aku mengambil keutusan untuk menghentikan mereka.

“Rain! Hanna! Stop it lah, stupid!” marahku.

Rain dan Hanna membuntangkan mata memandangku. Aku selamba membalas pandangan maut mereka.
“Dia kata apa, Hanna?” Mereka saling memandang untuk dua saat sebelum menerkamku dan berpura-pura seperti mahu mencekik dan menggeletekku.

“Hoi, apa ni?” Aku menjerit lagi,” Mak, tolong!”

“Mana ada mak kau kat sini.” Hanna memegang tanganku yang meronta-ronta atas katil.
“Mak tiri ada kat sini. Dua orang.”

Mendengarkan perkataan ‘mak tiri’,aku kuatkan kudrat untuk meloloskan diri. Aku berlari keuar dari kamar.

“Kaulah, sebut mak tiri tu kenapa?” marah Hanna.

“Habis, korang sebut mak.Aku terrr…” Rain tak mahu mengalah.

“Tengok tu, dah salah tak mahu mengaku lagi.”

Aku masih mendengar di balik pintu kamar…

AKU masuk semula ke kamar dua kemudian setelah aku lega,setelah suara junior tak lagi kedengaran. Rain dan Hanna di katilku, masih menunggu agaknya.

“Inas, kami mintak…”

“Aku maafkan.”

“Kami terkeluar…”

“Aku tahu.”

“Kami tak patut…”

“…cakap macam tu? Tak apa.”

“Kami…”

Oh,shut up…and think , macam mana aku nak jumpa dia esok. Atau tak payah pergi jumpa?” Aku senyum segaris, ikhlas untuk melegakan perasaan bersalah mereka.

“Inas, kau jumpa je dia.” Hanna kembali ceria.

“Yelah tapi macam mana? Kat mana?” tukasku.

“Mintak tolong Shark hantarkanlah. Kat mana? Taman Jubli Emas mungkin,” cadang Rain.

“Kekadang otak kau ni boleh pakai jugak kan. Thanks,sayang.” Aku mencium pipinya.

“Hoi,jangan ciumlah!”marah Rain.

Aku dan Hanna gelak besar.

Cepat je tanganku mencapai N-Gage, menghantar pesanan pada Shark. Dan cepat pula dia membalas,

-Aku tada hal. Kau jgn lambat sudaa…

“Yes.!”

“Macam mana? Shark kata apa?” Serentak Rain dan Hanna bertanya.

-Thanks Shark. Jerung-jerung kau pun baik hati jugak ye=D

-Hoi, jerung-jerung kau jgn main eh. Aku tak hantar baru tahu.

Aku tersenyum membaca mesej Shark.


No comments:

Post a Comment