Wednesday, July 17, 2013

BAB 10

“BUDAK tu dah sampai ke, Inas? Janji pukul berapa ni?” Shark mengajukan soalan yang sama kepadaku buat kesekian kalinya sejak kami sampai di sini. Aku hanya menjungkitkan bahu. Mataku melingas memandang sekeliling.

Shark menungkat skuter dan duduk di atasnya.

“Apasal pilih Taman Jubli Emas?” tanya Shark lagi. Aku kalih dan pandanganku jatuh pada wajah keanak-anakan milik Shark.

“Entah. Cadangan Rain. Bila aku tanya Mereng dia cakap okey je, dekat dengan rumah dia.”

“Lah, kalau macam tu dekat jugaklah dengan rumah aku. Belakang tu je, rumah cat kuning sebalik pokok kelapa tu. Nampak tak?” Shark teruja. Aku tersenyum sambil mataku tertumpu pada sebuah rumah di celah pokok kelapa.Shark adalah kawan karibku, namun ironiknya aku sampai sekarang tidak tahu rumah. Aku tahu alamatnya, tapi tak pernah pulak sampai ke rumahnya.

“Rumah tu bina atas tanah bendang?”

“Yup, abah aku yang reka sendiri.”

“Ayah kau arkitek?” Aku makin kagum. Sungguh la budak Shark ni banyak sangat berahsia dengan kami bertiga. Sebagai kawan karib perkara-perkara asas seperti pekerjaan bapa pastinya kami tahu tapi tidak untuk kes Shark.

“Taklah, abah aku cuma pelukis plan. Kerja dia lebih kurang arkitek jugak tapi gaji abah aku ciput jela berbanding arkitek.”

Aku ketawa lembut.

Teringat bapak Mereng juga seorang pelukis plan, bakal bapak mertua aku tu…

Ya Allah, bapak gedik aku ini…

“Orang kampong kau kot Mereng tu weh.” Aku tiba-tiba teringat Mereng.

“Haa, mungkin.”

Kami ketawa.

“Eh, aku balik rumah kejap. Nanti aku datang balik, call aku bila kau dah puas dating,” usiknya. Aku hanya mengangguk walaupun setelah Shark berlalu dari situ.

Aku memandang kosong padang di hadapanku ini.  Fikiranku kosong tatkala ini tapi itu tak lama kerana ada suara orang memberi salam menyapa telingaku.

“Waalaikumussalam.” Aku mendongak mendapatkan suara itu.

Aedi. Aku senyum segaris padanya.

“Duduklah.” Aku menginjak ke kiri sedikit memberinya ruang untuk duduk.

“Datang seorang?”

“Hmm.”

“Tu skuter?”

“Hmm.”

“Tak ada perkataan lain ke selain ‘hmm’? Sakit gigi ke?”

Dia ketawa kecil.

“Baru lepas solat Jumaat kan, mood insaf tu ada lagi. Bukan sakit gigi…”

Aku ketawa kecil.

“Pun boleh, bang.”

“Apa? Lagi sekali, tak dengar.”

Oh,my…he’s flirting!

“Eh,jom makan apa-apa. Aiskrim nak? Tak pun burger. Kat mak cik hujung tu pun sedap jugak. Aku dah pernah rasa. Jom!”

Melihat Aedi yang membatu, aku bingkas bangun.

“Nicho, duduk dulu.” Aedi pantas menyambar tanganku.

Aku kaget. Bergetar seluruh tubuh bagaikan terkena renjatan elektrik yang membelit badan.
Peh, ayat…tapi tak tipu, itu yang aku rasa sekarang. Aku bingkas duduk, tak berani nak pandang mukanya pun kerana sedari tadi dia asyik merenungku! Perasaan asing ini tak patut aku layankan. Astaga…

“Err, maaf. Tak sengaja.” Setelah sekian lama baru dia melepaskan tanganku. Peliknya, aku sendiri tak berusaha pun untuk meleraikan pegangannya.

Okey, aku dah disampuk hantu cinta.

Oh,my…ayat.

 “Tak apa. Kau dah makan ke sebelum datang sini? Ingatkan nak ajak makan-makan dan kita lepak sampai petang ke…”

“Nicho.”

“…oh,aku lupa. Kau suka makan tengah hari dulu sebelum pergi Jumaat.”

“Nicho.”

“Hmm, ya…kenapa buat muka ketat ni? Macam nak terberak …”A ku lantas ketawa besar dengan jenaka sendiri sedangkan Aedi tidak. Wajahnya tetap sama seperti tadi malah munkin lebih tegang lagi.

“Kenapa?” Aku mulai serius.

“Aku ada benda nak beritahu kau.”

“Tentang apa?”

“Penting.”

“Hai, tak payah nak suspens sangatlah pak cik. Apa bendanya?”

“Tentang ini…” Aedi menghulurkan Blackberry hitamnya padaku.

Baru hari itu mengaku padaku poketnya sudah kering. Blackberry ini baru lagi rasanya kerana selama ini Aedi menggunakan Sony Ericson Spiro.
Salah guna duit PTPTNlah ni….

Awal-awal lagi Aedi sudah membuka satu folder buatku. Terpampang gambar seorang perempuan di dada Blackberry itu. Aku mengamati imej itu dan wajah sugul Aedi silih berganti. Perempuan itu tidak bertudung,cantik. Ayu. Manis. Bak model. Bak pramugari.

Bak mak aku masa muda dulu. Heh?

Apa lagi yang aku boleh katakan?

Aku menekan punat sebelah kiri. Slaid setrusnya memaparkan gambar Aedi dan perempuan itu bersama rakan-rakan kelas mereka mungkin.

Lagi. Gambar perempuan itu berlatar belakangnkan papan putih, mungkin di dalam kelas.

Lagi. Gambar-gambar yang lebih kurang sama seperti gambar sebelumnya sehinggalah aku tertatap gambar mereka berdua bergandingan tangan. Okey, muka aku dah lain ketika ini.

Aku mengangkat muka dan memandang Aedi dengan muka minta penjelasan. Memang ianya sudah jelas, terang lagikan bersuluh tapi lebih baiklah Aedi yang sahkan sendiri. Aku tengah bersedia.


“Jadi?” Melihat Aedi masih enggan bersuara, aku memberanikan diri menentang pandangannya.

No comments:

Post a Comment