BAB 3
Hari ini hari yang indah. Aku mencelikkan sebelah
mata merenung skrin lusuh N-gage. Dah pukul 8 pagi,tapi aku masih lagi dalam
selimut tebal,menutup tubuhku hingga ke kepala.
“Nikmatnya tidur. Tak nak pergi sekolah
dah…hmm.”
Aku merapatkan diri pada bantal peluk dan menggoyang-goyangkan kaki
lagak anak raja Thailand tengah beradu. Sungguh la nikmat tidur di rumah. Kalau
nak bandingkan dengan tidur di asrama yang kononnya lima bintang tu, bezanya
macam langit dengan bumi. Patut pun bebudak asrama ni pergi kelas tidur je
semedang.
Pintu bilik diketuk sejurus aku memusingkan badan
mengadap dinding bilik.
“Siapa sajalah yang ketuk sampai nak runtuh pintu
aku ni, woi.”
Aku mengerutkan dahi apabila ketukan itu tidak
mahu berhenti. Serentak selimutku ditarik lembut dan wajah Shafik terjojol di
depan mata. Aku merengus kecil.
“Kau dah kenapa,Chapek? Kau tak reti nak balik
rumah sendiri lagi ke? Kacau aku pagi-pagi ni kenapa?”
“Mabuk kau ni. Minum Brandy ya semalam? Kau sekarang
tidur kat rumah aku. Ya ampun, bangunlah anak dara!”
Bantal peluk aku pulak ditariknya dan setelah itu
tanganku pula ditariknya tapi aku sempat menepis tangannya dengan kasar.
“Apa kau ni pegang-pegang aku.” Membuntang mataku
bengang dengan perangainya.
Shafik terdiam di situ memandangku tanpa berkedip.
Aku berdecit.
“Yelah, yelah. Aku tahu kau abang. Tak payah buat
muka kesian sangat, kau blah jela.”
Ya, terkadang aku lupa Shafik itu abang,abang
kandung aku. Terkadang boleh pulak aku membayangkan yang pelik-pelik dengan
budak Shafik ini. Terkadang aku mengenakan tudung di dalam rumah sendiri bila
mana Shafik ada bersama sampaikan abah banyak kali menegurku.
Gila tak gila.
Aku juga lupa Shafik juga halal untuk pegang aku.Shafik
bukan Along Suhail, bukan Abang Awan dan bukan juga abang Sham. Kami sebaya, jadi
dengan Shafik,aku tidak rasa sangat ‘aura abang’ itu. Haila ,susahnya hidup aku.
“Kau pergi siap. Kelas kita pukul 9.”
“Kelas apa?”
“Kelas Addmath, macam biasa dengan Cikgu Fauzi kat
TM. Kau jangan lambat, abah yang hantar kita nanti.”
“Apekaah? Eh, aku bengang betullah bercakap dengan
budak ni. Pengetua cabuk tu pun satu, tak ada benda lain ke yang dia fikir selain
nak men ‘tuisyen’ kan anak-anak?”
“Ada apa Inas? Dah siap dah?”
Suara abah jelas kedengaran di balik pintu. Shafik
berlalu ke bawah dan abah sedang berpeluk tubuh merenungku yang masih lagi
memakai pajama dan berselimut separuh badan.
“Nak pergi dengan abah ke nak jalan kaki?”
Sarkastik abah menanyakanku. Hah,sudah! Tak lama
lagi keluarlah aura membunuh tu.
Aku kenal abahku.
Lintang pukang aku berlari tak cukup tanah mencari
tuala, berus gigi dan angkatan-angkatan yang sewaktu dengannya dan bergegas pula
menuju ke bilik air di tingkat bawah.
DI dalam kereta, aku duduk di hadapan, sebelah
tempat pemandu. Kerana aku datang dulu. Aku ketawa besar melihat muka abah
mencerut memandangku.
Apa? Orang perempuan tak boleh duduk depan ke bila
ada orang lain juga yang naik kereta itu iaitu seorang lelaki? Shafik lepak je
duduk di belakang bila nampak kelibatku sudah ada di sebelah abah.
“Abah, ini kira dah paksa rela dah ni.Inas tak
nak, bah.”
“Tak lama, sampai buka sekolah tahun depan je
sayang.”
Jatuh rahang. Sarkastikus betul abah menjawab. Aku
berpeluk tubuh sambil menggigit bibir bawah selepas menguatkan radio. Kerana
anginku tidak begitu baik pagi ini,suara Misha Omar yang berkumandang melalui
saluran Sinar fm pun sudah kurasakan seperti suara Snoop Dog tengah rap.Kereta abah ni dahlah stok Sinar fm dengan Muzik fm je. Abah dan Shafik memang selalu je nak rosakkan mood aku kan..
“Disgusting. Irritating. Annoying.”
Abah mengerlingku sekilas dan kubalas dengan
jelingan.
“Abah,patak balik,” rayuku. Tangan abah yang tengah
berehat di atas batang gear aku ketuk perlahan.
“Love you so much baby.” Tiba-tiba…
Tanpa melayan permintaanku, abah sekali lagi buat
aku jengkel.
“Abah,I’m 16,” ujarku serius.
“Okay then, love you so much honey.”
“Abah,please.Geli.Tau tak Inas dah tak layak dipanggil
baby sejak abah produce empat orang anak lagi selepas Inas.”
Abah ketawa kecil sambil memandangku.
“Well,you’re still my baby till the end.”
“Abah!” Aku mengerling Shafik yang leka bermain
telefon di sebalik cermin pandang belakang. Serius aku malu dengan lelaki itu.
“Hai, whatever lah abah. Loser.”
“Menyesal pulak abah bagi tengok filem orang putih
masa kecik-kecik dulu, kan.”
Aku diam membisu. Malas layan. Abah ada je benda nak
kenakan aku. Tapi anak kesayangan dia kat belakang tu tak pulak kena usik. Selamat
je main telefon. Entah-entah tengah berbalas SMS dengan minah kilang ke, tak
pulak abah kisah.
“Okey, kita dah sampai.Boleh turun sekarang. RM5
seorang ya cik.”
Shafik sengih semata dengan lawak tak komersial
abah.
“Hahaha. Okey, daa abah.” Aku membuka pintu kereta.
“Aip, tak reti nak salam dulu ke. Ingat kita tu anak
orang putih ke?”
Abah sengih dari dalam kereta.
“Tahulah.Anak keturunan Jawa Marangperapu
sepunderrr.”
Aku menyuakan tangan menyalami abah sesudah
Shafik.
“Bah, duit belanja. Pitih-pitih.”
“Eh, budak zaman sekarang pergi belajar pun nak
upah.”
“Nak melenconglah tu, bah.” Shafik di sebelah
bersuara.
“Ah, diamlah kau. Batu api.”
“Nah, kongsi berdua.”
Abah memberikan sehelai not lima puluh sebelum
berlalu. Aku sengih je semedang sepanjang menaiki tangga ke tingkat dua pusat
tuisyen Tengku Mahmud yang merupakan rumah kedai itu.
No comments:
Post a Comment