Tuesday, July 9, 2013

BAB 5

Semalam adalah tuisyen terakhirku pada waktu cuti sekolah dan akan disambung pula dengan tuisyen hujung minggu sepanjang aku di tingkatan lima nanti.Seminggu terakhir di TM, aku berkelakuan baik. Begitu juga Shafik. Baik aku mahupun Shafik tidak ponteng mana-mana sesi kelas pun. Kehadiran penuh untuk pagi dan petang dan biasanya Shafik akan keluar awal sepuluh minit sebelum kelas berakhir dan aku pula hanya main-main untuk sepuluh minit terakhir itu,tapi tidak untuk minggu terakhir ini.

Jujur aku katakan bila sudah sebulan lebih bersama budak kelas baru ini, aku jadi sayang pula untuk tinggalkan mereka. Kelas ini walaupun realitinya ada je budak yang datang memang otak lurus untuk belajar semata,tak bercakap dah dengan orang keliling bila masuk gear belajar,tapi masih ada spesies bising seperti Ad, budak sekolah Sultanah Bahiyah. Dengan Wanie budak sekolah Convent pun memang boleh dibuat kawan sangat dah. 

Budak lelaki lagilah, bising je semedang. Taufik, Arif dan Naim yang paling kuat bersorak bila aku dan Shafik masuk ke kelas, kuat juga menyakat budak-budak perempuan dalam kelas ini. Sebahagian pelajar dari kelas ini turut memasuki kelas yang sama denganku seperti Kimia dan Fizik. Rata-rata pelajar hanya mengikut pakej yang ditawarkan dan sebenarnya itu menguntungkan pihak TM yang menggalakkan ibu bapa seperti abah untuk mendaftar lebih banyak subjek di pusat tuisyen mereka.

Biasalah otak pengetua cabuk memang hanya tahu nak sumbat anak ke kelas tuisyen banyak-banyak.

Mak?

Heh, mak hanya sokong je semua kata-kata abah. Mak lebih fikirkan hal dia hendak naik pangkat dan sibuk kursus sana-sini untuk tujuan itu. Mujurlah abah dah jadi pengetua, dah tak boleh naik pangkat lagi dah. Kalau ada pun,mungkin akan ditukarkan ke sekolah lain sebagai pengetua juga.

Tak pun, diserap masuk ke dalam PPD.

Tapi, aku yakin abah takkan tinggalkan sekolah kerana dia cintakan mengajar. Tengoklah, bila dah jadi pengetua pun, dia masih lagi mengajar subjek Bahasa Inggeris untuk pelajar Tingkatan Empat.

Sebetulnya abah hendakkan pelajar Tingkatan Lima di bawah pemerhatiannya, tapi setelah dinasihati beberapa kali dan akur dengan kesibukan sebagai pengetua, abah akhirnya diberi tanggungjawab memegang kelas Tingkatan Empat.

Aku akan rindu budak-budak kelas ini!

Tapi sekurang-kurangnya syukur juga aku bukan tuisyen dengan Shafik lagi.


MAK menghantarku petang Sabtu itu betul-betul di hadapan pintu pagar utama asrama. Aku turun memunggah bagasiku yang dua biji kesemuanya dan sebiji beg bimbit Outdoors. Puas sudah aku diusik oleh Abang Sham tadi. Katanya aku ingin berpindah terus dan tak mahu balik rumah lagi kerana tahu abah ingin kahwin lagi seorang.

Sengal punya abang.

Mak turut menolongku membawa masuk barang-barang hingga ke kamar. Kamar baruku kali ini di tingkat atas, masih lagi di blok yang paling hujung dalam pagar asrama ini.

“Dia memang nak suruh Adik exerciselah tu.” Mak selamba berkata bila aku merungut kecil.

Mak berura-ura meninggalkan aku setelah aku menyalaminya dan berpelukan ala kadar. Malulah, junior baru masuk tengok, secret admirer pun tengok.

“Mak, duit.” Aku menghulurkan tangan sambil sengih hingga ke telinga memandang mak penuh pengharapan.

Mak senyum menatapku dan mengeluarkan duit dari tas tangannya.

Aku menarik balik sengih panjang lebarku tadi.

“RM50 je?”

“Nanti setiap minggu mak bank-in, Adik pergi cash-out dekat Maybank atau CIMB okey. Macam tak biasa pulak.”

“Tapi belum tahu lagi boleh outing ke tak minggu ni. Kena uruskan junior yang baru masuk.”

“Oh, Adik pengawas asrama ke?”

Ai,mak ni perli pulak…

“Inas kena jadi ketua kamarlah tahun ni. Mak ni…” Mak ketawa kecil sebelum mengucup dahiku dan memelukku sekali lagi. Herot-berot jadinya tudung prep putih yang kupakai.

“Belajar rajin-rajin sayang. Mak balik dulu. Ada apa-apa telefon je nanti. Bawak handphone tak?”

“Shhhh, janganlah kuat-kuat.Nanti kalau Sir Shakir lalu dan dengar ni, matilah Inas. Inas bawak.”

Mak mencebik.

“Nak buat jahat, tapi takut-takut. Macam mana ni?”

“Okey, bye mak. Bye.Kirim salam abah dengan seorang lagi yang kat rumah tu.”

Mak ketawa sebelum menjawab salamku dan berlalu pergi.

Aku menghantar kereta mak yang sudah keluar lingkungan pagar asrama dengan pandangan malas.
Aku diberi tanggungjawab menjadi pengerusi kamar. Tiada apa yang menggembirakan sangat untuk tahun ini, malah usia je yang makin meningkat dan aku dingatkan berkali-kali oleh abah secara tidak langusung yang aku akan bersaing dengan anak lelaki kesayangan abah dalam peperiksaan SPM kali ini. Hanya yang betul-betul menggembirakan ialah aku sekamar dengan Rain.

Sekali lagi.

Dan kamar sebelah pula dihuni oleh Hanna dengan Nina. Walaupun Shark tidak duduk asrama, tak apa. Bagiku yang ada ini pun sudah cukup untuk membuat huru-hara di asrama tahun ini.Dah cukup kuota la kata kalau setakat nak membotakkan kepala ketua warden kami.Haha!

Seseorang mencubit lenganku(lebih tepat lagi mencubit lemakku) selama dua saat. Aku tahu itu kerana aku memang mengira saat dia mahu lepaskan lenganku.

Aku kalih.

Rain!

Tahu dah trade mark mengutil lengan dua minit seperti itu tidak lain tidak bukan hanya budak keras Rain inilah orangnya.

“Kau tengah fikir apa lama sangat kat sini?”

Homesick duh.”

“Jadah. Tengah fikir plan jahat tahunan ke?”

“Bolehlah.”

Kami ketawa sebelum masuk ke asrama.

“Eh, sebelum tu…” Rain menarik nafas seketika sebelum menyambung, “Mak kau macam Aida Khalidalah.Macam Prof.Muhaya pun ada jugak.”


“Apekaah??”

No comments:

Post a Comment