Tuesday, July 9, 2013

BAB 6

I always needed time on my own
            I never though I’d need you there when I cry
            And the day feels like years when I’m alone
            And the bed where you lie is made up on your side

Aku memeluk kocek baju kurungku mencari-cari MP3. Nisah datang sewaktu aku berura-ura mahu menukar lagu lain. Aku mengerlingnya sekilas.

Kelas kosong.

Sekarang ialah waktu Fizik dan bebudak 5 Naquib semuanya menghilang ke Makmal Fizik 3 di tingkat 3 bangunan sebelah. Tinggal aku dan Nisah yang masih membusuk di dalam kelas. Tadi selepas tamat waktu matematik dan Cikgu Aza beransur keluar dari kelas, aku terus berpura-pura tidur supaya kawan-kawanku tidak mengajakku ke makmal atau pun dalam kata sebenar sibuk bertanya kenapa aku masih tidak mengemas barang untuk ke makmal. 

Taktik ini sudah lama aku gunakan dan rasanya budak-budak kelasku memang sudah masak dengan perangaiku yang satu ini. Kecuali Nisah, kerana setiap kali waktu Fizik memang dia akan bertanya samada aku nak meghadiri kelas Sir Ong itu atau pun tidak. Wajib dan aku sendiri tahu kenapa. Nisah pun selalu ponteng kelas Sir Ong untuk menyiapkan kerja sekolah yang tertangguh tapi takut nak buat kerja terkutuk tersebut sorang-sorang jadi dia perlukan teman untuk rasa lebih selamat. Dan orang itu sudah tentulah aku. Pelik apabila Nisah rasa selamat begitu walhal aku tak buat apa-apa pun malah selalu je kantoi ponteng.

Dan aku pula ponteng kelas Fizik sebab marahkan Sir Ong yang dengan sengaja telah memalukanku di hadapan seisi kelas pagi kelmarin. Salahku sikit je(aku rasalah…). Hanya tak siapkan tugasan Fizik, tak hantar laporan eksperimen untuk tajuk Wave yang yang kulakukan bersama seorang rakan kelasku. Temanku itu suka curi tulang tak nak buat analisis, liat nak fikir kesimpulan eksperimen malah disuruh tulis prosedur pun malas. Akhirnya aku ambil keputusan tak nak buat laporan eksperimen seorang diri untuk kesekian kalinya. Aku rela kena marah bersamanya.

Lagi, ha…aku tidak dapat jawab soalan Sir Ong yang diutarakan padaku pagi kelmarin dan membuatkan aku malu sehingga saat ini. Iyalah, yang ditanya itu berkenaan tajuk yang baru diajarnya,mestilah masih blur.

Kan?

Cerita sebenarnya adalah aku tertidur tak sedar dunia dalam makmal itu. Dan aku duduk paling hujung sebelah kanan laluan tengah makmal. Sir Ong seperti biasalah main ketuk je meja suruh orang jawab soalan.

On the spot.

Dia tak tahu ke yang aku ini kaki nervous? Haish…

Dan hari ini aku ambil keputusan untuk ponteng walau sedalam mana cinta aku pada Fizik dan walau segarang mana pun orang tua itu pada pelajar-pelajarnya.

When you walk away I count the steps that you take
Do you see how much I need you right now
When you’re gone
The pieces of my heart are missing you…

Avril Lavigne terus menjerit di telingaku.

“Inas!” Nisah menegur.

“Pergi mana tadi?”15 minit Nisah hilang dari kelas tadi dan selama itulah aku melayan MP3 sorang-sorang.

“Kelas sebelah, aku pergi tanya Addmath dekat Shifa.”

“Oh, kelas diorang tak ada cikgu ke?”

Nisah geleng.

“Teacher Rahmah MC hari ini. Kau dah siap Addmath?

“Dah. Lama dah.”

“Cekang gila, kau rujuk siapa?”

Aku sengih.

“Aku rujuk Aiza. Apa guna duduk sebelah kamar kalau tak merujuk dia. Kan?”

Kami ketawa. Ketawaku mati apabila melihat Nisah buat muka asam kecut. Aku menoleh ke arah pintu. Teacher Noni! Matilah…


No comments:

Post a Comment