HARI ini
adalah hari Sabtu. Hari di mana aku sepatutnya meringkuk di pusat tuisyen itu
lagi, belajar Addmath lagi, dengan Cikgu Fauzi itu lagi. Ya, apa
masalahnya? Masalahnya ialah aku bosan nak mengulangi benda yang sama,yakni;
i: Aku akan(terpaksa)bangun awal dan bersiap-siap
untuk ke tempat tuisyen,
ii:Abah akan menghantar aku dan Shafik dengan
kereta Saga lamanya dan sementara itu aku pasti akan ‘gaduh-gaduh manja’ dengan
abah dan memalukan diri di hadapan Shafik lagi.
iii:Aku dan Shafik akan sama-sama masuk kelas dan
menerima pandangan pelik dari seisi kelas kecuali Cikgu Fauzi, kerana cikgu
Fauzi teman baik abah di universiti jadi dia tahu siapa Shafik dengan aku.
Mengeluh lagi.
Ya, sudah tiga minggu berlalu sejak
aku melakukan rutin itu. Dan aku sekarang nak mengubah takdir aku.
Ecewah.
Dan bila aku suarakan pada Hanna,
"Aku tak nak pergi tuisyen."
Dia menbalas malas,
“Apa kau merepek ni syaitaann?”
“INAS!” Abah menjengukku di bilik air. Aku tersentak apabila suara abah memecah gegendang telinga.
“Dah siap belum ni?”
“Inas tengah bilas baju ni, bah. Abah pergilah ambil
Chapek. Nanti Inas suruh Abang Sham hantarkan Inas.”
“Tak apalah kalau dah macam tu, tapi jangan sampai
tak pergi terus sudahlah.”
Amboi,tajam menusuk kalbu lata-kata abah. Macam
tahu-tahu je niat aku. Sungguhlah dengan abah satu perkara pun aku tak boleh nak
sembunyi.
Pagi ini aku bangun awal dan tidak tidur balik
selepas solat Subuh kerana hari ini giliran abah di rumah mak. Dan bila abah ada
di rumah, ini bermakna rumah ini akan bertukar kepada pemerintahan kuku besi.
Kena bangun solat Subuh berjemaah. Kena bangun
buatkan sarapan. Kena bangun tolong mak buat kerja-kerja rumah. Pendek
kata, penghuni dalam rumah ini tak boleh kalau nak tidur selepas Subuh. Itu
pantang larang Encik Sharul.
“Tidur selepas Subuh tu rezeki mahal,budak-budak,” kata
abah.
MALAM itu, aku lepak dengan Abang Sham di Jalan
Stadium bersama rakan-rakannya yang
ala-ala indie. Menikmati kuew teow kerang di gerai-gerai tepi jalan, pulak
tu ada orang belanja.
Dan menonton Bukan Bidadari di layar besar dengan
bantuan projector yang disediakan oleh gerai itu sendiri,itu sesuatu yang
jarang dapat aku lakukan.
Di asrama, kami makan berjemaah di dewan
besar. Setiap hari akan ada pengawas bertugas yang membacakan doa dan
jawatankuasa tertinggi asrama akan duduk sebaris di meja yang diletakkan di
atas pentas. Setelah selesai makan,pengawas yang bertugas sekali lagi tampil
untuk mengumumkan hari jadi asramawanis.
Oh,lame…
Kerana aku disumbat di asrama, maka hanya pada hujung minggu saja aku berpeluang buat
begini,makan di tepi jalan tanpa protokol gila yang perlu aku ikuti. Abang Sham
walaupun kadang-kadang menjengkelkan, tapi dia je pun yang selalu pedulikan aku
dengan cara yang aku suka. Hanya dia yang berada dengan aku dan faham perasaan
jengkel aku setiap kali berada di rumah. Hanya dia yang sanggup larikan aku
daripada rasa jengkel itu.
"Adik."
Aku kalih mengadap Abang Sham.
"Apa?"
"Baliklah."
"Aah,jom!"
Sampai di rumah Abang Sham masuk rumah dulu. Dia nampaknya penat sangat. Aku tak tahulah apa yang lelaki itu buat sampaikan baru pukul 10 malam dah lali.
"Baru pukul 10 dah lembik."
Abang Sham patak balik mendapatkanku. Aku buat muka selamba.
"Aku pergi memancinglah tadi. Aku drive pergi Ayer Hitam kau tahu."
"Amboi,sampai ke Ayer Hitam perginya. Apa, dekat Alor Setar ni dah kurang ikan ke? Tepi rumah pun ada."
"Diamlah."
"Kau saja-saja nak habiskan petrol kan? Kalau minyak kat Terengganu, kat Sarawak tu habis, kaulah penyumbangnya."
"Ada?"
"Ada apa?"
"Ada aku kisah?"
"Abang Sham!"
"Aku menjerit di telinganya.
"Aku ingat kau dah tak main macam tu lagi dah. Kau ni kan...memang tak membesar"
Abang Sham ketawa sambil menyanyi kecil masuk ke dalam rumah. Senang hatilah tu, dah berjaya kenakan aku. Urghh....
"SYAFIENAS..."
Abah di sofa. Di sebelahnya mak sedang khusyuk menonton televisyen seolah-olah tak sedar aku dah balik.
Aku berjalan perlahan-lahan menapak ke bilik.
"Syafienas, sini dulu."
Abah dah keluar arahan mandatori. Dan bila dia sudah memanggil nama penuh, bermakna abah tengah masuk mood seriuslah tu. Mak,tolong adik!
Abang Sham di depanku dua langkah sengih memandangku dan terus menapak ke tingkat atas.
"Shamsul Anuar sekali ya."
Aku mengetap bibir menahan tawa.
Aku dan Abang Sham duduk berdepan dengan abah. Mak hanya senyum memandang anak-anaknya yang bakal kena sembur dengan abah.
Well, mak is pretty cool bila dengan anak-anak. Mak sangat mak.
Biasalah guru kaunseling, belajar dulu pun psikologi.
Pandailah nak menangani situasi.
"Sham bawak adik pergi mana?"
Bermula dengan soalan itu, abah tidak berhenti menyoal siasat kami. Abah tahu port Abang Sham selalu lepak, abah tahu aku ponteng kelas tadi dan ikut Abang Sham melepak sampai malam, abah juga tahu siapa kawan-kawan Abang Sham.
Aku rasa seperti ditembak tanpa henti dengan M16 di ruang tamu itu. Ketika abah selesai dengan penyiasatannya dan menyuruh kami berdua masuk bilik, aku sudah pun lembik. Sumpah,aku rela tak keluar rumah daripada kena buat perang mulut dengan abah.
Tak menang punya.
Dan bila mak masuk sesi kaunseling, aku jadi sayu.
"Kawan-kawan Sham bukan jahat. Mereka ada values sebagai kawan sejati, mereka boleh jadi kawan baik Sham. Tapi fikirlah. Sampai kamu tua ke nak pergi melepak sampai tengah-tengah malam macam tu? Hari-hari buat perkara yang sama tanpa pengisian,bermakna tak hidup tu? Sham dah 21. Tak patut bawak adik pergi lepak dengan kawan-kawan macam tu."
"Sham naik dengan adik naik dulu."
Sampai di tangga teratas dan sebelum masing-masing masuk ke bilik,Abang Sham mencuit bahuku.
"Esok char kuey teow dekat Uptown nak?"Abang Sham bertanya.
Aku ketawa kecil.
No comments:
Post a Comment