TEACHER Noni melangkah masuk dengan gaya biasanya.
Seperti biasa tudung satin kosong yang selalunya berwarna striking dipinkan satu di bawah tengkuk. Kedua-dua hujung tudung
itu pula dibawakan ke tengkuk dan diikat di sebelah dalamnya.
“Kenapa
korang ada dalam kelas? Sekarang masa apa? Free
ke?” Nisah memandangku dengan wajah takut.
Aku sendiri bukanlah takut padanya.Cuma aku tak suka
bila setiap kali ada kes mulutnya akan bising dan menarik perhatian orang lain
dan satu sekolah akan kecoh dan aku membenci perkara seperti itu jadi pada
diriku.
“Waktu
Fizik.” Nisah akhirnya menjawab.
“Err,
Nisah sakit perut. Saya temankan.”
Seperti biasa juga, Teacher Noni akan menjelingku
sebelum memberikan senyuman mautnya itu.
Seketika bebudak 5 Naquib menyerang kelas dengan
suara lagak tebuan. Bila saja terpandangkan Teacher Noni di meja guru di depan
kelas,hening terus jadinya. Masing-masing kecut dengan guru yang memang
terkenal dengan sifat garangnya itu.
Semua diam balik ke tempat masing-masing sambil
mengilik fail Fizik.
“Jumaat
ni lepas tuisyen pergi mana wey?”
“McD!”
“Apa
kelas…wayang aa.”
Suara-suara sumbang kedengaran dari luar kelas
sedangkan kami sudah menikus di tempat masing-masing.
“Opocot
mak hang hantu wayang!” Famihah melatah apabila terpandangkan Teacher Noni yang
sudah pun tercongok di muka pintu menanti mereka masuk. Guru yang berusia awal
40-an itu tersenyum sinis memandang seorang demi seorang daripada geng kepoci
itu.
“Hantu
wayang? Dah tahu lambat melengggangnya tuu…mengalahkan aku masa muda. Masuk
cepat sikit!” Teacher Noni menjegilkan mata pada Diana. Seisi kelas ketawa
apabila melihat Diana menikus ke tempatnya.
Haa,kan dah kena…
P&P diteruskan apabila semua orang sudah masuk
dan sesudah Teacher Noni memberi tazkirah ringkas yakni kononnya kelewatan kami
selama 15 minit itu telah mengganggu jadual pengajarannya dan banyak lagi. Aku
tak memberi tumpuan sangat sebaliknya asyik melihat segerombolan budak
Tingkatan 3 yang lalu di sebelah kelas kami untuk ke Makmal Sains mereka di
tingkat bawah bangunan yang sama dengan bangunan makmal Tingkatan 5.
“Syafienas!”
Teacher Noni menyergahku dari belakang. Aku
memanggungkan kepala perlahan dan memandangnya sekilas.
“Cepatnya
sampai sini dah…” Aku mengomel perlahan.
Baru tadi aku rasa dia berdiri di tepi meja
bahiyah yang duduk paling hadapan di dalam kelas. Tup-tup dah sampai ke mejaku
yang paling belakang ini.
“Syafienas.”
“Ya…”
“Macam
mana kamu buat graf quadratic? Apa yang kembung sana sini ni?” Dia memekik di
telingaku. Astaga…
“Syafienas!”
Dia kemudia ketawa. Aku tahu kawan-kawan kelasku tengah mencuri-curi pandang ke
arahku.
“Now, listen class! Tengok sini.” Teacher
Noni menjulang buku grafku setinggi alam.
“Ini…BUKAN
graf quadratic. Ini…jangan kata
betul, rupa pun tak ada langsung. Oh my
god.Syafienas! Ini…graf hantu tetek punya tetek kalau macam ni.” Dia
mengetap bibir, seolah-olah geram sangat dah denganku. Aku mengerutkan dahi
menahan rasa di tempatku.
Teacher Noni menggeleng-gelengkan kepala
berkali-kali sementara seisi kelas mentertawakanku.
Aku terkial-kial menyelak buku rujukan Syasya
mencari entah apa aku sendiri tidak tahu. Hendak duduk saja, paling tidak kena
maki lagi. Jadi aku berpura-pura mencari solution untuk soalan tadi. Bala betul
bila buku rujukanku sendiri tertinggal di rumah.
“Syafienas.”
Dia memandangku dan Syasya silih berganti.
“Ini
buku siapa? Kamu atau dia?” Dia bertanya pada Syasya. Syasya pula teragak-agak
nak mengaku.
“Buku
kamu mana?”
“Tak
ada.”
Bodoh, jawablah tertinggal…
“Syafienas,
ayah kamu ni kerja apa?”
Aku nganga di situ.
“Berdiri.
Berdiri!”
Makin teruk pulak…
“Saya
tanya ayah kamu kerja apa?”
“Teacher
tak payahlah tahu.” Aku menjulingkan mata ke luar tingkap.
“Pemabris
pinjam, buku rujukan kongsi, kamu ni tak berduit sangat ke? Mak bapak kamu
kerja apa?” Dia menengking di telingaku.
“Penting
sangat ke mak bapak kerja apa? Teacher tak perlu tahulah.” Aku menggumam
perlahan.
Pang!!
“Adus!”
Satu suara halus di balik tingkap menampan telingaku . Aku memanggungkan
kepala.
Rain! Bodoh, apasal kau mengendap?
“Bertahan
wey, bertahan.” Suara Rain perlahan namun masih aku dengari.
Aku ketawa sinis.
“Kau
blah dulu,” balasku.
“Kenapa
ketawa? Now tell me ayah dan mak mak
kamu kerja apa?”
Saat ini kelas sunyi sepi. Sekali dengan kelas
sebelah juga sunyi, pasinya mendengar suara Teacher Noni dan mereka juga tidak
berani nak bergerak pun bila wanita itu sudah naik hantunya.
Huh? Teacher Noni tak sudah-sudah dengan kerja mak
bapak. Balik-balik itu yang dia tanya. Bukannya nak tanya part mana yang dalam
subjek ini yang aku tak faham atau apa.
“Teacher,
kerja mak bapak saya ada kena mengena ke dengan Addmath? Kalau bapak saya kuli
kenapa? Saya tak boleh duduk belajar sini lagi? Kalau bapak saya menteri
cabinet teacher nak layan saya macam mana pulak ya?”
“Kamu
jangan kurang ajar.” Dia berura-ura mahu menampar aku sekali lagi namun aku
sempat mencengkam tangannya.
“Ya,
saya kurang ajar dengan orang yang kurang ajar. Adil bukan? Saya tak pandai
pilih kasih.”
Teacher Noni diam namun matanya memang nampak
sangat macam nak telan aku hidup-hidup.
“Sudahlah
teacher.” Aku keluar dari kelas dan memaki diri sendiri kerana mulut langsung
tak bertapis tadi sedangkan aku masih banyak masa lagi hendak mengadap mukanya.
Lapar pulak…haha.
Kakiku menapak ke kafeteria. Jam waktu itu
menunjukkan pukul 12.15.
Ada aku kisah?
No comments:
Post a Comment